Anda di halaman 1dari 6

Kajian Keberkesanan Latihan Biofeedback Terhadap Pencapaian Skor

HRV (Heart Rate Variability) Murid Sekolah Rendah

Hasmiza Yaakob
Universti Malaysia Pahang

Muhammad Nubli Abdul Wahab


Universiti Malaysia Pahang

Abstrak
Keupayaan pengawalan diri individu boleh diukur melalui skor HRV. Individu
berprestasi baik mempunyai skor HRV yang lebih baik berbanding individu berprestasi
lemah. Teknik latihan Biofeedback berupaya membantu meningkatkan skor HRV.
Kajian ini bertujuan untuk meneroka perbezaan skor HRV bagi kumpulan murid sekolah
rendah yang berprestasi baik dan murid berprestasi lemah setelah melalui latihan
biofeedback. Kajian ini dilakukan secara kuasi eksperimen melibatkan pra ujian dan
pasca ujian dimana murid diberikan latihan Biofeedback semasa mereka menjalani
pembelajaran sains. Hasil dapatan mendapati murid berprestasi baik mempunyai skor
koheren yang lebih baik berbanding skor koheren murid berprestasi lemah. Ini adalah
kerana murid berpencapaian baik berupaya membuat pengawalan diri melalui
keseimbangan antara sistem saraf simpatetik dan para simpetatik. Selepas latihan
Biofeedback dijalankan, didapati peningkatan skor HRV murid berprestasi lemah lebih
tinggi berbanding murid berprestasi baik. Ini menunjukkan, murid berprestasi lemah
mampu bersaing dengan murid berprestasi baik dengan adanya bimbingan yang lebih
khusus. Dapatan kajian merumuskan teknik latihan HRV Biofeedback sesuai digunakan
dalam membantu murid sekolah rendah meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran
Sains dan juga mata pelajaran lain yang memerlukan penjajaran teknik pembelajaran
yang lebih berkesan.

Kata Kunci: Pembelajaran Sains, Prestasi Akademik, Latihan Biofeedback, Skor HRV
(Heart Rate Variability)

1.0 Pengenalan
Phang, F. A et al. (2012) menyatakan faktor yang mendorong kemerosotan prestasi
pencapaian murid berlaku disebabkan kekurangan daya tumpuan di dalam kelas, pengurusan
masa yang tidak terancang serta kurang pendedahan berkaitan teknik menjawab soalan.
Murid juga tidak berdaya saing, kurang bermotivasi untuk belajar kerana perlu bekerja juga
kedudukan sekolah yang jauh daripada rumah selain tiada kemudahan di rumah untuk belajar.
Murid juga didapati kurang diberi pendedahan mengenai konsep dan manfaat mengambil
aliran sains, kurang kemudahan amali, kelengkapan makmal yang lengkap serta bahan
rujukan.
Kajian oleh Norizan Y dan M. Nubli (2015) menyatakan bahawa individu yang
mempunyai skor HRV yang baik juga mempunyai prestasi pencapaian yang baik bukan
sahaja dalam akademik malah bidang sukan, ketenteraan dan perniagaan. Hal ini disebabkan
oleh perubahan diri yang berlaku diukur melalui perubahan skor HRV yang menunjukkan
perubahan pemikiran dan emosi yang lebih positif seterusnya berupaya membentuk insan
yang lebih berupaya membuat pengawalan diri. Untuk itu, perlunya kajian bagi meneroka
penggunaan teknik latihan Biofeedback dalam membantu mengawal emosi serta daya
tumpuan murid dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi pencapaian dalam
pembelajaran Sains, juga kesannya terhadap skor HRV khususnya bagi murid-murid sekolah
rendah. Oleh yang demikian, kajian perlu dilaksanakan untuk mengkaji fenomena ini.

2.0 Sorotan literatur kajian


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Manisah, M. A. & Norizza, S. (2016),
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan tindak balas
atau respon yang baik diperolehi daripada murid-murid. Hal ini membuktikan bahawa murid
memberi tumpuan yang baik dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan
penguasan kemahiran berlajar dipengaruhi oleh daya tumpuan yang singkat serta kesukaran
dalam memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Sikap serta respon murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor dalam memastikan
tahap kefahaman murid, penguasaan dan peningkatan prestasi pencapaian akademik murid
terhadap mata pelajaran Sains (Nordin, A., & Yang, S., 2011).
Kajian yang dilaksanakan menunjukkan prestasi HRV akan meningkat setelah
individu melalui latihan Biofeedback. Melalui latihan ini, individu akan memahami
bagaimana kaedah ini boleh membantu individu membuat pengawalan diri. Nazrolnizah M.N
(2014) dalam kajiannya menyatakan, teknik latihan HRV Biofeedback yang diperkenalkan
oleh Paul Lehrer ini berupaya meningkatkan prestasi individu. Mohd, W. R. W. (2015) dalam
kajiannya menyatakan bahawa latihan Biofeedback berupaya mengukur keupayaan individu
dalam membuat pengawalan diri khasnya apabila diberikan sesuatu tugasan. Menurut M.
Nubli & U. Salam (2013), dalam kajiannya menyatakan bahawa amalan Zikir berbantukan
teknik biofeedback membawa individu menjadi tenang. Jesteru itu, pembacaan zikir sebagai
komponen latihan psikofisiologi penting melalui penggunaan protokol zikir dan penggunaan
alatan biofeedback untuk merealisasikan perubahan tindak balas emosi seorang individu.
Kajian menunjukkan latihan zikir menggunakan alat biofeedback berupaya meningkatkan
ketenangan emosi dikalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik
seseorang murid menjadi lebih baik.

3.0 Metodologi kajian


Kajian yang dijalankan ialah secara kuantitatif kuasi-eksperimen dengan
menggunakan teknologi EmWave yang dibangunkan oleh Doc Childre, yang
mengketengahkan latihan biofeedback untuk mengatasi masalah tekanan emosi dan
pengawalan prestasi. Sampel kajian adalah 12 orang murid tahun 6 sekolah rendah. Mereka
terpilih sebagai sampel kajian juga berdasarkan markah nilai mula pencapaian akademik bagi
tahun semasa pembelajaran. Kaedah persampelan yang digunakan bagi kajian kuasi
ekperimen ini ialah kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) bagi memilih
kumpulan murid berpencapaian baik dan lemah menggunakan data pencapaian peperiksaan
dalam proses menilai penguasaan mata pelajaran sains.

4.0 Dapatan kajian


Perbezaan skor HRV murid berprestasi baik dan lemah dianalisa menggunakan dua
kaedah iaitu ujian T dan juga analisa berdasarkan data mentah. Jadual 1 menunjukkan
perbezaan skor HRV bagi murid berprestasi baik dan lemah berdasarkan jadual paired sample
test ujian-T. Keputusan analisis perbandingan skor HRV murid berprestasi Baik (n=6)
dengan murid berpestasi lemah (n=6) dalam mata pelajaran Sains.

Std.
Group N Sig. t df Mean
Deviation
Murid berprestasi baik 6 0.175 1.461 10.00 93.00 15.10
AHR
Murid berpestasi lemah 6 0.188 1.461 6.85 83.17 6.62
Murid berprestasi baik 6 0.306 -1.079 10.00 19.33 9.29
ACS
Murid berpestasi lemah 6 0.311 -1.079 8.42 24.17 5.85
Murid berprestasi baik 6 0.225 1.294 10.00 42.83 16.56
VLF
Murid berpestasi lemah 6 0.225 1.294 9.95 30.00 17.79
Murid berprestasi baik 6 0.554 -0.612 10.00 18.83 7.14
LF
Murid berpestasi lemah 6 0.555 -0.612 9.89 21.50 7.94
Murid berprestasi baik 6 0.340 -1.003 10.00 38.33 20.61
HF
Murid berpestasi lemah 6 0.342 -1.003 9.00 48.67 14.58
Murid berprestasi baik 6 0.010 3.173 10.00 62.00 8.76
MS
Murid berpestasi lemah 6 0.016 3.173 6.75 49.67 3.72
Jadual 1 Perbezaan Skor HRV bagi murid berprestasi baik dan lemah (ujian-t).

Berdasarkan jadual 1, analisa data menunjukkan perbezaan skor HRV di kalangan


murid berprestasi baik dan murid berprestasi lemah. Dapat diperhatikan, skor AHR (Average
Heart Rate) murid berprestasi baik ialah 0.175 (p<0.5) berbanding murid berprestasi lemah
dimana nilai signifikan adalah 0.188 (p < 0.5). Nilai signifikan bagi skor ACS (Accumulated
Coherence Score) murid berprestasi baik pula adalah 0.306 ((p<0.5) dan nilai signifikan skor
ACS murid berprestasi lemah juga turut menunjukkan perbezaan iaitu 0.311 (p<0.5). Bagi
skor VLF (Very Low Frequency) pula nilai signifikan bagi murid berprestasi baik dan murid
berprestasi lemah adalah sama iaitu 0.225 (p<0.5). Namun begitu, skor LF (Low frequency)
tidak menunjukkan perbezaan dimana masing-masing memperoleh nilai signifikan 0.554
(p>0.5) bagi murid berprestasi baik dan 0.555 (p>0.5) untuk murid berprestasi lemah. Nilai
signifikan bagi skor HF (High Frequency) pula menunjukkan perbezaan dengan nilai
signifikan bagi murid berprestasi baik adalah 0.340 (p<0.5) manakala bagi murid berprestasi
lemah adalah 0.342 (p<0.5). Seterusnya nilai signifikan bagi markah ujian Sains (MS)
dikalangan murid berprestasi baik adalah 0.010 (p<0.5) dan nilai signifikan bagi markah
Sains murid berprestasi lemah adalah 0.016 (p<0.5). Oleh itu dapat diperhatikan bahawa
terdapat perbezaan skor koheren diantara murid berpestasi baik dengan murid berprestasi
lemah.

5.0 Rumusan Kajian


Hasil dapatan menunjukkan skor HRV murid berpestasi baik adalah lebih baik
berbanding skor HRV murid berprestasi lemah. Kajian oleh M. Nubli. et al. (2012) dan
Vistasari, P. et al. (2011) yang mana mendapati pencapaian skor HRV di kalangan murid
yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang adalah lebih baik berbanding murid
yang lemah dalam akademik. Dapat dilihat juga peningkatan skor LF dan ACS bagi murid
yang berprestasi lemah dan bermasalah dalam mata pelajaran dilihat lebih tinggi berbanding
murid berprestasi baik. Oleh yang demikian, pengukuran HRV berbantu latihan Biofeedback
ini berupaya membantu pada pendidik mengukur serta membimbing murid-murid yang lemah
mengawal perubahan emosi agar lebih tenang dan fokus terutamanya sewaktu mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains.
Mohd, W. R. W., (2015) dalam kajianya turut mendapati bahawa murid yang
mempunyai pencapaian akademik rendah mencatatkan skor koheren VLF yang lebih tinggi
berbanding mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang baik. Skor VLF yang tinggi
menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai akademik rendah tidak berupaya untuk
mengaplikasikan kaedah bagi mendapatkan skor LF yang tinggi. Justeru, ini menunjukkan
bahawa mereka gagal untuk mengawal diri dan malas untuk mencapai matlamat yang telah
digariskan. Manakala, mereka yang mempunyai pencapaian akademik baik boleh
dikategorikan sebagai orang yang berkawalan diri apabila berjaya mencapai matlamat di
dalam semua protokol.
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa latihan Biofeedback dapat diperluaskan kepada
guru-guru sebagai satu kaedah dan pendekatan yang dapat membantu murid dalam kumpulan
berprestasi lemah meningkatkan daya tumpuan serta minat untuk menguasai pembelajaran
Sains. Murid berprestasi lemah boleh dibimbing untuk meningkatkan tahap penguasaan
dalam mata pelajaran Sains (Nordin, A., & Ling, L. H., 2011). Skor HRV kumpulan murid
berprestasi baik juga perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan murid dalam kumpulan
berprestasi baik dapat mencapai tahap yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Sains (M.
Nubli, 2013).

6.0 Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan intergrasi pembelajaran Sains dan latihan HRV
Biofeedback dilihat berupaya membantu para guru membimbing murid yang mempunyai
masalah pembelajaran lebih awal. Dapatan skor HRV yang diperolehi mendapati murid
berprestasi lemah dalam mata pelajaran Sains tidak mempunyai skor spektrum VLF yang
rendah dan skor spektrum LF yang tinggi berbanding skor Baseline. Begitu juga dapatan
yang dijalankan ke atas murid berprestasi baik dalam mata pelajaran Sains, tidak memperoleh
skor ASC yang tinggi berbanding murid dengan prestasi yang lemah selepas sesi latihan
Biofeedback. Hal ini menunjukkan latihan Biofeedback berupaya membantu murid-murid
yang berprestasi lemah serta kurang daya tumpuan dalam mata pelajaran Sains untuk
bersikap lebih positif serta membentuk daya tumpuan yang baik sewaktu proses pembelajaran
dijalankan. Hasilnya murid lemah juga mampu meningkatkan tahap penguasaan serta prestasi
pencapaian dalam mata pelajaran Sains. Metod latihan biofeedback ini boleh digunakan
untuk membantu murid dalam mata pelajaran yang lain meningkatkan prestasi pencapaian
mereka dalam pembelajaran.

7.0 Rujukan
Lehrer, P. M., & Gevirtz, R. (2014). Heart rate variability Biofeedback: How and why does
it work? Frontiers in Psychology, 5(JUL). http://doi.org/10.3389/fpsyg.2014.00756

M. Nubli & U. Salam (2013). The Effects of Islamic Spiritual Activities on Psycho-
Physiological Performance. Journal of Educational, Health and Community
Psychology, 2(2), 59–67. http://doi.org/10.12928/Psychology.v2i2.1721

Manisah, M. A, & Norizza Sahal. (2016). Intervensi meningkatkan tumpuan dalam


pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 1–
6.

Mohd, W. R. W. (2015). Measuring laziness through self-regulation using heart rate


variability (HRV) Biofeedback. UMP Institutional Repository. Retrieved from
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11250

Nazrolnizah, M.N. (2014). Hubungan di antara Prestasi Perniagaan dengan Profil HRV
Biofeedback Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia. Akademika, 84(1&2), 45–56.
http://doi.org/10.17576/akad-2014-8401n2-04

Nordin, A., & Ling, L. H. (2011). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan
Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science &
Mathematics Educational. Retrieved from
http://eprints.utm.my/11404/1/Hubungan_Sikap_Terhadap_Mata_Pelajaran_Sains_Den
gan_Penguasaan_Konsep_Asas_Sains_Pelajar_Tingkatan_Dua.pdf

Vistasari, P., Wahab, M. N. A., Herawan, T., & Sinnadurai, S. K. (2011).


Psychophysiological treatment in
reduced anxiety with Biofeedback training for university students. Procedia - Social
and
Behavioral Sciences, 30, 629-633. doi:10.1016/j.sbspro.2011.10.122

Anda mungkin juga menyukai