Anda di halaman 1dari 5

Pantun Alam Sekitar

Pergi ke kedai membeli bunga,

Bunga dibeli cantik sekali,

Alam sekitar perlu dijaga,

Agar hidup sentiasa harmoni.

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Jika tidak menjaga bumi,

Nanti datang bencana alam.


Pantun Kesihatan (1)

Tampar nyamuk tapi tak kena,

Tengok tengok tangan yang sakit,

Buah tak mahu sayur tak suka,

Silap hari kena sembelit.

Merah tangan tertampar almari,

Gara-gara nyamuk yang licik,

Sayur lobak penuh nutrisi,

Ada Vitamin A mata pun celik.


Pantun Kesihatan (2)

Sayur-sayuran kaya serat,

Yang warna hijau apatah lagi,

Kalau rasa nak kurang berat,

Makan timun makanlah sawi.

Buah tomato banyak khasiatnya,

Ada vitamin C ada antioksida,

Makanlah buahnya, minumlah jusnya,

Badan sihat wajah pun muda.


Pantun Kebersihan

Dari hulu pergi ke Bangi,

Hendak membeli pisang embun,

Kalau mahu berbadan wangi,

Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,

Makan laksa di tanjung Dahan,

Kalau mahu hidup sejahtera,

Setiap masa jaga kebersihan.


Pantun Nasihat

Pakai baju warna biru ,

Pergi ke sekolah pukul satu,

Murid sentiasa hormatkan guru,

Kerana guru pembekal ilmu.

Tengahari pergi mengail,

Dapat seekor ikan tenggiri,

Jangan amalkan sikap bakhil,

Akan merosak diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai