Anda di halaman 1dari 4

Kawan Baik Saya

Nama kawan karib saya ialah Harith. Kami berkawan sejak


empat tahun yang lalu.

Harith anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Bapanya


seorang guru manakala ibunya pula seorang kerani di pejabat
kerajaan.

Harith seorang yang peramah dan baik hati. Kami belajar di


dalam kelas yang sama. Selepas sekolah, kami selalu membuat kerja
sekolah bersama-sama. Kami juga mempunyai hobi yang sama. Kami
suka membaca buku cerita dan menonton televisyen.

Harith juga handal bermain badminton. Dia berlatih badminton


pada setiap hari Selasa di sekolah kami. Dia bercita-cita untuk
menjadi seorang pemain badminton bertaraf dunia.

Saya berasa bertuah kerana mempunyai kawan yang baik hati.


Saya berharap persahabatan kami akan kekal buat selama-lamanya.
Aku Sebiji Betik

Aku sebiji buah betik yang lazat rasanya. Saiz aku sederhana
besarnya. Apabila masak, isi aku akan berwarna jingga kemerah-
merahan.

Harga aku juga agak berpatutan dan mampu dibeli oleh orang
ramai. Oleh itu, aku dan kawan-kawanku banyak ditanam kerana
mudah untuk dijaga.

Aku mempunyai banyak khasiat yang telah diiktiraf oleh pakar-


pakar pemakanan. Aku mengandungi vitamin A, B, C, D dan K.

Oleh itu, aku amat baik untuk kesihatan kerana fungsi aku dapat
mencegah pelbagai penyakit. Aku amat sesuai dimakan pada bila-bila
masa sahaja. Aku boleh dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut
kerana rasaku yang manis.

Aku juga boleh dibuat jem untuk dimakan dengan roti atau
dibuat jeruk dan halwa. Aku mengandungi banyak serat dan dapat
mengelakkan sembelit.

Pakar pemakanan menggalakkan orang ramai agar memakan


aku kerana pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Menjaga Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,


kita hendaklah menjaga kebersihan diri dalam pelbagai aspek.
Langkah penjagaan kebersihan diri termasuklah mandi
sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ketika mandi, kita mestilah
mencuci rambut untuk mengelakkan kelemumur dan kutu. Gunakan
sabun badan dan syampu rambut yang sesuai.
Selepas mandi, pakailah pakaian yang kering dan bersih.
Pakaian yang telah digunakan hendaklah dibasuh. Pakaian yang
bersih akan menjadikan kita lebih selesa dan penampilan lebih kemas.
Selain itu, kita hendaklah memberus gigi pada setiap hari untuk
menjaga kebersihan mulut. Berkumurlah selepas makan agar sisa
makanan tidak melekat di celah-celah gigi.
Pemeriksaan gigi juga hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
Kita haruslah mengamalkan penjagaan kebersihan diri agar
terhindar daripada penyakit. Kesihatan yang baik dapat menceriakan
hidup kita.
Jiran Saya

Saya dan keluarga tinggal di Taman Seroja, Ipoh. Di sebelah


rumah kami, tinggal Encik Rahman sekeluarga. Kami telah berjiran
dengan keluarga Encik Rahman sejak lima tahun yang lalu.

Encik Rahman mempunyai enam orang anak, iaitu empat orang


lelaki dan dua orang perempuan. Encik Rahman bekerja sebagai
anggota polis. Dia bekerja di balai polis yang terletak berhampiran
rumahnya.

Encik Rahman peramah orangnya. Begitu juga dengan isteri dan


anak-anaknya. Mereka sekeluarga suka menolong orang yang berada
dalam kesusahan.

Anak-anak Encik Rahman sangat baik. Saya selalu bermain


dengan mereka. Kadang-kadang kami juga belajar bersama-sama.

Pada suatu hari, rumah kami dimasuki pencuri ketika kami tiada
di rumah. Anak Encik Rahman telah ternampak pencuri itu lalu
memberitahu bapanya. Encik Rahman berjaya menangkap pencuri itu.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rahman
sekeluarga.

Saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai jiran yang baik


seperti Encik Rahman sekeluarga.

Anda mungkin juga menyukai