Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA SEMINAR TEKNIK MENJAWAB

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt.


Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam
penuh kemesraan.

Yang Dihormati
Encik Ahmad Roslan Bin Mohamad
Guru daripada SMK seksyen 18 Shah Alam
selaku penceramah undangan pada hari ini

Yang Berusaha,
Pn Nik Rosmita Nik Man GKMP Sains dan Matematik dan
Barisan guru Sains SMK Seri Indah

Para murid seterusnya warga Google meet yang dimuliakan


Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani,
semurni jiwa,
Dihimpun dan dipertemukan kita semua,
Bagi menjayakan kemurnian agenda kita pada pagi ini iaitu

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS SPM


TAHUN 2021

Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan


sepenuh apresiasi setulus hati atas kehadiran penceramah
jemputan kita dan juga sekalung tahniah kepada semua murid
di atas kehadiran pada hari ini.

Yang Dihormati
Encik Ahmad Roslan Bin Mohamad
Guru daripada SMK seksyen 18 Shah Alam juga
merupakan
Jurulatih Utama KSSM Sains Daerah Petaling Perdana
Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan
saudara Sulaiman bin Hamid dari kelas 5 Bijak untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi,


diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan
kepada saudara Sulaiman di atas bacaan doa itu tadi.

Sebagai pembuka persada ucapan , majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan PUAN NIK ROSMITA BINTI NIK
MAN GKMP SAINS DAN MATEMATIK SMK SERI INDAH
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dipersilakan.

(ucapan GKMP)

majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin, kata orang tak kenal maka tak cinta, pertama kali
bersua muka, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah
gerangan penceramah kita, yang tampil segak penuh bergaya.

Terlebih dahulu saya akan membacakan profil penceramah kita


pada hari ini.

Bacaan profil – rujuk lampiran


Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim


mempersilakan Yang dihormati Encik Ahmad Roslan Bin
Mohamad untuk meneruskan acara. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Penutup

Demikianlah tadi ceramah amat menarik, yang telah


disampaikan oleh En Ahmad Roslan Mohamad. Semoga
segala maklumat dan panduan yang telah diberikan semasa
ceramah tadi akan dapat membantu kita untuk menjawab
soalan Sains dengan baik semasa peperiksaan nanti. Sama-
sama kita berdoa agar dapat mencapai kecemerlangan dalam
mata pelajaran Sains seterusnya dapat mengharumkan nama
sekolah dengan keputusan yang cemerlang.

Sesi bergambar

Selaku pemimpin majlis pada hari ini, saya menyusun sepuluh


jari memohon ampun dan maaf, sekirnya sepanjang
mengacarakan majlis ini terdapat salah dan silap.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz
Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai