Anda di halaman 1dari 2

Assalamualikum, dan salam sejahtera kepada semua warga Jabatan Pendidikan Wilayah

Persekutuan Putrajaya yang dihormati,


SOLUTASI
YBrs. Tuan Hj Ezaiddin b Husain, Pengarah Jabatan Pendidikan wilayah Persekutuan Putrajaya
merangkap penaung Kelab ikatan staf (KIS)
Timbalan Pengarah, ketua penolong pengarah dan warga JPWPP semua..serta barisan JK KIS
yg bertungkus lumus menjayakan Hello 2024 pada hari ini.

Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada setiap individu yang
hadir di Majlis Hello 2024 Kelab Ikatan Staf kita pada hari ini. Kehadiran anda adalah satu
kehormatan, dan merupakan langkah positif dalam membina kekuatan dan kesepaduan di
kalangan kita.
Sebagai makluman, KIS berbesar hati untuk mengadakan Majlis Hello 2024 sebagai satu
platform untuk kita memperkukuhkan ikatan sesama staf dalam Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Kita adalah sebuah keluarga besar yang berkongsi visi dan misi dalam
membentuk masa depan pendidikan negara kita.

Selain itu, Hello 2024 adalah salah satu penghargaan kepada ahli KIS setelah penat
menyumbang tenaga, masa serta idea dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun 2023
Sebagai langkah pertama menuju keharmonian dan kekuatan dalam kelab ini, saya ingin
menyeru kepada setiap ahli untuk aktif bergabung dan menyertai kelab ini dengan
membayar yuran setiap bulan. Yuran ini bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi juga satu
langkah yang praktikal dalam menyokong aktiviti dan program-program yang bakal
dijalankan oleh KIS.

Melalui ikatan yang kukuh di kalangan kita, kita mampu mencapai lebih banyak pencapaian
yang gemilang. Keahlian dalam kelab ini bukan sahaja membantu kita memahami lebih
mendalam tentang dunia pendidikan, tetapi juga membina hubungan yang erat dan saling
memberi sokongan.

Dengan itu, marilah kita bersama-sama merapatkan saf dan meningkatkan semangat
kerjasama di antara kita. Melalui keanggotaan dalam kelab ini, kita bukan hanya menjadi staf
yang bertugas, tetapi juga rakan sekerja yang memahami peranan dan tanggungjawab
masing-masing.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengingatkan kita semua tentang
kepentingan sikap terbuka dan sikap hormat-menghormati di kalangan kita. Hargailah setiap
pandangan dan pendapat, kerana hanya melalui perbincangan dan perkongsian idea yang
positif, kita mampu membina sebuah komuniti pendidikan yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua yang hadir di Majlis Hello 2024 ini. Saya yakin, dengan semangat
gotong-royong dan komitmen yang tinggi, kita mampu membawa Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Putrajaya ke puncak kejayaan yang lebih tinggi.
Selamat maju jaya, dan bersama kita pasti dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang
pendidikan!
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai