Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN BERFIKIR………

Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir manakala berfikir
mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal
untukmenyelesaikan sesuatu. Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan idea,
pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Menurut John
Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk
mencadangkan fakta-fakta yang lain supayafakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia
ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input
deriadan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau
keputusan.

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari
makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir secara menaakul dapat membantu dalam membuat pertimbangan
secara logic dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir
telah disusun mengikut hieraki daripada kemahiram asas kepada kemahiran yang lebih kompleks.
Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuandan sikap. Operasi mental
dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif digunakan
untuk mencari makna danmeliputi kemahiran yang ringkas dan strategi atau proses yang kompleks.

Anda mungkin juga menyukai