Anda di halaman 1dari 4

NAME: SHARMINIE BINTI ZAINUL ABIDIN

MATRIX NO: FM2066851

PART A

QUESTION 1

Perbezaan Shari’ah dan Fiqh

Shari’ah bersifat kekal sepanjang zaman dan berdasarkan prinsip asal, tidak boleh
berubah sama ada dengan perubahan masa, suasana dan tempat.

Fiqh bersifat dinamik, lebih spesifik dan boleh berubah.

Shari’ah bersifat ketuhanan dan bersumberkan daripada wahyu, manakala fiqh


bersumberkan kefahaman manusia.

Shari’ah meliputi ‘aqidah, akhlak, ibadah dan mu’amalat. Manakala fiqh hanya meliputi
ibadah dan mu’amalat sahaja.

Hubungan antara Shari’ah dan Fiqh, kedua-duanya merujuk kepada sumber yang
sama dan Fiqh hanya tertumpu pada situasi tertentu yang di luar Shari’ah

Contoh:

Dalam Al-Quran, umat Islam disuruh menunaikan solat.


Shari’ah menuntut umat Islam menunaikan solat sebanyak 5 kali sehari.
Fiqh menyatakan menunaikan solat sebanyak 5 kali hukumnya wajib bagi mereka
yang mukallaf

QUESTION 2

1. Al-Umur bi Maqasidiha-“Setiap perkara ditentukan dengan niat”

Dalam perkhidmatan teras yang ditawarkan oleh hospital, antaranya ialah


tanggungjawab setiap doctor atau pengamal perubatan untuk memberikan
diagnosis, rawatan dan perawatan perubatan yang telus dan tulus dengan niat
untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Doktor atau pengamal perubatan
hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka menjalankan
tugas mengikut prinsip etika perubatan Islam sehingga mereka dapat mengelak
sebarang kecuaian yang boleh membahayakan nyawa pesakit atau
menyebabkan kecederaan.

2. Al-Mashaqqah Tajlub al-Taysir-“Kesukaran menghasilkan kemudahan”

Membantu pesakit untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu dengan


menyediakan botol air berbentuk semburan atau pesakit boleh bertayamum
sekiranya tidak mampu bergerak.

Sentiasa mengingatkan pesakit waktu solat dengan menyediakan sistem


siaraya agar pesakit dapat menunaikan solat mengikut ketetapan waktu.
NAME: SHARMINIE BINTI ZAINUL ABIDIN
MATRIX NO: FM2066851

3. La Darara Wala Dirar-“Bahaya tidak boleh ditimbulkan atau tidak boleh dibalas”

Adalah menjadi tanggungjawab doctor untuk memberikan penerangan yang


jelas kepada pesakit mengenai kebahayaan sekiranya pesakit enggan
meneruskan rawatan mereka.

Sebagai contoh, keengganan pesakit diabetic untuk memotong kaki dalam


mengawal kadar jangkitan terhadap anggota badan mereka.

4. Al-Yaqin La Yazulu bi al-Shakk-“Sesuatu yang pasti tidak dapat dihilangkan


dengan keraguan”

Pihak pengurusan hospital perlu memastikan perkhidmatan yang disediakan


atau diberikan mematuhi prinsip Shari’ah dan Halal Toyyiban untuk digunakan.

Penyediaan keperluan makanan kepada pesakit adalah berdasarkan


keperluan mengikut jenis penyakit mereka. Dan sudah tentunya makanan
tersebut daripada sumber yang halal.

5. Al-‘adah Muhakkamah-“Adat itu adalah arbitrary”

Sebaik sahaja wanita bersalin selamat melahirkan bayi, doctor dan jururawat
perlu membantu memberikan penerangan yang jelas berkenaan proses untuk
membersihkan uri.

Penekanan terhadap kebersihan dari segi aspek yang dituntut oleh Islam perlu
ditekankan berbanding adat yang diamalkan semasa menanam uri bayi.

QUESTION 3

Berdasarkan maqasad shari’ah-menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh


badan manusia, pemilihan bahan pencuci yang mesra alam dan tidak membahayakan
alam sekitar serta yang boleh memberi implikasi kepada kesihatan manusia adalah
menjadi tuntutan dalam memberikan atau menyediakan perkhidmatan pembersihan.

Manusia sebagai khalifah di bumi berperanan dalam memilih perkara yang baik atau
buruk. Allah S.W.T telah mencipta bumi ini dengan kadar dan keseimbangan yang
baik.

Selaku khalifah, adalah menjadi peranan manusia untuk mencorakkan perjalanan


alam. Mengaplikasikan bahan pencuci mesra alam dan bebas kimia dalam
perkhidmatan pembersihan membantu untuk mengawal kerosakan alam sekitar.

Mengelak atau mengurangkan penggunaan bahan pencuci yang mengandungi bahan


kimia yang tinggi dengan mengambil kira kesihatan pesakit sangat dituntut oleh
shari’ah. Ini kerana sebarang penggunaan bahan yang berbahaya boleh memberikan
kesan atau kemudaratan kepada pesakit berdasarkan beberapa kajian yang telah
dijalankan.
NAME: SHARMINIE BINTI ZAINUL ABIDIN
MATRIX NO: FM2066851

Oleh itu, pemilihan bahan pencuci yang mesra alam boleh merujuk kepada standard
yang digunapakai seperti Global Ecolabelling Network (GEN), Green Seal dan
penarafan hijau.

PART B

QUESTION 2

Dalam kerangka untuk menubuhkan atau membangunkan sebuah hospital yang


patuh shari’ah, pihak pengurusan hospital perlu memahami konsep sebuah hospital
Islamik.

Konsep

Konsep perkhidmatan kesihatan yang patuh Shari’ah boleh didefinisikan sebagai


perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh institusi kesihatan yang memenuhi
keperluan pesakit muslim dan dalam masa yang sama memenuhi syarat khusus
Syari’ah.

Pembangunan konsep patuh shari’ah ini juga hendaklah berdasarkan kepada


Maqasid al-Shari’ah, yang mana membawa maksud objektif atau tujuan di sebalik
Shari’ah.

Terdapat 5 komponen ciri asas yang mencerminkan hospital patuh shari’ah;

1) Pemahaman prinsip asas Shari’ah,


2) Pemahaman prinsip Halal dan Haram
3) Pemahaman prinsip Muamalat
4) Pelaksanaan konsep kualiti dalam Islam
5) Mewujudkan nilai-nilai teras Islam dalam organisasi yang mengendalikan
hospital

Bagi memastikan pihak pengurusan hospital konsisten dengan amalan dan


pematuhan prinsip shari’ah, adalah disarankan semua Standard Operating
Procedures (SOPs) hospital adalah harus mematuhi MS 1900:2014. Di mana
kesemua proses kerja akan dijadikan sebagai SOP. Proses kerja ini harus
memasukkan Shari’ah Critical Control Points, SCCP.

SCCP ini harus dipandu tabdir oleh Majlis Penasihat Shari’ah yang menjadi
sebahagian daripada struktur organisasi yang akan dirujuk setiap kali permasalah
timbul berkaitan dengan shari’ah.

Di dalam SCCP, perkara utama yang harus dititikberatkan ialah SOP yang
dibangunkan hendaklah merangkumi fiqhibadah dan fiqhmuamalat.

Fiqhibadah adalah berkaitan bagaimana bimbingan kepada pesakit dilaksanakan


berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran Islam dalam perawatan mengikut
keadaan perubatan mereka. Antara aspek bimbingan pesakit yang dimaksudkan
NAME: SHARMINIE BINTI ZAINUL ABIDIN
MATRIX NO: FM2066851

adalah membantu pesakit dalam hal yang berkaitan menunaikan kewajipan solat 5
waktu, puasa dan kebersihan serta kesucian fizikal.

Fiqhmuamalat pula berkaitan dengan urus niaga perniagaan dan kewangan yang
mesti bebas dari unsur terlarang termasuk yang berkaitan dengan riba, gharar dan
judi. Ini termasuklah yang berkaitan transaksi antara pihak Hospital dengan pihak
ketiga.

Terdapat 5 aktiviti utama yang dibangunkan dalam memastikan hospital patuh


shari’ah iaitu;

1. Tanggungjawab Pihak Pengurusan

Antara aspek yang pihak pengurusan hospital perlu tekankan dalam mematuhi
prinsip shari’ah ialah;

-memastikan kesaksamaan kepada semua pekerja dalam memperoleh


peluang dan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka
-mewujudkan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam dalam organisasi untuk
membantu memberi khidmat nasihat kepada pihak Pengurusan

2. Perkhidmatan

-Doktor yang memberikan perkhidmatan perubatan hendaklah sentiasa


memastikan khidmat yang diberikan sehingga menyelamatkan nyawa pesakit
-melaksanakan penjagaan aurat bagi wanita bersalin yang beragama Islam

3. Produk

-menyediakan perkhidmatan makanan dan ubat-ubatan yang halal dan patuh


shari’ah

4. Kemudahan

-menyediakan kemudahan ruang ibadat untuk pesakit menunaikan solat


-sekiranya pesakit tidak mampu untuk bangun, jururawat bersedia untuk
membantu pesakit dengan menyediakan botol semburan atau melaksanakan
tayyamum untuk mengambil wudhu
-menyediakan wad yang mementingkan keselamatan dan privasi pesakit

5. Prinsip Keperluan (dharurah)


-menjaga maruah pesakit seperti aurat mereka ketika dalam kesakitan

Anda mungkin juga menyukai