Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK MENULIS KARANGAN

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

a) Pengenalan / Pendahuluhan
b) Isi-isi dan
c) Penutup

Pengenalan / Pendahuluhan
1. Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam
pengenalan kita hendaklah memperkenalkan tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham.
2. Kita hendaklah menarik perhatian pembaca supaya ingin membaca karangan
itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau
empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik

Tips Antara Kaedah Mencari Isi

Kaedah 1 ( pertanyaan )

Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?

Kaedah 2 ( peta minda )

Penutup

1. Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk


mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi
suatu kepuasan kepada pembaca.

2. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu


karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas
tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan
secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam
tiap-tiap karangan.

Anda mungkin juga menyukai