Anda di halaman 1dari 8

Penang Science Cluster

Wisma Yeap Chor Ee,


37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

13 September 2021

Tuan,

JEMPUTAN DAN HEBAHAN PROGRAM PAMERAN SAINS ANTARABANGSA


PULAU PINANG (PISF) 2021 - EDISI MAYA

Penang Science Cluster (PSC) ialah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan
yang menjalankan pelbagai program berkaitan dengan STEM (Sains, Teknologi,
Kejuruteraan, dan Matematik). Objektif utama PSC adalah untuk mencetuskan minat
pelajar terhadap STEM dan juga memupuk kemahiran berfikir aras tinggi serta
kemahiran berfikir secara komputasional.

2. Selaras dengan objektif PSC, pihak PSC dengan kerjasama industri-industri


di Pulau Pinang (Intel, HP, Motorola, Keysight, National Instrument, Agilent, B.Braun,
Dreamcatcher, Broadcom) ingin mengambil peluang ini untuk menganjurkan
program tahunan kami, Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang. Julung
kalinya program ini akan dijalankan secara maya.

Nama Program : Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang (PISF)


2021 – Edisi Maya

Tempoh program : 19 Ogos 2021 – 6 Disember 2021


(Sila rujuk Lampiran A untuk maklumat terperinci)

Platform : Semua acara akan berlangsung melalui saluran


persidangan dalam talian, media sosial, dan laman
sesawang. Antaranya adalah seperti Zoom, Airmeet,
Hopin, Google Meet, Teams, Webex, Facebook dan
sebagainya.

Pautan : Laman Web PISF 2021:


https://pisf.pscpen.com/
Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

3. Di samping itu, jemputan dan hebahan ini adalah bertujuan untuk membuka
penyertaan kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia
untuk menyertai pertandingan Virtual TechMentor Robotics Competition yang
akan berlangsung bersempena dengan PISF 2021.

Maklumat terperinci mengenai pertandingan ini dan surat kebenaran dari


Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilampirkan untuk rujukan tuan.

Dengan memperkenalkan program ini, pihak PSC berharap agar pelajar-pelajar


berpeluang untuk menunjukkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam bidang
pengekodan, elektronik, robotik dan kejuruteraan serta dapat mengaplikasikan
kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah. PSC tidak akan mengenakan
sebarang bayaran atau yuran terhadap sekolah atau peserta. Penyertaan
adalah secara percuma.

Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Ahmad Shah


(017-5782025) atau robotics@pscpen.com.

Dengan ini, kami berharap agar pihak JPN memberi kebenaran penglibatan pelajar
dan menghebahkan pertandingan ini kepada sekolah-sekolah di negeri tuan.
Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Ooi Peng Ee
Ketua Pegawai Eksekutif
Penang Science Cluster
Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

Lampiran A
Kertas Kerja Pameran Sains Antarabangsa (Edisi Maya) Pulau Pinang 2021
Penganjur Program

Program ini adalah anjuran Penang Science Cluster dengan kerjasama Intel, HP,
Motorola Solutions, Keysight, National Instrument, Agilent, B.Braun, Dreamcatcher
dan Broadcom.

Pengenalan Program

Pameran Sains Antarabangsa (Edisi Maya) Pulau Pinang 2021 ataupun lebih
dikenali sebagai Penang International Science Fair (Virtual Edition) 2021 (PISF
2021) adalah sebuah acara tahunan yang terbuka kepada semua golongan,
terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Antara
acara yang akan berlangsung sepanjang PISF 2021 adalah pameran industri,
bengkel STEM, ceramah kerjaya, pameran dari sekolah-sekolah MakerLab dan
pertandingan STEM.

Objektif Program

1. Mencetus minat pelajar dalam bidang STEM.


2. Membolehkan pelajar mengetahui perbezaan dan fungsi pelbagai jenis
kejuruteraan.
3. Membolehkan pelajar mengetahui dan mengaplikasi proses inovasi.
4. Memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, komputasional dan
aras tinggi bagi membentuk pelajar yang mampu menyelesaikan masalah.

Sasaran pelajar

Sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia


Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

Lampiran B

Nama Program

Virtual TechMentor Robotics Competition 2021 (VTRC)

Sasaran

Junior Category Pelajar sekolah rendah (darjah 3 - 6).

Senior Category Pelajar sekolah menengah (tingkatan 1 - 3)

Perincian Acara

VTRC merupakan sebuah pertandingan atas talian di mana peserta perlu membuat
pengaturcaraan untuk menggerakkan robot simulasi mengikut arahan yang
dinyatakan dalam peraturan.

Format Acara

Pertandingan ini menggunakan laman simulasi robotik sumber terbuka iaitu Open
Roberta Lab. Peserta perlu membuat pengekodan mengikut arahan yang diberi dan
menghantar file kod projek. Para juri akan menilai projek-projek tersebut
berdasarkan rubrik pemarkahan yang ditetapkan.

Garis Masa

Peringkat Deskripsi Tempoh

Peringkat 1: Boot Camp terdiri daripada bengkel September -


Robotics Boot pengaturcaraan atas talian yang akan Oktober
Camp dilatih oleh para pelatih dari PSC.
Seterusnya diikuti dengan tugasan (boleh rujuk
Google Classroom: Open Roberta lembaran
Challenge. maklumat bagi
tarikh dan masa
Pelajar yang mendapat jumlah markah yang terperinci)
yang ditetapkan dalam tugasan tersebut
akan mara ke peringkat 2.

Peringkat 2: Google Classroom: Intermediate November


Intermediate Challenge.
Challenge Pelajar yang berjaya mencapai jumlah (tarikh dan masa
Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

(Google markah yang ditetapkan dalam peringkat yang terperinci


Classroom) 2 ini akan dipilih untuk mara ke pusingan akan
akhir (PISF 2021). dimaklumkan
kemudian)

Peringkat 3: *Akan dimaklumkan kepada para peserta November -


Pertandingan finalis. Disember
Peringkat Akhir (tarikh dan masa
yang terperinci
akan
dimaklumkan
kemudian)

* Sila rujuk lembaran maklumat melalui pautan/kod QR di bawah bagi tarikh,


masa dan agenda program yang lebih terperinci.

Hadiah

Bagi setiap kategori:

Juara RM500 bersama sijil pencapaian

Naib Juara RM300 bersama sijil pencapaian

Tempat ketiga RM200 bersama sijil pencapaian

Peserta Sijil penyertaan

Bayaran

Penyertaan adalah secara percuma. Tiada sebarang bayaran, yuran atau


pembelian untuk menyertai acara ini.

Penyertaan dan Pautan Lembaran Maklumat

Prasyarat:
Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah darjah 3 - 6 (junior category) dan
pelajar sekolah menengah tingkatan 1 - 3 (senior category) yang berminat.
1. Pelajar dikehendaki mempunyai komputer / komputer riba / serta
kemudahan akses internet untuk mengikuti program ini.
2. Program ini akan menggunakan aplikasi Zoom sebagai medium persidangan
atas talian.
3. Pelajar akan menggunakan laman sesawang Open Roberta Lab ketika
bengkel berlangsung.
Rujukan: https://lab.open-roberta.org atau https://test.open-roberta.org
Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

Penyertaan bagi setiap sekolah:


1. Penyertaan pelajar adalah melalui guru sahaja.
2. Setiap guru yang berminat boleh mendaftar minimum 3 pelajar dan
maksimum 5 pelajar bagi setiap slot Robotics Boot Camp (peringkat 1).
3. Setiap guru dan pelajar perlu memilih salah satu slot bagi Robotics Boot
Camp (peringkat 1) sahaja. Boleh rujuk tarikh slot di lembaran maklumat.
4. Pelajar perlu muat turun modul https://bit.ly/EV3withORL_Module.

Lembaran maklumat Virtual TechMentor Robotics Competition:

https://bit.ly/Infosheet_TechMentorRobotics

Pendaftaran

Sila rujuk lembaran maklumat di atas dahulu bagi memudahkan proses


pendaftaran

Pautan pendaftaran: https://bit.ly/EV3withORL_MyRegistration


Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

Poster Utama
Penang Science Cluster
Wisma Yeap Chor Ee,
37, Gat Lebuh China, Georgetown,
10200 Penang, Malaysia.
Mobile: +6012 6023039
Email: admin@pscpen.com
www.pscpen.com fb.com/PenangScienceCluster

Poster Virtual TechMentor Robotics Competition

Anda mungkin juga menyukai