Anda di halaman 1dari 1

Belajarlah Adab Sebelum Mempelajari Ilmu

Adab adalah sangat penting dan lebih diutamakan sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu. Tiada
gunanya jika seseorang itu memiliki ilmu yang hebat dan tinggi, tetapi tidak memiliki adab dan akhlak
yang baik sesama manusia. Malah bukan itu sahaja, ilmu seseorang itu akan menjadi sia-sia sekiranya
ia sedikitpun tidak memberi kesan ke atas peribadi dan tingkah lakunya.

Saudara,

Ilmu dan adab itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan dan ia hendaklah saling lengkap melengkapi di
antara satu sama lain. Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin tinggilah adab dan akhlaknya
kepada orang lain. Bukan setakat itu sahaja, semakin tinggi adab dan akhlaknya pula, maka semakin
tinggilah darjatnya di Hari Akhirat nanti berbanding dengan mereka yang hanya memiliki ilmu agama
tetapi buruk adabnya.

Ulama terkenal iaitu Abdullah bin Al-Mubarak rahimullah pernah mengatakan:

“Kita dengan (mempelajari walau) sedikit ilmu adab itu lebih diperlukan (diutamakan) dari hanya
memperbanyakkan ilmu (agama).”

Selain itu, Imam Malik bin Anas pula (guru kepada Imam Syafie) pernah menasihati seorang lelaki
dari bangsa Quraisy dengan kata beliau yang cukup menarik iaitu:

”Wahai anak saudaraku, belajarlah (ilmu) adab sebelum kamu mempelajari ilmu (agama).”

Oleh yang demikian, marilah kita mengambil berat serta menitik beratkan soal adab dalam
mempelajari ilmu, mahupun mengajarkannya kepada orang lain.Hal ini kerana orang yang tinggi
adabnya kepada orang lain, walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak, mereka adalah orang yang
lebih baik dan mulia berbanding orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi kurangnya adab.

Anda mungkin juga menyukai