Anda di halaman 1dari 13

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER MEI 2021

HBQE2103

AL-TAJWID

NO. MATRIKULASI : 9700112016697001

NO. KAD PENGENALAN : 9700112-01-6697

NO. TELEFON : 011-18615426

E-MEL : shirosofy@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE (ALOR SETAR)

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ILMU TAJWID............................................................2

2.0 ADAB MEMPELAJARI AL-QURAN DIATAS TALIAN.....................3

3.0 HUKUM TAJWID DAN PENJELASAN...................................................6

1. IZHAR HALQI.............................................................................................6
2.IKHFA’ HAKIKI...........................................................................................6
3. IDGHAM BI GHUNNAH.............................................................................7
4. IKHFA SYAFAWI........................................................................................7
5. MAD JAIZ MUNFASIL...............................................................................8
6. MAD SILAH KUBRA..................................................................................8
7. MAD TAMKIN.............................................................................................8
8. HUKUM RA' TARQIQ.................................................................................9

4.0 HUKUM TAJWID SURAT AL-QADR LENGKAP DENGAN


PENJELASAN....................................................................................................9
Ayat 1................................................................................................................9
Ayat 2................................................................................................................9
Ayat 3..............................................................................................................10
Ayat 4..............................................................................................................10
Ayat 5..............................................................................................................11

5.0 KESIMPULAN........................................................................................11

2
1.0 PENGENALAN ILMU TAJWID

Secara amnya maksud ataupun makna yang terdapat dalam ilmu tajwid dari segi Bahasa ialah
membawa maksud memperelokkan dan mempercantikkan sesuatu dan bagi segi istilah tajwid
bermaksud mengeluarkan bunyi setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya.
Dan kata imam ibnu al jazari dalam penulisan kitab muqaddimah al jazari yakni sebuah matan dan
kitab yang membahaskan ilmu qiraat :

‫وهو إعطاء الحروف حقها * من صفة لها ومسـتحقها‬


“Ilmu yang menunaikan hak pada setiap huruf dan memenuhi sifat huruf-huruf tersebut.”. (Jusoh,
2001)

Maksud hak yang disebutkan dalam matan imam al jazari tersebut membawa penerangan kepada sifat
yang lazim bagi sesuatu huruf seperti sifat jelas, syaddah dan sebagainya. Dan makna memenuhi sifat
huruf-huruf tersebut didalam matan tersebut membawa penerangan kepada sifat mendatang yang
muncul dari sifat huruf itu sendiri seperti sifat tebal, tipis, izhar, idgham, iqlab dan sebagainya.
(BERAHIM, 2020)

Seterusnya , mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan membaca secara tajwid adalah
fardhu ain. Oleh itu, walau tidak ingin belajar untuk mmendalami ilmu tajwid ,mempelajari untuk
menyempurnakan bacaan adalah wajib dan ia adalah ilmu yang perlu ada bagi setiap muslim untuk
membaca kitab suci al-quran. Selain itu, dalam mempelajari ilmu ada adab-adab yang perlu kita teliti
kerana berkatnya ilmu kerana adab seseorang penuntut. Contohnya ialah dari kisah anak murid kepada
imam malik, dimana anak muridnya menuntut dengannya selama 20 tahun dan 18 tahun itu adalah
fokusnya kepada ilmu adab dan 2 tahun adalah Imu fardhu ain. Disini jelas untuk dijadikan bukti pada
kita adab amat penting, apatah lagi dalam mempelajari ilmu tajwid yang sudah pasti ilmu tajwid ini
adalah ilmu yang menjaga setiap kalam dalam al-quran. (Haji, 1996)

Justeru itu, pada keadaan kovid yang makin meningkat ini kita digalakkan untuk sentiasa
membaca al-quran dan memohon pada Allah untuk membantu kita mencari penawar dan mengambil
peluang untuk belajar al-quran walaupun secara atas talian. Selain itu, dunia yang serba moden ini
telah membuat perubahan yang besar bukan sahaja boleh menghadiri kelas al-quran, tetapi boleh
mendalami ilmu al-quran dengan guru-gur yang hebat walau jauh kedudukan. Dan semestinya walau
dalam talian adab-adab perlu dijaga untuk mendapat keberkatan. Justeru itu, objektif kajian ini untuk

3
menjelaskan kepada masyarakat awam tentang adab-adab yang perlu ada dalam mempelajari al-quran
secara dalam talian. Kerana adab adalah kunci untuk membuka pintu segala ilmu.

2.0 ADAB MEMPELAJARI AL-QURAN DIATAS TALIAN

Adab yang pertama yang perlu kita ambil berat dalam mempelajari al-quran diatas
talian ialah mengenai adab menghormati guru. Pada hari ini sering kita dengar berita
mengenai pelajar yang hilang adab dengan guru , dalam soal pelajaran guru adalah orang yg
amat mulia apatah lagi dalam mengajar ilmu al-quran seperti dalil dari firman Allah SWT
dalam al-Quran: “Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan
beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)] . Ayat al-quran ini jelas menceritakan
darjat seseorang yang beriman dan mengajar al-quran dan mengajar ilmu pengetahuan yang
lain. Dan adab dalam menghormati dengan guru ini bukanlah satu hal yang boleh
diremehkan . Sebagai pelajar, kita hendaklah menghormati kedudukan guru dan memahami
adab ketika berhadapan dengan mereka walau kita berada di dalam talian secara maya.

Jika disebutkan dengan adab menghormati guru kita boleh ambik inspirasi dari ulama
yang sangat kita kenali namanya iaitu Imam Syafie. Beliau merupakan seorang yang hebat
kedudukannya dalam bidang agama dan merupakan salah satu Imam mazhab yang terkenal
dan syadid dalam membuat keputusan. Walau pendirian beliau sebegitu dia dikenali ramai
dengan akhlaknya yang amat menjaga adab dan menghormati gurunya walau dia pernah
belajar ilmu yang sedikit dari gurunya. Pernah satu ketika sedang beliau mengajar anak
muridnya dimasjid lalu seorang arab badwi yang kotor dan busuk beliau memanggil arab
badwi tersebut lalu terus memeluknya sehingga anak muridnya menjadi pelik siapakah lelaki
tersebut sehingga imam syafie sanggup memeluknya walau dalam keadaannya yang kotor
sebegitu. Seterusnya , imam syafie ditanya oleh anak muridnya siapakah lelaki arab badwi
tersebut. Imam Syafie juga berkata: “Suatu hari, ketika aku menulis kitab fekah, aku
menghadapi masalah untuk mengenali dan membezakan antara anjing yang cukup umur
dengan yang belum cukup umur. Dan beliau berjumpa dengan arab badwi tersebut untuk
mempelajarinya kerana lelaki tersebut memelihara anjing untuk menjaga haiwan ternakannya
dan dengan adab yang tinggi dalam menghormati guru imam syafie tidak nilai siapa yang
mengajarnya , asalkan ilmu yang diberi itu adalah ilmu baginya. Jika kita lihat kehebatan

4
akhlak beliau dalam menghormati guru ia amat terkesan dengan kita yang pada hari ini
semakin pupus dan hilang adab dalam belajar. Maka sebagai pelajar walau dalam ayam maya
sekalipun hormatilah guru yang mendidik dan mengajar kita kerana kita akan beroleh
keberkatan. (BERAHIM, 2020) (ZAINUL, 2010)

Adab kedua yang perlu diberikan perhatian bagi mempelajari al-quran melalui dalam talian
ialah hadir kelas tepat pada awal waktunya, walaupun cara pengajian secara atas talian pelajar
perlu hadir ke kelas dengan masa yang telah ditetapkan. Kerana jika pelajar masuk lambat ke kelas
dan membuat guru menunggu ia dikira telah melanggar salah satu adab menghormati guru. Selain
itu, jika seorang pelajar lewat untuk menyertai kelas ini menyebabkan kerugian masa kepada
pelajar yang masuk awal kerana menunggu pelajar yang lambat. Sekiranya , pelajar masuk awal
ke kelas, Secara tidak langsung tindakan ini akan memberi semangat kepada guru yang mengajar
kerana melihat kesungguhan pelajar yang tidak sabar menuntut ilmu. Dan kita kena ketahui guru
adalah manusia biasa yang Allah mengangkat darjat kemuliaannya kerana menghabiskan masa
dalam menyampaikan ilmu Allah taala. Berdasarkan hadith dari baginda nabi yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

‫ يُفَقِّ ْههُ فِي اَلدِّين‬,‫َم ْن ي ُِر ِد هَّللَا ُ بِ ِه َخ ْيرًا‬

Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan
difahamkan perihal agamanya.”Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037). Al-Hafiz Ibn Hajar
berkata: “Dalam hadith ini terdapat keterangan yang jelas tentang kelebihan orang-orang yang
berilmu di atas semua manusia. Begitu juga keutamaan ilmu agama di atas ilmu-ilmu yang lain.”
(Lihat Fath al-Bari, 1/165) .

Oleh itu, dengan keadaan kovid yang makin meningkat semestinya sistem pembelajaran
ini akan berkekalan, maka dengan itu sebagai seorang pelajar perlulah membuat persiapan diri
dengan lebih awal agar dapat memasuki kelas pada tepat waktunya atau yang terbaik awal dari
guru yang mengajar, kerana apabila tibanya didalam majlis ilmu malaikat sentiasa mendoakan
kesejahteraan kita dalam menuntut ilmu berdasarkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari
Abu Hurairah dan Abu Sa’id RA bahawa Baginda SAW bersabda: “Tidaklah suatu kaum duduk
berzikir (mengingat) Allah melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi rahmat,
ditutunkan sakinah (ketenangan) dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di

5
sisiNya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2700). Hadith ini menceritakan malaikat memberi rahmat
kepada orang yang berzikir dan mengingati Allah dan ulamak bersepakat bahawasanya dalil
daripada hadis sahih ini berkait dengan orang yang menuntut ilmu . Dengan ini diharapkan para
pelajar dapat menjaga adab dalam kelas quran mahupun kelas subjek yang lain kerana adab adalah
jambatan ilmu.

Seterusnya, antara adab pelajar dengan guru yang perlu diambil berat ialah memberi salam
terlebih dahulu ketika jumpa. Meskipun pembelajaran atas talian ini tidak pernah berlaku pada
masa Rasulullah SAW, para sahabat dan zaman Imam al-Ghazali sendiri, adab-adab ini tetap
sesuai diamalkan. (Ishom, 2019) Dan perlu kita ingat meskipun pembelajaran diatas talian
terpaksa dijalankan dengan keadaan yang semakin tinggi kes harian covid di Malaysia ini , adab-
adab bersama guru tetap perlu diraikan sebagaimana yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam
kitab Bidayah al-Hidayah. Selain itu, perlu kita dalami apa hikmah memberi salam sehingga ia
termasuk dalam adab ketika belajar. Berdasarkan hadis Rasulullah Pada satu hari, Sayidina Anas
melewati kumpulan kanak-kanak. Lantas beliau memberikan salam kepada mereka. Kemudian
beliau berkata: “Dahulu, Rasulullah SAW juga melakukan seperti ini.” (Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)., hadis ini jelas membuktikan kepada kita bahawasanya memberi salam adalah
sunnah Rasululah dan amat wajar sebagai pelajar yang beragama islam apatah lagi belajar ilmu
mengenai al-quran supaya mendidik diri supaya sentiasa memberi salam apabila guru masuk ke
kelas. Pada waktu yang sama, memberi salam ini adalah satu cara untuk kita mendapat keberkatan
dalam hidup kerana selain kita memberi salam kita secara tidak sedar telah mendoakan
kesejahteraan keatas orang yang kita memberi salam . dan janji Allah apabila kita membuat baik
dan mendoakan seseorang Allah akan balikkan kebaikan keatasnya berdasarkan Firman Allah
dalam al-Quran bermaksd: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan
hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik
daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung
tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa', ayat 86). Dan ia merupakan strategi kepada umat islam untuk
memasuki syurga , kerana memberi salam adalah salah satu ciri-ciri beriman kepada Allah,
rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu
beriman. Kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah kamu semua saling menyayangi.
Mahukah kamu kalau aku tunjukkan sesuatu, yang jika kamu melakukannya tentu kamu semua
akan saling mengasihi? Sebarkanlah salam antara kamu!” (Hadis riwayat Muslim). (Alkifayah,
2021) Oleh itu , sebagai seorang pelajar kita perlu tanam sifat kasih dan saying Antara umat islam
apatah lagi guru kita yang sentiasa mencurahkan ilmu pada kita tanpa rasa jemu dan marilah sama-

6
sama kita mempraktikalkan budaya kita dengan meringankan mulut dalam memberi salam seperti
budaya arab dan sekaligus kita dapat menyebarkan salam dan kasih sayang . (Nursalikah, 2020)

3.0 HUKUM TAJWID DAN PENJELASAN

1. IZHAR HALQI

Izhar dari segi bahasa bermaksud terang atau nyata. Dan dari segi istilah dalam ilmu
tajwid, ia membawa makna lain iaitu mengeluarkan bunyi tiap-tiap huruf dari tempat
ْ
keluarnya dengan bacaan tidak dengung dan saktah. Pengertian izhar halqi,nun Sakinah (‫)ن‬

atau tanwin ( ً ٍ ٌ ) bertemu dengan salah satu daripada huruf Izhar Halki, maka bacaan nun
sakinah atau tanwin hendaklah dijelaskan dan tidak degung. Huruf izhar halqi mempunyai 6
huruf iaitu ‫ء ه ع ح غ خ‬

- Contoh ayat : َ ‫َم ْن ُا ْويِت‬

2.IKHFA’ HAKIKI

Ikhfa’ dari segi Bahasa membawa maksud sembunyi. Dan dari segi istilah ikhfa’
membawa maksud menyebut suatu huruf dengan satu sifat antara izhar dan idgham dan pada
keadaan itu masih mengekalkan dengung pada huruf pertama tanpa tasyhdid. Dan kadar
dengung mestilah sempurna dengan kadar 2 harakat . Seterusnya apabila huruf nun mati atau
huruf yang berbaris tanwin yang barisnya tidak selari atau disebut al-itba’ bertemu selepas
keduanya salah satu huruf daripada 15 huruf di bawah maka berlakulah hukum Ikhfak
Haqiqi.

‫تثجدذزسشصضطظفقک‬

Contoh : ‫يْ ٌد‬ ‫ َش ِد‬ ‫اب‬


ٌ ‫عَ َذ‬
7
3. IDGHAM BI GHUNNAH

Idgham Bi Ghunnah bermaksud menggabungkan atau memasukkan huruf Nun sukun ke


dalam huruf yang berbaris selepasnya berserta dengung. Dan huruf yang terlibat pada hukum

tajwid ini terdapat 4 sahaja iaitu ‫ يومن‬, maka apabila nun mati atau tanwin bertemu
salah satu huruf hijaiyah diatas maka terjadilah hukum bacaan idgham bi ghunnah disitu. Dan
cara bacaannya digabungkan bacaan huruf nun itu ke dalam huruf selepasnya iaitu salah satu
huruf diatas kemudian didengungkan. Maka suara nun akan lenyap dan yang jelas didengari
adalah suara huruf-huruf idgham itu. Contoh ayat : ‫فَ َمن ي َ ۡع َم ۡل‬

4. IKHFA SYAFAWI

khfa' Syafawi : Menyebut huruf di antara sebutan izhar dan idgham tanpa sabdu dan
mengekalkan dengung pada huruf yang pertama. Dikenali dengan melihat huruf mim yang
tidak berbaris ‫ م‬diikuti dengan huruf ‫ ب‬yang berbaris.Sebutan hendaklah didengungkan
dengan merapatkan dua bibir. Contoh ayat : . ‫َواذَّل ِ َين مُه ْ ِب َرهِّب ِ م‬

5. MAD JAIZ MUNFASIL

Mad Jaiz Munfasil ialah terjadi apabila huruf mad (alif, wau atau ya’) yang bertemu dengan
huruf hamzah dalam dua kalimah. Hukum bacaannya: jaiz (terdapat qiraat yang
mengharuskan dibaca dengan 2 harakat dan terdapat juga qiraat yang tidak mengharuskannya
dan memanjangkan bacaan lebih daripada 2 harakat). Seterusnya kadar bacaan mad jaiz
munfasil mestilah diseragamkan dengan kadar bacaan mad muttasil., sekiranya tidak
disambungkan bacaan, huruf mad itu dibaca dengan 2 harakat sahaja . Contoh kalimah mad
jaiz munfasil

‫َولَآ َأ ۡولَ ٰـ ُدهُم‬


8
6. MAD SILAH KUBRA

mad silah kubra berlaku pada huruf ha’ dhomir atau ha’ kinayah yang terletak di antara dua
huruf yang berbaris dan bertemu dengan huruf hamzah selepasnya ketika wasal. Dan akan
disukunkan huruf ha’ sekiranya pada kalimah tersebut diwaqafkan. Selain itu, silah
bermaksud sambung dan kubra pula bererti besar. Cara untuk mengenali mad silah kubra ini
dengan melihat tanda panjang di atas wau kecil (‫ ) و‬atau ya kecil (‫ ) ى‬selepas huruf ha’
dhomir atau ha’ kinayah , manakala panjang harakat pada mad silah ini mengikut kadar
harakat pada mad muttasil iaitu 4 atau 5 . Contoh kalimah :

7. MAD TAMKIN

Secara bahasa, mad bererti panjang sedangkan tamkin bererti menempatkan. Cara membaca
mad tamkin adalah dengan memanjangkannya satu alif atau dua harakat pada mad tamkin.
Adapun alasan kenapa dinamakan dengan mad tamkin adalah karena adanya tasydid yang
menempat di dalam mad, oleh karena itu makan dinamakan mad tamkin. Cara membaca
bacaan mad tamkin pula hampir sama seperti bacaan mad yang lain iaitu satu alif atau dua
harakat. Yang menjadi ciri utama dari bacaan mad tamkin ini adalah bertemunya dua huruf
‫ي‬, huruf ‫ ي‬yang pertama bertasydid dan bertemu dengan ‫ ي‬yang di baca sukun.
Kesimpulannya , cara bacaannya mad tamkin sama seperti bacaan mad thobi’ie Cuma
perbezaannya adalah pada huruf ‫ ي‬sahaja. Contoh bacaan : َ‫َولَ ِك ْن ُكوْ نُوْ ا َربَّانِيِّ ْين‬

8. HUKUM RA' TARQIQ

Hukum ra’ adalah hukum yang menerangkan bagaimana kaedah membunyikan huruf ra’
dalam bacaan; sama ada tebal yang dalam istilahnya disebut tafkhim, tipis iaitu tarqiq atau
harus dua wajah bacaan. Dan pada bacaan ra’ dibaca dengan tarqiq ada 4 cara . Pertama huruf
‫ ر‬berbaris kasrah dan huruf ّ‫ ر‬bersabdu berbaris kasrah, kedua huruf ‫ ر‬sukun dan huruf
sebelumnya berbaris kasrah, ketiga huruf ‫ ر‬sukun kerana diwaqafkan dan sebelumnya huruf
sukun dan sebelumnya pula huruf berbaris kasrah dan yang keempat huruf ‫ ر‬diwaqafkan dan

sebelumnya huruf ْ‫ ي‬sukun. Contohnya : ‫نَّ ْغفِرْ لَ ُك ْم‬

9
4.0 HUKUM TAJWID SURAH AL-QADR LENGKAP DENGAN
PENJELASAN

Ayat 1

1. ‫ = ِإنَّا‬Wajibal ghunnah, ada huruf (‫ )ن‬yang bertasydid. Cara membacanya memasukkan dengan
dengung.
2. ‫ = ِإنَّا َأ‬Mad Jaiz munfasil , kerana ada huruf mad thobi’i bertemu dengan huruf hamzah pada
kalimah yang berasingan , cara bacaanya 2 atau 4 harakat.
3. َ‫ = َأن َز‬Ikhfa haqiqi, kerana ada huruf nun mati bertemu dengan huruf (‫ )ز‬cara membacanya samar-
samar membentuk huruf (‫)ز‬.
4. ‫ = لَ ْيلَ ِة‬Mad lin , kerana ada tanda fathah bertemu dengan huruf (‫ )ي‬mati. Cara membacanya lembut.

5. ‫ = ْالقَ ْدر‬Al qamariah, kerana ada huruf alif lam bertemu dengan huruf (‫)ق‬. Cara membacanya terang
dan jelas.
6. ‫ = ْالقَ ْدر‬Qalqalah sughra , karena ada huruf (‫ )د‬mati ditengah kalimah dan membacanya lantunan
yang paling rendah pada huruf (‫)د‬.

Ayat 2

1. ‫ = َو َما َأ‬Mad Jaiz munfasil , kerana ada huruf mad thobi’i bertemu dengan huruf hamzah pada
kalimah yang berasingan , cara bacaanya 2 atau 4 harakat.
2. ‫ = َأ ْد َر‬Qalqalah sughra , karena ada huruf (‫ )د‬mati ditengah kalimah dan membacanya lantunan
yang paling rendah pada huruf (‫)د‬.
3. ُ‫ = لَ ْيلَة‬Mad lin , kerana ada tanda fathah bertemu dengan huruf (‫ )ي‬mati. Cara membacanya
lembut.

ِ ‫ = ا ْلقَ ْد‬Al qamariah, kerana ada huruf alif lam bertemu dengan huruf (‫)ق‬. Cara membacanya
4. ‫ر‬
terang dan jelas.

ِ ‫ = ْالقَ ْد‬Qalqalah sughra , karena ada huruf (‫ )د‬mati ditengah kalimah dan membacanya lantunan
5. ‫ر‬
yang paling rendah pada huruf (‫)د‬.

10
Ayat 3

1. ُ‫ = لَ ْيلَة‬Mad lin , kerana ada tanda fathah bertemu dengan huruf (‫ )ي‬mati. Cara membacanya lembut.

ِ ‫ = ْالقَ ْد‬Qalqalah sughra , karena ada huruf (‫ )د‬mati ditengah kalimah dan membacanya lantunan
2. ‫ر‬
yang paling rendah pada huruf (‫)د‬.

ِ ‫ = ْالقَ ْد‬Al qamariah, kerana ada huruf alif lam bertemu dengan huruf (‫)ق‬. Cara membacanya terang
3. ‫ر‬
dan jelas.
4. ‫ = خَ يْر‬Mad lin , kerana ada tanda fathah bertemu dengan huruf ya mati. Cara membacanya lembut.

5. ‫ = خَ ْي ٌر ِّم‬Idgham maal ghunnah, kerana ada tanwin bertemu dengan huruf mim. Cara membacanya
memasukkan huruf (‫ )ر‬kedalam huruf (‫ )م‬dengan dengung.
6. ‫ = ِّم ْن َأ‬Izhar halqi, kerana ada nun mati bertemu dengan huruf alif. Cara membacanya jelas sebutan
pada huruf nun.

Ayat 4

1. ‫ = ْال َم َل‬Al qamariah, kerana ada huruf alif lam bertemu dengan huruf (‫)م‬. Cara membacanya
terang dan jelas.
2. ُ‫ = ْال َماَل ِئ َكة‬Mad wajib muttasil, kerana ada huruf mad thobi’i bertemu dengan huruf hamzah
dalam satu kalimah. Cara membacanya panjang 5 harakat.
3. ‫ = َوالرُّ و‬Al syamsiah, kerana ada huruf alif lam bertemu dengan huruf (‫)ر‬. Cara
membacanya dimasukkan (‫ )و‬ke huruf (‫)ر‬
4. ‫ = َربِّ ِهم ِّمن‬Idgham mislain, kerana ada huruf (‫ )م‬bertemu dengan huruf (‫ )م‬. Cara membaca
masukkan (‫ )م‬pertama ke (‫ )م‬kedua dengan 2 harakat.
5. ‫ = ِّمن ُك ِّل‬Ikhfa haqiqi, kerana ada huruf (‫ )ن‬mati bertemu dengan huruf (‫)ك‬. Cara
membacanya dengung samar-samar membentuk huruf (‫)ك‬

11
Ayat 5

1. ‫ = ٌم ِه َي‬Izhar halqi, kerana ada tanwin bertemu dengan huruf (‫)ه‬. Cara membacanya jelas
sebutan huruf (‫)م‬.
2. ْ ‫ = = َم‬Qalqalah sughra , karena ada huruf (‫ )ط‬mati ditengah kalimah dan membacanya
‫طلَ ِع‬
lantunan yang paling rendah pada huruf (‫)ط‬.
3. ‫ = ْالفَجْ ر‬Al qamariah, kerana ada huruf alif lam bertemu dengan huruf (‫)ف‬. Cara membacanya
terang dan jelas.
4. ‫ = ْالفَجْ ر‬Qalqalah sughra , karena ada huruf (‫ )ج‬mati ditengah kalimah dan membacanya
lantunan yang paling rendah pada huruf (‫)ج‬.

5.0 KESIMPULAN

Konklusinya , sebagai penuntut ilmu atau orang yang masih mengejar ilmu dala kehidupan
apatah lagi dalam ilmu al-quran tidak dapat tidak kena menjaga adab yang telah digariskan oleh ulama
supaya ilmu yang diterima itu berkat. Sehubungan dengan itu juga sebagai seorang penuntut
lazimkanlah membaca buku yang banyak menceritakan soal akhlak dengan guru dan para pendidik.
Akhir sekali, harapan kita adalah dapat melahirkan generasi pelajar yang tinggi nilai akhlak di dalam
negara Malaysia ini.

RUJUKAN

Alkifayah, S. (24 februari, 2021). KEUTAMAAN MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM.


BERAHIM, A. Z. (24 4, 2020). Kisah Kesungguhan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu.
Haji, M. D. ( 1996). Tajwid Ilmi dan Amali. C.1, Kuala Lumpur: Pustaka Haji.
Ishom, M. (15 ogos, 2019). 10 Adab Murid terhadap Guru Menurut Imam al-Ghazali.
Jusoh, M. R. ( 2001). Pengenalan Ilmu Qiraat. C.2, Selangor : Mahsuri Timur Sdn.
Nursalikah, A. (28 may, 2020). Adab Seorang Guru Menurut Imam Ghazali.
ZAINUL, A. (2 november, 2010). Menghormati Guru Cara Imam Syafie.

12
13

Anda mungkin juga menyukai