Anda di halaman 1dari 9

Adab syarat penting cari ilmu, berguru dalam Islam

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Posted in Berita Harian

GURU atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmunya. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Kelebihan dinyatakan Rasulullah itu ternyata disebabkan manfaat ilmu disampaikan oleh orang berilmu. Dalam konteks perbincangan kita, golongan guru khususnya.

Kelebihan guru dan pendidik sering dibicarakan hingga pujangga turut mengibaratkan guru seperti bintang di langit yang menerangi kegelapan di laut dan di darat. Justeru, seseorang pengembara dikatakan akan tersesat jalan apabila bintang menghilang.

Demikian juga ibaratnya kehidupan manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan. Lalu, akhirnya tersesat jalan.

Secara ringkas, antara sebab guru wajib dimuliakan kerana;

Pertama, guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Sebagai orang berilmu yang dijamin Allah ketinggian kedudukannya seperti yang disebutkan dalam satu ayat-Nya, guru tentu memiliki kemuliaan yang perlu dipertahankan. Bahkan, dalam satu ayat-Nya, Allah menggandingkan orang berilmu dengan malaikat. (Maksud surah Ali Imran, ayat 18)

Kedua, yang mewajibkan kita menghormati guru kerana mereka memiliki kebijaksanaan. Seperti dimaklumkan, manusia dapat mengendalikan hidupnya dengan sempurna berdasarkan keimanan dan kebijaksanaan. Begitu dengan guru.

Dengan kebijaksanaannya, guru berupaya membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya. Perkara ini tentu dapat melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.

Ketiga, guru menyumbang bakti yang sangat besar. Jasa guru terlalu besar hingga tidak terungkap oleh kata-kata.

Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama seperti hidup dalam kegelapan. Ibarat nur, ilmu menerangi hidup manusia. Umpama lilin, guru membakar diri, menerangi kegelapan.

Sejarah membuktikan bahawa manusia berjaya mencapai kegemilangan menerusi ilmu dan kebijaksanaan. Demikian seterusnya dengan teknologi baru hari ini yang dicipta berdasarkan keduadua elemen itu, di samping kemahiran yang dimiliki.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakamkan dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi ayat 6682 menunjukkan adab dalam menuntut ilmu.

Suatu perkara yang dapat dilihat dalam pertemuan antara Nabi Musa dan Khidir adalah bagaimana tawaduk dan rendah hatinya Nabi Musa sebagai seorang 'murid' yang mahu mempelajari sesuatu ilmu daripada gurunya. Tutur katanya penuh adab dan tingkah lakunya penuh sopan, syarat yang amat penting bagi sesiapa saja yang mahu menuntut ilmu.

Meneliti kisah Nabi Musa dan Khidir juga membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu mereka secara tidak langsung menggariskan beberapa adab penting dalam mencari ilmu, khususnya dalam berguru.

Pertama, ilmu adalah kurniaan Allah. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh mendakwa bahawa dia lebih berilmu berbanding orang lain, kerana ada juga ilmu yang juga anugerah Allah tanpa mempelajarinya (ilmu ladunni iaitu ilmu yang dikhususkan untuk hamba Allah yang salih dan terpilih saja).

Kedua, perlu bersabar dan tidak terburu-buru serta mengutamakan kebijaksanaan pada setiap ketika.

Ketiga, seseorang pelajar perlu memelihara adab dengan gurunya.

Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru.

Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka.

Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-

Merendah diri terhadap guru.

Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya." Adab syarat penting cari ilmu, berguru dalam Islam
Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Posted in Berita Harian GURU atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmunya. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi) Kelebihan dinyatakan Rasulullah itu ternyata disebabkan manfaat ilmu disampaikan oleh orang berilmu. Dalam konteks perbincangan kita, golongan guru khususnya. Kelebihan guru dan pendidik sering dibicarakan hingga pujangga turut mengibaratkan guru seperti bintang di langit yang menerangi kegelapan di laut dan di darat. Justeru, seseorang pengembara dikatakan akan tersesat jalan apabila bintang menghilang. Demikian juga ibaratnya kehidupan manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan. Lalu, akhirnya tersesat jalan. Secara ringkas, antara sebab guru wajib dimuliakan kerana; Pertama, guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Sebagai orang berilmu yang dijamin Allah ketinggian kedudukannya seperti yang disebutkan dalam satu ayat-Nya, guru tentu memiliki kemuliaan yang perlu dipertahankan. Bahkan, dalam satu ayat-Nya, Allah menggandingkan orang berilmu dengan malaikat. (Maksud surah Ali Imran, ayat 18) Kedua, yang mewajibkan kita menghormati guru kerana mereka memiliki kebijaksanaan. Seperti dimaklumkan, manusia dapat mengendalikan hidupnya dengan sempurna berdasarkan keimanan dan kebijaksanaan. Begitu dengan guru. Dengan kebijaksanaannya, guru berupaya membentuk dan mengembangkan daya keilmuan serta kebijaksanaan dalam diri muridnya. Perkara ini tentu dapat melahirkan generasi yang

cemerlang akhlak dan peribadinya. Ketiga, guru menyumbang bakti yang sangat besar. Jasa guru terlalu besar hingga tidak terungkap oleh kata-kata. Bayangkanlah betapa besarnya jasa guru membimbing hidup manusia seluruhnya dengan ilmu yang diajarnya. Hidup tanpa ilmu sama seperti hidup dalam kegelapan. Ibarat nur, ilmu menerangi hidup manusia. Umpama lilin, guru membakar diri, menerangi kegelapan. Sejarah membuktikan bahawa manusia berjaya mencapai kegemilangan menerusi ilmu dan kebijaksanaan. Demikian seterusnya dengan teknologi baru hari ini yang dicipta berdasarkan kedua-dua elemen itu, di samping kemahiran yang dimiliki. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakamkan dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi ayat 66-82 menunjukkan adab dalam menuntut ilmu. Suatu perkara yang dapat dilihat dalam pertemuan antara Nabi Musa dan Khidir adalah bagaimana tawaduk dan rendah hatinya Nabi Musa sebagai seorang 'murid' yang mahu mempelajari sesuatu ilmu daripada gurunya. Tutur katanya penuh adab dan tingkah lakunya penuh sopan, syarat yang amat penting bagi sesiapa saja yang mahu menuntut ilmu. Meneliti kisah Nabi Musa dan Khidir juga membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu mereka secara tidak langsung menggariskan beberapa adab penting dalam mencari ilmu, khususnya dalam berguru. Pertama, ilmu adalah kurniaan Allah. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh mendakwa bahawa dia lebih berilmu berbanding orang lain, kerana ada juga ilmu yang juga anugerah Allah tanpa mempelajarinya (ilmu ladunni iaitu ilmu yang dikhususkan untuk hamba Allah yang salih dan terpilih saja). Kedua, perlu bersabar dan tidak terburu-buru serta mengutamakan kebijaksanaan pada setiap ketika. Ketiga, seseorang pelajar perlu memelihara adab dengan gurunya. Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru. Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka. Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:

Merendah diri terhadap guru. Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna. Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka. Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran. Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui. Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya. Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..

Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru. Jangan menyangkal kata-kata guru. Jangan mengumpat pelajar lain. Jangan berbisik di hadapan guru. Jangan berpaling kiri dan kanan. Jangan menyoal semasa guru kepenatan. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk). Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali. Rujuk guru dalam memilih ilmu. Jangan duduk tempat guru. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.

Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya. Muliakan anak-anak guru. Selalu berhubung dengan guru. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis. Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. Lakukan apa yang paling disegani oleh guru. Hindari dari menyinggung perasaan guru. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal dunia. Mengambil berat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

Email Print Adab Murid kepada guru

Written by fauziah bt zakaria.

Adab Murid kepada Guru Oleh Imam al-Ghazali.

1. Beri hormat dan salam kepada guru

2. Berdiri apabila bercakap dengannya/ketika sudah selesai mengajar/ ketika bersurai.

3. Minta izin sebelum bercakap dean jangan terlalu banyak bercakap

4. Jangan melahirkan pandangan guru lain yang bertentangan dengan pendapat guru

5. Jangan memperkecilkan kebolehan guru

6. Duduk dengan tenang dan sopan serta berilah tumpuan ketika guru sedang memberi penerangan.

7. Jangan menyindir/ ketawa ketika guru sedang mengajar.

8. Jauhilah daripada menduga guru dengan perkara-perkara yang mengguriskan perasaannya. seo seo Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.

Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.

Sabda Rasulullah saw Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru

- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah - Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar. - Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang. - Mengucap salam setiap kali bertemu guru - Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru - Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru - Menghargai ilmu yang diberi oleh guru - Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan - Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah. - Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit - Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.

Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

Filed under: Uncategorized | Leave a Comment Leave a Reply

Anda mungkin juga menyukai