Anda di halaman 1dari 1

JOM BERBUKA & BERSAHUR

CARA RASULULLAH S.A.W


ADAB-ADAB KETIKA BERBUKA
RAMADHAN 1445H | MINGGU Ke-2

Membaca doa amalan Nabi s.a.w


Ibnu umar berkata: " Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w
akan membaca doa :
‫ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت األجر إن شاء هللا‬
Yang bermaksud: (Hilang segala kehausan , segala urat
telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala).

Segera Berbuka
Disunatkan segera berbuka puasa sebaik sahaja matahari
terbenam atau sebaik azan dilaungkan. Utamakan berbuka dari
sibuk berzikir , membaca al quran atau ibadah yang lain kerana
anjuran Nabi saw dalam sabdanya yang bermaksud: " Manusia
akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka sentiasa
menyegerakan berbuka puasa."(Riwayat dalam sahih al Bukhari)

Berbuka dengan Rutob atau Tamar dan Air


Anas bin Malik ra berkata: " Rasulullah saw bersabda :
berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan rutob , jika
tiada rutob baginda akan berbuka dengan tamar dan jika
tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air."
(Riwayat at Tirmizi dalam sunan at Tirmizi)

Bersegera Solat Maghrib

Rasulullah saw juga menyegerakan solat


maghrib setelah berbuka puasa. Setelah selesai
menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan
solat maghrib.

Berbuka Secara Sederhana


Janganlah waktu berbuka puasa dijadikan
medan untuk melepaskan geram kerana
sehari suntuk tidak menjamah makanan atau
minuman.

Menjamu Berbuka Bagi Orang Berpuasa

Firman Allah swt yang bermaksud: " Mereka juga memberi


makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya
kepada orang miskin, anak yatim dan tawaran (sambil
berkata dengan lidah atau hati): " Sesungguhnya kami
memberi makan kepada kamu semata mata kerana Allah
dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan
daripada kamu atau ucapan terima kasih." ( Al insan 76)

Sabda baginda saw yang bermaksud:


" Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka
bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama
seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala
orang yang berpuasa itu tidak dikurangkan walau
sedikit." ( Riwayat at Tirmizi )

sma al madrasah al alawiyah ad diniah, arau perlis


“biaidina nabnil maad”

fb.com/smaalmaad
Jawatankuasa Induk Ihya’ Ramadhan 1445H ALMAAD

Anda mungkin juga menyukai