Anda di halaman 1dari 20

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

BAB 2: PENGHASILAN PRODUK


Penghasilan produk
Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang dengan
mengaplikasikan teknologi terkini

Langkah-langkah dalam proses penghasilan produk


Kajian keperluan pelanggan
Penyelesaian masalah inventif
Projek brief
Penjanaan idea
Lakaran idea
Penghasilan model
Pengujian / penambahbaikan
Pendokumentasian

1) Kajian keperluan pelanggan


• Dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
• Kajian dilakukan dengan menggunakan borang kajian keperluan pelanggan
• Kriteria kajian keperluan pelanggan
i. Maklumat pelanggan
• Merangkumi maklumat seperti jantina, umur, pekerjaan dan
latar belakang ekonomi
• Membolehkan pereka bentuk mengenal pasti pelanggan yang
berpotensi untuk membeli produk yang dihasilkan
ii. Latar belakang produk
• Merangkumi aspek jenama, kegunaan, kebaikan, kelemahan
dan pengeluar produk
• Maklumat ini mempengaruhi keputusan pelanggan untuk
membeli sesuatu produk
iii. Penambahbaikan
• Mengenal pasti pandangan pelanggan dari aspek reka bentuk
produk, perkhidmatan selepas jualan, pelanggan, pesaing,
kelemahan produk sedia ada di pasaran dan harapan
pelanggan setelah penambahbaikan dilakukan terhadap produk
2) Penyelesaian masalah inventif
• Kaedah penyelesaian masalah inventif membolehkan proses diulang
beberapa kali untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik, cepat dan
menjimatkan

Penyelesaian masalah inventif


Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya
telah dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea spontan daripada
individu atau kumpulan
• Proses penyelesaian masalah inventif
i. Kenal pasti masalah inventif
ii. Bina model fungsi dengan garisan interaksi
iii. Buat analisis berantai punca-kesan
iv. Tentukan jenis percanggahan fizikal (kaedah pemisahan ruang / masa)
v. Pilih prinsip inventif yang sesuai
vi. Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran

Kenal pasti masalah inventif


Kelemahan berus kasut sedia ada:

Mengambil masa yang lama untuk menggilap kasut dan boleh melenguhkan tangan
Pemegang berus kurang selesa dipegang dan boleh menyakitkan jari
Boleh digunakan untuk menggilap kasut sahaja
Proses menggilap kasut mengambil masa yang panjang

Model fungsi situasi semasa menggunakan berus kasut


Melalui model fungsi, masalah didapati berpunca daripada pelanggan yang tidak dapat
memberikan tekanan yang sekata semasa menggilap kasut

Analisis berantai punca-kesan


Berdasarkan analisis, masalah kelenguhan tangan didapati berlaku ketika tekanan
berlebihan digunakan semasa menggilap

Menentukan jenis percanggahan fizikal


Masalah kelenguhan tangan tidak berlaku sebelum atau selepas menggilap
Masalah ini merupakan masalah inventif pemisahan ruang kerana masalah kelenguhan
tangan dan tekanan berus tidak sekata berlaku pada masa yang sama
Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan ruang dipilih
Cadangan prinsip inventif Pengantara (intermediary)
Penerangan konsep Memperkenalkan komponen baharu untuk membantu
pelanggan
Adakah konsep ini Komponen baharu mestilah boleh memberus secara
menyelesaikan masalah? berputar dengan laju yang seragam
Komponen yang sesuai ialah motor berkuasa elektrik
yang dipasang pada berus yang berputar

Cadangan prinsip inventif Tidak simetri (asymmetry)


Penerangan konsep Mengubah bentuk kepada simetri atau tidak simetri
Adakah konsep ini Komponen dengan reka bentuk bulat dan simetri akan
menyelasaikan masalah? berputar dengan seragam dan stabil
Reka bentuk berus yang baharu mestilah bulat dan
simetri

3) Projek brief
• Pereka bentuk peneranan menterjemahkan idea reka bentuk produk
daripada pelanggan kepada bentuk lakaran atau contengan
• Maklumat yang telah dilengkapkan dalam borang projek brief disaring untuk
memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk menjalankan tugas

Projek brief
Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri
oleh pereka bentuk

Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual Aplikasi projek brief dalam bentuk lakaran
bermaklumat
Melibatkan semua ciri-ciri projek brief Melibatkan lakaran produk menggunakan
prinsip dan elemen reka bentuk serta idea
inovasi
Setelah mengenal pasti cadangan projek, pereka bentuk perlu memilih teknologi yang
sesuai dengan cadangan reka bentuk bagi memastikan produk dapat memenuhi keperluan
dan kehendak pelanggan.

Justifikasi pemilihan teknologi


Aplikasi teknologi yang dipilih
Tujuan penggunaan teknologi
Fungsi teknologi
Kekuatan dan kelemahan teknologi
i. Aplikasi produk yang dipilih
• Pereka bentuk perlu menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang
sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan reka bentuk produk Baharu
1) Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal bagi
menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik
ii. Tujuan penggunaan teknologi
• Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang
unik, memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta mampu
bersaing dengan produk-produk lain yang terdapat di pasaran
1) Reka bentuk Penggilap Kasut Magik yang akan dihasilkan lebih
dinamik, berkualiti, selamat digunakan, mesra pengguna dan
mesra alam
iii. Fungsi teknologi
• Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan
masalah yang terdapat pada produk sedia ada
• Pereka bentuk perlu memahami keupayaan teknologi yang dipilih supaya
produk baharu yang dihasilkan:
1) Mempunyai keunikan dari segi fungsi berbanding produk-produk
lain di pasaran
2) Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

Reka bentuk elektrik Reka bentuk mekanikal


Motor AT berputar mengerakkan gear Gear taji memindahkan kuasa dan
membolehkan pad penggilap berputar
untuk menggilap atau membersihkan kasut

iv. Kekuatan dan kelemahan teknologi


• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi amat penting supaya
pereka bentuk dapat memilih teknologi yang sesuai dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi pelanggan

Aplikasi teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan


Reka bentuk Gear taji Memindahkan kuasa dan Sukar didapati.
mekanikal memutarkan pad penggilap Hanya terdapat di
kedai elektronik
Sahaja
Pad Menggilap dan membersihkan -
penggilap kasut
Span boleh dibasuh sekiranya
kotor
Aplikasi teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan
Reka bentuk Motor AT Berputar untuk mengerakkan -
elektrik gear di dalam perumah
Mudah didapati
Saiz kecil
Jangka hayat lama
Bateri Membekalkan kuasa kepada Perlu diganti apabila
seluruh sistem kehabisan kuasa
Harga murah dan mudah
didapati
Suis tekan Melengkapkan litar apabila -
tutup suis ditekan
Menyambung dan
memutuskan aliran arus
Harga murah dan mudah
didapati
Wayar Mengalirkan arus ke setiap -
lembar komponen di dalam litar
Tunggal Harga murah dan mudah
didapati

4) Penjanaan idea
• Konsep penghasilan idea

Bentuk mengikut fungsi Fungsi mengikut bentuk


(form follow function) (function follow form)
Reka bentuk produk mengikut fungsi yang Reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi
dikehendaki pelanggan produk yang telah dihasilkan
Reka bentuk produk mesti memenuhi Reka bentuk menentukan bagaimana
fungsi sepenuhnya produk akan berfungsi
Produk selalunya mempunyai reka bentuk
yang menarik
Elemen reka bentuk
Unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan

Elemen reka bentuk Penerangan


Garisan Satu siri titik yang mempunyai panjang dan jarak
Menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan
Bentuk Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan lebih dari satu
permukaan
Bentuk 3D dinamakan bentuk ilusi
Rupa Dibentuk apabila hujung garisan bertemu permulaanya
Merupakan ruang yang dikelilingi garisan
Dalam bentuk 2D dan mempunyai luas
Tekstur Teknik memberikan impak terhadap orang yang melihat sesuatu
permukaan
Warna Kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
Dibahagikan kepada tiga kumpulan: warna primer, warna
sekunder, warna tertier
Dikategorikan kepada warna panas dan warna sejuk
Nilai Kesan terang atau gelap sesuatu rona atau warna
Ruang Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan
Ruang nyata: ruang antara dua objek atau rongga dalam
sesuatu objek
Saiz Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
Prinsip reka bentuk
Konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen -
elemen reka bentuk
Membolehkan lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk menarik, selesa dan boleh
menimbulkan emosi positif secara visual kepada pelanggan

Prinsip reka bentuk Penerangan


Keseimbangan Kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang
digabungkan untuk membentuk suatu komposisi
Pergerakan Aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata
terhadap sesuatu objek
Kontras Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
Pengulangan Penyusunan elemen yang sama secara berulang
Penekanan Tumpuan terhadap elemen yang diserlahkan
Keringkasan Olahan terhadap idea yang kompleks untuk menghasilkan
intipati atau elemen yang penting Sahaja
Kesatuan Gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep
tema atau idea yang sempurna
Kepelbagaian Aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam
sesuatu reka bentuk
Harmoni Sesuatu yang dapat memberikan kedamaian

5) Lakaran idea
• Lakaran perkembangan idea
i. Membantu menjelaskan rupa cadangan rekaan reka bentuk secara 3D
dan pada sudut pandangan yang berbeza
ii. Memudahkan pereka bentuk menilai konsep rekaan mereka sebelum
melakukan sebarang pengubahsuaian
iii. Lakaran idea dihasilkan mengikut elemen dan prinsip reka bentuk
yang telah dipersetujui oleh pelanggan dalam borang projek brief

Lakaran produk
Lakaran 3D
Lakaran ceraian
Lukisan kerja
Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk
Maklumat pada suatu lakaran 3D
Nama produk
Saiz produk dan komponen
Bahan yang digunakan pada produk
Komponen atau bahagian-bahagian produk
Prinsip reka bentuk yang digunakan
Elemen reka bentuk yang digunakan

Lakaran 3D bagi Penggilap Kasut Magik


Lakaran 3D bagi Pengagih Makanan Ikan Automatik
Lakaran 3D bagi Beg Jean
Lakaran ceraian
Lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen (bahagian) pada suatu
reka bentuk produk

Fungsi lakaran ceraian


Menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk
Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk
Menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk
Menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk
Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih
daripada satu bahagian
Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk
Lakaran ceraian Penggilap Kasut Magik

Komponen pada Fungsi


Penggilap Kasut
Magik
Pemegang Pemegang yang ergonomik
membolehkan pengguna
memegang penggilap dengan
selesa dan kuat
Suis tekan tutup Memula dan menghentikan
pad penggilap mengikut
keperluan
Pad penggilap Digunakan untuk menggilap
dan membersihkan kasut kulit
dan kasut PVC
Motor AT Menggerakkan gear dan
memutarkan pad penggilap
ketika digunakan
Gear taji Memindahkan kuasa dan
memutarkan pad penggilap
Perumah Memegang semua komponen
produk dalam satu struktur
yang kemas
Lukisan kerja
Lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang
akan dihasilkan

Lukisan kerja Lukisan isometric


Contoh

Penerangan Lukisan pictorial yang dapat memberikan


maklumat dan gambaran objek dengan
lebih jelas
Menunjukkan bentuk suatu objek dalam 3D
melalui pandangan atas, pandangan
hadapan dan pandangan sisi

Lukisan kerja Lukisan skematik


Contoh

Penerangan Litar elektronik yang menunjukkan


kedudukan komponen elektronik dalam
bentuk simbol
Membolehkan pemasangan komponen
elektronik dilakukan dengan lebih mudah
dan cepat
Lukisan kerja Lukisan unjuran ortografik
Contoh

Penerangan Menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam 2D melalui pandangan atas,


pandangan hadapan dan pandangan sisi
Ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan untuk menjadi rujukan
semasa proses penghasilan produk

Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk
Analisis dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk perlu dilakukan bagi memastikan
lakaran tidak tersasar daripada kehendak dan keperluan pelanggan

Jadual kerja

Tujuan menyediakan jadual kerja


Mengelakkan kerugian kos dan masa
Mengawal sumber tenaga pekerja
Mengelakkan pembaziran
Mengurus bahan mentah secara sistematik

Garis panduan menyediakan jadual kerja


Menentukan aktiviti yang perlu ada dalam jadual
Menyusun aktiviti mengikut keutamaan
Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk setiap aktiviti
Menganggarkan tempoh masa untuk melaksanakan setiap aktiviti
Menganggarkan kos dan menyediakan bajet bagi projek
Senarai bahan, peralatan dan bajet produk
a) Senarai bahan untuk menghasilkan seunit Penggilap Kasut Magik

No. Bahan-bahan Kuantiti


1 Kayu (300mm × 80mm × 20mm) 1
2 MDF (180mm × 180mm × 5mm) 1
3 Kepingan akrilik hitam (100mm × 100mm × 5mm) 1
4 Skru kayu 1
5 Span (300mm × 250mm × 20mm) 1
6 Suis tekan tutup 1
7 Motor AT 3V 1
8 Bateri AA 1.5V 2
9 Set gear taji 1 set
10 Pemegang bateri 1
11 Wayar lembar tunggal merah 0.5m
12 Wayar lembar tunggal hitam 0.5m
13 Bahan pateri 200g
14 Glu PVA 1
15 Kertas las (kertas pasir) 2
16 Tana kayu 1 liter
b) Senarai peralatan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik

Peralatan Fungsi
Gergaji jig Memotong papan lapis, papan dan MDF dengan ketebalan
tertentu serta kepingan akrilik secara melengkung atau lurus
Pembaris keluli Mengukur, menguji kerataan permukaan dan memindahkan
ukuran kepada bahan kerja
Sesiku L Membuat garisan bersudut tepat, menguji kerataan
permukaan dan menguji kepersegian
Mesin gerudi Membuat kerja-kerja menggerudi lubang dan memasang skru
Mesin pelelas Membuat kemasan, meratakan dan melicinkan permukaan
bahan kerja
Apit G Mengapit bahan kerja ketika proses mengglu, menggerudi,
memahat atau menggergaji
Set memateri elektronik Memateri komponen-komponen elektronik
Penjalur wayar Menjalur penebat wayar dan memotong wayar
Pemotong Styrofoam Memotong bahan kerja seperti span dan polistirena
Alas memotong dan Meletakkan bahan kerja ketika memotong menggunakan pisau
pisau memotong memotong
Ragum meja Memegang bahan kerja semasa proses memotong, melelas
dan lain-lain
Set lukisan kejuruteraan Peralatan yang digunakan ketika menghasilkan lukisan kerja
Bajet produk

• Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan


berjaya dan menguntungkan
• Berdasarkan bajet, belanjawan projek dapat disediakan
• Kos yang terlibat dalam bejet ialah kos bahan, kos upah dan kos overhed
• Kaedah menentukan bajet produk:

Kaedah unit
Bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan. Bajet disediakan
berdasarkan bilangan unit pengguna
Kaedah unit lebih mudah difahami dan pantas, namun kurang tepat kerana tidak
mengambil kira keseluruhan kos yang terlibat
Contoh pengiraan:
Katakan kos makanan bagi seorang murid ialah RM5.00. Jumlah murid di sebuah sekolah
ialah seramai 1000 orang.
Jadi bajet makanan untuk 1000 orang murid mengikut kaedah unit ialah
RM5.00 × 1000 orang = RM5000.00

Kaedah SMART
S – Spesifik (Specific)
Maksud Aplikasi
Penetapan tujuan atau objektif projek Tujuan projek
M – Boleh diukur (Measurable)
Maksud Aplikasi
Pengukuran pengagihan kewangan dalam Pengagihan kewangan: kos bahan, kos
kos-kos yang terlibat upah, kos overhed, jumlah modal, kos
jualan
A – Boleh dicapai (Attainable)
Maksud Aplikasi
Projek boleh dilaksanakan dari sudut Keuntungan = kos jualan – kod pengeluaran
keupayaan kewangan dan tenaga kerja seunit produk
R – Realistik (Realistic)
Maksud Aplikasi
Sesuai dengan kehendak pengguna dan Gabungan bahan yang mudah diperoleh
dianalisis sama ada kehendak mereka dengan kemahiran pereka bentuk
mencapai tujuan projek membuktikan produk ini mampu
direalisasikan menjadi produk sebenar
T – Jangka masa ditetapkan (Time-bound)
Maksud Aplikasi
Tempoh masa dan sumber kewangan Produk dapat disiapkan dalam tempoh
mencukupi untuk menyiapkan projek masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos
yang dianggarkan
6) Penghasilan produk
Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian

Jenis Mock-up (model olokan)


Penghasilan Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina
Bahan Bukan menggunakan bahan sebenar
Boleh direka untuk menggunakan kertas, gabus, kadbod,
polistirena, kayu lembut dan lain-lain
Skala Tidak mengikut saiz sebenar
Kefungsian Tidak berfungsi sepenuhnya

Jenis Produk berfungsi sebahagian (model)


Penghasilan Dihasilkan selepas mock-up dibina
Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih
realistic
Bahan Tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar
Boleh direka bentuk menggunakan foam, kadbod, paip PVC,
MDF, polistirena, kayu, papan lapis dan lain-lain
Skala Tidak mengikut saiz sebenar
Kefungsian Tidak menunjukkan fungsi sebenar produk
Hanya sebahagian komponen berfungsi
Produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran

Jenis Produk berfungsi (prototaip)


Penghasilan Dihasilkan selepas produk berfungsi sebahagian dibina
Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk yang sebenar
Bahan Direka bentuk menggunakan bahan sebenar
Skala Mengikut saiz produk sebenar
Kefungsian Berfungsi sepenuhnya
Diuji dalam situai sebenar dari segi reka bentuk dan
kefungsian

Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian


Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna
Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk
Membantu menganggar kos jualan produk
Merancang tenaga kerja yang diperlukan
Menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka
bentuk dan kefungsian
Menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk
Langkah-langkah menghasilkan produk berfungsi
1 Mengukur, menanda dan memotong bahan
a. Mengukur - dilakukan berdasarkan lukisan unjuran ortografik
b. Menanda – dilakukan pada permukaan yang hendak dipotong
c. Memotong – dilakukan untuk mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk
yang dikehendaki dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak
diperlukan
2 Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
a. Melibatkan kerja-kerja seperti meletakkan glu, memasang skru dan memateri
3 Membuat kemasan
a. Menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu
produk

Jenis bahan kemasan dan fungsinya

Bahan kemasan Fungsi Pelarut Bahan binaan yang


sesuai
Cat licau, cat Menghasilkan Turpetin Kayu, logam, epoxy,
sembur permukaan yang akrilik
licin, berkilat dan
kalis air
Varnish Melindungi dan Thinner Kayu
mencantikkan
Syelek Melindungi dan Spirit bermetil Kayu
mencantikkan
Tona kayu Menimbulkan warna Turpetin Kayu
asal dan ira kayu
Semburan lekar Mengilatkan Thinner Kayu, logam, epoxy
jernih permukaan kayu
Pelekat Kemasan dan - Kayu, logam, plastik
menutup kecacatan

7) Pengujian / penambahbaikan
• Proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah
dihasilkan
• Diukur berdasarkan tiga faktor:
o Mematuhi projek brief
o Memenuhi kehendak pelanggan
o Ketepatan rupa bentuk
Pengujian

Ujian makmal
Pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan
menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk
• Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal
oleh peralatan di dalam makmal atau bengkel
• Contoh: ujian kemuluran, ujian kekuatan dan ujian beban
Ujian parameter
Pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang
sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan
produk
Contoh: Penggilap Kasut Magik digunakan untuk menggilap kasut kulit dan kasut PVC
guru-guru lelaki di sebuah sekolah menengah tertentu yang telah dipilih

Contoh pengujian dengan kaedah ujian parameter terhadap produk Penggilap Kasut Magik

• Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kastu Magik dan kain lap
untuk membersihkan kasut kulit atau kasut PVC
• Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan berus kasut
konvensional untuk menggilap kasut kulit atau kasut PVC
Penilaian

• Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh


• Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalanmeliputi aspek:
o Kefungsian
o Ergonomik
o Reka bentuk
o Nilai estetika
o Keselamatan produk
Kesesuaian produk

• Ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah


dijalankan terhadap produk
• Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk yang telah dihasilkan
menepati keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya
Contoh penilaian terhadap keputusan pengujian
Hasil daripada penilaian, produk didapati dapat berfungsi sepenuhnya seperti yang
dirancang
Produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk membersihkan dan
menggilap kasut dengan mudah, berkesan dan cepat
Oleh itu, Penggilap Kasut Magik amat sesuai digunakan untuk membersihkan dan
menggilap kasut

Tahap keselamatan

• Penilaian tahap keselamatan dilakukan bertujuan untuk tidak membahayakan


pengguna

Contoh penilaian tahap keselamatan


Produk mempunyai manual penggunaan
Produk selesa dipegang dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan
Bahagian elektronik produk terlindung dan ditutup dengan kemas
Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam

Penambahbaikan

• Bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan
mampu mencapai objektif asal penghasilannya

Perkara utama dalam membuat penambahbaikan produk


Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian
Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan
efisien
Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang
digunakan
Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya
Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomic bagi keselesaan pengguna
Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada perlu produk
Cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik

Keselamatan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan


Putaran motor AT menjadi perlahan apabila Menukar kepada motor AT yang
pad penggilap ditekan agak kuat pada mempunyai daya kilas yang tinggi
permukaan kasut
Bateri perlu diganti apabila kehabisan Menggunakan bateri berkuasa tinggi yang
kuasa boleh dicas semula menggunakan plag 3
pin atau USB
Melengkapkan produk dengan alat
pengecas
Perumah yang dihasilkan daripada kau Menggunakan bahanseperti plastic atau
mungkin pecah jika terjatuh. Perumah juga fiber untuk menghasilkan perumah yang
mungkin reput setelah tempoh masa lebih tahan lasak, ringan, moden dan
tertentu mempunyai ciri-ciri futuristik
8) Pendokumentasian
• Satu laporan yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat
daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock-up atau
model produk dihasilkan

Kepentingan pendokumentasian
1 Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk
2 Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
3 Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan

Format laporan penghasilan produk


1 Muka hadapan
2 Penghargaan
3 Abstrak
4 Kandungan
5 1.0 Pengenalan
6 2.0 Penentuan gabungan teknologi
7 3.0 Perancangan konsep
8 4.0 Lakaran akhir
9 5.0 Jadual kerja
10 6.0 Pengurusan kewangan
11 7.0 Penghasilan produk
12 8.0 Pengujian dan penilaian
13 9.0 Cadangan penambahbaikan
14 10.0 Penutup
15 Bibliografi
16 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai