Anda di halaman 1dari 3

Tajuk:Sejarah Suku Etnik Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir (2010-2020)

1.0 Pengenalan

Sarawak merupakan negeri yang paling luas di dalam Malaysia.Sarawak juga

merupakan negeri yang dikenali ramai atas faktor kepelbagaian kaum.Kaum Iban

merupakan kumpulan etnik yang paling banyak menetap di Sarawak.Kaum Iban ini

lebih dikenali sebagai Dayak Laut pada zaman dahulu.Di samping itu,kaum Iban pada

asalnya berasal daripada Kalimantan,Indonesia dan kemudiannya berpindah ke

Sarawak.Kaum Iban kebanyakkannya tinggal dikawasan perkampungan seperti rumah

panjang yang biasanya terletak di tebing sungai,kawasan pedalaman dan ditepi jalan

raya.Selain itu,mereka juga mula berhijrah ke sesuatu kawasan secara berperingkat

untuk mencari sumber pendapatan mereka dan untuk membangunkan petempatan

mereka.Salah satu kawasan petempatan yang menjadi tumpuan kaum Iban ialah

Rumah Panjang Jarek Lambir yang terletak di Miri,Sarawak.

2.0 Objektif kajian

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengkaji sejarah asal usul suku

etnik kaum Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir.Hal ini untuk mendapatkan latar

belakang etnik kaum Iban tersebut.


Objektif kajian yang kedua adalah untuk mengenalpasti faktor penghijrahan

kaum Iban ke Rumah Panjang Jarek Lambir.Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui

apakah jenis faktor yang telah menyebabkan kaum Iban ini tertarik untuk berhijrah ke

Rumah Panjang Jarek Lambir.

Objektif kajian yang ketiga adalah untuk mengenalpasti perubahan yang

dialami oleh penduduk kaum Iban di Rumah Panjang Jarek dari tahun 2010 hingga

tahun 2020.Tujuan kajian ini dijalankan kerana penyelidik ingin mengetahui

perkembangan gaya hidup yang dihadapi oleh penduduk kaum Iban di Rumah

Panjang Jarek Lambir.

3.0 Persoalan kajian

Persoalan kajian yang pertama adalah apakah sejarah asal usul suku etnik

kaum kaum Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir.Hal ini kerana ramai masyarakat

yang masih tidak tahu akan asal usul suku etnik kaum Iban tersebut. Persoalan

kajian yang ketiga adalah apakah faktor penghijrahan kaum Iban ke Rumah Panjang

Jarek Lambir.Hal ini penting bagi mengetahui faktor penghijrahan kaum Iban ke

Rumah Panjang Jarek tersebut.

Persoalan kajian yang kedua adalah apakah faktor penghijrahan kaum Iban ke

Rumah Panjang Jarek Lambir.Hal ini penting bagi mengetahui faktor penghijrahan

kaum Iban ke Rumah Panjang Jarek tersebut.


Persoalan kajian yang ketiga adalah sejauhmanakah perubahan yang dialami

oleh penduduk kaum Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir dari tahun 2010 hingga

tahun 2020. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perkembangan gaya hidup yang

dihadapi oleh penduduk kaum Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir.

4.0 Skop Kajian

Skop kajian pertama ialah tempat kajian.pengkaji telah memilih Rumah

Panjang Jarek Lambir,Miri,Sarawak sebagai lokasi kajian.Hal ini kerana,majoriti

penduduk yang menetap di rumah panjang tersebut berbangsa Iban.

Skop kajian yang kedua ialah tempoh kajian.Pengkaji berkehendak untuk

mengkaji mengenai sejarah suku etnik Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir dari

tahun 2010 hingga tahun 2020.Pengkaji memilih tempoh masa berkenaan kerana

dalam tempoh masa tersebut terdapat banyak perkembangan yang berlaku.

Skop kajian yang ketiga ialah isu kajian.Pengkaji ingin mengkaji sejarah suku

etnik Iban di Rumah Panjang Jarek Lambir kerana penduduk kaum Iban di rumah

Panjang tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri yang belum diketahui

umum.Selain itu,penyelidik memilih untuk mengkaji sejarah kaum Iban di rumah

panjang tersebut kerana kaum Iban juga mempunyai keunikan yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai