Anda di halaman 1dari 10

3.

0 ANALISIS
3.1 5 NILAI UTAMA DALAM PROGRAM GOTONG-ROYONG

Kebersihan merupakan amalan mulia yang paling penting diterapkan dalam mana-mana

komposisi agama dan budaya di dunia ini. Ianya berteraskan ciri-ciri yang diamalkan oleh

kaum dan pengamal terdahulu yang diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Amalan

menjaga kebersihan bukan sahaja diperturunkan, malah ianya telah menjadi amalan wajib

mengikut dari kitab-kitab asal ajaran agama di dunia ini yang mana ia perlu diterjemahkan ke

dalam bentuk fizikal terutamanya membabitkan kebersihan rumah, tempat ibadat, pemakanan

dan sebagainya. Selain dari itu, kebersihan merupakan aspek penting dalam pembentukan

masyarakat yang sihat, harmoni dan sejahtera seterusnya melahirkan generasi yang

mengamalkan cara hidup sihat dan dapat menerapkan elemen positif di dalam diri setiap

individu.

Selain dari mencegah daripada penyakit, elemen kebersihan turut berperanan dalam

menampilkan sifat keperibadian seseorang itu di mana ianya boleh dijadikan sebagai suatu

penanda aras mengenai sifat, ciri dan fizikal seseorang individu itu. Ianya menjadi simbol

dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, makmur dan sejahtera seterusnya dapat

membina sebuah organisasi masyarakat mahupun institusi kekeluargaan yang lebih baik dan

dinamik. Elemen persekitaran yang bersih perlu dijadikan sebagai suatu amalan yang dipupuk

dari minda anak-anak sejak dari kecil lagi supaya ianya bukan sahaja dijadikan sebagai amalan,

tetapi ianya adalah cara hidup yang harus diteruskan.


Dari aspek agama Islam, amalan menjaga kebersihan amat dituntut di mana ianya bukan

hanya sekadar menjaga kebersihan hati bahkan kebersihan luaran yang bersifat fizikal. Agama

Islam telah menerapkan elemen kebersihan bermula dari Al-Quran yang telah diwahyukan

kepada Nabi dan Rasul terdahulu termasuk dari aspek pemakanan, gaya hidup dan juga ibadah.

Islam merupakan agama rabbani yang diperturunkan mengikut wahyu yang telah disampaikan

melalui kitab Al-Quran. Islam merupakan agama yang syumul yang bermaksud bukan hanya

beribadat semata-mata kerana Allah s.w.t., malahan Islam menerapkan aspek kerohanian dalam

kehidupan meliputi adab, pemakanan dan penjagaan kesihatan. Sebagai contoh, sebelum umat

Islam menunaikan ibadat solat dan sebagainya, salah satu perkara yang wajib adalah

berwudhuk, ianya merupakan kewajipan utama sebelum menjalankan ibadah malah ianya

digalakkan untuk diamalkan sepanjang masa.

Kebersihan turut dianggap sebagai sebahagian daripada iman yang mana hadis daripada

Abu Malik al-Asy’ari R.A., beliau berkata, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang

bermaksud :

“Kebersihan adalah sebahagian daripada iman”. Hadis Riwayat Muslim

Daripada petikan hadis tersebut, jelas menunjukkan agama Islam amat mementingkan

kebersihan dan ianya menjadi sebahagian daripada ibadah yang mana aspek kebersihan

diutamakan ketika menjalankan apa jua ibadah, termasuk solat, mengerjakan ibadah umrah dan

haji di Mekah termasuk dengan penjagaan tempat ibadah seperti di masjid, surau malahan di

rumah. Amalan menjaga kebersihan bukan sahaja dari aspek ibadah, ianya turut diterapkan

dalam pemakanan yang diamalkan oleh seluruh umat. Agama Islam telah menetapkan makanan

yang halal dan haram untuk dimakan disebabkan pemakanan yang haram dikhuatiri boleh

memudaratkan kesihatan.
Aspek kebersihan persekitaran turut ditekankan dalam konteks Islam itu sendiri, yang

mana persekitaran yang bersih memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah

masyarakat yang harmoni dan berbudaya sihat. Konteks penjagaan alam sekitar perlu dijadikan

sebagai suatu amalan berikutan pelbagai penyakit berpunca dari persekitaran yang tidak bersih

dan kotor. Ianya mencakupi elemen penjagaan eko-sistem yang meliputi keseluruhan kawasan

persekitaran dan sumber-sumber asli dan mineral yang terdapat di sekililing kehidupan

manusia. Manusia amat bergantung kepada alam sekitar yang bersih dalam menjalani norma

kehidupan seharian serta perlu diberi penekanan khusus dalam aspek penjagaan kebersihan

alam sekitar.

Dalam konteks negara Malaysia, komposisi masyarakatnya terdiri daripada rakyat dari

pelbagai latarbelakang agama dan kaum yang hidup di bawah satu bumbung yang mana aspek

penjagaan kebersihan telah menjadi sebagai suatu amalan mengikut kepercayaan dan amalan

agama masing-masing. Kebersihan bukan hanya diamalkan oleh agama Islam malah agama-

agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya turut menjadikan elemen

kebersihan itu sebagai suatu amalan terutamanya di rumah dan juga tempat ibadat seperti kuil,

tokong, gereja dan sebagainya. Justeru, amalan kebersihan yang diamalkan oleh setiap kaum di

negara ini dapat menonjolkan imej rakyat Malaysia yang amat prihatin terhadap kebersihan

seterusnya menjadi satu contoh kepada negara-negara lain.


Perpaduan dan memupuk semangat jalinan silaturahim antara kaum merupakan elemen

penting dalam pembentukan masyarakat majmuk yang harmoni dan berdaya maju. Ianya

menjadi teras kepada kemajuan sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang

kaum khususnya di Malaysia. Dalam aspek aktiviti gotong-royong yang diamalkan, ianya

bukan sahaja melibatkan kaum-kaum tertentu sahaja, malahan ianya akan melibatkan

keseluruhan komuniti setempat yang menghuni di kawasan sekitar yang menjalankan aktiviti

tersebut. Perpaduan yang ditonjolkan memaparkan semangat persahabatan dan sikap bantu-

membantu di antara kaum di negara ini. Sebagai contoh kejadian banjir yang berlaku di

sesetengah kawasan yang sering terjadinya bencana itu, setiap lapisan masyarakat dan kaum di

negara ini sanggup mengeluarkan keringat dan berkerah tenaga untuk membantu.

Dalam konteks semangat perpaduan yang dapat dilihat semasa aktiviti gotong-royong yang

dijalankan sewaktu kerja-kerja lapangan dijalankan, walaupun setiap individu itu tidak

mengenali antara satu sama lain, pergaulan yang ditunjukkan tidak menunjukkan sebarang

perbezaan malah kemesraan yang ditonjolkan. Semangat setiakawan dalam menjaga

kebersihan alam sekitar amat dititikberat sepanjang kerja lapangan diadakan. Justeru, nilai

perpaduan yang utuh merupakan aspek utama di dalam pembentukan sahsiah bagi setiap

bangsa, lapisan masyarakat dan juga para pencinta alam.

Semangat perpaduan merupakan aspek utama dalam merencana kejayaan dan

kecemerlangan sesebuah negara yang mana ianya merupakan rumpun bagi sesebuah organisasi

yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama. Asas-asas perpaduan perlu dijana

melalui pelbagai gerakan dan penglibatan setiap lapisan masyarkat supaya hasrat untuk

membentuk sebuah negara yang cemerlang dapat direalisasikan dan dicapai.


Perpaduan menurut perspektif Islam terjalin melalui dua ikatan iaitu perpaduan sesama

umat Islam dan perpaduan antara kaum Muslimin dengan kaum bukan Islam. Ibaratkan

serumpun lidi pasti sukar dipatahkan. Jika hanya dengan jari kelingking sahaja, sebatang atau

beberapa batang lodi pastinya akan mudah dihancurkan. Nabi Muhammad S.A.W. pernah

bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan itu kepada manusia

ibarat serigala dengan kambing, ia akan menyerang kambing yang terlepas dan duduk

bersendiri. Jahuilah kamu dari berpecah belah, hendaklah kamu bersama-sama dengan

jemaah, orang ramai dan masjid.” (Riwayat Imam Ahmad).

Rasulullah S.A.W. telah menggubal perlembagaan yang dikenali dengan Sahifah Madinah

di mana ianya termaktub bukan hanya untuk orang Muslimin tetapi juga kepada golongan

bukan Islam terutama orang-orang Yahudi. Perlembagaan yang telah terbentuk ini bertujuan

bagi mewujudkan suatu keharmonian di antara kaum, agama dan bangsa yang berbeza supaya

dapat hidup aman harmoni di bawah satu panji kerajaan Islam. Melalui perlembagaan ini, ianya

menekankan aspek penyatuan yang dianggap sebagai suatu ummah terutamanya membabitkan

kewarganegaraan, mempertahankan kedaulatan negara, kebebasan untuk bergerak,

melaksanakan kegiatan ekonomi dan mencari kekayaan di negara Madinah. Rakyat Madinah

dipupuk melalui perlembagaan ini bertujuan bagi menanamkan rasa kebertanggungjawaban

setiap individu dalam menjaga kedaulatan dan keharmonian Madinah. Dengan kewujudan

perlembagaan ini, jelas menunjukkan bahawa Islam menerima baik sesiapa sahaja yang

berhasrat untuk duduk di bawah panji kerajaan Islam yang berdaulat.


Penjagaan alam sekitar amat dititkberat dalam menjalankan kajian lapangan yang telah

dilaksanakan, di mana lokasi bagi kerja lapangan ini terletak di atas bukit yang mempunyai

panorama indah yang menghijau. Justeru, konsep penjagaan alam sekitar yang diterapkan di

dalam Islam meliputi sudut akidah, akhlak dan syariah. Kepentingan akidah dalam konteks

agama Islam adalah berteraskan kepada kepercayaan kepada Allah S.W.T. yang menjadi dasar

kepada seluruh tindak tanduk umat manusia di muka bumi. Akidah yang kukuh serta

bersumberkan Al-Quran sebagai wahyu menjadikan seseorang itu berfikiran lapang serta dapat

memandu jiwa mereka untuk bertindak seperti yang disarankan Al-Quran.

Terdapat banyak dalil Al-Quran yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar

bumi ini seperti perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat darip

erbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta balasan bagi orang yang

berbuat kerosakan. Antara surah dalam ayat Al-Quran yang disebut mengenai perintah untuk

tidak berbuat kerosakan adalah seperti berikut : “dan apabila dikatakan kepada mereka:

“Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab:

“Sesungguhnya Kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Melalui petikan ayat Al-

Quran ini jelas menunjukkan Islam amat membenci kepada orang-orang yang melakukan

kerosakan di atas muka bumi ini kerana segala penciptaan Allah S.W.T. adalah milikNya dan

perlu diperlihara dengan sebaiknya. Setiap makhluk hidup di muka bumi ini termasuk haiwan

dan tumbuhan telah diciptakan oleh Allah S.W.T. ada sebab dan kepentingannya kepada umat

manusia.
Elemen menjaga alam sekitar perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh sejajar dengan

perkembangan masa kini atas dua sebab utama iaitu yang pertama adalah krisi yang sedang

mengancam kelangsungan hidup dan makhluk lain yang hidup di atas muka bumi ini. Dengan

kepesatan pembangunan dan pertambahan komposisi penduduk di Malaysia telah menjejaskan

eko-sistem dan alam semula jadi yang telah wujud sejak jutaan tahun dahulu. Ianya boleh

dilihat daripada kejadian dan bencana alam yang terjadi akibat daripada perbuatan manusia

yang kurangnya kawalan terhadap aspek penjagaan alam sekitar. Pertambahan jumlah

penduduk telah menyebabkan sumber air kian tercemar dan struktur tanah telah terjejas

disebabkan kegiatan pembalakan dan pembangunan sekitar. Selain dari itu, peningkatan kadar

perlepasan gas karbon dioksida ke udara telah menyebabkan lapisan ozon yang menjadi

pelindung kepada makhluk di muka bumi ini kian nipis dan ianya menjadi semakin teruk dari

hari ke hari. Disebabkan faktor tersebut, bumi kini kian tenat dan bencana alam sering terjadi.

Bencana alam yang telah berlaku di Malaysia ini merujuk kepada ketidakseimbangan eko-

sistem disebabkan faktor manusia itu sendiri yang menjadi punca utama. Sebagaimana Firman

Allah S.W.T. di dalam Surah ar-Ruum ayat ke 41 yang mafhumnya “Telah timbul berbagai

kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh

tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka

sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka telah lakukan, supaya mereka

kembali insaf (insaf dan bertaubat)”. Daripada ayat yang dinyatakan jelas menunjukkan Allah

S.W.T. memberi balasan di dunia dengan adanya kejadian dan bencana alam di muka bumi

bertujuan untuk menyedarkan umat manusia dan diperintah untuk sentiasa tawaduk dan

bertaubat ke jalan yang diredhai olehNya. Justeru, setiap umat manusia digesa untuk menjaga

alam sekitar agar ianya akan menampung keseimbangan eko-sistem alam semulajadi dan juga

pembangunan.
Mengamalkan cara hidup sihat amat penting dan disarankan di dalam mana-mana

kepercayaan, agama dan budaya di dunia ini. Ianya berperanan sebagai aspek penjagaan yang

paling penting terutamanya melibatkan gaya hidup, pemakanan dan keadaan persekitaran.

Lokasi kerja lapangan yang dijalankan merupakan suatu lokasi riadah yang amat menarik di

mana ianya terletak di atas puncak bukit dan menjadi lokasi tumpuan terutamanya bagi

peminat aktiviti pendakian. Di dalam konteks ini, pengunjung yang berada di lokasi tersebut

telah menanam suatu tekad untuk menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti riadah dan

bersantai sambil menjaga kebersihan alam sekitar. Lokasi berkenaan tidak memunyai pekerja

khas untuk melakukan sebarang kerja-kerja pembersihan, namun diperhatikan lokasi tersebut

sentiasa dalam keadaan bersih kerana ianya dilakukan oleh sukarelawan dan dari penduduk

setempat yang datang berkunjung disitu.

Islam amat mementingkan kesejahteraan umat terutamanya berkaitan amalan gaya hidup

sihat. Gaya hidup sihat yang diamalkan hendaklah berkait rapat dengan kesihatan jasmani,

mental, emosi dan rohani. Ianya akan menentukan suatu kualiti setiap individu tersebut sama

ada merangkumi aspek kerjaya serta kebahagiaan rumahtangga. Konteks pemakanan yang

diamalkan perlu dijadikan sebagai aspek utama dalam penjagaan kesihatan yang mana Islam

telah mewajibkan umat untuk mengamalkan pemakanan yang bersih, suci dan halal dan

menolak makanan yang haram yang dijamin ianya kotor dan tidak berkhasiat.

Pengamalan diet pemakanan yang seimbang amat penting dalam aspek penjagaan

kesihatan yang mana umat digesa untuk mengikut amalan pemakanan yang diamalkan oleh

Rasulullah S.A.W. Baginda turut berpesan bahawa penyakit itu datangnya dari amalan

pemakanan yang tidak sihat. Pada masa kini, pemakanan yang diproses banyak terdapat di

pasaran dan ianya mengandungi kandungan asid dan toksin yang tinggi dan umat manusia

harus menghindari dari mengamalkan pemakanan yang sedemikian.


Faktor penjagaan kesihatan turut menekankan aspek senaman dan menjalankan aktiviti

riadah yang mana ianya berpotensi untuk melancarkan peredaran darah dan juga

meneutralisasikan organ-organ utama badan seperti jantung, paru-paru dan sebagainya. Solat

merupakan ibadah wajib yang terdapat di dalam rukun Islam yang perlu dilakukan oleh setiap

umat, namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa rukun solat yang diamalkan merupakan

suatu senaman ringan bertujuan melancarkan aliran darah serta merenggangkan otot serta sendi

pada badan manusia. Ianya amat penting dalam keseimbangan badan setelah pengambilan

pelbagai jenis makanan untuk tujuan pencernaan dan sebagainya.

Aspek senaman yang diterapkan menurut perspektif agama telah disabdakan oleh

Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk

menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari). Daripada petikan

hadis yang dimaksudkan, jelas menunjukkan bahawa hak tubuh badan yang diciptakan oleh

Allah S.W.T. ini amat sempurna dan kita sebagai manusia harus menjaga setiap inci tubuh

badan ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain dari solat, ibadah berpuasa turut berperanan sebagai salah satu cara yang

mengamalkan cara hidup sihat yang mana setelah tubuh badan menerima pelbagai jenis

makanan, amalan berpuasa dapat memberi suatu keadaan rehat untuk perut dan organ dalaman

menerima makanan. Oleh yang demikian, sistem pencernaan akan berjalan dengan lancar tanpa

ada sebarang permasalahan berkaitan usus dan sebagainya. Kesimpulannya, pengamalan gaya

hidup sihat bukan sahaja diamalkan dari aspek fizikal di dalam Islam, malah ianya

membabitkan kerohanian dan ibadah.


Sifat tolong menolong merupakan amalan yang mulia bukan sahaja terhadpat sesama

Muslimin malah dengan kaum dan agama lain. Ianya dapat dilihat semasa kerja lapangan

dijalankan yang mana, perbezaan agama dan kaum tidak membataskan sikap tolong menolong

di antara satu sama lain. Sikap tersebut bukan sahaja dikhususkan kepada umat Islam semata-

mata, malah ianya dianjurkan oleh semua kepercayaan, agama dan kaum di dunia ini. Allah

S.W.T memerintahkan hambaNya untuk saling bantu membantu berlandaskan ketaqwaan dan

tidak tolong menolong untuk menganjurkan kemurkaan yang dibenci oleh Allah S.W.T Islam

mewajibkan setiap umat untuk saling bantu-membantu diantara satu sama lain dan ini telah

dijelaskan di dalam Al-Quran dalam petikan Surah al-Maidah ayat 2 : “Dan tolong-

menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong

dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya

Allah amat berat siksaanNya”.

Konteks yang dijelaskan menunjukkan bahawa sikap tolong-menolong antara satu sama

lain menjadi nadi kepada pembentukan masyarakat yang penyayang dan harmoni terutamanya

di negara Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama. Sikap

ini perlu dipupuk sejak dari kecil di dalam jiwa anak-anak supaya ianya menjadi suatu amalan

tidak kira peringkat usia dan juga kaum. Di dalam kerja lapangan yang dijalankan, diperhatikan

sikap tersebut menjadi suatu lambang budaya serta imej masyarakat Malaysia yang mana ianya

bukan sahaja dijadikan contoh bagi penduduk tempatan malah persepsi masyarakat luar negara

akan turut terkesan dengan budaya yang telah ditonjolkan oleh rakyat di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai