Anda di halaman 1dari 15

(EKONOMI)

DIPLOMA SAINS PERTANIAN 3

NAMA NOMBOR MATRIK


CARSEN NOEL MATHEW DM21200002
AISYA NABILA BINTI DM21200020
KAMARUDIN
NUR ADAWIEYAH UMAIRAH DM21200013
BINTI AZHARI
ARIF NAJMI BIN SHAMSUDIN DM21200005

PROGRAM: DIPLOMA SAINS PERTANIAN (SEM 3)

SUBJEK: EKONOMI

KOD SUBJEK: EPT 1103

NAMA PENSYARAH : PUAN MUZALIFAH BINTI SIRAN

TARIKH: 22/03/2023

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Isi Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 3-4


Barang Pengganti

I. SARDIN

II. MINYAK

III. AYAM

2.1 Kajian Kumpulan Barang Yang Ada Di Pasaran 5-7

2.1.1 Corak perbelanjaan pengguna terhadap barangan tersebut

Barang Pengganti

IV. SARDIN

V. MINYAK

VI. AYAM

Barang Penggenap- Contoh (SIMKAD DAN HANDPHONE)

2.1.2 Bagaimana pengeluar/penjual memenuhi permintaan pasaran 8-9

2.1.3 Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perubahan harga dan 10-11

bekalan barangan berkenaan

3.1Cabaran Permintaan dan Penawaran Pada Masa Akan Datang 12-13

5.1Kesimpulan 14

4.1 Rujukan 15

PAGE \* MERGEFORMAT 9
1.1 PENGENALAN

SARDIN TIN

Sardin dalam tin adalah antara makanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia
mahupun serata dunia. Ia sebenarnya bukanlah satu makanan yang baru kerana teknik
mengetinkan ikan telah wujud beratus tahun lamanya. Nama ikan sardin itu sendiri berasal
daripada Pulau Sardinia di mana pada suatu masa dahulu, ikan sardin boleh didapati dengan
banyaknya di persekitaran Laut Mediterranean. Terdapat 21 jenis ikan diklasifikasikan dalam
kategori sebagai ikan yang boleh dijadikan sardin dalam tin. Selain ikan sardin itu sendiri
(yang terdiri daripada genera Sardina, Sardinops, Sardinella dan Dussumeira), ia
termasuklah ikan herring, sprat, scad dan makerel.

Dengan kaedah pengetinan ini, hasil pertanian, produk ternakan, tenusu, hasil laut dan
makanan yang sedia dimakan dapat dipasarkan dan dijual dalam kuantiti yang banyak tanpa
perlu risau ia akan menjadi rosak. Sudah pun berada dalam pasaran tempatan sejak lebih 100
tahun lalu, maka tidak hairanlah ikan sardin dalam tin kini sudah berasimilasi dengan citarasa
dan menu masyarat tempatan Malaysia, tanpa mengira kaum.

Terdapat 3 jenis Jenama Sardin yang ada memasuki pasaran di Malaysia dan selalu
digunakan dalam masakan iaitu AYAM BRAND, BOTAN dan PICES SARDINES. Jenama
Sardin yang disebut tadi sudah ada kelulusan halal dari JAKIM sendiri

MINYAK

Minyak masak adalah satu lemak tulen berasal samada daripada tumbuh-tumbuhan atau pun
haiwan, berada di dalam keadaan cecair pada suhu bilik.

Terdapat pelbagai jenis minyak tumbuhan termasuk; minyak zaitun, minyak kacang soya,
minyak canola, minyak jagung, minyak biji bunga matahari, minyak kacang, minyak argan
dan minyak beras, dll.Bentuk "minyak tumbuhan" untuk melabelkan satu produk minyak
masak yang merujuk kepada kepada satu campuran kepada pelbagai minyak masak
termasuklah minyak masak yang berasaskan jagung, bunga matahari dll.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
Minyak boleh diperisakan dengan merendamkan makanan yang beraroma seperti herba-herba
segar, rempah ratus, lada dan sebagainya, di dalam minyak masak untuk satu tempoh yang
berlanjutan. Bagaimanapun, langkah berhati-hati harus diambil apabila menggunakan bawang
putih dan bawang bagi mengelakkan pertumbuhan botulisme dalam medium tersebut.

Terdapat 3 jenis Jenama Minyak yang ada memasuki pasaran di Malaysia dan selalu
digunakan dalam masakan iaitu BURUH, ALIF, SAJI.

AYAM MENTAH DAN FROZEN

Daging ayam atau isi ayam biasanya diperoleh daripada ayam ternakan iaitu burung yang
paling banyak diternak di dunia. Daging ayam selalu dihidangkan sebagai makanan dalam
pelbagai cara.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
2.1 KAJIAN KUMPULAN BARANG YANG ADA DI PASARAN

2.1.1 CORAK PERBELANJAAN PENGGUNA TERHADAP BARANGAN


BERKENAAN

Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat 2 jenis kumpulan barangan yang terdapat di
pasaran contohnya ialah barang pengganti dan penggenap. Corak perbelanjaan barangan ini
adalah berbeza kerana ia bergantung kepada beberapa perkara iaitu pendapatan atau tahap
keseimbangan ekonomi, harga, barang pengganti, pengiklanan dan pemasaran barangan
dalam pasaran dan akhir sekali ialah cita rasa dan segmen pemasaran barang.

Untuk tugasan ini, kami memilih barang pengganti. Corak pembelian bagi barang pengganti
adalah seperti apa yang dinyatakan diatas. Hal ini kerana pertama sekali, pendapatan
masyarakat memainkan peranan yang besar dalam pemilihan dan perbelanjaan pengguna
dalam membeli sesuatu barang. Dengan tahap keseimbangan ekonomi kurang stabil, ia akan
menjejaskan pilihan masyarakat dalam membeli sesuatu barangan. Jika ekonomi dalam
keadaan stabil maka pengguna akan berani untuk berbelanja secara bebas tetapi sekiranya
ekonomi tidak stabil maka pengguna akan lebih berjimat cemat dalam menggunakan duit
seterusnya ini akan membuatkan masyarakat mencari alternatif lain bagi menggantikan
barangan yang biasa digunakan dengan jenis barangan sama tetapi jenama yang lain
contohnya seperti barangan sardin tin. Hasil pemantauan kami di pasaraya, harga bagi
berlainan jenama adalah berbeza walaupun dijual dengan kuantiti yang sama.

Selain itu, peningkatan harga barang juga akan menjejaskan kemampuan pengguna untuk
membeli sesuatu barang yang diperlukan contohnya barangan seperti minyak. Daripada hasil
pemantauan kami, harga minyak berlainan bagi setiap jenama walaupun mengandungi
kuantiti yang sama dan kualiti yang hampir sama. Dengan ini, pengguna yang mengambil
berat tentang harga barang contohnya peniaga restoran akan memilih dan membeli alternatif
yang lebih murah supaya dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Seterusnya, corak
perbelanjaan juga dipengaruhi oleh cita rasa pengguna. Hal ini bermaksud setiap pengguna
mempunyai cita rasa yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah pengguna lebih prefer untuk
membeli ayam segar kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai masakan manakala

PAGE \* MERGEFORMAT 9
sesetengah pengguna pula lebih prefer membeli ayam frozen atau sudah diproses yang mana
sedap dan memudahkan mereka. Hal ini akan memberikan kesan atau menunjukan corak
perbelanjaan yang berbeza bagi barangan tersebut.

Bagi barangan penggenap, corak pembelanjaannya bergantung kepada apa yang dinyatakan
diatas dan juga pola pembelian barang pelengkapnya. Hal ini bermaksud sekiranya barang
seperti telefon dibeli dengan jumlah yang banyak, maka akan berlakunya pembelian sim kad
yang tinggi bagi melengkapkan telefon tersebut. Kesimpulannya, sekiranya pembeli membeli
sesuatu barang ini, maka pembeli juga harus membeli barang penggenap supaya barangan
yang dibeli berfungsi dan lengkap. Oleh itu, barangan ini perlu barangan seperti ini dipanggil
sebagai barang penggenap.

PERBEZAAN

SARDIN

Jenama : AYAM BRAND Jenama : Botan Sardines Jenama : PICES Sardines


Harga : RM9.50 Harga : RM7.20 Harga : RM3.19
Net weight : 425 gram Net weight : 425 gram Net weight : 400 gram

PAGE \* MERGEFORMAT 9
MINYAK MASAK ( KELAPA SAWIT )

Jenama : Saji Jenama : Alif Jenama : Buruh


Harga : RM12.80 Harga : RM13.30 Harga : RM6.75
Net weight : 2kg Net weight : 2kg Net weight : 1kg

AYAM

Jenama : AYAM BRAND Jenama : Botan Sardines Jenama : PICES Sardines


Harga : RM9.50 Harga : RM7.20 Harga : RM3.19
Net weight : 425 gram Net weight : 425 gram Net weight : 400 gram

PAGE \* MERGEFORMAT 9
2.1.2 PENGELUAR/PENJUAL MEMENUHI PERMINTAAN PASARAN

2.1.2BAGAIMANA PENGELUAR/PENJUAL MEMENUHI PERMINTAAN


PASARAN

Dengan mengenali memenuhi permintaan pasaran, pengeluar dapat memberi perhatian yang
terperinci tentang cara dan masa pengeluar lain untuk melaraskan harga yang mereka boleh
membantu bagi mengetahui perkara yang sesuai untuk kawasan pengeluar. Antara beberapa
faktor utama yang perlu dipertimbangkan termasuklah:

I. Harga Barang itu Sendiri

Kenaikan harga barang seperti jenama sardin, minyak, ayam menyebabkan kuantiti yang
diminta ke atas barang tersebut berkurang. Sebaliknya kejatuhan harga barang tersebut akan
menyebabkan kuantiti diminta ke atas barang tersebut meningkat.

II. Harga Barang Lain

Perubahan Harga Barang Pengganti

Barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain. Contoh Sardin Tin, Minyak, Ayam
Mentah. Hubungan di antara harga dari kauntiti adalah positif.

Perubahan Harga Barang Penggenap

Barang yang digunakan secara bersama dengan barang lain. Contoh Simkad dan Handphone,
Berus gigi dan Ubat gigi Kejatuhan harga menyebabkan kuantiti ke atas. Hubungan di antara
harga dan kuantiti adalah negatif.

III. Citarasa

Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh pengiklanan melalui pelbagai media dan
pertunjukkan serta ekspo. Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan kuantiti

PAGE \* MERGEFORMAT 9
diminta bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih ke
kanan. Keadaan adalah sebaliknya di mana keluk permintaan akanberalih ke kiri jika citarasa
pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

IV. Jangkaan Masa Depan

Apabila pengguna meramalkan harga barang akan naik pada masa hadapan, maka permintaan
ke atas barang akan naik masa kini dan sebaliknya.

V. Perubahan Musim

Lokasi mempengaruhi permintaan, terutamanya tempat yang menarik orang ramai pada masa
tertentu dalam setahun. Pengeluaran semasa musim puncak boleh membantu pengeluar
memperoleh lebih banyak permintaan jika anda merancang lebih awal.

VI. Trend Harian

Permintaan mungkin berbeza mengikut hari dalam seminggu, terutamanya untuk penginapan
yang lebih singkat. Jumaat dan Sabtu biasanya popular dengan pelancong, manakala Ahad
hingga Khamis mungkin menarik bagi pengembara perniagaan.

VII. Dasar Kerajaan

Dasar pencukaian akan menurunkan permintaan ke atas barang kerana kuasa beli pengguna
jatuh. Pemberian subsidi akan meningkatkan permintaan kerana harga barang akan turun.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
2.1.3FAKTOR-FAKTOR YANG BOLE MEMPENGARUHI PERUBAHAN HARGA
DAN BEKALAN

Dalam era pemodenan ini, turun naik harga dan perubahan bekalan adalah norma pasaran.
Rata-rata hakikat ini perlu diterima oleh rakyat jelata. Malahan, pasaran perlukan harga turun
dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kurangan produk di atasi. Iaitu bila
berlaku lambakan, hanya melalui harga yang rendah, stok yang berlebih boleh dijual, dan
sebaliknya. Ini adalah fungsi asas harga. Persoalannya, apakah faktor- faktor yang boleh
mempengaruhi perubahan harga dan bekalan?

Antara faktor yang boleh mempengaruhi perubahan harga dan bekalan ialah dari segi faktor
luaran seperti isu peperangan. Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak isu dan berita yang
telah dihidangkan di pentas dunia. Konflik yang berterusan ini telah menyebabkan harga
komoditi di seluruh dunia meningkat di tengah-tengah kebimbangan dan reaksi mendadak
terhadap kemungkinan kejatuhan dari segi bekalan. Hal ini kerana, kedua-dua buah negara
merupakan antara pengeluar untuk bahan mentah. Antara contoh seperti minyak dan gas.
Justeru itu, ia mencetuskan kebimbangan yang amat dashyat bukan sahaja terhadap minyak
dan gas, malah produk yang berkaitan dengan industri seperti sabun, bahan api bio (gas) dan
bekalan menta.

Tambahan pula, pada September, 2022 India telah melarang eksport beras hancur dalam
menjaga pasaran tempatan disebabkan cuaca tidak menentu. Untuk pengetahuan umum, beras
hancur digunakan untuk membuat produk mi, bihun dan koew tew. Beras hancur juga boleh
digunakan untuk makanan ternakan seperti ayam kampung. Susulan daripada itu, India
menghentikan pengeluaran beras itu supaya dapat mengawal harga domestik komoditi
tersebut. (Wartawan Samudera, 2022).

Tidak cukup dengan itu, faktor bencana alam juga memberi impak yang besar buat
perubahan harga dan bekalan dunia kita semua. Sebagai contoh, pandemik Covid 19 telah
menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk sejak belakangan ini, disebabkan rantaian
bekalan yang terjejas akibat pemberhentian sementara aktiviti pengilangan dan perdagangan,
penutupan sempadan. Kita dapat lihat kelemahan Malaysia apabila bekalan bahan mentah
terganggu. Pengeksport makanan dunia seperti Vietnam, Kazakshtan, Kemboja dan Thailand
mula melakukan sekatan perdagangan terhadap produk makanan mereka terutamanya beras.
Namun begitu, Malaysia tidak berapa terkesan dengan kekurangan beras, kerana Malaysia

PAGE \* MERGEFORMAT 9
boleh mengeluarkan 70 peratus beras dari dalam negara sendiri dan masih boleh menampung
rakyatnya.

Akhir sekali pemberian subsidi daripada pihak kerajaan juga mempengaruhi harga dan
bekalan di negara kita. Subsidi ialah faedah yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada
masyarakat dan perniagaan atau sesebuah institusi. Subsidi pada kebiasaannya diberikan
untuk menghapuskan beban yang ditanggung oleh rakyat. Dalam teori ekonomi, subsidi
boleh digunapakai untuk mengimbangi kegagalan pasaran untuk mencapai ekonomi yang
lebih besar. Ingin saya berikan satu contoh di mana jika produk seperti beras, minyak dan gas
diberikan subsidi, maka ia akan meringankan beban rakyat. Oleh itu, jika penarikan subsidi
terhadap barangan keperluan atau perkhidmatan dijalankan, sudah pasti perkara ini akan
meninggalkan impak yang besar terhadap ekonomi dan rakyat akan susah untuk membeli
barang keperluan kerana harga sudah kembali kepada asal.

Ditambah lagi dengan perjalanan endemik Covid-19 negara yang mencabar dan perit,
banyak pihak sedang berusaha keras untuk memulakan kehidupan baharu selepas terjejas
akibat keadaan ekonomi yang semakin menghimpit.

Sebagai rangkumannya, terdapat banyak faktor yang boleh kita senaraikan dalam
mempengaruhi harga dan bekalan di negara kita. Pada pendapat saya, dengan menguasai dan
mengkaji isu isu ini, kita dapat mengenal pasti masalah ekonomi kita pada masa akan datang.
Tambahan pula perancangan yang strategik dan berfokus juga dapat dilakukan bagi
mengelakkan masalah ekonomi pada masa depan.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
3.1 CABARAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN PADA MASA AKAN DATANG

Antara cabaran permintaan dan penawaran pada masa yang akan datang adalah berlaku
ketidakstabilan antara permintaan dan penawaran. Hal ini, berlaku kerana permintaan yang
semakin tinggi akan tetapi kekurangan bahan mentah untuk pembuatan pengawetan makanan
dan perlu mengimport bahan mentah dari luar negara. Oleh itu, pengguna akan mencari
jenama yang berlainan tetapi jenis makanan yang sama. Contohnya seperti Ayam Brand, TLC
dan Liang Hui. Jenama tersebut adalah makanan tin yang berasakan ikan sardine yang diawet
umtuk tempoh yang lama.

Selain itu, pengawetan makanan adalah kaedah pemprosesan makanan yang melambatkan
proses mikroorganisma untuk hidup atau untuk bertahan lebih lama. Permintaan sardine pada
masa akan datang akan lebih meningkat kerana ia lebih menjimatkan walaupun harga satu tin
sardine boleh mencecah harga RM5.00 dan ke atas akan tetapi sardine yang telah diawet kan
bertahan lebih lama untuk disimpan untuk waktu yang lama.

Cabaran permintaan dan penawaran barangan yang kedua adalah ayam segar yang berada di
pasar raya. Di masa akan datang permintaan ayam segar akan lebih meningkat. Ini kerana
hampir seluruh rakyat Malaysia mengemari ayam sebgai pengambilan protein dalam satu
hidangan. Oleh itu, peningkatan permintaan ayam semakin tinggi mengakibatkan harga untuk
seekor ayam semakin meningkat. Selain itu, kerajaan telah membeli ayam secara import dan
ini menyebabkan harga ayam segar semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Selain itu peningkatan permintaan ayam meningkat kerana segelintir masyarakat tidak gemari
makanan laut ataupun ikan sebgai hidangan utama. Peningkatan harga ayam segar meningkat
boleh menyebabkan kos makanan untuk ayam hidup juga meningkat.

Cabaran permintaan dan penawaran barangan yang ketiga adalah minyak masak penggunaan
minyak masak adalah wajib si setiap hidangan untuk menjadikan makanna lebih sedap. Akan
tetapi mempunyai pelbagai jenis minyak masak yang digunakan pada zaman ini. Contohnya,
minyak zaitun, minyak kacang dan minyak kelapa sawit. Segelintir masyarakat di Malaysia
lebih gemar dengan penggunaan minyak masak kelapa sawit berbanding jenama minyak lain.
Permintaan penawaran telah meningkatkan harga minyak mentah di masa akan datang. Sejak
tahun 2022 menandakan sudah tiga tahun industry minyak kelapa sawit dihimpit isu
pengambilan pekerja berikutan situasi negara ini yang sedang menjalani fasa peralihan ke

PAGE \* MERGEFORMAT 9
endemic COVID-19 selain berdepan risiko geopolitik, meskipun permintaan dan harga
minyak sawit mentah (MSM) kekal tinggi.

Harga minyak sawit yang lebih tinggi dalam tempoh tersebut, telah mempengaruhi jualan
hasil eksport yang meningkat kepada RM 110.75 billion daripada RM 80.40 billion pada
januari hingga oktober tahun lepas atau melonjak sebanyak 37.7 peratus. Eksport minyak
sawit sahaja meningkat 0.4 peratus kepada 12.73 juta tan pada januari hingga oktober tahun
ini daripada 12.68 juta sebelumnya. Susulan harga yang lebih tinggi, hasil eksport minyak
sawit meningkat ketara sebanyak 36.3 peratus kepada RM 73.58 bilion daripada RM 54
bilion dalam tempoh yang sama pada 2021. Penawaran harga minyak sawit akan lebih
meningkat sama stabil dengan permintaan minyak sawit juga tinggi.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
4.1 KESIMPULAN / CADANGAN

Dalam usaha mengatasi ekonomi yang merudum, terdapat beberapa cadangan yang boleh
diambil dan digunakan bagi mengatasi masalah ini. Antara cadangan yang boleh diguna pakai
ialah kerajaan perlu memberi subsidi semula kepada pengeluar tempatan. Subsidi ialah
bantuan kewanganyang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan dengan tujuan
untuk mengurangkan kos pengeluaran dan menstabilkan harga pasaran. Dengan adanya
bantuan subsidi yang diberikan oleh kerajaan ini ianya serta merta akan dapat mengawal
eksploitasi pengguna. Hal ini kerana pemberian subsidi kerjaan kepada pengelar tempatan
akan menurunkan kos pengeluaran firma. Pengeluar tempatan akan menurunkan harga barang
di pasaran dan akan mengekalkan margin keuntungan. Oleh itu, pengguna akan dapat
membeli barang dengan harga yang lebih rendah.

Pada keratan akhbar harian metro yang disiarkan pada 1 Julai 2022, Menteri Komunikasi dan
Multimedia telah berkata sebagai contoh sistem subsidi minyak masak sebanyak 60,000 tan
metrik setiap bulan adalah untuk menampung keperluan domestik tetapi secara realitinya,
minyak yang sepatutnya hanya digunakan oleh pengguna domestik telah digunakan oleh
sektor bukan domestik. Beliau yang juga merupakan Pengerusi pasukan khas jihad Tangani
Inflasi berkata di ada ketidakseimbangan (penawaran dan permintaan). Jika berlakunya
ketidakseimbangan permintaan dan penawaran maka jawatankuasa (pasukan khas) akan
membincangkan semula soal bagaimana untuk kita mewujudkan suatu keseimbangan antara
sebelah bekalan dan sebelah permintaan. Oleh itu, jelaslah pemberian subsidi oleh kerajaan
sangat berkait dengan permintaan dan penawaran sesuatu barang itu.

PAGE \* MERGEFORMAT 9
6.1 RUJUKAN

https://tajria.com/20225962

https://anyflip.com/fnazn/vrts/basic

https://www.slideshare.net/arharynna/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-corak-perbelanjaan-
pengguna

PAGE \* MERGEFORMAT 9

Anda mungkin juga menyukai