Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Raya Canselori 2022

‫ِل‬ ‫ِم‬ ‫ِء‬ ‫ِم ِه‬ ‫َّلِه‬ ‫ِب‬


‫ْس ِم ال الذي اَل َيُضُّر مع اْس َش ْي ٌء في األرض وال في الَّس َم ا وهو الَّس يُع اْلَع يُم‬
‫َاْل ُد ِ ِهلل ِّب ْال اَلِم ي الَّصَالُة الَّسَال َعل َأْش ِف اَألْنِب آِء ال ِلي ِّيِد َنا َّم ٍد َعل آِلِه‬
‫َي َو ُمْر َس َن َس ُمَح َو َى‬ ‫ُم َى َر‬ ‫َو‬ ‫َر َع َن َو‬ ‫َحْم‬
‫ِبِه ِع‬
‫َو َصْح َأْج َم يَن‬
‫ِم‬
‫الَّلُه َّم َيا َأْک َر َم اْلُم ْک ِر ْيَن‬
Allah Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menyambut dan menunjukkan rasa syukur dan cinta kepadaMu Ya Allah. Kami
menyambut rasa kesyukuran ini sempena Majlis Raya Canselori 2022 dengan penuh taqwa dan
tawaddu’ kepadaMu. Menyemai rasa kekitaan, merapatkan ukhwah yang sedia terjalin dan
bermaaf-maafan sempena bulan Syawal yang mulia ini.
Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di dunia dan
diakhirat serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ya Waliyal Ihsan, Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu. Maka eratkanlah Ya
Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. tunjukkanlah kepada hati-hati
ini akan jalan-Mu yang sebenar. Penuhkanlah hati-hati ni dengan cahaya RabbaniMu yang tidak
kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, cukupkanlah kami dengan
rezeki luas daripada-Mu ya Rabb, serta lindungilah diri kami daripada kemaksiatan.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

‫اللُه َّم اجَعْل َجْمَعَنا َه َذ ا َجْمًعا َّمرُح وًما َو َتَفُّر َقَنا ِم ن َبعِدِه َتَفُّر ًقا َّمْع ُصوًم ا َو َال َتْجَعِل الَّلُه َّم ِفْيَنا َو َال‬
‫َمَعَنا َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِق ًّيا َو َال َم ْطُر ْو ًدا َو َال َم ْح ُر ْو ًما‬.
#PENUTUP DOA

Anda mungkin juga menyukai