Anda di halaman 1dari 1

Quick Upload Explore My Flips Pricing  megatrizq10 

Enrichment Business Books Art Lifestyle Religion Home Science

The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Home  Explore  SEJARAH SUKAN PETANQUE View in Fullscreen


Disediakan oleh :…
Lita Ajilur,
Bilik Kuliah 17,
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
azman.ligun


http://anyflip.com/qyhvh/oocm/

 Download PDF  Share

Related Publications

SEJARAH SUKA… 900/3 PENGA JI…

Ads

PERATURAN PE…

Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.

Search document... Search

Published by azman.ligun, 2020-11-30 00:45:46

SEJARAH SUKAN PETANQUE

Pages: 1 - 14

Disediakan oleh :
Lita Ajilur,
Bilik Kuliah 17,
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

PENGENALAN

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan
dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk

66% OFF

menghampiri sasaran yang berupa sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan.

80% OFF

Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata . Permainan petanque ini boleh dimainkan antara
tiga pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds Tanques” yang membawa
maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bila mana seseorang yang bermain
petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan .

1. Dapat menjelaskan serba sedikit tentang sejarah sukan petanque dan dari mana asal usul sukan
petanque ini bermula.

2. Dapat menghuraikan tentang bagaimana sukan petanque ini dijalankan.


3. Dapat menyenaraikan jenis peralatan yang digunakan dalam sukan petanque ini.

ASAL USUL SUKAN PETANQUE

Petanque adalah sukan yang telah berkembang selama berabad-abad dan petanque ini dimainkan dalam
pelbagai cara dan gaya. Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000

sebelum Masihi apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang-orang Mesir,dipercayai berusia
sekitar tahun 7000 sebelum Masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan
Greek. Dipercayai juga bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa permainan
petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.

SEJARAH SUKAN PETANQUE DI PERANCIS

Pada zaman pertengahan , permainan petanque ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan.
Pada kuru ke-17 , para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan
Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan ini kepada 14 mata. Sewaktu perang,tentera
Napolean Bonaparte menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Dikhabarkan juga bahawa Sir

Francis Drake telah menamatkan permainan bola ini sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan bala
tentera Sepanyol.

Sejarah moden permainan petanque bermula di Clotat, Perancis pada tahun 1910 apabila seorang lelaki
cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu
bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri. Pada akhir dekad,
petanque ini juga dimainkan di Eropah Timur dan Asia seperti Thailand, Malaysia, Vietnam, Kemboja,
Laos, Jepun dan Singapura. International Petanque Federation atau Federation International de Petanque

et Jeu Provencal telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseiles. Persatuan ini mempunyai ahli seramai
600,000 ahli dari 52 buah negara. Kejohanan Petanque Dunia yang pertama telah dianjurkan pada tahun
1959.

SEJARAH SUKAN PETANQUE DI MALAYSIA

Sukan Petanque diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1987 oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Pada pertengahan tahun 1989, YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz,Yang Dipertua ANGKASA telah
memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di Malaysia. Selepas beberapa bulan diperkenalkan,sukan
petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Permainan petanque ini telah diiktiraf
oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Sejak permainan petanque ini
dibawa masuk ke negara Malaysia, ANGKASA telah memainkan peranan penting dalam
memperkenalkan sukan petanque ini.Terdapat beberapa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
ANGKASA dalam sukan petanque ini antaranya ialah:

Mengadakan demonstrasi permainan petanque di seluruh negara dari semasa ke semasa.

Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan petanque. Kursus ini dibiayai
sepenuhnya oleh ANGKASA.

Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi peringkat negeri dan peringkat kebangsaan
sempena perayaaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun.

Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque antarabangsa.

TEMPAT BERMAIN

- Petanque juga dikenali sebagai boules yang dimainkan di luar rumah atau mana-mana permukaan yang

rata dan terbuka. Halaman rumah anda, taman, padang, tempat letak kereta yang berbatu, membara trek
berjalan, dan lain-lain permukaan keras seperti konkrit atau asfalt atau sangat lembut seperti pantai
pasir halus atau rumput panjang tidak digalakkan.

Contoh permukaan tanah atau rumput yang agak rata dan


terbuka

PILIH PASUKAN

- Pasukan perlu dibahagikan kepada dua pasukan. Anda boleh bermain secara single dengan seseorang

pemain pada setiap sisi , boleh juga doubles dengan dua pemain pada setiap sisi, atau triples dengan
tiga pemain pada setiap sisi.

PILIH BOULES

- Kedua-dua pasukan digalakkan untuk memilih boules mereka. Boules setiap pasukan haruslah

mempunyai corak groove yang dapat membezakan boules mereka dengan boules pasukan lawan. Oleh

itu, pemain akan mudah mengenal pasti boules sendiri apabila mengira mata. Apabila bermain secara
singles atau doubles, setiap pemain akan menggunakan tiga boules dan triples setiap pemain
menggunakan dua boules.

Singles
boules dan

Doubles
boules

TENTUKAN GILIRAN

- Giliran untuk bermain boleh ditentukan dengan cara melambungkan duit syiling untuk melihat pihak
mana yang pertama memulakan permainan.

SUPPOSE JACK
- Pasukan yang menang dengan setelah lambungan syiling akan memilih lokasi permulaan dan kemudian

memilih salah seorang pemain mereka untuk membuang bicu. Lokasi permulaan akan ditandakan
dengan bulatan yang berukuran 14 hingga 20 inci diameter dan sekurang-kurangnya tiga kaki dari
sebarang halangan. Bulatan boleh dilukis dengan menggunakan kapur atau apa sahaja yang berfungsi .
Apabila bulatan sudah dilukis, pemain kemudian akan berdiri dan meletakkan kedua-dua kaki di dalam
gelung dan melemparkan jack.

MEMBUANG BOULES

- Semua boules hendaklah dibuang dari dalam bulatan permulaan dan dengan kedua-dua kaki di atas
tanah. Pemain yang pertama memulakan permainan akan cuba membaling boule tersebut untuk dekat
dengan bola jack. Pemain perlu kekal di dalam bulatan sehingga boule telah mendarat. Kemudian,
seseorang pemain dari pasukan lawan akan melangkah ke dalam bulatan dan cuba untuk mendaratkan
boulenya lebih dekat dengan jack walaupun ianya bermakna boleh berlanggar dengan boule pihak
lawannya ataupun pemain boleh membuang boule pihak lawan yang dekat dengan jack dengan
balingan yang kuat. Boule yang dekat dengan jack dikatakan memegang mata dan kedudukan yang
kukuh.

MEMENANGI PUSINGAN

- Jika salah satu pasukan telah habis boule dan mendapati bahawa boulenya dekat dengan jack, mata akan
dikira kepada pihak tersebut. Pasukan yang mempunyai boule yang paling dekat dengan jack akan
memenangi pusingan. Selain itu, mereka juga menerima mata untuk setiap boule yang lebih dekat
dengan jack berbanding boule pihak lawan. Terdapat satu pasukan sahaja yang akan mendapat skor
setiap pusingan.

MEMENANGI PERMAINAN

- Pasukan pertama yang mendapat 13 mata sekaligus akan memenangi permainan. Tidak ada lagi
Permainan tidak akan diteruskan lagi jika salah satu pasukan sudah berjaya mengumpul 13 mata.

PERALATAN :

Boules
Jack
Pita Pengukur
Kain atau tuala kecil
Beg

PENERANGAN TENTANG PERALATAN

BOULES

-Berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam serta berongga di


bahagian dalamnya.

- Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm.

- Beratnya antara 650 gram hingga 800 gram.

- Boule ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat dan


nombor siri tertera padanya.

- Boule yang digunakan dalam pertandingan mestilah yang telah diluluskan oleh badan
antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan petanque kebangsaan (PPM).

JACK JACK

-Sebiji bola yang sangat kecil .


- Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras.
- Mempunyai garis pusat antara 25mm hingga 35mm.
- Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas
permukaan gelanggang.

PITA PENGUKUR

- Meliputi alat-alat seperti “tape measure”, “telescopic measure”, “caliper” dan


“tape gauge”.

- Digunakan untuk mengukur jarak boule yang paling dekat dengan kedudukan
bola jack.

KAIN ATAU TUALA KECIL

- Digunakan untuk membersihkan boule semasa pertandingan sedang


berlangsung.

BEG

- Mestilah bersesuaian dengan saiz boule.


- Dijadikan sebagai tempat menyimpan boule.

TEKNIK ASAS KEMAHIRAN PETANQUE

1. TEKNIK ASAS MEMEGANG BOLA

12

Menggunakan 4 jari Menggunakan kelima-lima


rapat tanpa jari dengan sokongan ibu
menggunakan ibu jari jari pada sisi tepi

34

Menggunakan Menggunakan
kelima-lima jari kelima-lima jari
dengan sokongan dengan sokongan
ibu jari pada sisi ibu jari pada sisi
depan belakang

2. TEKNIK ASAS POSISI KAKI 2

Kedudukan kaki Kedudukan kaki


separuh ke depan dan sama / selari
separuh ke belakang

Kedudukan kaki
setengah di hadapan
dan setengah di
belakang dan sedikit
terbuka di bahagian

3. TEKNIK ASAS POINTING

Paras lutut

1 kanan lebih
tinggi

2 Hayunan bola
3 dari paras bahu

Hayunan -Kedudukan
bola dari badan/ kaki
aras mestilah
bawah seimbang.
-Tumpuan mata
ke arah jatuhan
bola (landing
point).
-Ketika bola
dilepaskan jari
rapat dan tangan
lurus serta
pergelangan
tangan bengkok
ke atas.

4. TEKNIK ASAS POSISI SHOOTING

Pastikan posisi kaki,


lutut, badan, jari dan
tangan dalam keadaan

1 betul dan selesa

Hayunkan tangan ke
belakang dengan

2 pergerakan seluruh
badan dengan lembut

Ketika melepaskan bola,

3 pastikan:
- Tangan lurus
-Pergelangan tangan
bengkok ke atas
-Kelima-lima jari rapat

KESIMPULAN

Tuntasnya, sukan petanque ini berasal daripada negara Perancis dan sangat popular sehingga ia dilarang
untuk dimainkan di negara tersebut. Sukan petanque ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1987
dan telah dijadikan sebagai salah satu sukan di negara ini. Sukan petanque ini tidak begitu sukar untuk
dimainkan kerana tidak memerlukan pergerakan yang banyak kerana hanya berdiri di dalam sebuah
gelung sambil memegang boules tersebut. Peraturan bagi permainan ini juga sangat terperinci dan
mestilah berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Federation International de Petanque et
Jeu Provencal (FIPJP) yang sedia terpakai dari pindaan-pindaannya. Seterusnya, bagi peraturan
pertandingan petanque berpasukan antara kolej pula perlulah mengikut syarat-syarat dan peraturan yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKOL) Universiti
Teknologi MARA. Sukan petanque ini akan tamat apabila salah satu daripada dua pasukan yang berlawan
mendapat 13 mata kerana 13 mata merupakan mata penamatan bagi permainan ini. Selain itu, jenis
peralatan yang digunakan dalam permainan petanque ini tidaklah begitu banyak kerana hanya terdiri
daripada Boules, Jack, Pita Pengukur, kain atau tuala kecil dan beg tempat penyimpanan boules tersebut.
Oleh hal yang demikian, harapan saya agar sukan petanque ini terus dikekalkan di negara ini dan juga di
setiap kolej-kolej kerana sukan petanque ini juga mampu mengharumkan nama negara kita.

SUMBER RUJUKAN

Sejarah Petanque
https://www.academia.edu/Sejarah_Petanque.com
Diakses pada 19 November 2020

Sejarah Sukan Petanque


https://www.google.com//dokumen.tips/amp/documents/sejarah-sukan-petanque.html
Diakses pada 20 November 2020

Peralatan Dalam Sukan Petanque


https://www.scribd.com/document/Peralatan-Dalam-Sukan-Petanque
Diakses pada 23 November 2020

Peraturan Permainan Petanque


https://sukipt.com.my/images/download/peraturan/%2520Permainan%2520Petanque.pdf
Diakses pada 24 November 2020

Peraturan Pertandingan Petanque Berpasukan


https://pusatsukan.uitm.edu.my/main/images/sukol/peraturansukol/PETANQUE.pdf
Diakses pada 26 November 2020


Click to View FlipBook Version

Anda mungkin juga menyukai