Anda di halaman 1dari 2

ARAHAN TUGASAN :

1. Peserta perlu melibatkan diri dalam sesi Bicara Seni Membina Jaringan dan
Jalinan bersama Alumni NPQEL semasa eTutorial pada 20 Mac 2024 (Rabu)
jam 2.30 petang.

2. Sebagai persediaan, peserta di kehendaki menyediakan 3 soalan untuk diajukan


kepada pembentang untuk mencungkil seni membina jaringan dan jalinan yang
diamalkan berkaitan kemahiran perundingan, kesedaran sosial dan ciri-ciri
keusahawanan dalam format pdf.

3. Muat naik bahan tugasan (pdf tiga soalan) tersebut sebelum jam 11.59 malam 19
Mac 2024 (Selasa).

4. Dalam sesi eTutorial, setelah selesai sesi bicara, peserta akan membuat refleksi
tentang perkara-perkara berikut:

 TIGA (3) kekuatan pemimpin daripada aspek ciri keusahawanan,


kesedaran sosial dan kemahiran perundingan.

 TIGA (3) cabaran yang mungkin anda hadapi jika aktiviti jaringan dan
jalinan seperti yang dikongsikan perlu dilaksanakan di sekolah anda sendiri.

 SATU (1) idea baharu untuk mengadaptasi aktiviti jaringan dan jalinan di
sekolah anda sendiri
Sediakan 3 soalan untuk diajukan kepada pembentang untuk mencungkil seni membina
jaringan dan jalinan yang diamalkan berkaitan kemahiran perundingan, kesedaran sosial
dan ciri-ciri keusahawanan.

a. Kemahiran Perundingan

Soalan :

Dalam strategi dan taktik Kemahiran Perundingan, ‘Elakkan Kebuntuan’ merupakan salah
satu strategi yang sering digunakan. Apakah tindakan / cadangan yang perlu diambil
sekiranya Pemimpin sekolah mengalami situasi tersebut?

b. Kesedaran Sosial

Soalan :

1. Apakah implikasi yang bakal dihadapi sekiranya seorang pemimpin sekolah kurang dan
tidak dapat menerapkan nilai jati diri organisasi kepada guru-guru dan staf dibawah
pimpinannya?

2. Apakah persamaan yang paling ketara antara Jati diri Individu dan Jati Diri Organisasi
dalam membentuk / mencapai organisasi yang cemerlang?

c. Ciri-ciri keusahawanan

Soalan :

Apakah faktor utama yang menjadi penghalang kepada seorang pemimpin sekolah dalam
membudayakan Kemahiran Keusahawanan untuk memcemerlangkan sesebuah organisasi?
Adakah kesemua sembilan (9) Kemahiran Keusahawanan ini perlu ada pada seorang
pemimpin sekolah untuk menerajui organisasinya?

Anda mungkin juga menyukai