Anda di halaman 1dari 3

BIDANG TUGAS PTPS MSSNM

FAIL MEJA PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI MELAKA (MSSNM)

1.PENGENALAN
1.1 Pengerusi Teknik dan Pembangunan ( PTPS ) MSSNM dilantik oleh dengan cadangan
Penyelaras Sukan dan dipersetujui oleh Ketua Penolong Pengarah / Setiausaha Agung
MSSNM
1.2 Pelantikan adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuan yang
luas dalam bidang teknikal, kepegawaian dan kejurulatihan serta boleh bekerjasama
dengan semua pihak.
1.3 Pelantikan adalah untuk tempoh setahun dan diperbaharui lantikannya setiap tahun,
sekiranya prestasi adalah dibaik.
1.4 PTPS MSSNM mempunyai hubungan kerja bersama Penolong Pengarah UPBM dan
Penolong PPD bagi program sukan yang dipertanggungjawabkan.
1.5 Dalam organisasi pengurusan, 24 sukan MSSNM akan diketuai oleh seorang Ketua
PTPS MSSNM.

2. PELANTIKAN PTPS MSSNM :

2.1 Lantikan baru :

2.1.1 Menerima surat pelantikan


2.1.2 Penyelaras akan member taklimat tugas
2.1.3 Menerima fail meja

Lantikan semula

2.2.1 Menerima surat pelantikan


2.2.2 Mengenmas kini fail meja

3.0 SKOP TUGAS 1 : KEJOHANAN MSSNM

3.1 Sebelum Kejohanan


 Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini maklumat / rekod jurulatih serta pengadil /
hakim untuk makluman semua.
 Menyimpan rekod / data / keputusan Kejohanan MSSNM yang lepas dan senarai ranking /
seeding pemain terkini.
 Menyediakan senarai semak keperluan peralatan, borang-borang teknikal dan kronologi
kejohanan untuk diserahkan kepada sekolah pengelola / PPD / UPBM
 Menyediakan senarai semak keperluan guna tenaga khususnya bilangan pembantu
padang / gelanggang.
 Menyediakan senarai semak keperluang pegawai teknikal dan mencadangkan nama
pegawai-pegawai teknikal kepada Penyelaras Sukan.
BIDANG TUGAS PTPS MSSNM
3.2 Mesyuarat JK Pengelola
 Menghadiri Mesyuarat JK Pengelola yang dikendalikan oleh sekolah Pengelola
 Menghadiri Mesyuarat Pengundian.
 Memberi nasihat berkaitan persiapan teknik
 Mengetahui tentang ABM pengelolaan dari aspek perbelanjaan teknikal.
 Edaran senari semak / maklumat teknikal.
 Membantu PTPS Daerah / Kawasan yang menjadi pengelola
 Pemantau persediaan dan kesesuaian gelanggang.

3.3 Semasa Kejohanan


 Membantu pengelolaan Kejohanan MSSNM terutama dalam aspek teknikal dan
pertandingan.
 Menghadiri taklimat Pengurus Pasukan.

 Menghadiri Taklimat Pengadil.


 Mempengerusikan :

1. Panel pemilih pasukan MSSNM bersama Pengerusi Teknik Daerah / Kawasan yang
dilantik
2. Panel pemilih untuk memilih penerima anugerah khas : pemain terbaik, penjaring
terbayak, pemain terbaik perlawanan akhir dsb..
3. Kriteria pemilihan perlu dimaklumkan kepada semua Pengurus Pasukan dalam Taklimat
Pengurus Pasukan
4. Menyerahkan senarai pasukan MSSNM kepada JK Statistik dan Keputusan Rasmi yang
dilantik oleh pengelola untuk dimuatkan dalam Buku Keputusan Rasmi
5. Membantu dan menyelaras dengan PTPS Daerah / Kawasan bagi sekolah pengelola
dalam aspek teknikal.
6. Menjalankan post mortem untuk mengenal pasti kelemahan untuk tujuan penambahbaikan
pada tahun akan datang.

3.4 Selepas Kejohanan


 Mengumpul dan menyerahkan Borang M01 dan R01 untuk diserahkan kepada Penyelaras
Sukan ( Pegawai Sukan UPBM)
 Mengumpul dan menyimpan maklumat kejohanan seperti keputusan rasmi, bilangan
penyertaan dan pegawai dsb..
 Menyediakan Laporan Kejohanan ( aspek teknikal ) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat
JK Teknikal MSSNM

4.0 SKOP 2 : PENGURUS PANGKALAN DATA DAN MAKLUMAT


 Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat / rekod jurulatih, hakim, pengadil
dan pegawai sukan
BIDANG TUGAS PTPS MSSNM
 Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat / rekod pemain-pemain yang dipilih
serta pemenang-pemenang anugerah individu
 Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat / rekod kontinjen MSSNM dalam
semua aktiviti penyertaan kejohanan.

5.0 SKOP 3 : PENASIHAT TEKNIKAL


 Mewakili MSSNM dalam Mesyuarat Teknikal Sukan berkenaan di peringkat MSSM.
 Memaklumkan kepada MSSNM mengenai sebarang perubahan dalam undang-undang
sukan untuk disebarluaskan kepada semua daerah dan pihak-pihak yang terlibat dalam
sukan berkenaan.
 Memberi nasihat teknikal berkaitan dengan sukannya kepada pihak MSSNM pada bila-bila
masa.

6.0 SKOP 4 : PERANCANG PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN


 Merancang dan melaksanakan sekurang-kurang sekali dalam setahun Program
Pembangunan Atlet dan Program Pembangunan Kepegawaian.
 Menyediakan perancangan tahunan berdasarkan Pelan Stratgeik yang telah disediakan.

 Membantu melaksanakan program-program pembangunan yang dijayakan oleh pihak


MSSNM di bawah Program Pembangunan Sukan.
 Mengurus dan mengendalikan program-program Kem Bakat Atlet dan Kursus
Kepegawaian.
 Menguruskan program attachment dengan persatuan / badan induk sukan.

7.0 SKOP 5 : KETUA JURULATIH


 Secara automatik berperanan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan MSSNM ke Kejohanan
MSSM dan lain-lain kejohanan ika dilantik oleh Unit Pembangunan Bakat Murid ,JPN
Melaka
 Bertanggungjawab dalam menentukan pasukan MSSNM bersama dengan Penyelaras
Sukan.
 Menyediakan program latihan.
 Menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan dalam Kejohanan MSSM.
 Menguruskan penyediaan Laporan Kontinjen MSSNM Ke Kejohanan MSSM.

Anda mungkin juga menyukai