Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang

bijaksana ,guru-guru serta kawan-kawan sekalian. Tajuk cerita saya

pada hari ini ialah Kisah Gagak dan Musang.

Gagak tinggal dalam hutan.Pada suatu hari, gagak mendapat

seketul daging. Pada waktu itu juga, berlalu seekor musang. Musang

inginkan daging itu. Musang pun berkata, “Wahai Gagak !Suaramu

sungguh merdu. Nyanyikanlah aku sebuah lagu.” Dengan gembira gagak

membuka paruhnya. Daging itu pun jatuh.

Musang dapat makan daging itu. Musang berkata,“Terima kasih,

gagak.Kau bodoh.Siapa yang mahu mendengar suaramu ?”Gagak

sungguh marah. Gagak meminta tolong dari si tupai. Tupai yang cerdik

mandapat satu helah lalu memberitahu si gagak.

Pada suatu hari, gagak ternampak si musang. Gagak pun

melakukan apa yang diajar oleh tupai. Gagak mengambil seketul

batu.Musang Nampak gagak dengan benda di paruhnya. Musang sangka

itu makanan. Ia meminta gagak bernyanyi. Gagak membuka paruhnya.

Batu itu terjatuh. Dengan pantas, musang menggigit batu itu. Giginya

patah. Musang meraung kesakitan.

Gagak sangat gembira dan berteriak, “Aku bukannya bodoh! ”

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai