Anda di halaman 1dari 6

SENI TEATER

PENULISAN SKRIP

(2023)

GIGIH ZAINAL

NAMA MUHAMMAD ZAMEER ZAHZAN


BIN MOHD ZAMRI
NO. K/P 070124-10-2337
TINGKATAN 4 CITRA
NAMA GURU MOHAMAD FAIRUL BIN RASHID
SINOPSIS

Zainal seorang murid yang berumur 12 tahun yang sering dibuli kerana
cita-citanya yang hendak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi dibantah
oleh rakan-rakanya. Pada seketika waktu, Cikgu Akmal menanya anak
muridnya sesiapa yang mempunyai cita-cita lalu Zainal mengangkat
tangan dan memberitahu Cikgu Akmal dan rakan sekelasnya yang dia
hendak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi ditertawakan oleh rakan
sekelasnya. Selepas Cikgu Akmal keluar daripada kelas seorang dari
rakannya yang yang bernama Suad memalukannya. Zainal memberitahu
rakan sekelasnya tantang mengapa dia hendak menjadi Perdana Menteri
tetapi Suad tetap mengajuk Zainal. Zainal dengan panas barannya
terhadap Suad, Zainal berlari ke Suad tetapi Suad dengan rasa tidak
bersalah menolak Zainal kembali. Zainal dan Suad bergaduh sehingga
baju mereka menjadi tidak kemas, rambut menjadi serabai, seluar dan
baju mempunyai tompok hitam dan putih. daripada kelasnya terus berlari
keluar daripada kelas untuk memberitahu Cikgu AKMAL. Cikgu
AKMAL bergesa ke kelas lalu menghentikan pergaduhan mereka.
Mereka berdua di bawa ke bilik Guru disiplin dan menyatakan masalah
mereka. SUAD mengaku salahnya dan dia dikenakan hukuman setimpal.
Selepas mereka balik ke kelas, SUAD meminta maaf kepada Zainal
tentang kesilapannya. Zainal memaafkan perbuatannya lalu mereka
menjadi sahabat yang baik.

ZAINAL : Seorang lelaki yang berumur 12 tahun. Seorang


yang amanah. Sering dibuli.

SUAD : Seorang lelaki berumur 12 tahun. Mempunyai


hasat dengki kepada ZAINAL. berumur 12 tahun.
Rakan kelas ZAINAL.

CIKGU AKMAL : Sekitar 20-an. Seorang cikgu. Amat


bertanggungjawab terhadap apa situasi.

ARIF : Seorang lelaki berumur 12 tahun. Rakan sekelas


bagi ZAINAL. Ketua kelas bagi kelas Zainal
TEMPAT: Di dalam kelas

MASA : Pada jam 9 pagi

SETING : Di dalam kelas yang mempunyai beberapa meja lipat dan


Satu meja guru. Terdapat satu papan putih dan buku di
atas meja lipat.

BABAK 1

Kelas sedang riuh dan bising lalu Cikgu Akmal pun masuk

ARIF: Bangun, Selamat pagi Cikgu Akmal.

Cikgu Akmal: Selamat pagi, baiklah semua boleh duduk. Cikgu nak
tanya dalam kelas ini, siapa yang mempunyai cita-cita
angkat tangan

Murid 1: Saya cikgu. Cita-cita saya nak menjadi doktor.

Murid 2: Saya nak menjadi cikgu.

Murid 3: Saya hendak menjadi perompak.

Cikgu Akmal: Itu bukan cita-citalah .

Murid 3: Saya hendak menjadi perompak kerana hendak merompak


hati cikgu.

Cikgu Akmal tersenyum. Murid-murid dalam kelas riuh

Cikgu Akmal: Zainal bila kamu sudah besar, apa cita-cita kamu.

Zainal: (Ragu) Saya nak menjadi perdana menteri.


Semua orang di dalam kelas tertawa pada Zainal

Murid 1: (ketawa) Jangan mimpilah kau nak jadi perdana menteri


angan-angan taik ayam semua ni.

Suad: kau nak jadi perdana menteri? Berapa kerat je kau penah
bercakap dengan budak dalam kelas ni, ada hati nak jadi
perdana menteri.

Zainal: Apa masalah kau ni, itu cita-cita aku, itu hak aku
untuk menjadi apa pun. Ada aku kacau kau sedang siram
pokok ke?

Cikgu Akmal: Sudah-sudah tak perlu nak bergaduh lagi. Semua senyap.
Tak kisahlah kamu sumua nak jadi apa pun, itu cita-cita
kamu.

Suad memandang tidak berpuas hati pada Zainal

Bunyi loceng sudah tamat waktu Cikgu Akmal

Arif: Baiklah, semua bangun, terima kasih cikgu.

Cikgu Akmal: Terima kasih semua, boleh duduk.

Cikgu Akmal keluar daripada kelas

Suad: Siapalah yang nak menjadi perdana menteri tetapi introvert.

Satu kelas ketawa pada Zainal

Zainal: Apa masalah kau ni. Nak gadoh ke. Tak puas hati cakap
depan-depan.

Suad: (ketawa) bisinglah perdana menteri ke- 200

Zainal: Kurang ajar kau.

Zainal bangun dari tempatnya lalu menyepak kerusinya dan


Zainal menghampiri Suad lalu menolak Suad hingga terjatuh dan mereka
pun bergaduh
Semua murid: Gaduh, gaduh, gaduh !

Arif: (risau)Alamak apa patut aku buat.

Semua murid: Gaduh, gaduh, gaduh !


Zainal: Nah ambik kau. Makan ni.

Suad: Kurang ajar, Makan ni pula.

Arif berlari keluar kelas mencari Cikgu Akmal dan cikgu Akmal bergegas
ke dalam kelas

Arif: Itu cikgu, dibelakang itu!

Cikgu menghampiri ke Suad dan Zainal lalu menghentikan pergaduhan

Cikgu Akmal: Woi, woi, Kamu berdua sudah, cukup, hentikan


perlawanan diantara kamu. kamu berdua nak jadi gangster
jalanan?

Zainal: Suad cikgu, dia yang mulakan pergaduhan.

Suad: Tidak cikgu, Zainal yang mendekati saya dan menolak saya.

Zainal: Tidak cikgu, dia yang mulakan.

Cikgu Akmal: Sudah,bulu ketiak pun belum tumbuh nak jadi gangster,
kamu berdua ikut cikgu ke cikgu disiplin sekarang.

Zainal: Kau tunggu kau!

Suad: Sinilah ingat aku taku dengan kau.

Cikgu Akmal: Dah. Dah.

Suad dan Zainal diseret oleh Cikgu Akmal ke bilik cikgu disiplin.
Setelah mereka keluar daripada bilik disiplin mereka mula berbaik
semula

Cikgu Akmal: Sudah, kamu berdua saling meminta maaf.

Zainal tidak mahu saling meminta maaf dengan Suad.


Cikgu Akmal: (Tinggi suara) Zainal, meminta maaf lekas.

Zainal: Baik cikgu

Suad: Saya meminta maaf atas perbuatan saya.

Zainal: Saya juga hendak meminta maaf. Kita mula berbaik ya.

Suad: Baiklah.

Mereka pun menjadi rakan yang amat akrab

Anda mungkin juga menyukai