Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN

Media sosial kini mejadi suatu cabang perantaraan yang membolehkan pengguna berkongsi
segala maklumat, pengalaman, komunikasi dan sebagainya tanpa sebarang sempadan. Media
sosial berkonsepkan sokongan terbuka dan sifat saling berkongsi dalam membawa
penyebaran idea dan trend di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, sebanyak 28 juta pengguna
media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini menggunakan sosial media hampir
setiap hari Tidak nafikan bahawa penggunaan media sosial membawa pelbagai kebaikan
namun media sosial turut dapat dijadikan sebagai platform jenayah jika tidak dipantau dengan
waspada oleh pihak tertentu. Hal ini kerana, kes jenayah berprofil besar mahupun kecil telah
dikesan akibat daripada media sosial ini. Ini menyebabkan pemantapan nilai integriti perlulah
diperkenalkan terhadap setiap individu demi melahirkan individu yang berkualiti dan dapat
menjadi penerus kepada pembangunan negara. Memantapkan nilai integriti mampu
membendung perkara negatif daripada berlaku dan mampu meningkatka nilai diri dan
martabat negara.

Kerajaan boleh meningkatkan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia dengan


memuat naik video tentang betapa pentingnya integriti yang perlu ada dalam diri setiap
individu. dan menyebarkan video tersebut di setiap platform media yang ada. Ini kerana,
masyarakat kita mudah terpengaruh dengan perkongsian video dan maklumat di media sosial.
Hal ini mampu mengingatkan Masyarakat tentang kepentingan integrity di media sosial.
Selain itu, pihak berwajib boleh membuat kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam menapis sebarang penyebaran maklumat yang
tidak sahih di media sosial. Penyebaran maklumat palsu boleh menjatuhkan maruh diri dan
menyebabkan suasana panik kepada orang ramai. Pelaksanaan undang-undag yang lebih ketat
turut dapat memupuk integriti masyarakat di media sosial. Contohnya pelaksanaan Seksyen
233(1) dan seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 terhadap mereka
yang mengancam keselamatan awam dang mengugat keamanan negara. Pelaksanaan undang-
undang yang ketat boleh membuatkan masyarakat sedar betapa seriusnya masalah integriti
ini.

(PDF) INTEGRITI PENGGUNA MEDIA SOSIAL. (n.d.). ResearchGate.


(2023). Kkd.gov.my. https://www.kkd.gov.my/en/public/news/20226-malaysia-
ada-28-juta-pengguna-media-sosial

Anda mungkin juga menyukai