Anda di halaman 1dari 18

TAJUK

TUGASAN









SEJAUH MANA
PENYEBARAN
MAKLUMAT MELALUI
MEDIA BARU MAMPU
MEMBERI ANCAMAN
TERHADAP
KESELAMATAN
SESEBUAH NEGARA?


Pengenalan

Penyebaran maklumat melalui mampu memberi ancaman terhadap keselamatan sesebuah
negara.Pada zaman serba kemodenan ini,teknologi maklumat digunakan sebagai media
penyampaian maklumat yang amat meluas digunakan. Ia bertujuan mempercepatkan
proses penyampaian maklumat menerusi media atas talian. Dalam dunia kemajuan era ,
maklumat tanpa sempadan proses penyampaian maklumat juga perlukan transformasi.
Walaupun pada zahirnya terdapat maklumat yang berbentuk propaganda dan sebagainya.
Namun, penyebaran maklumat yang bersifat terkawal dan dari sumber yang rasmi
memerlukan pemantauan agar maklumat itu dirujuk sebagai sumber yang sahih dari sesuatu
organisasi.

Apa itu media?
Media ialah alat yang digunakan untuk menyimpan dan menyampaikan informasi atau
data.Terdapat pelbagai jenis media, pada Kemudian peringkat awal perkembangan media,
media ituberbentuk tulisan (analog) dan huruf. media berkembang dengan kemajuan
teknologi yang bersifat digital.Media boleh diterima keerana mempunyai data. Dalam bidang
komunikasi, media dapat diertikan sebagai perangkat-perangkat yang digunakan untuk
menyimpan serta mengirimkan data atau informasi. Terdapat beberapa media terkait
dengan komunikasi iaitu:
1. Media periklanan (advertising media), adalah aneka media, konten, pembelian
serta penempatan untuk iklan.
2. Media penyiaran (broadcasting media), adalah komunikasi yang dikirimkan melalui
jaringan komunikasi elektronik massal.
3. Media digital (digital media), media elektronik yang digunakan untuk menyimpan,
memancarkan serta menerima informasi yang terdigitalisasi.
4. Media elektronik (electronic media), komunikasi yang dikirimkan melalui energi
elektronik atau elektromagnetik.
5. Hypermedia, adalah media dengan hyperlink-hyperlink.
6. Media massa (mass media), adalah semua bentuk/jenis komunikasi massa.
7. Multimedia, adalah komunikasi yang menggabungkan aneka bentuk pemrosesan
konten informasi.
8. Media Baru(New media), merupakan suatu istilah yang luas yang mencakup
penggabungan dari media tradisional dengan kekuatan interaktif dari komputer serta
teknologi komunikasi.
9. Media berita (news media), adalah media massa yang terfokus pada
mengkomunikasikan berita.
10. Media cetak (print media), adalah komunikasi yang dikirimkan melalui media kertas
atau kanvas.
11. Media publikasi (published media), adalah segala media yang dibuat tersedia
untuk umum (publik).
12. Medium rekaman (recording medium), adalah piranti yang digunakan untuk
menyimpan informasi.
13. Media sosial (social media), adalah media yang disebarluaskan melalui interaksi
sosial.

Apa itu media baru(New Media)?
Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer,
atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Sebagian besar
teknologi yang digambarkan sebagai media baru adalah digital.Beberapa contoh adalah
Internet, website, komputer multimedia,sms permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD.
Media baru bukanlah television, film, majalah, buku, atau publikasi berbasis kertas kerana
media baru adalah media yang terbentuk dari interaksi antara manusia dengan komputer
dan internet secara khususnya. Termasuk di dalamnya adalah web, blog, online social
network, online forum, dan sebagainya yang menggunakan komputer sebagai medianya.
Jadi, sangatlah tidak tepat untuk memasukkan television , radio apalagi media cetak sebagai
bagian dari media baru.
Facebook.twitter dan beberapa laman web social yang sering digunakan oleh berjuta-juta
orang manusia di dunia ini ialah antara contoh media baru. New Media iaitu media baru
merupakan perkembangan baru dari media-media yang telah digunakan oleh manusia.Ini
merupakan bentuk digital tentu memudahkan dalam bertukar informasi dan berbagai
kegiatan lainnya. Namun dalam perkembangannya, New Media biasa memberikan nilai
negatif.
Penyebaran maklumat melalui media baru.
Globalisasi merupakan satu proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia
akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah negara
itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi
siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan
negara lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi
sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia
di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan.
Dewasa ini terdapat pelbagai perkhidmatan rangkaian komunikasi di internet seperti laman
Facebook, Twitter, Youtube dan Blog. Keadaan ini membawa kepada kemudahan interaksi
dan secara langsung atau tidak boleh membawa kepada kacapaian dan pengaliran
maklumat yang sangat cepat. Kebanjiran laman-laman interaksi sosial atau dikenali dengan
istilah media sosial di internet telah memungkinkan komunikasi berjalan dengan begitu
pantas sekali, hanya dengan satu klik segalanya boleh tersebar dalam masa sepantas satu
saat. Kemunculan Internet sebagai medium untuk berkomunikasi terkini menjanjikan satu
wadah penyebaran maklumat yang meningkatkan dan mempercepat penyampaian
maklumat.
Pengaliran dan penyebaran maklumat yang sangat cepat melalui media baru ini memberi
ancaman keselamatan kepada sesebuah negara. Oleh kerana tiada pihak khusus yang
dapat mengawal perjalanan dan segala prosedur maklumat di dunia siber, berjuta-
juta laman web, laman social dan sebagainya telah diwujudkan dengan mengikut inisiatif
sendiri.Bermacam-macam maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya, idea, propaganda
dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet.Maklumat peperangan dan
juga maklumat sulit yang merupakan rahsia terbesar dan terpenting sesebuah negara kini
terancam dengan pembongkarannya oleh penggodam-penggodam di internet.
Sebenarnya sesuatu maklumat boleh disebarkan dengan cepat melalui media baru seperti
facebook ataupun twitter kerana media baru tersebut tidak memerlukan ataupun
mengutamakan kesahihan maklumat tersebut ataupun sumber maklumat tersebut.Sesiapa
sahaja boleh mencipta sesuatu maklumat ataupun mentransformasikan bentuk maklumat
serta menyebarkannya di laman sosial.Apabila maklumat sebeginini tersiar dalam laman
sosial,semua orang boleh membaca perkara tersebut.Melalui ini,satu maklumat yang asal
ataupun maklumat palsu juga boleh disebarkan.
Kesebaran maklumat ini akan mewujudkan ancaman kepada sesebuah negara.Terdapat
banyak ancaman yang pernah dan akan dihadapi oleh kebanyakkan negara di dunia ini
akibat penyebaran maklumat melalui media baru.

Ancaman terhadap keselamatan negara
Sebuah negara boleh menghadapi pelbagai ancaman keselamatan akibat penyebaran
maklumat melalui media baru.Berikut adalah bentuk-bentuk ancaman yang boleh dihadapi
oleh sesebuah negara akibat penyebaran maklumat:











Rajah 1

Bentuk-bentuk ancaman terhadap
keselamatan negara
Permusuhan antara kaum
Penipuan licik
Ancaman siber
Pembongkaran rahsia negara
Penipuan dari segi
ekonomi
Penipuan dalam
pelaburan
Ancaman daripada
negara kuasa besar
Pemerdagangan
manusia
Permusuhan kaum

Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Antaranya kaum melayu.kaum
india ,kaum cina dan sebagainya.Permusuhan kaum boleh berlaku akibat penyebaran
maklumat melalui media baru.Contohnya,dalam salah satu elemen media baru iaitu
Facebook,sebarang maklumat tentang isu-isu sensitif yang berkaitan dengan isu perkauman
ataupun isu keagamaan boleh mewujudkan ancaman kepada negara.Hal ini demkian
kerana pihak tertentu boleh mencipta vido ataupun audio yang bertentangan dengan isu
keagamaan ataupun isu perkauman dan masukkan perkara sebegitu di laman sosial seperti
facebook ataupun twitter.Dengan melakukan perkara sebegini,semua orang yang baca isu
tersebut di laman web sosial tersebut akan menjaddi marah.Ini akan mengakibatkan
permusuhan kaum berlaku di sesebuah negara serta mengancamkan keharmonian seseuah
negara.
Apabila permusuhan kaum berlaku , itu akan mengancamkan ketenteraman kehidupan
rakyat negara tersebut.Hal ini demikian kerana,masyarakat negara ituu tidak akan
menjalankan kehidupan harian dengan biasa kerana takut akan permusuhan kaum.Mereka
akan takut untuk keluar daripada rumah.Peperangan kecil di antara kaum juga boleh
berlaku.Dengan ini jelaslah bahawa,penyebaran maklumat melalui media baru boleh
mendatangkan ancaman keselamatan kepada sesebuah negara.
Apabila permusuhan kaum berlaku di sebuah negara,itu akan mengancamkan keselamatan
sesebuah negara.Hal ini demikian kerana , kuasa asing akan cuba untuk mencampur
tangan dalam politik dan pentadbiran negara.Sebagai contohnya,Amerika Syarikat akan
bercampur tangan dalan isu pentadbiran negara-negara kecil jika permusuhan kaum berlaku
di negara-negara tersebut.Ini secara tidak langsung akan mewujukan ancaman keselamatan
kepada sesebuah negara.






Pemergadangan Manusia

Penyebaran maklumat melalui media baru juga turut membawa kepada aktiviti
pemerdangan manusia.Hal ini demikian negara ,pada zaman dunia tanpa sempadan ini ,
pelbagai maklumat , ada juga maklumat palsu turut disebarkan melalui media baru.
Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan
keselamatan manusia. Ia merupakan satu pencabulan hak asasi yang paling buruk dan
dunia memandang serius perkara ini termasuklah Malaysia.
Pemerdagangan manusia adalah jenayah terancang yang ketiga terbesar di dunia
selepas penyeludupan dadah dan senjata api. Malah kini ia menjadi satu bentukpemerdaga
ngan hamba abdi moden yang tidak kenal bangsa, agama, keturunan dan warna
kulit. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 sahaja dianggarkan seramai
700,000 orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks. Di Bangladesh umpamanya,
sebuah laporan UNICEF menyatakan kira-kira 400 orang wanita dan kanak-kanak menjadi
mangsa pemerdagangan setiap bulan yang kebanyakan mereka berusia 12 hingga 16 tahun
dan dipaksa bekerja dalam industri seks komersial
Pemerdangan manusia adalah aktiviti yang diharamkan.Oleh itu,pihak tertentu
menggunakan kaedah penyebaran maklumat di media baru untuk menjalankan kegiatan
ini.Sebagai contohnya,mereka sanggup menyebarkan maklumat ataupun iklan promosi
pekerjaan melalui media baru.Jadi, mereka yang memerlukan pekerjaan akan melayari
laman wen itu lalu mereka dieksploitasikan oleh pihak tertentu.Mereka dijanjikan untuk
mendapat pekerjaan di luar negara.Mereka akan membayar sejumlah wang yang besar
kepada pihak majikan dan pergi ke luar negara.Di luar negara, mereka akan
dipemerdagangkan.Media baru sering digunakan oleh pelbagai pihak untuk
mengeksploitasikan manusia.Pihak sebegini biasanya tidak dapat dikenal pasti ataupun
ditangkap oleh pihak berkuasa kerana maklumat yang mereka sebarkan dalam media baru
tidak ada maklumat punca.
Ini secara tidak langsung akan mewujudkan ancaman keselamatan terhadap sebuah
negara.Ini juga akan mewujudkan amalan tidak percaya rakyat terhadap pentadbiran
negara.Sesuatu negara tidak akan selamat jika rakyat sendirinya tidak mempunyai percaya
terhadap pentadbiran negara.Dengan ini jelaslah bahawa,penyebaran maklumat melalui
media baru juga mampu mengakibatkan pemerdagangan manusia serta memberi ancaman
terhadap keselamatan negara.
Ancaman Siber(jenayah siber)

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan
Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang
memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan
maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam
maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet.
Menurut internet jenayah siber ini merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer
dalam internet seperti mengeluarkan duit akaun orang lain, membuat jualan atas talian yang
palsu, menceroboh sistem syarikat dan lain-lain.
Antara jenis-jenis jenayah siber ialah :
a. Penipuan dalam teknologi maklumat
b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
c. Maklumat diceroboh dan dicuri.
d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
e. .Menyalin perisian secara tidah sah dan tanpa kebenaran dari pemilik perisian.
f. Pengintipan
g. Judi siber
h. Penggodam atau Hacker
i. Penyebaran virus
j. Mel Spam

Penggunaan media baru telah membawa kepada kewujudan jenayah siber.Jenayah siber ini
sering berlaku kerana terdapat penyebaran maklumat melalui media siber.Jenayah siber
ini,mewujudkan ancaman keselamatan kepada seseorang individu dan juga kepada
sesebuah negara. Ancaman terhadap keselamatan negara wujud apabila jenayah siber
berleluasa di sesuatu negara. Jenayah siber telah meningkat sejak kemelesetan ekonomi
pada tahun 2008. Kebanyakannya jenayah siber melibatkan kewangan, motivasi,
penjenayah kolar putih. Mereka ini mengambil kesempatan daripada krisis kewangan yang
telah menjejaskan perniagaan dan pekerjaan. Kebanyakkan jenayah siber berulang kali
berlaku adalah penipuan e-mel yang menawarkan penerima pekerjaan palsu atau wang.
Ini akan mengancam keselamatan warga negara.Dengan ini jelaslah bahawa penyebaran
maklumat melalui media baru mampu membawa kapada perkembangan jenayah siber serta
mengancam keselamatan negara.

Pembongkaran rahsia negara

Kuasa asing yang berniat jahat terhadap sesebuah negara akan cuba untuk dapat tahu
rahsia negara terutamanya rahsia politik, rahsia tentera dan sebagainya.Mereka mahu
rahsia negara untuk mengalahkan negara tersebut.Apabila penyebaran maklumat melalui
media baru berlaku,mereka akan mendapat tahu rahsia rahsia tersebut dan akan
menyerang negara berkenaan pada bila - bila masa sahaja.
Biasanya rahsia negara akan diketahui oleh beberapa pihak tertentu sahaja.Kecuaian pihak
berkuasa itu menyebabkan penyebaran maklumat berlaku. Pihak yang mengeluarkan
ataupun membongkarkan perkara sebegeni akan menggunakan media baru untuk
menyebarkannya.Hal ini demikian kerana.hanya melalui media baru.
Apabila rahsia sesebuah negara keluar ataupun bongkar ia akan mengancam keselamatan
negara tersebut.Pembongkaran rahsia tentang ekonomi akan maengancam keselamatan
negara serta akan mewujudkan kerugian besar kepada sesuatu negara.Hal ini demikian
kerana, apabila kemelesatan ekonomi berlaku,ia akan mengancam keselamatan
rakyat.Rakyat tidak dapat hidup dengan selesa dan terpaksa menjalani kehidupan yang
susah sahaja.Ini akan meningkatkan kes jenayah seperti merompak, mencuri, meragut di
negara tersebut.Secara tidak langsung ia akan mengancam keselamatan negara.







Cabaran yang dihadapi oleh negara apabila ancaman keselamatan berlaku.
Apabila sesebuah negara mengalami ancaman keselamatan , ia akan mewujudkan pelbagai
masalah kepada rakyat negara serta imej negara itu tersendiri.Hal ini demikian kerana,
apabila sesebuah negara tiada selamat,keharmonian negara itu akan diancam.Rakyat
negara itu juga tidak akan dapat hidup dengan harmoni.Hanya pergaduhan, pertelingkahan
daan perselisihan faham sahaja akan wujud di antara mereka.
Selain itu,kestabilan politik negara itu akan tergugat.Apabila pentadbiran sesuatu negara
tiada stabil,ia akan merosakkan kehidupan rakyat. Keharmonian dan ketenteraman negara
juga akan diancam.Semua orang akan membuat apa sahaja yang dia suka tanpa
mengambil kira mana mana pihak.Kewujudan masyarakat materialistik akan berlaku di
negara.Apabila tiada hubungan harmonis di kalangan rakyat, ia akan membawa kepada
masalah sosial.
Seterusnya,apabila sebuah negara sering menghadapi ancaman keselamatan ia akan
mengakibatkan kemelesatan ekonomi. Hal ini demikian kerana, pihak pelabur asing yang
melabur di negara kita akan berundur sekiranya negara kita tidak selamat. Ini akan
menyebabkan banyak rakyat di negara kita kehilangan pekerjaan. Ini akan membawa
masalah ekonomi kepada rakyat serta negara.Selain itu,sektor pelancongan juga akan
mengalami kerugian yang besar jika sesuatu negara mengalami ancaman
keselamatan.Sebagai contohnya, negara kita Malaysia mempunyai mutu pelancongan yang
cukup baik.Jika negara kita mempunyai ancaman keselamatan, pelancong asing tidak akan
melancong ke negara kita.Ini akan merugikan sector pelancongan serta merosotkan
ekonomi negara kerana salah satu punca kewangan dan ekonomi negara kita ialahh sektor
pelancongan.
Pada masa yang sama,imej negara iaitu nama baik negara juga akan tercemar jika
sesebuah negara menghadapi ancaman keselamatan.Contohnya, pendatang asing akan
berpandang remeh terhadap negaara kita.Mereka tidak suka untuk datang ke negara
kita.Negara-negara lain juga tidak akan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara
kita.
Selain itu,pelbagai sektor lain seperti sector perindustrian, pelajaran dan senarainya juga
akan merosot serta akan menghadapi pelbagai masalah.


Langkah langkah untuk mengatasi ancaman keselamatan yang wujud daripada
penyebaran maklumat melalui media baru.
Penyebaran maklumat melalui media baru mampu memberi ancaman terhadap
keselamatan sesebuah negara.Terdapat pelbagai langkah yang effekvif untuk menangani
masalah ini.Antaranya, pihak kerajaan haruslah mengetatkan lagi undang undang dan
peraturan agar masyarakat dapat perasaan takut untuk melakukan kesalahan jenayah
melalui media baru.Kerajaan harus memberi hukuman yang berat kepada sesiapa sahaja
yang menjadi punca untuk sebarang masalah yang wujud daripada penyebaran maklumat
melalui media baru.
Rakyat negara haruslah mempunyai semangat patriotisme yang kukuh dan semangat
kekitaan antara satu sama lain agar sebarang masalah permusuhan kaum tidak
wujud.Apabila hubungan yang harmonis yang erat wujud antara masyarakat sesebuah
negara, apa jua masalah juga tidak akan berlaku.
Semua pelajar harus diberi pendidikan ICT iaitu teknology maklumat dan komunikasi sejak
sekolah rendah.Mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini agar
seberang pengeksploitasian tidak berlaku.Selain itu,masalah pemerdagangan manusia dan
pengeksploitasian juga akan dibendung sekiranya rakyat tidak mudah dipengaruhi dengan
perkara sebegitu.











Rumusan
Sejak kebelakangan ini,banyak negara mengalami ancaman keselamatan akibat
penyebaran maklumat melalui media baru seperti facebook, twitter, online dan
sebagainya.Ini akan menjadi perkara yang serius jika tidak dibendung.
Masalah ini memberi banyak cabaran kepada sesebuah negara serta merosotkan kemajuan
dan nama baik negara tersebut.Masalah ini juga turut mengancam ekonomi sesebuah
negara secarra tidak langsung.Sektor sektor lain juga turut menghadapi cabaran untuk
mengekalkan kemajuan akibat masalah ini.
Semua pihak termasuk pihak kerajaan, pihak swasta serta rakyat Malaysia haruslah
berganding bahu untuk mengatasi masalah penyebaran maklumat melalui media baru
mampu memberi ancaman terhadap keselamatan sesebuah negara.Penggemblengan
tenaga semua pihak pasti akan membendung masalah ini.















Refleksi

Saya Thamillarasi A/P Deivasigamony ,sebagai seorang guru pelatih yang
mempunyai peka terhadap cabaran dan isi semasa dunia, saya mandapati kerja kursus ini
amat berharga untuk diri saya.Ini mewujudkan satu kesedaran dalam diri saya terhadap isu-
isu semasa dan cabaran dunia.
Saya juga mengambil peluang keemasan ini untuk melafazkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah mata pelajaran Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Encik,Zakaria kerana kesudian
beliau untuk membimbing saya untuk menyiapkan kerka kursus ini.Pemantauan dan
pembimbingan beliau amat membantu saya dalam melakukan kerja kursus ini.
Sebenarnya,tajuk tugasan saya iaitu, Sejauh manakah penyebaran maklumat melalui
media baru mampu memberi ancaman ancaman terhadap keselamatan sesebuah negara?
memberi banyak idea dan persepsi baru kepada diri saya.Saya juga mendapat banyak ilmu
dan pengetahuan tentang apa itu media baru,bagaimanakah media baru dan penyebaran
maklumat berkaitan,apakah kesan perkara tersebut kepada keselamatan
negara,bagaimanakah keselamatan negara mengancam keharmonian masyarakat dan lain
lain lagi.
Pada pendapat saya,media baru ini boleh dikatogerikan sebagai satu alat ataupun senjata
moden untuk mengancam keselamatan dan pembangunan negara serta rakyat.Alat ini
sering digunakan oleh ramai orang untuk mewujudkan ketidakharmonian di dalam dan di
luar negara agar sesuatu negara tersebut dapat menghadapi cabaran keselamatan.
Penyebaran maklumat boleh dibuat melalui pelbagai media. Sebagai contohnya,media
cetak, media elektronik, media massa, media rakaman, media berita dan lain lain
lagi.Tetapi, peranan media baru dalam penyebaran maklumat memang tidak dapat
dinafikan.Hal ini demikian kerana, media baru merupakan salah satu media yang boleh
menyebarkan maklumat dalam masa yang singkat.Ia tidak memerlukan identitti pihak
pengeluar maklumat.Sesiapa sahaja yang berminat boleh berkongsi apa jua maklumat yang
dia mahu.Ini mewujudkan peluang kepada segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat palsu dan isu- isu sensitif yang boleh
mendatangkan kesan buruk kepada rakyat dan negara.
Pada pengetahuan saya, masalah penyebaran maklumat melalui media baru akan memberi
banyak kesan buruk kepada seseorang individu,komuniti, masyarakat, seta negara.Antara
kesan yang boleh wujud ialah penipuan licik, pemerdagangan manusia, permusuhan antara
kaum, ancaman siber, pembongkaran rahsia negara, ancaman keselamatan daripada kuasa
besar, masalah campur tangan negara lain dalam hal-hal pentadbiran negara, penipuan
dalam pelaburan dan sebagainya.
Saya juga dapat mengenal pasti beberapa cadangan untuk menangani masalah ini.Pada
pendapat saya, masalah ini boleh dibendung sekiranya setiap rakyat mempunyai perasaan
cinta akan negara yang kukuh.Masyarakat yang patriotik boleh membendung apa jua
masalah yang boleh mengancam keharmonian nagara.Selain itu undang-undang juga harus
diperketatkan.Selain itu, setiap pelajar harus diberikan ilmu ICT yang kukuh agar
pengeksploitasian dalam dunia siber dapat dikurangkan.
Apabila saya melakukan kerja kurusu ini, saya dapat membentuk diri saya sebagai individu
yang peka terhadap isu-isu negara.Saya juga dapat mengenal pasti tentang masalah-
masalah siber, jenayah siber dan sebagainya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerja
kursus ini memberi banyak pengalaman dan pengetahuan amat berharga kepada diri saya.
Saya juga dapat melatih diri saya untuk menyiapkan kerja mengikut masa.Ia melatih diri
saya untuk berfikir secara kritikal serta berfikir dalam persepsi-persepsi yang baru dan
berbeza.Saya juga dapat mewujudkan hubungan yang harmonis antara rakan- rakan
sekelas saya semasa kami berbincang tentang isu- isu semasa.Ia juga dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam komputer dan ICT.
Akhirnya, saya bersyukur kerana saya dapat mensempurnakan tugasan yang diamanahkan
kepada saya dengan sempurna.












LAMPIRAN





Lampiran 1













Rujukkan

Rujukkan buku:
1. Marcelo Bonilla, Giles Cliche,(2001),Internet and Society in Latin America and the
Carribean, Amerikka, FLASCO publisher.
2. Naren Chitty, (2002),Mapping Globalisation-International media and a crisis of
identity, Malaysia, Southsound Sdn.Bhd.
3. Mohd Asraf Tajudin(2012),Teknologi Pengkomputeraan,Selangor,Malaysia,
Penerbitan Hakim.
4. Mariana Zulkifli,(2008)Peperangan dan Kemanusiaan,Selangor,Malaysia,Penerbit
Idea Kreatif.

Rujukkan Internet
1. http://www.scribd.com/doc/96507622/Apa-Itu-Media
2. http://www.min.com.my/bm/articles/investment/langkah-langkah-menghadapi-
kemelesetan-ekonomi
3. http://alyadina.blogspot.com/2012/06/kebaikan-dan-keburukan-laman-sosial.html
4. http://goaypastpm.wordpress.com/2011/06/12/karangan-a-laman-web-sosial/

Anda mungkin juga menyukai