Anda di halaman 1dari 13

Diet yang Sesuai untuk Eczema

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bertemu lagi kita di Studio Dietitian
pada malam ini, untuk mengupas bawang! Eh silap, kita akan kupas topik-topik
hangat yang menarik tentang penyakit dan pemakanan. Topik kita pada malam ini
adalah Solusi Diet Untuk Ekzema. Bersama saya pada kalini ini tak lain dan tak
bukan semestinya Dietitian Aween. Ingat ada saya ada dietitian Aween! Hehe.

Ape kabo kome! Sihat? …..(sembang kosong)

Okay kita teruskan perbincangan kita pada hari ini.

Nak tanya sikit Dietitian Aween ni, pernah tak dengar Ekzema? Atau ada kenalan-
kenalan dekat yang mengalaminya?

1.0 Apa itu Ekzema? + Statistik (Jaja)

Merujuk pada Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia: -

Ekzema biasanya terjadi pada kalangan bayi/kanak kanak dan juga sebahagian
daripada kalangan dewasa.

Terdapat beberapa jenis Ekzema iatitu seborrheic eczema, hand and feet eczema
dan stasis eczema lebih kerap berlaku dalam kalangan dewasa. Manakala steatotic
eczema dan stasis eczema lebih kerap berlaku dalam kalangan warga tua.

Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).

Statistik : Berdasarkan keratan akhbar Berita Harian 3 October 2020, KIRA-KIRA


20 peratus rakyat di negara ini menghidap Atopic Dermatitis (AD), iaitu sejenis
ekzema yang paling prevalen dan penyakit inflamatori kronik dengan simptom
ruam merah yang gatal pada kulit serta terjadi secara berulang-ulang.

Individu mengalami DA sederhana hingga teruk lebih cenderung mempunyai


kualiti hidup yang rendah kerana beban fizikal, emosi, psikologi dan kewangan.
Lebih teruk jika keadaan menjadi sangat gatal dan sakit kerana kulit merekah,
selain kos rawatan mahal kerana DA adalah masalah sepanjang hayat.

Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur


(HKL), Dr Suganthi Thevarajah, berkata ramai tidak sedar mereka mempunyai
simptom DA.

"Ada yang menganggap ia cuma sejenis penyakit kulit dan kesannya hanya pada
penampilan fizikal, tetapi tanpa disedari ia menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Dimana keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah
yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan
akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan


juga lutut (kebiasaanya di bahagian badan yang berlipat dan berpeluh). Kulit yang
terlibat akan menjadi berkerak dan kadang-kadang kering.

Biasanya seseorang individu itu mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun.


Kebanyakan individu akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak
menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan dan kebanyakkan
seseorang dewasa turut mengalaminya apabila mereka mengalami alahan / allergy
terhadap sesuatu benda.

Dietitian Aween, macam mana agaknya rupa Ekzema / Ekzema Atopik ini?
Haa semua mari kita gambarkan bersama-sama.

Antara ciri-ciri ekzema atopik ini adalah:-


Gatal dan bintik merah kecil. Jika digaru, ruam boleh menjadi kasar, berair dan
tebal. Kebiasaannya ruam terdapat pada muka, kulit kepala, leher dan kawasan
pelipat siku dan lutut badan.

Biasanya bagi individu ia bermula dengan mendapat bintik-bintik merah di pipi


dan kadang kala berair. Bayi juga akan kelihatan tidak selesa dan menggeselkan
mukanya. Ada juga bintik-bintik merah di kawasan kulit yang lain. Jika dalam
kalangan dewasa kebiasaanya ekzema ini terjadi kerana alahan.

2.0 Baigaimana eczema terjadi? (punca-puncanya/faktor) (what triggered


eczema) - (Aween)

Bagaimana ekzema terjadi

Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya tetapi ia
dipercayai berkaitan dengan tindak balas sistem imun badan seseorang yang terlalu
sensitif terhadap rangsangan. Ekzema juga disebabkan oleh tindak balas yang tidak
normal terhadap protein yang merupakan sebahagian daripada sel tubuh badan.
Antara penyebab yang meningkatkan risiko untuk pengidap ekzema adalah:

● Keturunan. Mempunyai family history eczema, alahan atau asma.Risiko


● lebih tinggi jika ada sejarah alahan pada bayi atau keluarganya sama ada
asma, resdung dan ekzema atopik.
● Memberi ruang untuk alahan terjadi.
● Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan,
kain berbulu dan permukaan yang kasar.
● Ia juga boleh terjadi berpunca daripada:-
● Jangkitan virus.
● Terlalu terdedah pada bahan kimia/perangsang seperti sabun,
pembersih atau minyak wangi.
● Lain lain jangkitan.
● Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh
menyebabkan alahan.
● Mengalami tekanan atau stress.
● Persekitaran yang tidak bersihat, kurang kelembapan, kering dan panas
atau terlalu sejuk
1. Kecacatan pada sistem perlindungan kulit boleh menyebabkan lapisan kulit
kehilangan kelembapan dan terdedah kepada jangkitan kuman.
2. Bersentuhan dengan bahan kasar.
3. Kain yang diperbuat daripada material sintetik.
4. Peluh badan.

Namun jangan kuatir dan jangan risau, ekzema tidak boleh berjangkit dan bukan
disebabkan kurangnya kebersihan diri.

3.0 Kesan Ekzema / Apakah Masalah Yang Boleh Boleh Dihadapi oleh
seseorang inidividu Ekzema Atopik? (Aween)
● Kulit pedih apabila luka digaru dan susah tidur lena kerana gatal.
● Kerap menangis dan murung kerana tidak selesa.
● Mengganggu aktiviti seharian

Quality of life terganggu

4.0 Treatment for Eczema

Ubat - JAJA
- Ubat : Dari segi ubat-ubatan, ianya lebih membantu dalam mengurangkan
simptom dan mengurangkan skin flare up.
- Flare up ini adalah keadaan dimana kitaran untuk ekzema terangsang
disebabkan beberapa faktor yang telah dibincangkan tadi, seperti allergy,
environment, keadaan stress yang boleh menyebabkan terjadinya ekzema.
Kesannya kulit akan kering dan gatal.
- Antara ubat yang disarankan adalah anti-histamin iaitu ubat allergy seperti
loratadine, cetrizine, fexofenadine dan lain². Dan bagi ubat sapu pula lebih
kepada clobetasol, di mana kebanyakkannya menyandungi steriod.
- Kebiasaannya, untuk mengurangkan lagi flare up atau rangsangan terhadap
ekzema berlaku. Kulit hendaklah tidak kering, kelembapan kulit hendaklah
dijaga. Sebab apabila kulit kering, akan gatal lagi. So thats why we need to
take care on our skin moisture too if we have ekzema.

Perubahan gaya hidup - JAJA

Oleh kerana penyakit ini menjadikan kulit kering dan gatal, losyen dan krim
disyorkan untuk memastikan kelembapan kulit. Produk ini digunakan apabila kulit
lembap terutamanya selepas mandi agar kulit kekal lembap.

Pemampatan sejuk juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan.

Untuk mengurangkan tekanan atau stress pesakit boleh mempraktikkan senaman


pernafasan dalam, melakukan yoga, bermeditasi, mendengar muzik, dan
mengutamakan tidur malam yang nyenyak.
Makanan yang bantu kurangkan Ekzema

Makanan yang membantu untuk kurangkan ekzema.

Ibu mengandung berisiko perlu titikberatkan pemakanan seperti elakkan peanut &,
eliminate eggs, cow milk from diet boleh kurangkan risiko pass down kepada bayi
- american academy of paediatric

Diet yang digalakkan- diet anti-radang atau anti inflammation.


Ada juga beberapa jenis makanan atau minuman yang mampu bertindak sebagai
diet antiradang dan ia adalah senjata anda.

Berikut adalah beberapa jenis contoh makanan antiradang yang boleh bantu lawan
ekzema:

OMEGA 3

Omega-3 fatty acids telah dikenal pasti mempunyai sifat anti inflammatory atua
anti keradangan, which can help reduce inflammation and itching associated
with eczema.
Ikan – Sumber semula jadi asid lemak omega 3 ini mampu membantu melawan
keradangan pada tubuh badan termasuklah dekat kulit. Mempunya EPA &
DHA yang membantu mengurankan keradangan & galakkan kesihatan kulit.
Antara contoh ikan tinggi asid lemak ini adalah salmon, makerel (tenggiri),
sardin, tuna dan sebagainya
jumlah ikan yang perlu dimakan, pengambilan sekurang-kurangnya dua
hidangan salmon setiap minggu boleh membantu anda memenuhi keperluan
asid lemak omega-3 = 2 size sederhana =
1.1g = female
1.6g = male
- minyak omega 3 → olive oil, flaxseed oil, coconut oil

PROBIOTIK
Makanan tinggi probiotik – Bakteria yang yang bukan sahaja bagus untuk
perut dan kesihatan penghadaman - bagus untuk kulit. Meningkatkan sistem
imun & tambah baik sign & simptom ekzema, contohnya termasuklah
tempe, tapai, kimchi, susu yogurt, sup miso dan lain-lain maknan yang
ditapai
→ jangan pastuerize - kill backteria baik

→ contoh mudah sustagen, nutrigen

ANTIOKSIDAN
Makanan tinggi antioksidan - buah-buahan & sayur-sayuran
- FLAVANOID – Ia mempunyai sifat anti radang yang sangat bagus dan
ciri utamanya adalah sayur-sayuran serta buah-buahan yang berwarna-warni.
Contohnya epal, ceri, brokoli, bayam dan kailan

- Vitamin E
Membantu dalam meningkatkan kelembapan kulit.
Vitamin E terbahagi kepada 2 iaitu tocopherol + tocotrienol.
10g = male
7.5g = female
Tocopherol = a - tocopherol (tinggi dengan sifat antioksidan)

Tocotrienol = Tocotrienol adalah sebahagian dari keluarga besar vitamin E. Dan


ia adalah sebahagian dari nutrisi yang sangat penting agar sel-sel otak dan
sel-sel organ yang lain dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Ramai saintis percaya bahawa vitamin E tocotrienols memberikan banyak
manfaat kerana ia lebih baik berbanding dengan tocopherol. Ini kerana ia
mengandungi 3 ikatan berganda (double bond) pada rantaian sisi. Ini
menjadikan tocotrienol adalah sebatian antioksida yang terbaik.

Dalam kajian sains menunjukkan vitamin E tocotrienols adalah selamat diambil


oleh orang yang sihat pada dos 50-100mg sehari, bagi mengelakkan
kesihatan. Walau bagaimana pun, bagi mereka yang mempunyai masalah
kecairan darah, berhati-hati mengambil suplemen ini.
Sumber makanan: - Barley, Minyak kelapa sawit, coconut oil, oats

Encourage healthy eating: JAJA


Walau bagaimana pun, eczema bukanlah penghalang untuk seseorang kekal sihat
dan mendapat nutritisi yang mencukupi dalam kehidupan seharian.

Pesakit eczema juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang


yang paling simple ikut suku² separuh dan mengikut waktu makan yang tertatur.

Cuma penekanan perlulah terhadap makanan yang perlu dielakkan dan digalakkan.

Haaa dietitian aween, apakah makanan yang perlu dielakkan ni?

5.0 Makanan yang perlu anda elak dalam pantang larang ekzema

ekzema boleh jadi lebih teruk jika berlaku reaksi alergi pada kulit sama ada melalui
sentuhan atau makanan.

Ada beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh jadi punca kondisi ekzema
lebih teruk.

Perembesan kedua-duanya ini pula seterusnya akan mengakibatkan keradangan


pada kulit jadi lebih teruk dan situasi ini dinamakan sebagai ‘flare-up‘.

Apa yang anda makan atau minum mungkin tidak akan menyebabkan ekzema
secara langsung, namun boleh dianggap sebagai makanan yang trigger eczema.

Untuk pengetahuan anda, situasi itu mungkin boleh jadi jika anda ada alahan
makanan seperti:

● Tenusu
● Kekacang
● Telur
● Gluten
● Makanan laut

Selain , makanan tinggi gula membawa kepada masalah keradangan kulit yang
lebih teruk.

● Gula-gula
● Kek
● Biskut
● Soda
● Jus

Makanan atau minuman yang mengandungi nikel juga adalah tidak bagus buat

penderita ekzema kerana ia akan membuat simptom lebih teruk. Nikel biasanya
ditemui di dalam produk logam. Alergi nikel boleh terjadi selepas pesakit terdedah
kepada produk yang mengandungi nikel secara berterusan. Ekzema akan terjadi di
kawasan kulit yang terdedah/bersentuhan dengan produk logam yang mengandungi
nikel. Tapi nikel juga boleh didapati dlm makanan

● Coklat
● Kerangan
● Kekacang
● Teh hitam
● Makanan dalam tin
● Minuman dalam tin

Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semua orang akan mengalami tindak
balas yang sama. Jadi, sila dapatkan nasihat doktor tentang pantang larang ekzema
ini.
Tak boleh sembuh tapi preventable

Bagi pengidap eczema, pemakanan merupakan antara faktor penting yang perlu
dititik beratkan kerana usus & sistem imunisasi mereka tidaklah seperti orang
normal dimana sangat sensitif jadi banyak benda yang kena pantang makan. Tak
semua pesakit eczema akan alah pada makanan yang sama. Contohnya, ada yang
boleh tolerate telur ayam, ada yang makan je terus trigger ekzema.

6.0 Additional Food Intake (Supplements) - JAJA

Pengambilan makanan tambahan ataupun supplement ini adalah digalakkan bagi


memenuhi atau mencukupi keperluan seharian seseorang individu tersebut.
Pengambilan supplement atau makanan tambahan ini tidak salah cuma apa yang
saya ingin sampaikan adalah penekanan untuk ambil secara semula jadi terdahulu.

Seperti makanan yang tinggi dengan probiotik, omega 3, vitamin E, dan tinggi
antioksidan.

Jika pengambilan secara semula jadi ini tidak dapat menampung pengambilan
keperluan seharian, barulah kita galakkan untuk ambil supplement. Tak kisah
brand apa, asalakan kaya dengan seperti PROBIOTIK, OMEGA 3, VITAMIN E

7.0 APA ITU FOOD DIARY?

Food Diary adalah log-book atau journal harian untuk merekod diet harian serta
reaksi atau tindakbalas yang tercetus akibat dari makanan yang diambil. Ini adalah
satu kaedah untuk membantu mengenal pasti pencetus eczema yang berpunca dari
alahan terhadap pemakanan/diet.
Apa yang perlu ada dalam Food Diary:
• Nama & jenis makanan
• Tarikh & Masa pengambilan makanan
• Kuantiti yang disediakan
• Rekod jenis simptom

Selain pemakanan, rekod juga keadaan persekitaran ketika berlakunya flare seperti
suhu, keadaan bilik/rumah berhabuk, terdedah matahari etc.

APA TUJUAN FOOD DIARY?

Antara lain tujuan Food Diary ini adalah:

1. Untuk menjadi rujukan kepada pakar alergi /doctor untuk memudahkan

mereka mengenal reaksi dan punca pencetus


2. Untuk monitor nutrisi yang diberikan kepada anak samada mencukupi

atau tidak.

Alahan terhadap sesuatu makanan agak sukar untuk ditentukan unless jika reaksi
terhadap makanan tersebut terus timbul sebaik sahaja selepas makan. Tapi tak
semua makanan tu akan immediate trigger eczema simptom, ada yang lepas
beberapa hari baru akan trigger.

Jadi, cara terbaik adalah dengan merekodkan semua diet makanan pesakit eczema
ni setiap hari & simpan sebagai log book. Jadi sekiranya berlaku flare-up, maka
mudah untuk kita kenal pasti mana satu makanan yang mencetuskan eczema
tersebut.
Food Diari bukan saja berguna untuk kita elakkan apa makanan yang boleh
mencetuskan eczema, tapi juga membantu untuk mencari alternatif bagi
menggantikan makanan yang mereka alah.

Contohnya, jika anak alah kepada susu formula, kita boleh cuba susu yang free
lactose, susu kambing, etc untuk memastikan nutrisi mereka tetap seimbang. Food
diari juga boleh membantu kita untuk idea memvariasikan menu-menu makanan
yang selamat kepada mereka.

8.0: Konklusi (JAJA)

Sebagai penutup tirai perkongsian kita pada harini, sebagai mana yang dikongsikan
oleh Dt. A, dan saya sebentar tadi.

Ekzema bukanlah penghalang untuk seseorang itu kekal sihat. Seseorang individu
itu perlulah dahulu mengenal pasti apa makanan yang mereka boleh makan, serta
cuba untuk meningkatkan pengambilan makanan yang membantu dalam
menurunkan keadaan flare-up/ rangsangan yang teruk terhadap ekzema.

Semoga perkongsian kalini memberi manfaat kepada semua orang, dan apa-apa
soalan boleh diajukan direct DM kepada Studio Dieitian Malaysia. Sekian Terima
Kasih, selamat malam.

Anda mungkin juga menyukai