Anda di halaman 1dari 9

Sebelum lakukan apa-apa, sila baca peraturan dan maklumat di bawah.

1
Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik,
mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada PTTI Group Sdn.
Bhd., No 11, 11A & 11B Jalan 6/7B, Off Jalan Persiaran Bandar 2, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan. Individu yang tidak bertanggungjawab
akan dikenakan tindakan undang-undang.

Penafian: buku Target A+ Bahasa Melayu Edisi 2024 ini disediakan untuk membantu calon
SPM. Soalan-soalan yang disediakan ialah soalan yang berbentuk latih tubi dan disusun khas
mengikut keperluan calon untuk menduduki peperiksaan.

Cetakan Pertama 2024

Target A+ Bahasa Melayu Edisi 2024

Ditulis dan disediakan oleh:


Muhammad Faizul Abd Hamid, PhD

Diterbitkan oleh:
PTTI Group Sdn. Bhd.,
No 11, 11A & 11B Jalan 6/7B,
Off Jalan Persiaran Bandar 2, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650,
Selangor Darul Ehsan.

Dicetak oleh:
PTTI Group Sdn. Bhd.,
No 11, 11A & 11B Jalan 6/7B,
Off Jalan Persiaran Bandar 2, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650,
Selangor Darul Ehsan.

2
FRASA MENARIK

mencemarkan imej
menyuntik semangat
instrumen perpaduan
ketulusan dan keazaman
pengisian jiwa dan minda
perhatian dan pemantauan
budaya dan amalan harian
amalan negatif yang tidak sihat
merangsang tenaga intelektual
wadah berkesan untuk mendidik
usaha membina tamadun bangsa
manifestasi kesanggupan bangsa
membetulkan ketidaktepatan fakta
menjulang negara ke puncak jagat
mempraktikkan elemen tolak ansur
melupakan cita-cita yang lebih luhur
menggembleng tenaga dan sumber
mencapai tahap yang mencemaskan
menghirup udara hasil kemerdekaan
pendidikan dan pembangunan moral
meningkatkan kesedaran masyarakat
menjadi cerucuk utama pembangunan
komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
mengundang pelbagai masalah / persoalan
menjadi benteng tenaga dalam usaha memerangi
muafakat merupakan inti kepada perpaduan
mendapat perhatian dan liputan media massa
mempertingkat dan memperteguh kefahaman
mempertahankan perasaan saling bersefahaman
mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
mewujudkan masyarakat madani yang penuh inspirasi tinggi
negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

3
mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa ini
membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
petanda jelas
amalan negatif
era globalisasi
nadi kehidupan
hamba teknologi
merosakkan moral
mencemarkan imej
menempa kejayaan
tuntutan pemodenan
komunikasi bermakna
agensi penguat kuasa
meracuni masa depan
hidup luar kemampuan
berperanan lebih proaktif
ketulusan dan keazaman
pengisian atma dan minda
perhatian dan pemantauan
budaya dan amalan harian
platform pembentukan insan
merangsang tenaga intelektual
wadah berkesan untuk mendidik
usaha membina tamadun bangsa
menggembleng tenaga dan sumber
pendidikan dan pembangunan moral
meningkatkan kesedaran masyarakat
menjadi cerucuk utama pembangunan
mengundang pelbagai masalah / persoalan
instrumen perpaduan
mengikut acuan sendiri
zaman muasir ini (sekarang)
kita perlu mengorak langkah
manifestasi kesanggupan bangsa
membetulkan ketidaktepatan fakta
mempraktikkan elemen tolak ansur

4
memudaratkan kesejahteraan rakyat
menangkis tuduhan yang tidak berasas
mampu mengadun satu kombinasi usaha
komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
menjadi benteng tenaga dalam memerangi
membimbing mereka untuk menjaring impian
membina impian masa depan yang lebih gemilang
kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
kita tidak sewajarnya akur dengan arus yang songsang ini
menagih komitmen dan pengertian serius daripada semua pihak
kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu masalahnya
membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
makmur daripada segi ekonomi tetapi muflis daripada nilai kekeluargaan
membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmiah
mengundang kontroversi
nilai keinsanan yang syumul
petanda kehancuran generasi
menyebabkan imej negara tercalar
menjulang negara ke puncak jagat
mencapai tahap yang mencemaskan
menghirup udara hasil kemerdekaan
kita perlu mengorak langkah sederap
menjadi cerucuk utama pembangunan
masalah sosial dan susila yang meruncing
pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
muafakat merupakan inti kepada perpaduan
mendapat perhatian dan liputan media massa
menghadapi masa depan yang tidak menentu
menyediakan kursus dan latihan yang relevan
menyembunyikan masalah utama masyarakat
perubahan yang diharap masih belum menjelma
masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
menangani realiti baharu dunia yang pantas berubah dan berkembang
mereka lebih mencenderungi keseronokan dan membudayai aktiviti berpeleseran

5
PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkai kata yang berfungsi untuk merangkaikan ayat
bagi memperjelas atau melanjutkan sesuatu maklumat. Penggunaan penanda wacana dalam konteks
ayat yang sesuai akan menghasilkan gaya penulisan yang menarik. Kegagalan dalam penggunaan
penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan ayat
yang sempurna.

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN


KARANGAN

§ Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah

§ Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat …
§ Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.
§ Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
§ Sejak dua dan tiga dekad belakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

§ Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperincinya demi kebaikan bersama.
§ Untuk memperkukuh lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
§ Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan
segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
§ Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan …
§ Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.

6
C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

§ Kita dapat menyaksikan betapa…


§ Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
§ Lazimnya, dalam keadaan …
§ Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
§ Pada hemat saya …
§ Pada pandangan saya …
§ Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
§ Sejak awal lagi
§ Sejak belakangan ini
§ Selain itu, pada masa ini juga
§ Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT KEDUA DAN SETERUSNYA DALAM


KARANGAN

§ Bagi sesetengah orang …


§ Begitu juga dengan …
§ Begitu juga halnya dengan …
§ Bertitik tolak daripada itu …
§ Bukan itu sahaja …
§ Dalam hal ini …
§ Dalam konteks ini …
§ Dalam zaman yang serba canggih ini …
§ Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
§ Dengan adanya …
§ Dengan berbuat demikian …
§ Dengan perkataan lain …
§ Disebabkan hal itu
§ Disebabkan keistimewaan inilah kita …
§ Hal ini berlaku sedemikian kerana
§ Hal ini penting dalam
§ Hal ini serupa dengan
§ Hal yang serupa berlaku apabila
§ Ini disebabkan
§ Ini membuktikan bahawa
§ Ini menggambarkan bahawa
§ Ini secara tidak langsung akan

7
§ Ini semua meninggalkan kesan kerana
§ Ini tentu sekali membuatkan
§ Jadi kita perlu
§ Jadi kita hendaklah
§ Keadaan ini tentunya
§ Lantaran itu sehingga kini
§ Kesemua ini menyumbang kepada
§ Kita mengakui hakikat bahawa
§ Kita sering menonton di kaca televisyen
§ Kita sering membaca di dada-dada akhbar
§ Memandangkan keadaan yang sedemikian
§ Namun begitu, sejak belakangan ini
§ Oleh itu, bolehlah dikatakan
§ Secara logiknya, masa yang
§ Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi
§ Keadaan ini seharusnya boleh
§ Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
§ Kendatipun demikian, kita masih
§ Yang paling nyata ialah
§ Yang perlu kita pastikan ialah

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK


§ Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh
§ Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
§ Statistik yang sahih telah dikeluarkan oleh Kementerian ... pada tahun … menunjukkan
bahawa sebanyak …

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

§ Sebagai contohnya
§ Biar kita lihat
§ Biar kita ambil contoh
§ Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
§ Sebagai analoginya,
§ Contoh yang paling dekat dengan kita ialah

8
G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

§ Intihanya,
§ Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
§ Konklusinya,
§ Dengan ini diharapkan
§ Bukan itu sahaja
§ Mudah-mudahan perkara ini
§ Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa
§ Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insya-Allah perkara ini akan …

Anda mungkin juga menyukai