Anda di halaman 1dari 2

011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

Tema
Pembinaan negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat IU
kepada pemodenan negara. Oleh itu, segala kekangan perlu diatasi
bagi menjayakan pembentukannya. Bincangkan. IF

KJ

Isi/Idea Huraian
1 • Pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi lebih sama rata dan saling
melengkapi dalam pelbagai sektor ekonomi.
• Pembinaan negara bangsa dapat memupuk semangat kerjasama dan
membentuk kekuatan untuk berganding bahu bagi memajukan ekonomi
negara.

2 • Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai


kaum dapat memupuk semangat keharmonian.
• Apabila pelancong asing datang ke Malaysia, mereka akan mengetahi rahsia
kejayaan Malaysia iaitu mempunyai negara bangsa yang bersatu padu tanpa
mengira bangsa dan kaum.
• Dengan ini, kehidupan harmoni pelbagai kaum akan menarik lagi perhatian
dari masyarakat dunia.

3 • Pembinaan negara bangsa dapat menghapuskan sikap prasangka dalam


kalangan rakyat pelbagai kaum.
• Hal ini kerana setiap kaum mengetahui kepentingan semangat patriotisme
kepada diri dan masyarakat.
• Rakyat Malaysia akan bersama-sama memperjuangkan kepentingan negara
tanpa mengira kaum demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

4 • Setiap kaum di Malaysia mewakili agama yang berlainan.


• Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha, India beragama Hindu, dan
lain-lain.
• Ketiga-tiga agama terbesar ini amat berbeza dari segi kepercayaan dan
amalannya.
• Perbezaan ini menghalang proses integrasi sosial antara kaum seterusnya
menjadi penghalang mewujudkan negara bangsa.

5 • Hal ini disebabkan oleh dasar pecah dan perintah British dahulu.
• Dasar British tidak mengambil langkah menyatupadukan kaum dan tidak
langsung mengambil kira masa depan Malaysia.
• Selepas merdeka pun kita masih terikat dengan pemerintahan berasaskan
identiti kaum masing-masing.
• Hal ini menghalang pembinaan negara bangsa.

6 • Penjajahan British telah mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.


• Kaum Melayu, Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang
berlainan.
• Pengasingan kegiatan ekonomi ini mewujudkan jurang dari segi sosial dan
jurang pendapatan yang tidak seimbang.
• Suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan negara
bangsa.

1
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

Tema
Persediaan membangunkan modal insan kelas pertama dilaksanakan
untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi, berkemahiran IU
dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif. Namun, terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan modal insan negara ini masih di IF
kelas ketiga. Bincangkan. KJ

Isi/Idea Huraian
1 • Melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kita dapat mendedahkan bidang sains
dan teknologi kepada masyarakat Malaysia.
• Jadi, peluang pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat mestilah
meluas.
• Peluang dan kuota pendidikan di peringkat tinggi seperti IPTA & IPTS mesti
mencukupi.

2 • Kerajaan perlu memperuntukkan perbelanjaan yang cukup untuk aktiviti R&D.


• Tabung sains dan teknologi penting bagi mempermudahkan akses kepada
sumber kewangan.
• Penyelidikan asas bagi maksud memperkembang dan mendalami ilmu perlu
digalakkan.

3 • Rakyat harus menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta
sejarah negara, bangsa dan agamanya.
• Industri budaya dan kesenian negara harus diperkembang.
• Identiti nasional perlu kekal melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak
mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.

4 • Tidak dapat dinafikan lagi bahawa negara kita masih kekurangan cerdik
pandai dalam sesetengah bidang yang memerlukan kepakaran yang sangat
tinggi.
• Misalnya dalam sektor automotif kita masih agak ketinggalan.
• Pakar-pakar asing pula tidak mahu memindahkan teknologi mereka kerana
bimbang monopoli akan beralih kepada produk keluaran negara lain.

5 • Kita juga harus akui bahawa tahap perkembangan teknologi kita juga
ketinggalan berbanding dengan negara maju yang lain.
• Teknologi negara-negara maju telah jauh membangun dan ke hadapan.
Negara kita masih lagi menggunakan kaedah konvensional dan tradisional
dalam banyak bidang.
• Misalnya sektor pertanian dan perladangan masih lagi menggunakan kaedah
lama dalam proses pengeluaran. Begitu juga bagi sektor Perusahaan Kecil Dan
Sederhana (PKS).

6 • Latihan amat penting bagi menghasilkan produk sumber tenaga yang bukan
sahaja bijak melontarkan idea bahkan turut memiliki kemahiran dan
pengalaman yang sangat tinggi dalam bidang masing-masing.
• Namun begitu, kebanyakan rakyat di negara kita masih kurang berpeluang
untuk mendapatkan latihan kemahiran tinggi.

2
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。

Anda mungkin juga menyukai