Anda di halaman 1dari 12

TEMA : INTEGRASI & PERPADUAN

ISU : PERPADUAN
• IDEA- 1 idea =2m (2m x 5 idea=10m)
• HURAIAN – 2 huraian =2m ( 2m x5=10m)
• BAHASA- 4m
• FORMAT – 1m
• Kombinasi:
1-2+3/3+2
2- 1+4
3- 5+0
4-1+2+2
SOALAN STPM 2020/U2019 No.23

Perpaduan adalah penting untuk keharmonian dan kestabilan negara.


Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk mengukuhkannya. Jelaskan.
PENDAHULUAN

Rakyat yang bersatu padu dapat mewujudkan keadaan yang harmoni


dan aman. Keadaan negara yang aman akan mempercepatkan
perkembangan negara.
A. KEPENTINGAN PERPADUAN

1. Menjamin keamanan / ketenteraman negara


• Rakyat berasa selamat semasa menjalankan tugas harian
• Rakyat bebas menjalankan aktiviti harian tanpa sekatan
2. Menjamin pembangunan negara berterusan
• Keadaan negara yang aman membolehkan pembangunan negara
berjalan lancar
• Pelabur asing tidak teragak-agak untuk melabur di Malaysia

3. Menjamin kedaulatan bangsa dan negara


• Rakyat yang bersatu padu dapat menghakis ancaman musuh dari
dalam dan luar negara.
• Dapat mengelakkan dari dipergunakan dan dipengaruhi kuasa atau
negara luar
4. Menjamin kesejahteraan rakyat
• Mengelakkan konflik sesame rakyat
• Mengelak perasaan prasangka antara rakyat
B. LANGKAH MEWUJUDKAN PERPADUAN

5. Pendidikan
• Menitikberatkan semangat perpaduan
• Menitikberatkan nilai-nilai murni
• Sekolah wawasan, aliran dan sukatan yang sama dan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
6. Merapatkan jurang ekonomi rakyat
• Kerajaan berusaha supay satu-satu bidang ekonomi tidak dikuasai oleh
satu-satu kaum sahaja
• Kerajaan berusaha membantu golongan yang miskin untuk keluar
daripada garis kemiskinan.

7. Menggiatkan program perpaduan rakyat


• Meningkatkan kefahaman dan penerimaan perbezaan dalam kalangan
rakyat
• Rakyat akan bersikap terbuka terhadap perbezaan amalan dan budaya
8. Merapatkan jurang fizikal
• Meningkatkan integrasi antara wilayah dan kawasan
• Mengelakkan pemisahan antara kaum dalam penempatan / perumahan
9. Sukan
• Menggalakkan penyertaan pelbagai kaum dalam sukan massa
• Menjadi ruang interaksi rakyat
• Menyemai semangat kekitaan

10. Meningkatkan kesedaran/ meningkatkan kesedaran perpaduan


• Menyedarkan masyarakat melalui media massa dan masalah sosial –
cth iklan, kempen
• Meningkatkan kefahaman / kesedaran terhadap kepentingan perpadua
kaum
PENUTUP

Kesimpulannya, perpaduan merupakan teras kepada pembangunan


sesebuah negara. Tanpa perpaduan agak sukar untuk negara menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai