Anda di halaman 1dari 10

NAMA PROJEK:

STATIONARY STORAGE

NAMA SEKOLAH:

SK CHENDERONG BATU, WAKAF BHARU KELANTAN

NAMA MURID:

NUR IFTILIYANIE BINTI AZMAN

NUR ZULFA INSYIRAH BINTI MOHD RUF

ALEESYA DAMIA BINTI AHMAD ZAMANI

NAMA GURU PEMBIMBING:

HASRIZA BINTI MAT JUSOH


FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA PENGHASILAN REKA CIPTA PROJEK.

Seperti mana yang kita sedia maklum, penggunaan botol plastik sangat meluaskan di dalam
kehidupan kita. Hampir setiap masa kita menggunakan botol plastik samada botol yang besar
mahupun botol yang kecil. Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai barangan plastik
kerana kelebihannya tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia sentiasa menjadi
pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka. Botol plastik
didatangkan dalam pelbagai bentuk saiznya. Botol plastik digunakan bukan sahaja sebagai botol
minuman malah sebagai bahan untuk mengisi minyak masak.

Penggunaan botol plastik yang meluas menyebabkan berlakunya sisa pembuangan botol plastik
yang banyak. Ramai menganggap lambakan penggunaan bahan plastik sebagai isu remeh
sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di tempat sepatutnya. Namun
di sebalik itu, ramai tidak menyedari plastik adalah musuh senyap kepada manusia dan boleh
membunuh. Masyarakat tidak memahami bahawa mereka tidak boleh membuangnya begitu
saja.

Kalau dapat dilihat setiap hari di kawasan pelupusan sampah, banyak botol plastik di buang.
Botol plastik merupakan bahan yang susah untuk lupus. Ini kerana bahan yang terkandung di
dalamnya. Menurutnya satu kajian, terdapat tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu
phthalate, bisphenol A (BPA) dan kadangkala dicampur juga bahan polybrominated diphenyl
ethers (PBDEs). Phthalate adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan
plastik yang keras. Bahan kedua tertinggi adalah BPA sebagai bahan menjadikan plastik lebih
keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar. Bahan ketiga adalah PBDEs dan bahan
ini menjadikan plastik kalis air yang banyak digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan
barangan elektrik. Apabila dibakar boleh menyebabkan pencemaran udara. Sekiranya ditanam
botol plastik ini, ia mengambil masa yanga sangat lama untuk lupus.

Di sebabkan perkara ini, kami telah mendapat idea untuk membuat stationary storage dengan
menggunakan botol plastik. Penggunaan bahan buangan seperti botol plastik dengan cara
menghasilkan sesuatu yang berguna adalah sangat baik daripada terus membuangnya. Bukan
sahaja botol plastik yang kami guna tetapi terdapat bahan lain yang kami gunakan dalam
penghasilan rekaan kami ini. Kami juga menggunakan kertas keras yang diambil dari kotak, tali
dari paper bag yang sudah tidak digunakan dan mask yang sudah tidak digunakan yang kami
basuh dahulu. Semua bahan itu kami gunakan sebagai hiasan selain dari botol plastik yang
merupakan bahan utama pasukan kami.

ISU YANG HENDAK DIATASI MELALUI PROJEK REKA CIPTA INI.

Dengan penghasilan projek Stationary Storage ini, kami berharap agar kadar pembuangan sisa
botol plastik berkurangan. Penggunaan bahan buangan seperti botol plastik ini dengan cara
menghasilkan sesuatu yang berguna adalah sangat baik daripada terus membuangnya
walaupun terdapat perbezaan daripada rupa dan fungsi asalnya. Tindakan seperti ini secara
tidak langsung dapat membantu pengurangan bahan buangan dan berlaku pembaziran
penggunaan sumber alam semula jadi akan menjadi semakin terhad. Sepertimana yang kita
ketahui bahawa botol plastik ini mengandungi bahan-bahan yang berbahaya seperti terdapat
tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu phthalate, bisphenol A (BPA) dan kadangkala
dicampur juga bahan polybrominated diphenyl ethers (PBDEs). Phthalate adalah bahan paling
banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras. Bahan kedua tertinggi adalah
BPA sebagai bahan menjadikan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada
pudar. Bahan ketiga adalah PBDEs dan bahan ini menjadikan plastik kalis air yang banyak
digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan barangan elektrik. Apabila dibakar boleh
menyebabkan pencemaran udara. Sekiranya ditanam botol plastik ini, ia mengambil masa
yanga sangat lama untuk lupus.

Kami berharapkan agar masyarakat tidak membuang botol ini sewenang-wenangnya.


Penghasilan projek ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa bergunanya botol
plastik ini dalam kehidupan mereka. Kita dapat mengawal aktiviti pembuangan sisa botol plastik
, malah dapat mengurangkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Dengan ini, kita dapat
melindungi diri kita semua.
OBJEKTIF PROJEK REKA CIPTA INI.

Projek reka cipta adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang kitar semula
bahan-bahan seperti botol plastik ini. Selain daripada botol plastik yang pasukan kami pilih
untuk dijadikan bahan utama dalam rekaan kami, kami juga menggunakan kertas keras yang
kami ambil dari kotak yang tidak digunakan, tali dari paper bag yang sudah tidak digunakan juga
dan mask yang sudah digunakan dan dibasuh untuk kami jadikan sebagai bahan tambahan
dalam mencantikkan lagi rekaan kami. Pasukan kami berharap agar masyarakat dapat melihat
projek kami ini sebagai satu usaha dalam menjaga keselamatan alam sekitar. Dengan
terhasilnya reka ciptaan ini, ianya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bahan
-bahan seperti botol plastik ini banyak kegunaannya. Rekaan yang menarik ini akan
menambahkan minat masyarakat untuk sama-sama menghasilkan ciptaan dari bahan terbuang
seperti botol plastik ini. Masyarakat akan dapat melihat projek ini sebagai satu usaha yang baik
dalam menjaga keselamatan dan keindahan alam sekitar. Projek ini juga dapat membantu
masyarakat dalam menjana pendapatan. Maka dengan ini, masyarakat dapat menghasilkan
sesuatu rekaan dari bahan terbuang yang mana rekaaan atau ciptaan mereka dapat menambah
pendapatan mereka.

Kita juga mampu mengurangkan sisa pembuangan bahan seperti botol plastik , kotak , tali dan
mask yang telah digunakan dan juga mengurangkan pencemaran dari pembakaran yang boleh
menyebabkan jerebu. Kita boleh menjaga kebersihan dan keselamatan alam sekitar dengan
penghasilan projek ini.
Bahan kitar semula yang digunakan.

Berikut adalah senarai bahan yang pasukan kami gunakan dalam reka cipta ini.

1. Botol minuman plastik – ianya merupakan bahan utama pasukan kami.


2. Kertas keras – diambil dari salah satu bahagian kotak.
3. Kertas pembalut – sebagai hiasan yang mana pasukan kami balut botol minuman plastik
agar ianya kelihatan lebih menarik.
4. Sticker ( pelekat ) – sebagai hiasan
5. Tali yang diambil dari paper bag yang sudah tidak digunakan – sebagai hiasan
6. Penyepit – sebagai hiasan
7. Mask yang telah digunakan( ianya dibasuh dan dipotong ) – sebagai hiasan

Pasukan kami menggunakan botol minuman plastik sebagai bahan utama kerana botol
minuman plastik merupakan bahan yang sering kali digunakan oleh masyarakat. Bahan ini
menjadi bahan buang utama yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
Sepertimana yang kita ketahui, botol minuman plastik merupakan bahan yang susah untuk
dilupuskan. Ini kerana bahan yang terkandung dalam penghasilan botol tersebut.

Bahan hiasan atau bahan tambahan yang kami gunakan seperti kertas keras yang diambil dari
kotak untuk dijadikan alas stationary storage kami. Kertas pembalut pula untuk membalut botol
plastik agar ianya nampak lebih menarik. Kertas pembalut kami bercorak semulajadi dan corak
kayu seolah-olah rekaan kami ini dibuat dari kayu. Manakala sticker pula hanya untuk
mencantikkan ruang yang kelihatan kosong. Tali yang kami gunakan kami ikat di sekeliling botol.
Begitu juga dengan mask yang telah digunakan dan dibasuh untuk hiasan rekaan kami. Kami
menggunakan semua bahan tersebut sebagai hiasan kerana ada sesetengah bahan boleh di
kitar semula seperti kertas keras, tali, dan mask.
Cadangan projek kitar semula dan lakaran prototaip yang akan digunakan

Bagaimana projek berfungsi & keistimewaannya.

Projek ini berfungsi sebagai tempat meletak alat tulis seperti pensil, pen, gunting, pembaris,
pemadam, pensil warna, pen marker dan lain-lain. Keistimewaannya adalah ianya sangat
mudah untuk dihasilkan. Projek ini dapat dihasilkan

Impak kepada warga sekolah / komuniti

Projek ini dapat dijadikan sebagai hiasan selain dari kegunaannya yang sangat sesuai untuk
pejabat atau dibilik guru atau didalam kelas. Selain dari itu juga, ianya boleh dijadikan sebagai
alat untuk mengajar Pendidkan Seni atau Reka bentuk Teknologi bagi seseorang guru. Ianya
dapat membantu guru dalam menilai tahap kemampuan murid dalam menghasilkan projek
seperti ini.Di dalam komuniti pula ianya dapat membantu komuniti dalam mengurangkan
pembuangan sisa botol minuman plastik. Malah ianya dapat membantu masyarakat atau
komuniti dalam menjana pendapatan.

Kelestarian projek.

Projek ini boleh digunakan untuk masa akan datang kerana ianya dibuat dengan menarik dan
kemas. Rekaan ini dibuat bukan saja mengguna botol minuman plastik semata-mata, ianya juga
ditambahkan dengan bahan-bahan yang lain agar ianya nampak lebih menarik. Projek sebegini
boleh diteruskan kerana bahan yang digunakan sangat mudah didapati. Ianya bukan sahaja
boleh menggunakan botol minuman plastik seperti yang kami guna, malah botol plastik yang
lain pun boleh digunakan.
Harapan bagi memastikan projek ini berkekalan.

Harapan pasukan kami adalah agar projek ini dapat berterusan. Yang mana, kami akan
memastikan murid-murid di sekolah membuat rekaan ini semasa sessi pembelajaran dan
akhirnya rekaan ini dapat digunakan didalam kelas malah boleh dibawa ke rumah mereka. Kami
merancang untuk menggunakan rekaan ini di sekolah terutama dalam sesi pembelajaran.
Dengan ini setiap murid akan dapat mempraktikkannya dimana saja.

Kami juga berharap agar masyarakat sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Penghasilan rekaan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya pencemaran. Malah, ianya dapat
membantu masyarakat untuk menjana pendapatan dan mengurangkan risiko perbelanjaan
harian. Oleh itu kita dapat memelihara dan memulihara alam sekitar dengan lebih selamat.
Gambar ahli pasukan The Girls dari SK Chenderong Batu, Wakaf Bharu dan guru
pembimbing.

Peserta pertama

Nur Iftiliyanie binti Azman ( Ketua pasukan )

Peserta kedua
Nur Zulfa Insyirah binti Mohd Ruf

Peserta ketiga

Aleesya Damia binti Ahmad Zamani

Guru Pembimbing
Hasriza binti Mat Jusoh

Anda mungkin juga menyukai