Anda di halaman 1dari 1

Faedah Menjaga Kebersihan Kelas

Afiq : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Najwa?


Najwa : Ya, Najwa bercakap di sini.
Afiq : Bolehkah saya bertanya kenapa kita perlu menjaga kebersihan kelas?
Najwa : Afiq, Kita sebagai murid-murid banyak menghabiskan masa di dalam kelas untuk
menuntut ilmu.Oleh itu,bilik darjah mestilah selalu bersih dan ceria.
Afiq : Kalau begitu, tentulah banyak faedah jika kita menjaga kebersihan kelas kita?
Najwa : Memang betul. Kelas mestilah kelihatan bersih kemas dan cantik dengan tidak
mengumpul sampah di dalam meja dan membuat sampah di dalam kelas sahaja.
Afiq : Saya sokong pendapat awak, Najwa. Di samping itu,kita boleh melatih diri kita
bersikap bertanggungjawab terhadap kelas.Ini juga dapat memupuk nilai murni di dalam diri
kita seperti berdisiplin, bertanggungjawab dan rajin untuk membersihkan kelas.
Najwa : Ekoran daripada itu,kita dapat belajar di dalam kelas dengan selesa kerana kelas
kelihatan bersih dan cantik.
Afiq : Sehubungan dengan itu, kita boleh memenangi pertandingan kelas terbersih. Kita akan
mendapat pujian daripada guru-guru. Selain itu,kita boleh menjadi contoh kepada kelas-kelas
yang lain.
Najwa : Kesimpulannya,faedah menjaga kebersihan kelas memang perlu kita amalkan seperti
yang kita bincangkan.Oleh kerana kelas perlu dibersihkan, marilah kita bersama-sama
membersihkan kelas kita esok supaya kelas kelihatan bersih dan cantik. Sesuailah dengan
slogan, 'Kelas Bersih, Belajar Selesa'.
Afiq : Baiklah Najwa, kita jumpa esok. Terima kasih.
Najwa : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai