Anda di halaman 1dari 174

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Muncul idea saya untuk menerbitkan sebuah ebook percuma dengan isi bermanfaat untuk semua yang banyak informasi diambil dari sebuah fanpage Facebook yang bernama Misteri dan Keajaiban Alam (Fake and Fact). Anda boleh search nama fanpage itu di Facebook. Buku ini akan diedarkan percuma iaitu Misteri dan Keajaiban Alam Volume 1. Dilarang menggunakan ebook ini untuk menjual atau mengaut keuntungan. Sebarkan ebook ini~.

1|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

VICTORIA WATERFALL (KOLAM SYAITAN)

Victoria Waterfall atau nama lainnya ialah Kolam Syaitan (Devils Pool) adalah terletak di Afrika Selatan iaitu di antara Zambia dan Zimbabwe. Ketika airnya tenang tidak berarus deras, pelancong boleh bermandi manda sehingga ke pinggir bibir air terjun berkenaan.

2|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

3|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

4|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

5|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

6|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

7|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

8|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

9|Misteri dan Keajaiban Alam ( Volume 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

PLAZA KUNO 5.500 TAHUN YANG LAMPAU DITEMUI DI PERU


Sebuah plaza bundar yang dibangunkan sekitar 5.500 tahun lalu telah ditemui di Peru, dan para arkeologi yang terlibat dalam penggalian telah menentukan bahawa usia karbon menunjukan plaza tersebut merupakan salah satu binaan tertua yang pernah ditemui di Amerika. Satu kumpulan ahli penyelidik arkeologi Peru dan Jerman menemui plaza itu, yang tersembunyi di bawah potongan lain arsitektur di reruntuhan yang dikenali sebagai Sechin Bajo, di Casma, 370 Km di utara Lima, ibukota Peru.

Ini merupakan penemuan yang menakjubkan, masyarakat ilmuwan dan arkeologi sangat teruja, kata Cesar Perez, ilmuwan di Institut Kebudayaan Nasioal Peru yang mengawasi projek tersebut. Penemuan ini akan mengubah semula ketamadunan sejarah awal negara ini. Sebelum penemuan di Sechin Bajo, pakar arkeologi menganggap benteng kuno Caral Peru adalah salah satu daripada yang tertua di belahan bumi Barat,sekitar 5k tahun.

10 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Para ilmuwan mengatakan, Caral yang terletak beberapa jam jika dilalui menggunakan kereta dari Sechin Bajo, merupakan salah satu daripada enam tempat di dunia ( bersama dengan Mesopotamia, Mesir, Cina, India dan Mesoamerika ) dimana manusia memulai kehidupan di kota lima ribu tahun lalu. Penentuan usia karbon yang dilakukan oleh pakar arkeologi Jerman menyebutkan sekitar 5.500 tahun, tapi sebahagian lainnya didapati lebih tua bergantung pada hal lainnya yang ditemui, kata Perez. Sebelumnya penemuan terakhir yang terletak berdekatan Sechin Bajo hanya berusia 3.600 tahun. Ini adalah gambar ilustrasinya:

Mereka telah sangat maju mengenai infrastruktur dan bangunan. Ini dapat dilihat secara jelas dalam kenyataan bahawa material binaan yang mereka gunakan adalah mampu bertahan pada kadar usia yang sangat lama, Peter Fuchs, salah seorang arkeologi, mengatakan pada akhbar El Comercio. Tempat pertemuan sosial yang Fuchs dan rakannya temui ini dibina dengan menggunakan batu dan batako.

11 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Ratusan tempat arkeologi telah banyak ditemui di Peru, dan banyak puing dibangunkan oleh kebudayaann Kerajaan Inca yang dahulu sangat berkuasa, yang mencapai puncak kekuasaannya pada abad ke16, sebelum penaklukan Spanyol yang datang ke tempat yang sekarang dikenali dengan nama Peru.

MISTERI UKIRAN BATU ICA DI PERU


Sekitar 1960-an, seorang petani menjumpai banyak batu aneh di dalam sebuah gua dan gaung sekitar Ica, iaitu sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Lima, Peru.Batu itu terdiri daripada pelbagai saiz tetapi apa yang menjadikannya suatu artifak misteri ialah ukiran pada batu berkenaan pasti mencetuskan tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.

Meneliti ukiran aneh pada batu itu, ia seolah-olah mencatatkan cerita mengenai wujudnya satu peradaban purba yang sangat maju malah lebih maju daripada dunia hari ini pada zaman dinosaur iaitu jutaan tahun lalu.Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, tamadun itu akhirnya musnah dan lenyap, sama seperti pupusnya dinosaur pada hari ini sehingga meninggalkan ukiran pada batu itu saja bagi menyingkap kembali kehebatan tamadun berkenaan. Sebaik melihat pelbagai ukiran aneh pada batu itu, petani terbabit mula membawa keluar dan menjual artifak berkenaan kepada pelancong sebagai cenderamata. Pada suatu hari dia ditahan pihak berkuasa atas sebab yang menjadi misteri. Selepas beberapa lama ditahan dan dikurung, petani itu dibebaskan tetapi selepas itu, dia tidak lagi berani menyatakan yang batu itu adalah artifak purba.

12 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Keunikan batu yang penuh dengan ukiran misteri itu menarik minat seorang doktor tempatan iaitu Dr Javier Cabrera dan sejak itu, beliau sentiasa membeli dan mengumpulkan batu berkenaan daripada petani terbabit selain beberapa pihak lain. Cabrera pernah bertanyakan kepada petani terbabit bagaimana dan di mana dia memperoleh batuan berkenaan dengan kuantiti yang banyak tetapi petani itu enggan memberitahunya seolah-olah takut dia akan sekali lagi ditahan dan dikurung pihak berkuasa. Doktor itu percaya yang batu berkenaan adalah satu artifak purba yang wujud jutaan tahun lalu. Beliau mula membenarkan penyelidik mengkaji batu berkenaan.

Batu berkenaan sudah mencapai usia ribuan tahun lalu. Ujian kimia yang dilakukan pula mendapati batu itu berasal dari sungai setempat dan Gunung Andes berikutan permukaannya yang ditutupi lapisan oksida. Bekas ukiran pada batu itu sudah sangat lama dan batu yang ditemui sekitar gua memiliki fosil organisme berusia jutaan tahun silam. Muzium di bina dan mengumpulkan lebih 15,000 batu misteri berkenaan di Ica , Peru. Pembinaan muzium batuan itu secara tidak langsung mendedahkan misteri berkaitan ukiran pada batu artifak itu kepada khalayak ramai dan sehingga kini, perdebatan mengenai kesahihan batu aneh itu masih berterusan.

Antara gambar yang terukir pada batu berkenaan adalah:

Gambaran galaksi angkasa Haiwan purbakala Peta daratan prasejarah Bencana dahsyat pada zaman dulu. Seksualogi manusia

13 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Gambar batuan menunjukkan :

Gambaran manusia wujud dan hidup sezaman dengan dinosaur. Malah, ukiran bentuk manusia dan dinosaur pada batu itu sama saja dengan bentuk manusia dan gambaran dinosaur yang ditemui pada hari ini. Terpahat ukiran seorang manusia menunggang di atas Triceratops, dengan tangannya menggenggam senjata seperti kapak. Terdapat ukiran seorang manusia yang panik dikejar Tyrannosaurus Rex. Terdapat ukiran muka bumi pada 13 juta tahun lalu yang dilihat dari angkasa. Ada empat gambar pada ukiran yang persis peta dunia dan menurut penyelidik, peta daratan yang diukir pada batu itu adalah keadaan daratan pada zaman purba dan ia dilukis dengan tepat. Ukiran pembedahan otak dan bagaimana cara mengatasi reaksi penolakan organ dalam proses pemindahan organ yang mana semua ilmu itu, baru ditemui dalam dunia perubatan moden Ukiran pengambilan benda berbentuk gelembung dalam lingkaran janin ibu yang hamil sebelum menyuntik ke dalam tubuh pesakit. Ukiran teknologi bius dengan akupuntur dalam operasi perubatan selain batu yang mengukir gambaran gen.

14 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Cabrera percaya yang batu itu diukir masyarakat zaman dulu yang dikenali sebagai Gliptolithic Man. Sehingga kini, kebenaran membabitkan ukiran batu Ica terus menjadi teka-teki yang membingungkan. Sama ada wujud satu tamadun yang penuh futuristik yang diasaskan manusia, pada jutaan tahun lalu atau sekadar satu pembohongan, terus menjadi misteri sehingga kini.

MISTERI PIRAMID DI DASAR LAUT JEPUN

KETIKA pelbagai misteri yang membabitkan piramid di Mesir dan piramid kaum Maya di Amerika Selatan masih membingungkan para penyelidik, tiba-tiba muncul pula sebuah lagi penemuan misteri piramid yang dijumpai berlokasi di Jepun pada tahun 1990-an malah penemuan piramid ini jauh lebih aneh kerana ia dijumpai berada di dasar lautan Jepun.

15 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Pelbagai persoalan tercetus tatkala melihat piramid berkenaan terus berdiri kukuh di dalam laut melewati masa dan zaman - siapakah yang membina piramid di dalam laut, untuk apakah ia dibina dan bilakah ia dibina? Mengapakah pembinaannya tidak dilakukan di atas daratan? Bingung dengan pelbagai persoalan itu maka para penyelidik mulai melakukan pelbagai kajian bagi membongkarkan teka-teki yang menyelubungi piramid misteri di dasar laut Jepun berkenaan.

Sebelum itu, piramid pertama mulai dijumpai di pelbagai wilayah negara matahari terbit itu sejak tahun 1950-an lagi sekaligus ia meninggalkan pelbagai persoalan mengenai hubungan bangunan berbentuk segitiga berkenaan dengan tamadun purbakala masyarakat Jepun kuno. Sejak itu, beberapa lagi piramid purba berjaya ditemui yang ditinggalkan dengan permukaannya ditutupi oleh debu dan tanah. Ia dipenuhi dengan pelbagai macam tumbuhan liar sehingga bahagian luarnya tampak seperti sebuah gunung yang tinggi. Bagaimanapun, sejak bulan Mac 1995, sesuatu yang mengejutkan turut ditemui penyelam yang menyelam di dasar laut negara itu mendapati piramid di Jepun tidak sahaja berada di atas daratan tetapi juga di dalam lautan. Mereka menemui lapan lokasi peninggalan piramid sekitar Hiroshima hingga ke laut Pulau Yonaguni.

16 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Tapak tinggalan pertama adalah sebuah bangunan empat segi yang tidak begitu jelas bentuk binaannya kerana ditutupi oleh batu karang sehingga bahagian buatan manusianya tidak dapat dikenal pastikan.

Sesudah itu seorang penyelam lain turut menemui sebuah piramid pada kedalaman kira-kira 13 meter di bawah permukaan laut Oklahoma Selatan pada musim panas 1996. Penemuan itu semakin menaikkan semangat pasukan penyelidik untuk membongkarkan rahsia yang tersembunyi di dalam wilayah lautan Jepun. Gerakan mencari diperhebatkan dan kumpulan penyelam berkenaan kemudian berjaya pula menemui lebih banyak lagi monumen dan bangunan buatan manusia di dalam laut Jepun. Mereka turut menemui kesan jalan yang panjang dan luas, tangga dan pintu melengkung yang tinggi dan megah serta batu raksasa yang dipotong dengan sempurna seolah-olah kawasan itu pernah didiami manusia suatu ketika dahulu. Beberapa bulan kemudian, beberapa kalangan ahli arkeologi Jepun sekali lagi menemui bangunan berbentuk piramid yang sangat besar pada kedalaman 33 meter di bawah permukaan laut terbabit yang berada tidak jauh dari pergunungan Sinaguni yang terletak kira-kira 450 meter dari Hiroshima. Bangunan raksasa itu berukuran sekitar 80 meter panjang, 200 meter lebar dan 30 meter tinggi terletak di sebuah kawasan luas yang kelihatannya seolah-olah telah digunakan untuk menjalankan suatu upacara tertentu dengan kedua belah sisinya terdapat sebuah pintu gerbang yang besar.

17 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Pelbagai penemuan misteri itu semakin membingungkan para penyelidik - apakah wujud manusia yang hidup di dalam lautan dan ke mana menghilangnya manusia itu ketika ini? Ahli arkeologi berpendapat bahawa kewujudan piramid di bawah laut itu mungkin adalah bukti awal bagi menunjukkan adanya peradaban zaman batu di Jepun yang masih belum diketahui sesiapakah pemiliknya. Ahli geologi, Profesor Masaki Kimura yang telah menjadi pengkaji pertama meneliti misteri itu menyimpulkan bahawa bangunan lima tingkat itu adalah buatan ciptaan manusia. "Struktur ini bukanlah binaan yang wujud akibat alam semula jadi. Di sekeliling strukrur bangunan tersebut terdapatnya sesuatu yang mirip seperti laluan perjalanan dan ini semakin membuktikan bahawa ia adalah buatan manusia," katanya ketika mulai mengulas penemuan itu lebih 10 tahun lalu. Profesor Kimura percaya bahawa bangunan itu telah berusia lebih daripada 5,000 tahun lalu berdasarkan stalaktit yang ditemui pada gua di dasar lautan itu. Beliau juga berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk mengetahui siapakah yang membina monumen berkenaan atau apakah tujuannya. "Struktur bangunan ini mungkin merupakan sebuah istana dewa daripada agama zaman dahulu dan ia digunakan untuk tujuan memuja dewa tertentu, sama seperti

18 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

penduduk Hiroshima yang mempercayai kewujudan dewa Nirai-Kanai yang mampu mendatangkan kesejahteraan dari laut kepada mereka. "Berdasarkan catatan, pada 10,000 tahun silam tidak ada manusia yang mampu menghasilkan monumen seperti ini tetapi kini mungkin terdapat bukti peradaban manusia yang masih belum diselongkarkan sejarah kewujudannya. "Hanya manusia yang mampu memiliki teknologi bagi menyelesaikan projek seperti ini, bangunan yang sebegini besar harus menggunakan jentera pembuatan tertentu untuk membinanya," katanya.

Yang terbaru profesor bersebut menyatakan bahawa teori terkini beliau selepas meneliti dan menjalankan kajian lebih 10 tahun terhadap binaan piramid tersebut adalah bahawa piramid itu sebenarnya bukanlah dibina di dalam laut tetapi ia sebenarnya berada di atas daratan tetapi kemudiannya telah tenggelam di dasar laut akibat dilanda bencana tsunami ribuan tahun lalu. Bagaimanapun, teori itu masih lagi dipertikaikan oleh para penyelidik lain. Rekod catatan sejarah menunjukkan tsunami terbesar yang pernah menghempas Yonaguni adalah pada bulan April 1771 dan ia dianggarkan setinggi 40 meter dan dipercayai mampu menenggelamkan serta memusnahkan peradaban di tepi pantai berkenaan. Lihat beberapa keping lagi gambarnya di bawah:

19 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

20 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

21 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

22 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

MISTERI SEGITIGA BERMUDA (VOLUME 1)

Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga, tetapi disebabkan oleh batas-batas daripada petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih daripada bentuk segitiga itu sendiri. Segitiga itupun hanyalah merupakan sebuah imaginasi sahaja. Apabila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini milik orang Amerika, tak mengapalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat yang seakan segitiga bermuda ini juga terdapat di kawasan lain seperti di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih mengerikan dari Segitiga Bermuda. Daripada pelbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang itu didapati selalu terjadi gangguan teknikal apabila melalui kawasan berkenaan. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.

23 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Tidak cukup apabila menghuraikan seluruh peristiwa dan itu juga sebenarnya tidak menjurus pada jalan penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda dibuat. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa lubang di langit. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dapat dikesan. Daripada misteri "Lubang di Langit" ini ia telah pula membentuk sebuah lagi teori tentang adanya seakan perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Ramai orang sering mengaitkan kehilangan sesebuah pesawat dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya memperbanyakkan lagi persoalan tanpa ada sebarang jawapannya. Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan ini mempunyai jurang bawah laut (canyon) di Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang mengaitkankan juga dengan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan wujudnya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.

24 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole iaitu seakan sebuah gua lautan. Dahulu gua ini sememangnya sungguh wujud, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering terjadi pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan? Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu terdapat banyak kapal yang tidak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal daripada pelbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini adalah 3650 km panjang dan lebarnya 1825
25 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

km, dan di sekelilingnya mengalir pula arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan mengikut arah jam. Didasar lautnya terdapat pergunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal. Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tidak jelas asal-usulnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tidak jelas tapi lebih besar daripada ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang saksi (jadi bukan halusinasi??). Obor-obor raksasa tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin obor-obor raksasa itu bukanlah binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya pula terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garisan tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuh daripadanya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana. Ada sebuah kawasan di perairan Boca Raton yang di sana terdapat sebuah paip yang bergaris tengah 20cm. Ia jelas bukan milik Amerik. Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka terlihat sebuah tiang asap disana, dan ketika itu kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuningkuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya? Apatah laut itu sebenarnya cukup dalam, sehingga mereka tidak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.

26 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah pelbagai teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:

Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut. Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehinggakan mungkin sahaja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air. Ditemuinya Blue Hole, tapi masih diragukan, kerana kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole. Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya. Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.

Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan terdapat sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tidak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai seorang ilmuan, Bryd melaporkan peristiwa itu, tetapi tiada seorangpun yang mempercayainya. Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub di bumi? Mungkinkah tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat? Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik sekali adalah segitiga bermuda cukup berdekatan dengan tempat pelancaran roket NASA ke angkasa (Florida).

27 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Gambar Sekadar Hiasan P/S: Cerita berkaitan Segitiga Bermuda sebenarnya banyak yang telah disensasikan seolah-olah tiada sebuah kapal pun yang melalui di kawasan itu. Namun hakikatnya kawasan itu juga sebenarnya adalah antara laluan utama kapalkapal laut dan udara. Kes-kes aneh bukanlah terjadi setiap kali terdapat kapal melalui kawasan berkenaan. Maka tidak hairanlah jika terdapat tokok tambah cerita yang memperlihatkan seolah-olah wilayah itu sangat misteri dan ditakuti. Samalah terus mengkaji untuk mengetahui kebenaran sebenarnya berkenaan Misteri Segitiga Bermuda ini.. Wallahualam.

MISTERI SEGITIGA BERMUDA (VOLUME 2)

KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya yang kononnya berjaya menemui benua Amerika pada tahun 1492 tiba-tiba sahaja bertukar menjadi mimpi
28 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan. Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas dalam kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik. Peristiwa aneh tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut yang tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan. Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu sahaja. Pengalaman aneh itu dicatatkan oleh Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru dunia tersebut. Dalam meneliti kawasan tanah daratan Amerika yang baru dijumpai mereka, Columbus dan anak kapalnya mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah seperti bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu. Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasannya yang terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun. Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali Segitiga Bermuda itu. Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan! Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada tahun 1880. Diceritakan sebaik sahaja kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya. Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya menelan kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan. Selain kapal laut, pesawat terbang yang terbang di ruang udara Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

29 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Gambar Sekadar Hiasan

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada tahun 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang sedang membuat rondaan telah melintas di wilayah laut itu lalu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang. Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami gangguan sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS. Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan. Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu. Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan. Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak dapat menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat terbabit.

30 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada tahun 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa. Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii. Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa. Sejak itu, cerita mengenai UFO yang menculik C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap. Sehingga kini, kes yang membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan dengan normal sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka. Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetikgraviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa. Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

31 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu. Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini. P/S: Cerita berkaitan Segitiga Bermuda sebenarnya banyak yang telah disensasikan seolah-olah tiada sebuah kapal pun yang melalui di kawasan itu. Namun hakikatnya kawasan itu juga sebenarnya adalah antara laluan utama kapalkapal laut dan udara. Kes-kes aneh bukanlah terjadi setiap kali terdapat kapal melalui kawasan berkenaan. Maka tidak hairanlah jika terdapat tokok tambah cerita yang memperlihatkan seolah-olah wilayah itu sangat misteri dan ditakuti. Samalah terus mengkaji untuk mengetahui kebenaran sebenarnya berkenaan Misteri Segitiga Bermuda ini.. Wallahualam.

32 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

MISTERI IKAN DUYONG(VOLUME 1)

Pada Tahun 1493, Christopher Columbus telah belayar mendekati Pulau Haiti di kepulauan Hawai, beserta para awak kapalnya dan kemudiannya telah melihat tiga makhluk aneh yang muncul di permukaan laut luas berdekatan sebuah gugusan karang. Mereka amat kehairanan tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk tersebut kerana separuh tubuhnya adalah seperti manusia dan separuh lagi adalah seperti tubuh seekor ikan. Berlainan sekali dengan makhluk yang pernah mereka jumpai di muka bumi ini. Ketika mereka sedang mencari jawapan daripada rasa kehairanan itu tiba-tiba ketiga-tiga makhluk tersebut menghilang ke dalam lautan luas dan meninggalkan para awak kapal yang kebingungan. Pengalaman aneh itu terus membayangi fikiran Columbus sepanjang hidupnya dan telah menjadi perbincangan hangat di mana-mana tempat mereka berkumpul. Malah dalam satu terbitan jurnalnya, pelaut Sepanyol itu (kelahiran Itali) telah menukilkan dalam catatannya bahawa makhluk itu wajahnya benar-benar menyerupai manusia tetapi bermula dari pinggang ke bawah makhluk itu adalah seperti ikan. Nota Columbus itu telah mengundang pelbagai pertanyaan kepada para pembaca. Seterusnya menimbulkan polemik dan perdebatan serius daripada para saintis dan orang awam sehinggakan ia berlarutan selama ratusan tahun.
33 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

"Masakan wujud manusia yang mampu hidup dan tinggal di dalam lautan padahal untuk hidup dalam air makhluk hidup tersebut harus mempunyai insang?" Fikir para penyelidik yang setengah percaya setengah tidak tatkala membaca catatan Columbus berhubungan dengan fenomena misteri itu. Tulisan berkaitan makhluk misteri tersebut yang ditulis oleh penemu benua Amerika itu hingga ke saat ini terus berkembang. Bahkan selain Columbus, kononnya terdapat juga seorang pelaut Inggeris bernama Henry Hudson yang mengakui pernah bertemu dengan mahkluk aneh sepertimana yang telah ditemui oleh Columbus. Ia mengakui penemuannya dengan makhluk misteri itu adalah pada tahun 1608. Makhluk aneh tersebut telah dijumpai di sebuah gugusan pulau yang sebahagian daratannya sedang diliputi salji. Kisah perjalanannya mengharungi "tujuh samudera" yang di antaranya ke kawasan gugusan pulau-pulau di Siberia, Kutub Utara yang masih lagi asing daripada kesan jejak manusia. Ditulis di dalam buku "The Adventures" ia menceritakan ketika waktu siang, beliau dan para awak di dalam kapalnya sedang belayar di lautan Utara Russia. Lalu dengan tiba-tiba melalui teropong seorang pelaut telah terlihat sekujur susuk tubuh yang mencurigakan berada di pinggir pantai sebuah gugusan karang yang sedang diseliputi salji. Digambarkan bentuk makhluk itu pada bahagian atas jasadnya adalah seperti manusia. Lekuk tubuhnya sangat jelas, memiliki rambut panjang terjurai dibalik bahu yang putih. Bahagian tubuh bawahnya yang ada di permukaan pasir pantai pula menyerupai seekor ikan. Setelah makhluk tersebut mendapati terdapat kapal yang sedang mendekati mereka, kawanan makhluk itu pun dengan pantas terus menghilangkan diri di dalam kedinginan laut utara Russia. Pelbagai teori dan analisa daripada pelbagai belahan bumi telah dikaitkan dengan misteri kewujudan ikan duyung. Namun setelah sekian lama, bukti demi bukti pun mulai tersingkap, sama ada yang berupa mumia, gambar di dinding kuil, bangunan kuno, mahupun bukti berupa patung-patung purba. Kisah manusia ikan ini nyaris sahaja menjadi seperti kisah UFO atau makhluk purba yang lain seperti, Lochness, ular naga, dan big foot yang telah berkembang tanpa tiada jalan penamat dan terus menjadi bahan berita berdasarkan penemuan dan bukti bukti di tapak penemuan ditambah pula dengan pelbagai bentuk ujian dan kajian yang dilakukan. Maka ada sesetengah para saintis telah menyimpulkan yang pada dasarnya mereka bersepakat bahawa makhluk aneh tersebut merupakan salah satu daripada spesis makhluk hidup yang pernah wujud di muka bumi ini yang mungkin telahpun pupus pada masa sekarang. Hingga kini, kemajuan sains dan teknologi marin di dunia pada dasarnya masih lagi belum mampu untuk mengungkap lebih jauh data-data yang berkaitan dengan kehidupan makhluk air misteri ini. Dengan peralatan dan teknologi canggih yang ada sekarang, para saintis kononnya baru sahaja mampu untuk menyelam hingga ke kedalaman sekitar 4.000 meter sahaja. Para saintis berkata, 70 peratus isi bumi ini
34 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

adalah air lautan yang sedang dihuni oleh dua trilion spesis biota laut yang kehidupannya masih lagi belum mampu untuk disingkap. Namun apa yang sudah diinvestigasi oleh para pengkaji saat ini hanyalah tidak lebih daripada angka satu peratus sahaja. Di dalam catatan dokumentari antarabangsa lain yang telah dihasilkan oleh seorang veteran Perang Dunia II dan ahli ilmu pengetahuan alam yang berbangsa Yunani bernama Pulini, dalam karya abadinya yang berjudul (terjemahan) "History of Universe" (Sejarah Alam) dikatakan bahawa berdasarkan bukti dan data yang ada sekarang yang diperolehi dari seluruh belahan bumi berkemungkinan kewujudan makhluk setengah ikan tersebut tidak perlu lagi diragui. Ia bahkan mengandaikan dengan pasti bahawa makhluk air yang misteri itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan lagenda benua kota Atlantis yang telah hilang. Seorang pengkaji lain yang bernama Doktor Yelimiya iaitu seorang saintis dari Rusia juga menceritakan bahawa sekumpulan pelajarannya yang terdiri daripada para pengkaji biota laut juga telah menemui suatu makhluk yang aneh. Mereka menceritakan bahawa telah menemui sesusuk tubuh mumia makhluk misteri di sebuah gua pesisir Pantai Laut Hitam yang merupakan sebahagian dari wilayah Rusia Selatan. Khabar penemuan ini telah disebarkan di dalam sebuah jurnal ilmiah. Mereka mendedahkan susuk tubuh makhluk yang ditemui tersebut berbeza daripada penemuan-penemuan mereka sebelumnya di daerah lain. Makhluk aneh ini tampak benar-benar seperti seorang wanita dan berkulit hitam. Fizikal mumia ini bermula dari ekor hingga ke pinggangnya adalah bersisik seperti ikan dan bentuknya juga adalah sepertimana seekor ikan, sementara dari bahagian tengah tubuhnya dan ke atas pula menyerupai tubuh manusia wanita dengan panjang keseluruhannya 173cm. Daripada ujian carbon yang dilakukan, para ilmuan meyakini usia makhluk tersebut ketika meninggal dunia adalah berusia lebih daripada 100 tahun dan usia mumianya mungkin berumur sekitar 4.000 tahun. Di Indonesia, terdapat sejenis ikan duyung yang bentuknya seperti ikan lumbalumba. Hidup berkelompok di perairan Timur Indonesia dari Pulau Bali hingga ke NTT dan Kepulauan Maluku. Ikan ini sangat jinak dan termasuk haiwan yang akan menyusu anaknya dan berada dalam golongan mamalia laut kerana menyusui anaknya yang sepertimana sifat ikan paus yang juga berada dalam kategori haiwan mamalia laut. Uniknya binatang ini adalah apabila tubuhnya terkena tiupan udara maka dari bahagian kelopak matanya akan mengeluarkan air seperti air mata. Air inilah yang mungkinnya sering kali dikatakan dengan nama panggilan air mata duyung untuk diproses menjadi minyak duyung yang mengandungi khasiat dalam perubatan dan kononnya juga dalam ilmu pengasih. Apabila melihat kepada data yang diberikan di atas, makhluk purba yang bernama ikan duyung yang berupa jasad separuh ikan dan manusia ini mungkin sememangnya pernah wujud dan dipercayai pernah hidup di muka bumi. Berbeza dengan kewujudan ular naga atau makhluk-makhluk misteri lain kerana bukti-bukti
35 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

fosilnya hingga sekarang masih lagi belum berjaya ditemui. Sementara penyebaran maklumat mengenai kewujudan makhluk "ikan duyung" dan naga di dunia sudahpun bertambah luas. Namun apakah ikan yang separuh tubuhnya seperti manusia cantik ini masih lagi wujud dan hidup bebas di lautan pada masa sekarang? Tentu sahaja masih perlukan banyak masa lagi untuk dibuktikan.

MISTERI IKAN DUYONG (VOLUME 2)

KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas. Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan. Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu: "Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..." Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan. "Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu. Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?

36 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng. Mitos sebelum itu menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan. Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan. Selain Columbus, seorang lagi pelayar, Henry Hudson mendakwa turut terserempak dengan ikan duyung pada 1608 ketika dia dan dua rakannya sedang belayar di lautan di utara Russia. Lelaki itu menggambarkan ikan duyung yang ditemui mereka memiliki bahagian atas jasad seperti manusia, berambut panjang tetapi bahagian jasad bawahnya adalah ekor ikan. Daripada dakwaan terserempak dengan makhluk aneh itu, misteri membabitkan ikan duyung semakin membingungkan apabila ada pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambarnya malah menangkap jasad makhluk itu. Semakan menerusi internet mendapati ada pihak daripada merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan. Selain gambar, terdapat juga 'jasad' kononnya ikan duyung yang dipertontonkan dalam pameran tertentu tidak saja di Malaysia tapi di pelbagai negara lain. Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun. Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu. Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan. Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui. Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang
37 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus. Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia? Kalangan skeptikal menolak kewujudan ikan duyung sebagai satu spesies misteri yang belum ditemui sebaliknya mereka berhujah bahawa gambaran rupa dan jasad ikan duyung seperti diceritakan pihak tertentu sebenarnya disalah tafsirkan. Mereka percaya bahawa pihak yang mendakwa menemui ikan duyung termasuk Columbus sebenarnya terlihat sejenis spesies hidupan laut yang digelar 'dugong'. Ini berikutan dugung memiliki rupa yang agak menyerupai manusia malah turut menyusukan anaknya. Malah, seorang penyelidik, Frank Buckland, pernah menjalankan kajian terhadap satu jasad makhluk kononnya ikan duyung yang dipamerkan sekitar abad ke-19. Bagaimanapun, beliau mendapati bahagian atas jasad berkenaan iaitu tengkorak, rangka dan lengan sebenarnya milik seekor monyet dan bahagian itu dicantumkan dengan bahagian tulang ekor ikan yang besar. Sehingga kini, misteri kewujudan ikan duyung masih diperdebatkan. Pihak skeptikal terus menafikannya manakala setengah pihak lagi percaya ia adalah spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui. Mungkin pada suatu hari nanti, kemajuan sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka keseluruhan lautan, maka tidak mustahil yang jawapan kepada misteri ini akan diperoleh.

38 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

TENGGELAM & TUMBUHNYA KEMBALI KEHIDUPAN DI BUMI

Tiada penjelasan kukuh dalam menerangkan usia bumi yang sebenar. Bumi mungkin sudah berusia jutaan tahun atau mungkin sahaja bilion tahun. Namun tempoh masa antara manusia pertama, Adam hingga Nuh tidak juga dapat dipastikan tempoh masa yang diambil. Berdasarkan Biblical Arkeologi, tempoh tahun antara Adam hingga Nuh dikatakan bermula 5000 SM (Sebelum Masihi) hingga 3005 SM, juga namun terdapat banyak versi Biblical dalam menjelaskan perkiraan tarikh yang sebenar. Berpandukan Biblical Arkeologi juga dianggarkan tempoh masa yang diambil adalah kira-kira 1000 tahun lebih. Pun begitu, tempoh masa masih tidak dapat dipastikan dengan jelas. Menurut fakta geologi, usia batu yang paling tua di bumi ialah berusia kira-kira 3.9 bilion tahun manakala batu mineral (contoh: dari kelompok natrium) tertua pula dianggarkan berusia kira-kira 4.2 bilion tahun. Usia bumi ketika tanpa manusia sehingga Adam diturunkan ke dunia pula tidak dapat dipastikan.

39 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Abad Ke-20 Selepas Adam Maka, jarak antara tempoh Adam hingga Nuh kita simpulkan dengan perkiraan mudah iaitu mengambil masa kira-kira 1995 tahun. Jarak masa antara Adam hingga Nuh, 1995 tahun atau bersamaan kira-kira 20 abad. Jika dilihat dari satu sisi lain, jarak masa antara permulaan tahun Masihi hingga tahun 1995 Masihi menyaksikan pertumbuhan tamadun manusia menjadi semakin canggih dari segi pencapaian teknologi, itu tidak termasuk masalah moral. Pada tahun 1995 Masihi, internet sudah mula digunakan secara meluas di Amerika dan Eropah. Sistem perhubungan radio pula semakin berkembang dalam rentak pantas, manakala hiburan televisyen dan budaya popular serta budaya jalanan dan juga hedonism pula semakin galak bertumbuh. Kesimpulan minor di sini ialah, perjalanan sejarah manusia selama 20 abad Masihi telah menyaksikan pertumbuhan tamadun yang sangat maju. Premis. Manusia Dan Naluri Ingin Maju Adam diciptakan dengan dibekalkan akal yang sempurna oleh Allah. Akal yang dibekalkan itu pula disusuli dengan diberikan pengetahuan, manakala pengetahuan itu pula adalah pengetahuan tulen dari syurga. Adam menerima ilmu daripada Allah. Maka, Adam adalah manusia bijak dan tidak bodoh. Setuju? Selepas Adam diturunkan ke dunia, manusia pertama itu kemudian membina kehidupan fana untuk terus maju dan terus hidup sepanjang hayatnya. Mudahnya, manusia berakal (apatah lagi pengetahuan Adam dibekalkan oleh Penciptanya) sudah pasti Adam gigih membina peradaban atau tamadun. Dengan itu, tamadun asas yang dibina Adam sudah pasti mengalami perkembangan dan kemajuan secara berperingkat-peringkat apabila keturunannya mula mengisi populasi bumi ketika itu. Dalam tempoh 1000 tahun pula, tamadun itu terus berkembang maju dengan menyaksikan kemampuan manusia mencipta pelbagai teknologi asas atau pramoden (belum sampai peringkat moden) bagi meneruskan kelangsungan hidup. Teknologi asas seperti pertanian, penternakan dan pengairan mungkin sahaja menjadi sentuhan penting dalam membina tamadun. Aspek-aspek teknologi itu juga adalah asas dalam pembinaan sesuatu tamadun yang bersistem. Kemampuan akal manusia dalam melakukan inovasi terhadap teknologi asas pula terus berlangsung bagi menjadikan sesuatu teknologi itu semakin memudahkan
40 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

kerja harian manusia. Sistem pengairan asas dimajukan dengan sistem perparitan, paip, pembentungan dan sebagainya yang semakin canggih mengikut peredaran masa dan zaman. Pertanian yang dimajukan secara bersistem mengikut jenis tanaman pula terus berkembang dengan teknologi yang lebih memudahkan. Segala jenis teknologi pada ketika itu pula mengalami inovasi secara berperingkatperingkat, sesuai dengan kemampuan akal manusia dalam merekacipta sesuatu peralatan bagi memudahkan kerja harian. Tempoh 1000 tahun berikutnya pula tidak mustahil menyaksikan perkembangan teknologi yang menghampiri kemuncak, ia juga tidak mustahil memperlihatkan kemampuan manusia mencipta lebih banyak teknologi canggih menggunakan segala sumber yang ada di muka bumi. Kemajuan itu pula mencakupi penerokaan bidang-bidang baru, juga sesuai dengan kemampuan akal manusia dan kemampuan manusia membina tamadun. Ia tidak berlaku sekelip mata, ia berlaku secara berperingkat. Ia termasuk kemampuan manusia sebelum Banjir Besar sudah bijak menggunakan teknologi nuklear.

Sisa reaktor nuklear berusia 2 bilion tahun Pada 1970-an (tahun Masihi), sekumpulan pengkaji menemui sebuah reaktor nuklear di Afrika. Reaktor itu dipercayai berusia 2 bilion tahun dan mengandungi sisa uranium fisil dan uranium karbon yang lazim digunakan sebagai penjana elektrik serta senjata perang seperti yang lazim digunakan pada hari ini. Ujian karbon digunakan dalam menentukan usia reaktor itu, peratus ketepatannya ialah 97.99 peratus atau hampir tepat. Dengan penemuan itu, kita wajar berfikir sekali lagi iaitu pada lingkungan kurun Sebelum Masihi bilakah Adam mula hidup di bumi? Adakah sekitar 5000 SM seperti dalam Biblical Arkeologi atau lebih awal daripada itu seperti bukti-bukti penemuan terkini? Itu semua kurang penting, paling penting di sini ialah fakta penemuan semasa bahawa manusia pada 2 bilion tahun lalu sudah mampu dan tahu
41 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

menggunakan teknologi nuklear. Belum cukup majukah manusia pada 2 bilion tahun lalu kerana sudah menggunakan teknologi nuklear? Belum cukup canggihkah manusia pada 2 bilion tahun lalu?

Bateri pra-sejarah berusia jutaan tahun Sisi relevan, pengkaji sejarah yang juga pakar kejuruteraan elektrik Christopher Dunn dalam bukunya Giza Power Plant: Technologies of The Ancients (1998) menjelaskan, piramid Giza mampu menghasilkan getaran melalui bongkah-bongkah kristal yang ditempatkan di dalam struktur piramid, ia dimanfaatkan bagi menjana kapasiti elektrik yang tidak terbatas. Great Pyramid possibly created a harmonic resonance with the Earth, allowing this crystal edifice to convert the Earth's vibrational energies into an unlimited supply of electricity.. Dunn, C (1998). Jika manusia (orang Mesir purba) yang kira-kira 1300 tahun selepas zaman Nuh sudah mampu mencipta penjana elektrik dengan memanfaatkan teknologi kejuruteraan elektrik piramid, apatah lagi kemampuan manusia yang mula membina tamadun sejak zaman Adam hingga Nuh dan mengambil masa kira-kira 1995 tahun? Dalam tempoh 1300 tahun selepas Banjir Besar, manusia (Mesir) sudah menemui elektrik. Dalam tempoh 20 abad sebelum Banjir Besar pula, tidak mustahilkah manusia mencapai pencapaian tamadun yang maju?

42 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Manusia yang mula berkembang sejak awal tahun permulaan Masihi sudah mencapai kemajuan tidak terhingga seperti kecanggihan yang ada pada hari ini. Memasuki abad ke-20 Masihi, pelbagai teknologi baru (baru atau diperbaharui?) mula mengisi tamadun manusia moden. Manusia (zaman Masihi) mampu berkembang moden dalam hanya mengambil masa selama 20 abad. Manakala tempoh anggaran (Sebelum Masihi) antara Adam hingga Nuh juga diandaikan mengambil masa selama 20 abad. Dalam tempoh 20 abad, tidak mustahilkah manusia (umat Nuh) sudah berada di puncak kecanggihan teknologi? Tidak mustahil kerana manusia dibekalkan naluri untuk maju. Manusia (era Masihi) mengambil masa 20 abad untuk mencapai pencapaian teknologi seperti yang ada pada masa kini. Dalam tempoh 20 abad juga, manusia mampu melakukan pelbagai perubahan teknologi dan pada masa yang sama nilai moral terhakis secara perlahan, sudah tidak mengenal Pencipta, perlahan-lahan lupa kepada Pemilik alam semesta, diri dikuasai nafsu sehingga hilang pertimbangan, seterusnya menjadi manusia derhaka yang menunggu kemurkaan Allah. Begitulah juga yang dilalui manusia sejak bermulanya Adam sehingga peristiwa Banjir Besar yang turut mengambil masa kira-kira 20 abad. Manusia sebelum Banjir Besar juga tidak mustahil sudah berada di kemuncak peradaban dan pencapaian teknologi. Tempoh 20 abad sudah cukup untuk manusia memajukan tamadun dan teknologi, tidak kira sama ada umat manusia sebelum banjir atau umat manusia selepas banjir, manusia mempunyai cukup masa untuk maju dalam tempoh 20 abad. Kemuncak Pencapaian Manusia Sebelum Banjir Besar Era Nabi Nuh as Seseorang manusia yang mampu membuat sampan yang tidak tenggelam semasa belayar adalah manusia yang mempunyai pengetahuan yang cukup. Walaupun hanya membina sampan kecil, ia tetap memerlukan pengetahuan dan kepakaran. Apatah lagi untuk membina sebuah kapal atau bahtera yang sangat besar. Nabi Nuh juga tidak mungkin dapat membina kapal besar tanpa pengetahuan dan kepakaran yang tinggi sehingga membolehkan bahtera itu berlayar untuk satu tempoh yang lama. Seseorang penternak tidak mungkin akan berjaya sekiranya tiada cukup pengetahuan untuk menjaga semua ternakannya supaya sihat dan terus membiak. Ia memerlukan pengetahuan. Nabi Nuh juga tidak mungkin akan mampu menguruskan semua haiwan di dalam bahtera semasa pelayaran sekiranya baginda tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai haiwan. Seseorang nakhoda atau kapten kapal juga tidak mungkin mampu belayar meredah lautan sekiranya tidak punya cukup pengetahuan pelayaran. Seseorang pakar pemakanan atau pakar kesihatan dan pakar perubatan juga tidak mungkin akan mampu memikirkan cara terbaik bagi memastikan kelangsungan spesies supaya terus sihat dan membiak meskipun dalam keadaan kekurangan sumber makanan.

43 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Semua pengetahuan itu sangat diperlukan dalam memastikan kelangsungan hidup. Pengetahuan dan kepakaran adalah survival kit yang mesti dimiliki untuk memastikan kelangsungan hidup sesuatu spesies. Spesies-spesies yang dibawa belayar itu akhirnya selamat mendarat sebaik sahaja banjir beransur surut. Semua itu tidak akan berhasil tanpa pengetahuan yang tinggi, pengetahuan adalah asas kelangsungan hidup. Ia juga memerlukan berkat dan keredhaan dari Maha Penyayang. Kemampuan Nuh memastikan semua penumpang bahtera (termasuk haiwan) berada dalam keadaan sihat dan selamat adalah sesuatu yang tidak mustahil. Nabi Nuh sudah pastinya seorang manusia yang sangat pakar dalam banyak cabang pengetahuan. Ia mencakupi kejuruteraan pelayaran, zoologi, perubatan dan maritim. Maka, dari mana pengetahuan itu diperolehi oleh Nuh. Antara jawapannya ialah, pengetahuan itu datang dari Maha Bijaksana dan disampaikan kepada Nuh melalui wahyu. Jawapan lain pula ialah, umat manusia ketika zaman Nuh sudah berada di tahap tamadun paling tinggi dengan pencapaian pengetahuan dan teknologi yang membanggakan. Dengan itu, Nuh juga manusia bijak dan berpengetahuan kerana baginda hidup dalam persekitaran tamadun yang sangat maju dan berteknologi canggih. Melalui pengetahuan itu juga, Nuh mampu membina bahtera yang sangat besar, menguruskan haiwan-haiwan semasa pelayaran, mengemudi bahtera serta memastikan semua penumpang berada dalam keadaan sihat dan selamat. Nuh hidup dalam persekitaran tamadun canggih. Ia canggih sebagaimana menyamai kecanggihan pada hari ini. Jika semua itu hanya andaian, bagaimana pula kita mahu menjelaskan mengenai penemuan peralatan berteknologi seperti bateri dan loji nuklear yang disahkan berusia billion tahun? Tidak canggihkah jika manusia pada berbilion tahun lalu sudah mampu menikmati elektrik, bateri dan nuklear?

44 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Kutub Reaktor nuklear mampu meningkatkan suhu persekitaran jika pelepasan sisanya tidak diuruskan dengan baik. Kita andaikan reaktor nuklear pra-sejarah itu wujud dalam period yang hampir dengan zaman Nuh. Maka apabila suhu bumi mula meningkat, ia akhirnya mengakibatkan kemarau di beberapa kawasan. Udara panas hasil pemanasan reaktor nuklear pula akan bergerak sekitar bumi dan memanaskan kawasan-kawasan lain termasuk Kutub Utara dan Kutub Selatan. Seterusnya mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub yang akhirnya mengakibatkan paras laut semakin meningkat. Kemudian melimpah, lalu banjir. Para pengkaji Artik dan Antartik (2004) berpendapat, bongkah ais di kedua-dua kutub bumi pernah mencair sepenuhnya pada tempoh kira-kira 5.5 bilion hingga 55 juta tahun SM lalu. Satu tempoh yang cukup lama. Hal itu juga dilaporkan dalam Nature Magazine terbitan tahun 2004M. Kumpulan pengkaji itu juga mengkaji sejarah pembekuan, pencairan dan pembekuan semula kutub-kutub bumi. Kumpulan pengkaji itu juga mendapati, pencairan kutub itu berpunca daripada perubahan suhu yang meningkat secara luar biasa dan bukan disebabkan faktor alam semulajadi semata-mata. Ia bermaksud, ada punca lain yang selain daripada faktor proses alam. Ia berkaitan kehendak Maha Berkehendaki dan perbuatan manusia zaman silam. Penemuan para pengkaji itu sesuai dipadankan dengan reaktor nuklear pra-sejarah yang juga berusia kira-kira 2 bilion tahun lalu. Tempoh 2 bilion tahun lalu itu berada dalam lingkungan tempoh pencairan kutub antara 5.5 bilion tahun hingga 55 juta
45 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

tahun. Maka, salah satu punca Banjir Besar juga bolehlah dikatakan berpunca daripada suhu loji nuklear pada zaman Nuh. Suhu bumi yang panas sehingga menyebabkan kemarau panjang sudah tentulah menjadikan pembinaan bahtera besar oleh Nabi Nuh tidak boleh diterima oleh akal umatnya. Umat Nuh mungkin sekali berfikir bahawa satu perbuatan yang sia-sia untuk membina kapal besar ketika cuaca kering dan kemarau kerana mustahil untuk banjir. Namun, banjir itu berlaku disebabkan kehendak dan kekuasaan Allah. Tambahan pula, bahtera Nabi Nuh dibina menggunakan kayu-kayuan dan bukan daripada besi serta tidak mengikut spesifikasi kecanggihan teknologi ada ketika itu. Lalu, Nuh diperlekehkan oleh kaumnya kerana membina kapal tradisional. Bahtera Nabi Nuh juga mungkin sekali kapal laut terbesar yang pernah dibina pada zaman itu serta tidak karam meskipun dilambung semua gelombang besar setinggi beratus-ratus kaki. Kapal Nuh adalah jauh lebih besar daripada semua kapal yang wujud di seluruh dunia pada ketika itu. Kapal Nuh yang dibina mengikut spesifikasi tradisional itu juga mungkin lebih sempurna daripada semua kapal berteknologi tinggi pada ketika itu. Kapal Nuh lebih besar, lebih teguh dan lebih sempurna meskipun tradisional dan dibina dalam tempoh singkat.

Tiada kapal yang selamat jika dibadai sebegini ketika berlayar Mungkin juga ada manusia kufur di luar kawasan tempat tinggal Nuh yang cuba menyelamatkan diri dengan kapal-kapal kecil mereka, namun kapal-kapal mereka (lebih kecil dari bahtera Nuh) tidak mampu menahan gelombang besar dan angin kencang ketika banjir, lalu karam dan dibinasakan sebagai balasan kekufuran. Ada juga yang menyelamatkan diri dengan pesawat terbang, namun terhempas dibadai angin kencang ketika mencari tempat mendarat, sesungguhnya tiada tempat mendarat kerana semua tenggelam disebabkan banjir.

46 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Selepas Banjir Besar Era Nabi Nuh as Sesudah banjir, apa lagi yang tinggal? Tamadun canggih habis ditelan bumi, yang tinggal cuma kemusnahan!

Banjir Besar dalam tempoh yang lama akan menghakis gunung ganang apabila ombak membadai tebing-tebing tepian gunung semasa angin menghembus permukaan air. Tanah-tanih gunung pula akan menjadi lebih lembut apabila air menyerap masuk ke liang-liang tanah dan seterusnya runtuh sedikit demi sedikit. Runtuhan itu pula perlahan-lahan menimbuskan dasar-dasar (penempatan tamadun) lalu tertimbus dan hilang. Tempoh banjir yang lama menjadikan lebih banyak tanah runtuh menimbusi penempatan-penempatan tamadun yang tenggelam sehingga beratus-ratus kaki. Sesudah banjir surut, penempatan tamadun yang dahulunya megah telah tertimbus beratus-ratus kaki di bawah tanah. Lalu, menjadi kota yang hilang. Ada juga kotakota yang terus tenggelam di dasar lautan, juga hilang dari pandangan. Bumi pula sesudah banjir menjadi padang jarak, kosong. Tamadun perlu dibina semula berbekalkan pengetahuan. Anak-anak Nuh dan pengikut-pengikutnya dari kalangan golongan miskin dan tidak berpelajaran tinggi kemudian mendarat di kawasan-kawasan masing-masing. Ada yang mendarat di Eropah, ada juga di Afrika, Asia dan Timur Tengah. Lalu menjadi suku-suku bangsa pasca-banjir, membiak dan membina tamadun masing-masing.

47 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Pengikut Nuh bukanlah dari kalangan golongan kaya dan bukan juga dari kalangan berpelajaran tinggi. Pengetahuan yang mereka miliki hanya sekadar ilmu asas untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pun begitu, mereka menjejakkan kaki ke tanah semula sesudah banjir untuk terus hidup dan membina komuniti. Akidah tauhid terus menjadi pegangan pengikut-pengikut dan anak-anak Nabi Nuh. Namun, lama-kelamaan akidah itu perlahan-lahan dirosakkan oleh bisikan dan godaan syaitan, lalu sesat semula. Maka, timbullah ajaran politeism dan paganism yang menyembah berhala serta patung-patung tidak bernyawa. Kisah-kisah kejayaan tamadun sebelum banjir seperti pesawat terbang sebagaimana suatu ketika terus bertukar menjadi dewadewi terbang di langit akibat diputar belit oleh bisikan syaitan. Manusia generasi seterusnya kembali sesat ketika sedang cuba membina semula tamadun yang hebat, ia berlaku selepas manusia mula lupa terhadap keghairahan kenikmatan dunia. Kesimpulan Tempoh 20 abad sudah cukup untuk mengubah manusia dalam membina tamadunnya. Jarak masa antara Adam hingga Nuh yang mengambil masa 20 abad juga tidak dapat lari daripada pencapaian tamadun yang canggih. Kehidupan manusia selama 20 abad sepanjang Masihi (zaman kita) sudah membuktikannya. Maka, tidak mustahil umat manusia ketika zaman Nuh juga sudah menikmati kecanggihan yang sama dengan kita pada hari ini. Manusia semakin disesatkan pada setiap detik, kemurkaan Allah pula sedang menanti di setiap sudut apabila Dia berkehendakkan azab ke atas manusia. Tidak mustahil semua itu akan berulang dan dunia juga semakin meningkat suhu. Dunia terus berputar..berpusing mengikut pusingan dan giliran. Kita pula sedang berada dalam kecanggihan, kekalkah semua ini? Maksud Surah [1 ] Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya. [2 ] dia (Nuh) pun (menyeru mereka dengan) berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata; [3 ] Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;

48 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

[4 ] Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman). [5 ] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); [6 ] Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). [7 ] Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. [8 ] Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang; [9 ] Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan. [10 ] Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. [11 ] (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; [12 ] Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [13 ] Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), [14 ] Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? [15 ] Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, [16 ] Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),

49 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

[17 ] Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna, [18 ] Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya? [19 ] Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, [20 ] Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya. [21 ] Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak). [22 ] Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku). [23 ] Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa, dan Yaghuth, dan Yauuq, serta Nasr. [24 ] Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua. [25 ] Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). [26 ] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! [27 ] Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar. [28 ] Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!(Quran, Surah Nuh) Ya Allah, ampunilah Kami
50 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

MISTERI KEWUJUDAN JOHN TITOR SI PENGEMBARA ZAMAN BERSAMA MESIN MASANYA


Ini adalah sebuah cerita bohong berkaitan manusia yang bernama John Titor bersama mesin masanya yang mampu mengembara merentasi masa dan zaman untuk tujuan tertentu di bawah kawalan pihak berkuasa ketenteraan Amerika Syarikat. Sebuah kisah fitnah akhir zaman untuk memusnahkan nilai keagamaan. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda akan datang suatu masa manusia akan didengarkan perkara yang tidak pernah didengari sebelumnya.

Alkisah John Titor Dan Mesin Masanya

Beberapa tahun lalu, muncul sebuah topik tentang seseorang yang mengaku sebagai pemgembara masa telah menggoncang forum internet. Ia menggelarkan dirinya sebagai John Titor iaitu seorang Tentera AS pada tahun 2036, yang membawa misi khusus melintasi masa untuk ke zaman 1975 Demi mengambil dan menyelamatkan komputer portable pertama di dunia IBM 5100. Mendengarnya seolah-olah kisah fiksyen sains, namun John Titor akhirnya menjadi perdebatan paling spektakular dan kontroversi sejak tahun 2001 hinggalah sekarang! Ia menjadi lagenda di dunia maya, kerana informasi yang diberitahunya mengenai masa depan (Abad 21) sebahagiannya telahpun dibuktikan benar terjadi. Dan ketika pada awal 2001, John Titor kembali ke zamannya iaitu era 2036. Informasi yang dibawa oleh John Titor itulah yang sangat menggemparkan dunia maya kerana telahpun satu persatu berseiringan dengan perjalanan masa, apa yang diperkatakan olehnya mulai terlihat kebenarannya. Ia juga memuat baik skema
51 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

mesin waktu yang digunakannya untuk memberitahu tugasnya dan menyebarkan formula ilmiah mesin tersebut di forum internet. Siapakah John Titor? Beliau mendakwa bahawa telah lahir pada tahun 1998 di Florida, AS dan beliau juga mendawa bahawa telahpun berjaya menjalankan misinya untuk kembali ke tahun 1975 demi mengambil PC IBM 5100 dikeranakan PC itu memiliki program bahasa unix yang tidak pernah lagi digunakan pada komputer generasi sesudahnya. Menurut John, semua sistem unix akan menghadapi time errorpada tahun 2036 dan disebabkan itu IBM 5100 itu sangat penting bagi mereka. Ketika perdebatan hangat itu sedang terjadi tentang kebenaran kewujudan pengembara masa, pernyataan John Titor kemudian diakui kebenarannya oleh pihak IBM. Mereka kagum kerana ketika PC IBM 5100 sedang dicipta pada tahun 1975, hanya 5 orang sahaja yang berkemampuan untuk memecahkan bahasa unix pada komputer itu. Maka dari manakah John dapat mengetahui rahsia itu? John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang aneh walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!

52 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Keratan Rentas Reka Bentuk Mesin Masa John Titor Walaupun misinya adalah ke tahun 1975 namun John Titor singgah sebentar ke tahun 2000 iaitu pada 2 November 2000 hingga ke 24 March 2001 untuk urusan peribadinya iaitu melawat ahli keluarganya untuk beberapa bulan. Setelah itu beliau kembali semula ke tahun 2036 dengan meninggalkan sejumlah maklumat penting tentang masa depan! Di antara maklumat-maklumat yang telah diberitahu oleh John Titor di dalam forum internet yang dikunjungilah adalah: 1. John Titor memberitahu bahawa prinsip asas mesin masa itu telah diusulkan oleh CERN iaitu sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklear dalam 20 negara Eropah yang berpusat di Geneva, Swiss. Menurut John pada tahun pertama kerja pembinaan mesin masa adalah bersifat seperti black hole mini yang menyedut partikel fizik (jasad/objek) ke suatu masa atau zaman yang telah ditetapkan. Faktanya: Pada tahun 2001, CERN telah menghebahkan eksperimen spektakular Large Hadron Collider (LHC) dan Relativistic Heavy Ion Collider (RHIC) iaitu dua buah mesin yang mampu memancarkan tenaga berkekuatan dahsyat, dan eksperimen anti objek yang telah menghasilkan sesuatu yang kelihatannya seperti black hole mini buatan yang mampu menyedut setiap objek di dalam jangkauannya. 2. John Titor mengatakan akan terjadinya sebuah peristiwa yang menggemparkan di AS pada tahun 2001 yang dikenali sebagai 9/11. Berkaitan dengan bencana di dua buah bangunan pencakar langit dan peristiwa itu telah menjadi dasar pengemuman perang terbuka terhadap pengganas di seluruh dunia oleh AS. Faktanya: Pada 11 September 2001, WTC di New York telah dihentam dengan dua buah kapal terbang komersial yang ditawan pengganas yang menyebabkan berlakunya tragedi yang paling berdarah dalam serangan pengganas di AS dan dunia. Sesuatu yang dihubung kaitkan dengan jaringan Al-Qaeda. Dan AS melancarkan serang balas terhadap segala bentuk keganasan dan jaringan yang berkaitan dengannya. 3. John Titor memberitahu akan terjadi sebuah lagi serangan ketenteraan AS ke atas Iraq dengan alasan terdapatnya senjata pemusnah massal di sana. Namun itu lebih merupakan tindakan politik kerana senjata pemusnah yang didakwa AS itu tidak pernah ditemui di Iraq. Faktanya: Ketenteraan AS dan pasukan multinasional tali barutnya telahpun melakukan serangan ke atas Iraq sekitar March 2003. 4. John Titor menginformasikan akan terjadinya suatu bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu nyawa pada akhir tahun 2004.

53 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Faktanya: Gempa bumi yang diikuti gelombang tsunami telah membadai beberapa kawasan Asia pada Desember 2004, dengan jumlah mangsa yang mencapai angka ratusan ribu nyawa di beberapa buah negara Asia dan yang terburuk adalah di wilayah Aceh Nias, Indonesia. 5. John Titor mendakwa pula bahawa akan terjadinya perlanggaran meteorit di atmosfera bumi daripada objek dari luar angkasa selama lebih daripada satu dekad di Bumi. Faktanya: NASA dan beberapa badan astronami pelbagai negara lainnya ada melaporkan tentang sebuah kejadian hujan meteor dan perlanggaran meteorit ke dalam atmosfera Bumi yang dimulakan dengan kehadiran komet yang melintasi bumi pada tahun 1998 yang telah memperlihatkan cakaran hujan meteor yang dijangka terus berlaku hinggalah ke tahun 2032. Dilaporkan juga terdapat ancaman perlanggaran dan hentaman asteroid kecil dengan atmosfera Bumi mulai tahun 2008 hingga ke tahun 2032 akibat lintasan perputaran orbit Bumi merentasi ke inti sabuk asteroid di sistem suria. 6. John Titor juga berkata tentang Alien dan UFO yang masih juga terus menjadi misteri pada zamannya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu didakwanya semakin boleh diterima akal akan kewujudannya. Beliau mendakwa alien juga barangkali adalah pengembara masa dari dimensi atau galaksi lain kerana beliau membuat andaian bahawa jika manusia mampu merentasi masa sepertimana dirinya maka adalah tidak mustahil terdapat makhluk lain yang lebih maju dan kehadapan teknologi dan ilmu sainsnya untuk berbuat sepertimana yang dilakukan manusia. 7. John Titor juga sempat untuk memberitahu tentang ramalan kalendar suku kaum Maya yang dijangkakan akan berlaku kiamat pada tahun 2012 sama ada ia adalah benar atau tidak. Akhirnya beliau menyifatkan bahawa sememangnya akan terdapat fenomena yang luar biasa dan unik serta aneh pada tahun 2012. Namun ia tidaklah terlalu menjejaskan manusia dan penghuni dunia lainnya dengan menekankan bahawa beliau sudahpun melalui peristiwa itu dan masih tetap hidup setidaknya untuk sampai ke tahun 2036! Menurutnya, fenomena yang bakal terjadi pada tahun 2012 itu merupakan puncak fenomena alam yang pada saat ini (tahun 2001) ia sudahpun mulai terjadi. Tahun 2012 bukanlah kiamat sepertimana yag digembar gemburkan, tetapi apa yang terjadi ketika itu akan menyebabkan berlakunya satu malapetaka besar dunia yang akan mengorbankan banyak makhluk hidup. Fenomena itu amatlah berkaitan dengan peristiwa iklim, aktiviti tektonik dan gunung berapi yang ditandai dengan gempagempa yang berskala besarnya, taufan, badai dan tsunami. Faktanya: Ketika ini (tahun 2009) telah banyak terjadinya gempa bumi, badai, hujan, banjir yang menelan banyak mangsa akibat berlakunya perubahan iklim dunia.
54 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

8. John Titor menyebutkan bahawa Perang Dunia III akan terjadi dengan hebat pada tahun 2015. Serangan senjata nuklearlah yang menjadi asbab utama terjadinya perang dunia ketiga itu yang menyebabkan Bumi mengalami kerosakan teruk seperti berlakunya pencemaran radioaktif hinggakan kehidupan pada masa depan adalah sangat membebankan dengan sumber makanan sihat yang sangat terbatas, stok air bersih yang minimum, dan cara jalani kehidupan yang amat susah akibat daripada kekurangan beberapa barangan asas. Ini hanyalah sebahagian daripada informasi yang dikhabarkan oleh John Titor. Dan telahpun terjadi beberapa maklumat ini dikemudian harinya setelah John Titor mengucapkan selamat tinggal untuk kembali ke tahun 2036 di forum internet. Masih terdapat banyak lagi informasi lain yang disampaikan John Titor. Walaupun ada yang mengesyaki bahawa ini mungkin sahaja hanyalah sebuah cerita hoax namun maklumat tentang masa hadapan yang telah disampaikan oleh John Titor telahpun disahkan benar-benar terjadi. Ditambah pula dengan kehadiran campur tangan agen rahsia pemerintah AS yang ingin memburu John Titor justeru itu telah membuatkan ramai orang mempercayai bahawa kewujudan John Titor adalah benar! Beberapa orang saksi yang mendakwa pernah bertemu dengan John Titor mengakui mereka diinterogasi oleh agen-agen rahsia AS. Keluarga John Titor juga dilaporkan telah bergegas untuk berpindah rumah sebelum badai besar melanda Florida pada tahun 2001. Mungkin mereka sudah diberitahu John Titor tentang akan terjadinya badai tersebut. Dan pada masa kini maklumat seluruh keluarga John Titor telahpun dirahsiakan!

Beginikah Rupa Mesin Masa John Titor??

55 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Mesin yang dikatakan mesin masa John Titor (dalam filem ke apa gambar ni diambil saya tak pasti) Perjalanan Waktu! Idea dan konsep penjelajahan masa ini mungkin sudah hampir setua kewujudan peradaban manusia. Di dalam kitab kuno Mahabharatha terdapat sebuah pernyataan tentang Raja Reivata yang melakukan perjalanan ke nirwana untuk bertemu dengan Brahma. Sekembalinya ke Bumi dia berasa sangat terkejut kerana telah melepasi pelbagai zaman sejak kepemergiannya untuk berjumpa dengan Brahma. Ditambah pula lagenda Urishima Taro dari Jepun yang berkisahkan tentang seorang nelayan yang telah menyelamatkan seekor kura-kura dan berkesempatan untuk berkunjung ke Istana Dewa Naga di bawah laut. Dia telah dijemput tinggal di istana itu untuk selama tiga hari, namun sekembalinya dia ke kampung halaman, dilihatnya nelayan kampung halamannya itu berada tiga ribu tahun ke hadapan. Apatah lagi dengan kisah misteri Segitiga Bermuda yang sangat aneh kerana dikatakan jika terdapat kapal laut atau kapal udara yang melalui kawasan itu, ia bakal ghaib tanpa dapat dikesan. Mengikuti sebuah teori berkemungkinan kapalkapal itu juga telah termasuk ke sebuah dimensi yang lain. Apa yang telah dinyatakan oleh John Titor berkaitan 'lubang masa' berkemungkinan ia adalah benar-benar wujud. Beliau ada menyentuh bicara berkenaan teori fizik
56 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

quantum yang kemudiannya diperdalamkan dan dipraktikkan pada zamannya dan telah memberikan sebuah sumbangan yang amat besar untuk mewujudkan mesin masa. John Titor juga menyatakan bahawa apa yang dilakukannya ketika kembali ke masa lalu tidak akan sesekali merubah masa depan pada zaman yang dihuninya. Menurutnya kehidupan pada tahun 2036 adalah berada pada suatu dimensi yang berbeza dengan dimensi yang kini sedang kita huni. P/S: Bagi saya, kewujudan dimensi lain itu lebih kepada kewujudan alam lain seperti alam ghaib jin yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Kerana di Malaysia juga terdapat kisah manusia yang telah memasuki alam bunian. Mengikuti daripada penceritaan insan yang telah termasuk ke alam bunian itu, beliau mendakwa hanya berada di sana selama beberapa jam atau hari, namun sekembalinya beliau ke rumahnya, ahli keluarga dan kenalannya telah mendakwa bahawa beliau sudah hilang selama beberapa minggu atau tahun. Berkenaan John Titor, saya langsung tidak mempercayainya melainkan ini hanyalah sebuah lagi perancangan rapi golongan elit untuk membawa sebuah lagi teori ramalan baharu berkaitan ramalan masa hadapan yang sebenarnya mereka telah rancang bertahun-tahun lamanya sebelum mereka melaksanakan projek "Pengembara Masa-John Titor". DIHARAPKAN KESEMUA PEMBACA TIDAK MEMPERCAYAI RENCANA BERKAITAN KEWUJUDAN JOHN TITOR INI. Setelah tahun berganti tahun telah membuktikan bahawasanya sememangnya terdapat manusia keji yang cuba membohongi manusia lain atas tujuan tertentu di bawah perancangan New World Order. Cukuplah sekadar membacanya untuk mengetahui bagaimana terdesaknya "mereka" itu untuk membohongi manusia terutamanya yang berpegang kukuh pada agama Islam. Allahuakhbar!!

57 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

MESIN MERENTAS MASA ADALAH MUSTAHIL!

Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak merentas masa. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa. KONSEP EINSTEIN DAN RELATIVITI MASA Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini. Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat. Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan. Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.

58 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Albert Einstein

John Wheeler

Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa. Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921. KEGHAIRAHAN DUNIA AKEDEMIK DALAM TEORI MERENTAS MASA Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat. Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut? Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.

59 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku. Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan BUKTI MESIN MERENTAS MASA TIDAK AKAN WUJUD 1) Bukti Pertama : Peringatan Rasulullah SAW Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future). Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW; Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati. Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan. Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa. Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga. 2) Bukti Kedua : Peringatan Allah SWT Dalam Al-Quran Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa; Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-Asr, 1-2) Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia. 3) Bukti Ketiga : Merentas Masa Menyalahi Konsep Taubat
60 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik. Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau. Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orangorang yang banyak mensucikan diri. (al-Baqarah, 222) Firman Allah lagi;
Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran. (an-Nur, 31)

Allah SWT telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya. ISU MERENTAS MASA DIKALANGAN PARA WALI Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan merentas masa, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu. Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi. Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah. Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti. PSIKIK TIDAK MERENTAS MASA Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.

61 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Allison Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa. PANDANGAN PARA WALI MELIHAT SEJARAH HIDUP SESEORANG Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam masa lampauyang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton. Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia. Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009. Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nicola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia. Sila klik link ini: http://www.facebook.com/notes/misteri-keajaiban-alam-fakefact/cara-asif-memindahkan-istana-balqis/212677545420996 KEFANATIKAN GOLONGAN FIZIK

62 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann. Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik. Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ. Firman Allah SWT; (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orangorang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran. (al-Buruj, 19) (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz." (al-Buruj, 22) Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.

Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya. ISU RUANG MASA DALAM BUKU MUHAMMAD ISA DAWUD Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.
63 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka. Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian. Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi. TINGGALKAN YANG SIA-SIA, KEJAR YANG TERSEDIA Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak. Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari. Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya. Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada dan qadar Allah. Wallahualam

64 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

KEPUPUSAN KAUM POMPEII

Ibarat Balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain. Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

65 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu. Pada 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah terkubur dibawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.

66 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.

67 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Sejarah Kota Pompeii


Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali. Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan. Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka. Selepas sekian lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu sepi selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta melenyapkan Pompeii dari sejarah beradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah- olah menjadi patung batu.

68 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

POMPEII DAN MISTERI-MISTERI DISEBALIKNYA


Barangkali subjek mengenai Pompeii banyak kali telah dibincangkan. Banyak kali juga dilihat isu Pompeii diutara dan dibahas dalam blog-blog serta forum-forum. Kemungkinan subjek mengenai Pompeii ada tarikan tersendiri. Mengikut para sejarahwan, Pompeii adalah antara bandar metropolitan yang maju daripada segi peradaban,senibina, budaya dan sosial di Itali. Akan tetapi, sangat mundur daripada segi moral dan agama.! Masyarakat Pompeii begitu terbuka dalam mengamalkan cara hidup. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma kehidupan masyarakat.

Pompeii

69 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Penulis sepertimana ramai yang lain begitu tertarik dengan apa yang terdapat di Pompeii. Pompeii maju, budaya sofitikated dan masyarakat yang fleksibel namun daripada segi agama, mereka runtuh.! Di sini adalah titik permulaan daya tarikan Pompeii pada kaca mata penulis. Pompeii musnah sama sekali pada 79AD. Malang bagi Pompeii, bandar metropolitan ini hilang daripada ingatan masyarakat dunia sejak daripada tarikh itu. Apa yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD? Peristiwa Pada 79AD? Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam. Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium. Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut. Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi bergitu mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.

Jasad anjing yang terawet oleh lava dalam keadaan sedang menahan kesakitan yang amat hebat

Penemuan Yang Mengejutkan Tiada apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuaan lain, ahli arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD. Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Lut as di Sodom dan Gomorroh
70 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam AlQuran.

Ukiran Fresko yang mengejutkan!

Menunggu untuk maut. posisi seperti orang yg sedang ketakutan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang

71 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

menghambat mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan. Dalam firman Allah swt: Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka, engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun daripada orang-orang yang telah dibinasakan itu.(Surah Maryam ayat 98) Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan ramai cendiakiawan agama terpaku seketika. Berginilah agaknya harga sebuah kemodenan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seksanya kematian insan ini.

Bergelimpangan mayat yang terawet didalam pelbgai posisi


72 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. SubhanaAllah. Pembaca lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan di atas. Cubalah nilai sendiri dengan iman para pembaca.

Kemungkinan Telah Diturunkan Seorang Rasul Di Pompeii Rasul ditugaskan Allah swt untuk memandu manusia ke jalan yang lurus untuk menyembah Allah yang Esa. Rasul diutuskan di setiap umat sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (Surah Yunus 10 : 47) Rasullulah saw adalah rasul terakhir iaitu penutup bagi segala rasul dan nabi. Rasullah saw adalah Rasul yang diutuskan Allah swt ke atas kaum Arab Quraisy dan seluruh umat manusia. Rasullulah saw adalah daripada suku kaum Arab Quraisy. Menurut Rasullulah saw, bilangan nabi sebelum diutuskan baginda adalah 124,000 orang dan bilangan rasul adalah 312 orang. Namun, bilangan yang wajib kita imani adalah sebanyak 25 orang sahaja. Utusan-Utusan Allah Di Setiap Tamadun Orang Yahudi pula membahagikan para nabi mereka kepada dua iaitu major prophet dan minor prophet. Daripada bangsa Israel, diutus oleh Allah swt berpuluh-puluh orang Rasul dan Nabi dek kerana kedegilan bangsa mereka sendiri. Direkodkan di dalam kitab suci mereka, kekadang, dalam satu-satu masa, terdapat dua hingga tiga orang Rasul diutuskan kepada bangsa mereka seperti Musa as, Harun as dan Yusak as, Lut as dan Ibrahim as, Ilyas as danIlyasa as dan Ezekiel as(Zulkifli as) dan Daniel as dan ramai lagi. Di India, dipercayai bahawa Krishna dan Buddha adalah rasul yang diutuskan Allah swt untuk membimbing manusia ke jalan yang lurus. Krishna dan Buddha tidak pernah menyuruh pengikut mereka menyembah mereka apatah lagi menyuruh pengikut mereka membina patung. Begitu juga di China, dipercayai bahawa Confusius(pengasas fahaman Confusius) dan Lao Tzu(pengasas fahaman Toisme) adalah salah seorang utusan Allah swt. Mereka adalah antara figura penting dalam masyarakat China. Fahaman mereka tersebar luas hingga ke Mongolia malah ke Jepun. Fahaman mereka mempunyai asas tauhid sepertimana agama-agama monotheism yang lain seperti Islam, Yahudi dan Kristian. Ini menambahkan keyakinan bahawa mereka berdua adalah utusan Allah swt untuk masyarakat tamadun China.
73 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Confusius

Di Yunani pula, Socrates adalah watak utama dalam menentang ajaran agama Pagan. Paganisme pada masa itu adalah kebal dan susah untuk dihapuskan. Socrates menentang penyembahan berhala dan mempersoalkan penyembahan serta korban kepada berhala Zeus, Artemis dan sebagainya. Socrates yang terkenal dengan sikap lantangnya akhirnya dipaksa meminum racun oleh para pembesar Yunani pada masa itu. Sebenarnya beliau mampu untuk melarikan diri, namun beliau berkeras menolaknya kerana tidak mahu dilihat penakut. Inilah ciri-ciri seorang Rasul. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat dipaksa meminum racun tersebut.

Socrates dikelilingi murid-muridnya

74 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Di Parsi telah lahir seorang bernama Zoroaster. Zoroaster adalah pengasas agama Zoroasterian ataupun lebih dikenali agama Majusi. Menurut Al-Tabari, Zoroaster adalah nama lain bagi Zaradusht bin Isfiman. Di Mesir purba, lahir seorang firaun yang menyeru pengikut mereka menyembah tuhan yang Esa. Firaun itu digelarAkhenaton. Firaun ini adalah bapa kepada Tutankhamun yang terkenal itu. Dipercayai, Akhenaton juga adalah seorang Rasul. Walaubagaimanapun, seruan beliau tidak berjaya kerana dikhianati oleh paderipaderi yang masih tegar dengan ajaran agama Pagan. Akhirnya, beliau dibunuh dan diganti dengan Tutankhamun yang masih muda belia.

Akhenaten

Rasul dan Nabi yang diperkatakan seperti di atas bukan satu yang baru. Malah perkara seperti ini sudah banyak didebatkan sejak zaman berzaman. Ini adalah berkait rapat dengan firman Allah swt yang bermaksud: Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; Maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil. [QS. Al-Mumin (40): 78]

75 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Siapakah Rasul Di Pompeii? Sekarang hanya tinggal tamadun Rom sahaja. Kebanyakkan semua tamadun seakan-akan mempunyai seorang Rasul. Namun, tamadun Rom seperti tiada seorang pun yang melihatkan ciri-ciri seorang Rasul. Berbalik kepada kisah Pompeii. Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam. Kelaziman yang berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh Allah swt untuk memberi peringatan. Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Lut as dan Kaumnya, Nabi Saleh as dan Kaumnya dan banyak lagi Rasul-rasul lain. Mustahil tiada seorang Rasul dihantar ke Pompeii untuk membetulkan akidah mereka yang jauh tersesat itu. Sangat-sangat mustahil.! Jika bukan daripada kaum mereka sendiri dilantik menjadi Rasul mesti terdapat Rasul daripada kaum lain yang dilantik menjadi wakil Allah swt ke sana. Ini pernah terjadi kepada Nabi Yunus as ke Ninaveh,Iraq yang mana Nabi Yunus as adalah seorang berbangsa Israel. Bergitu juga yang terjadi kepada Nabi Musa as yang diutuskan kepada Bangsa Mesir Purba. Inilah persoalan terhebat yang ingin dirungkaikan. Siapakah nabi atau utusan Allah swt ke Pompeii untuk memberi peringatan? Oleh kerana waktu terjadinya letupan Vesuvius adalah 79AD, amatlah mudah untuk mengatakan bahawa utusan Allah pada masa itu kemungkinan besar adalah para Hawari Nabi Isa as. Hawari Nabi Isa as adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Peter, James, Yohannes, Andreas, Philip, Bartholomew, Matius, Toma, James, Thaddeus Lebbaeus, Simon the Zeolot dan Yahuda. Walaubagaimanapun, ramai antara Hawari Nabi Isa telah wafat sebelum 79AD kerana dibunuh dan disalib oleh orang kafir laknatullah. Berikut adalah tarikh-tarikh para hawari wafat dan cara mereka wafat:

Peter (Simon Peter), disalib secara terbalik di Rom pada 64AD. James, anak lelaki Zebedee dipancung pada 44AD, paling awal meninggal dunia Yohannes (John), anak lelaki Zebedee, adik kepada James. Dipercayai meninggal dunia di Ephesus dalam 89AD hingga 120AD kerana sebab semulajadi. Beliau adalah hawari Nabi Isa as yang paling lama hidup. Andreas (Andrew), abang kepada Peter, disalib secara bentuk X di Petras,Greece. Tarikh beliau meninggal tidak dapat dikenalpasti. Philip, disalib pada 54AD di Hierapolis. Bartholomew (Nathaniel), dilapah hidup-hidup dan kemudian disalib. Dipercayai meninggal di Derbend dekat Caspian Sea pada usia 71tahun. Matius dibunuh di Ethiopia pada 60AD Toma dibunuh dengan lembing di Mylapore, Madras, India pada 72 AD.

76 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


James, son of Alphaeus, dibelasah hingga meninggal dengan menggunakan batu dan kemudian disalib. Thaddeus Lebbaeus(Jude),disalib kemungkinan samaada di Armenia, Syria and Persia dan dikebumikan di Kara Kalisa,Iran. Tarikh tidak diketahui. Simon the Zealot , disalib pada 74AD. Yahuda (Judas Iscariot), Judas adalah watak kontroversi dalam agama Islam dan Kristian. Islam mempercayai beliau digantikan dengan Nabi Isa as semasa disalib dan Kristian mempercayai bahawa beliau mengantungkan diri sendiri selepas mengkhianati Nabi Isa as.

Mengikut statistik tersebut, hanya seorang calon yang sesuai untuk dikaitkan dengan Pompeii. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Yohannes ataupun John. Yohannes dikenali sebagai hawari yang menyebarkan ajaran Isa as ke wilayah di sekitar Itali, Sepanyol dan Greece. Maka tidak mustahil bahawa beliau sempat singgah di Pompeii dan berdakwah ke sana. Yohannes dikatakan berdakwah hingga ke Colliseum. Beliau kemungkinan sempat ke Pompeii dan berdakwah ke sana. Namun, tidak dihiraukan, malah disingkirkan keluar daripada masyarakat mereka. Setelah itulah seksaan Allah tiba pada masyarakat Pompeii iaitu pada malam 79AD.! Waallahualam.

Bandar Mega Pompeii

77 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

MISTERI LAGENDA KOTA ATLANTIS [BAHAGIAN I]


Saintis masih lagi sedang mencari tempat tinggalan arkeologi bandar sains berdasarkan kepada cerita Plato.

gambaran pelukis

SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini: Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau Atlantis. Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)! Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras. Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini. Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan. Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang. Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun.

78 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

gambaran pelukis

Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas. Pusat pemancar tenaganya adalah bersumberkan daripada sebuah batu kristal, segala bentuk perubatan hanya diubati menggunakan batu kristal tersebut yang terletak ditengah2 k0ta Atlantis menggunakan kaedah telepati. Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan. Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga. Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

gambaran pelukis

79 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa. Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman. Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas. Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia. Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam Timaeus and Critias terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini. Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak paling berkuasa di muka Bumi! Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu! Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang? Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

wilayah yang dikatakan dalam pentadbiran kerajaan atlantis

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini. Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes
80 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia. Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi. Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara. Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh. Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais. Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar Semenanjung Emas, Gunung Emas dan Bukit Besi Putih. Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

struktur binaan buatan manusia yg dikatakan mungkin tembok atau sistem jalan raya dibawah lautan atlantis yg dikesan melalui google map yg dikatakan milik kerajaan atlantis

81 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

MISTERI LAGENDA KOTA ATLANTIS [BAHAGIAN II]


Mitos tentang Peradaban Atlantis pertama kali dicetuskan oleh seorang ahli falsafah Yunani kuno bernama Plato (427 347 SM) dalam buku Critias dan Timaeus. Dalam buku Timaeus Plato menceritakan bahawa dihadapan selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi lautan samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut, negara besar yang melampaui peradaban tinggi, lenyap dalam satu malam.

Gambaran Pelukis Dibahagian lain pada buku Critias adalah adik sepupu dari Critias mengisahkan tentang Atlantis. Critias adalah murid dari ahli filsafat Socrates, tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog. Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe iaitu moyang lelaki Critias, sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama Solon (639-559SM). Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7 mahabijak Yunani kuno, suatu kali ketika Solon berkeliling Mesir, dari tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis. Garis besar kisah pada buku tersebut ialah terdapat sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya. Istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertahtakan emas, cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada kenderaan yang mampu membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropah, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang.

82 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Jika dibaca dari sepenggal kisah diatas maka kita akan berfikiran bahawa Atlantis merupakan sebuah peradaban yang sangat memukau. Dengan teknologi dan ilmu pengetahuan pada waktu itu sudah menjadikannya sebuah bangsa yang besar dan mempunyai kehidupan yang makmur. Tapi kemudian saya mempunyai pertanyaan, apakah itu hanya sebuah cerita untuk tidur pada zamannya Plato atau memang Plato mempunyai bukti2 kuat dan otentik bahawa atlantis itu benar-benar pernah ada dalam kehidupan di bumi ini? Terdapat beberapa catatan tentang usaha para ilmuwan dan orang-orang dalam pencarian untuk membuktikan bahwa Atlantis itu benar-benar pernah ada. Menurut perhitungan versi Plato waktu tenggelamnya kerajaan Atlantis, lebih kurang 11,150 tahun yang silam. Plato pernah beberapa kali mengatakan, keadaan kerajaan Atlantis diceritakan turun-temurun. Sama sekali bukan rekaannya sendiri. Plato bahkan pergi ke Mesir minta petunjuk biksu dan rahib terkenal setempat waktu itu. Guru Plato iaitu Socrates ketika membicarakan tentang kerajaan Atlantis juga menekankan, kerana hal itu adalah kenyataan, nilainya jauh lebih kuat dibanding kisah yang direkaan. Jika semua yang diutarakan Plato memang benar-benar nyata, maka sejak 12.000 tahun silam, manusia sudah mencipta peradaban. Namun di manakah kerajaan Atlantis itu? Sejak ribuan tahun silam orang-orang menaruh minat yang sangat besar terhadap hal ini. Hingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an, laut Bermuda yang terletak di bahagian barat Samudera Atlantik, di kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida pernah berturut-turut diketemukan keajaiban yang menggemparkan dunia. Suatu hari di tahun 1968, kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik di gugusan Pulau Bahama, laut tenang dan bening bagaikan kaca yang terang, tembus pandang hingga ke dasar laut. Beberapa penyelam dalam perjalanan kembali ke kepulauan Bimini, tiba-tiba ada yang menjerit kagum. Di dasar laut ada sebuah jalan besar! Beberapa penyelam secara bersamaan terjun ke bawah, ternyata memang ada
83 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

sebuah jalan besar membentang tersusun dari batu raksasa. Itu adalah sebuah jalan besar yang dibangunkan dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon, besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat rapi. Apakah ini merupakan sebuah jalan di kerajaan Atlantis?

Awal tahun 70-an disekitar kepulauan Yasuel Samudera Atlantik, sekelompok peneliti telah mengambil inti karang dengan mengebor pada kedalaman 800 meter di dasar laut, atas ungkapan ilmiah, tempat itu memang benar-benar sebuah daratan pada 12.000 tahun silam. Kesimpulan yang ditarik atas dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang dilukiskan Plato! Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis? Tahun 1974, sebuah kapal peninjau laut Uni Soviet telah membuat 8 lembar foto yang jika disarikan membentuk sebuah bangunan kuno mahakarya manusia. Apakah ini dibangun oleh orang Atlantis? Tahun 1979, ilmuwan Amerika dan Perancis dengan alat pengesan yang sangat canggih menemui piramid di dasar laut segitiga maut laut Bermuda. Panjang piramid lebih kurang 300 meter, tinggi lebih kurang 200 meter, puncak piramid dengan permukaan samudera hanya berjarak 100 meter, lebih besar dibanding piramid Mesir. Bahagian bawah piramid terdapat dua lubang raksasa, air laut dengan kecepatan yang menakjubkan mengalir di dasar lubang terdebut. Piramid besar ini, apakah dibangunkan oleh orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlan pernah menakluk Mesir, apakah orang Atlantis membawa peradaban piramid ke Mesir? Benua Amerika juga terdapat piramid, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari kerajaan Atlantis? Tahun 1985, dua kelasi Norwegia menemui sebuah kota kuno di bawah area laut segitiga maut. Pada foto yang dibuat oleh mereka berdua, ada dataran, jalan besar vertikal dan horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang pertarungan (binatang), kuil, bantaran sungai dll. Mereka berdua mengatakan dengan mutlak dan percaya terhadap apa yang mereka temui itu adalah Benua Atlantis seperti yang dilukiskan oleh Plato. Benarkah itu?

84 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Indonesia Adalah Benua Atlantis?

Yang lebih menghebohkan lagi adalah penelitian yang dilakukan oleh Aryso Santos, seorang ilmuwan asal Brazil. Santos menegaskan bahwa Atlantis itu adalah wilayah yang sekarang ini disebut Indonesia. Dalam penelitiannya selama 30 tahun yang ditulis dalam sebuah buku Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Platos Lost Civilization dia menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi, dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahwa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya, ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir, dan bangunan kuno Aztec di Mexico. Santos mengatakan bahawa pada masa lalu Atlantis itu merupakan benua yang membentang dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (yang sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh samudera yang menyatu bernama Orientale, terdiri dari Samudera Hindia dan Samudera Pasifik.

85 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Sedangkan menurut Plato, Atlantis merupakan benua yang hilang akibat letusan gunung berapi yang secara bersamaan meletus. Pada masa itu sebahagian besar bahagian dunia masih diliputi oleh lapisan-lapisan ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh gunung berapi secara bersamaan yang sebahagian besar terletak di wilayah Indonesia (dulu) itu, maka tenggelamlah sebahagian benua dan diliputi oleh air yang berasal daripada ais yang mencair. Di antaranya letusan gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/Mahameru di Jawa Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba dengan Pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada saat itu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda. Santos berbeza pendapat dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu berargumentasi, bahawa pada saat terjadinya letusan pelbagai gunung berapi itu, ia menyebabkan lapisan ais mencair dan mengalir ke samudera sehingga keluasannya bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani samudera dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit bumi di dasar samudera, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuat lagi oleh gunung-gunung yang meletus kemudian secara beruntun dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya Heinrich Events.

86 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya datar. Kedua, mengenai letak benua Atlantis yang katanya berada di Samudera Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian militer Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berhasil menemukan bekas-bekas benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, Amicus Plato, sed magis amica veritas. Ertinya, Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran. Namun, ada beberapa keadaan masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Yakni pertama, bahwa lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan oleh Santos dipastikan sebagai wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau panjangnya mata rantai gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.

87 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

BAHTERA NABI NUH A.S DITEMUI? [BAHAGIAN I]

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri berharga yang berusia lebih daripada 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang berharga itu bukan sahaja menarik minat para pengkaji sejarah, malah pihak penyelidik US seperti CIA/KGB pun mencuba untuk melakukan penelitian di sana. Sejauh ini CIA telah menggunakan satelite dan pesawat Stealth utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung tersebut. Gambar2 itu telah menjadi rahsia besar dan disimpan rapi dengan kawalan yg ketat bersama dengan rahsia penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus orang mencuba untuk mendaki Gunung Aghi-Dahl yang kerap mendapat dijolokkan sebagai Gunung Kesengsaraan atau dengan nama petanya iaitu Gunung Ararat, namun hanya beberapa orang sahaja yang berhasil menaklukinya. Sebahagian lagi hanyalah menambah senarai nama panjang pendaki-pendaki yang menjadi korban keganasannya. Hingga hari ini, hanya ada beberapa orang pendaki sahaja yang dapat sampai ke puncak Gunung Ararat sekaligus dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri sebuah artifak yg maha berharga yang tersimpan abadi di puncaknya.

88 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Lalu apakah sebenarnya artifak maha berharga yang terkubur selama ribuan tahun di puncak Ararat itu? Yup, menurut para ahli purbakala, mereka menafsirkan bahawa artifak dengan dimensi yang sangat besar tersebut tak lain adalah Bahtera Nabi Nuh! Sepertimana yang kita ketahui bahawa The Great Pyramid of Giza, Mesir telah terkubur didalam tanah selama kurang lebih 2000 tahun lamanya sebelum ditemui dan dilakukan penggalian terhadapnya. Begitu pula halnya dengan Bahtera Nabi Nuh ,sebelum terjadinya sebuah gempa bumi hebat yang melanda daerah itu pada 2 Mei 1988 silam, artifak tersebut tertimbus di bawah salji hampir selama 5000 tahun lamanya tanpa ada yang mengetahui bahawa sebenarnya di situ ada tersimpan sebuah rahsia besar di dalamnya. Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dahulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Pada hakikatnya pengetahuan Sains dan Teknologi mereka sudah maju pada masa itu. Buktinya daripada beberapa hasil penemuan di kaki Gunung Ararat, Para Pengkaji dan Saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak batu bateri elektrik purba yg digunakan untuk meleburkan logam. Tentunya penemuan tersebut mampu membuktikan bahawa masyarakat zaman Nabi Nuh telah mengenali dan mampu untuk mengendalikan tenaga elektrik. Mengikut perkiraan para ahli, Nabi Nuh AS memulakan pembinaan bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan lebat yang turun menenggelamkan bumi selama bertahun-tahun sehingga mengakibatkan munculnya air banjir maha dahsyat yang rata-rata dapat mengakhiri sebahagian populasi manusia di muka bumi ini telah diperkirakan terjadi pada 2345 B.C. Rupa bentuk daripada Bahtera Nabi Nuh itu sendiri sebenarnya tidaklah sama dengan bentuk kapal laut masa kini pada umumnya.

89 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Menurut para peneliti dan pendaki yang pernah melihat secara langsung Bahtera Nuh di puncak Gunung Ararat serta beberapa imej yang diambil daripada pemotretan udara, Bahtera Nabi Nuh memang merupakan sebuah bahtera yang berdimensi sangat besar dan kukuh. Bahan pembuatan utamanya tersusun oleh susunan kayu daripada spesis pohon purba yang memang sudah tidak boleh ditemui lagi didunia ini. Pengukuran objek yang ditandai itu mempunyai altitute 7.546 kaki dengan panjang daripada bahtera lebih kurang 500 kaki, 83 kaki lebar, dan 50 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat, Bahtera Nuh berukuran lebih luas daripada sebuah padang bolasepak. Keluasan pada bahagian dalamnnya cukup untuk menampung ratusan ribu manusia. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki. Dianggarkan sebanyak lebih kurang ribuan hingga puluhan ribu kayu balak digunakan untuk membinanya. Keseluruhannya, terdapat lebih kurang ratusan ribu manusia dan haiwan daripada pelbagai species yang ikut serta menaiki bahtera ini, Mengikut kajian daripada Dr.Whitcomb, kira terdapat 3.700 binatang mamalia, 8.600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki Bahtera Nabi Nuh tersebut, selebihnya adalah para kaum Nabi Nuh yang percaya akan ajaran yang dibawanya. Total berat muatan bahtera itu keseluruhan mungkin mencapai sehingga 24,300 tan atau lebih.

90 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Di sekitar objek tersebut, juga ditemui sebuah batu besar dengan lubang pahatan. Para peneliti percaya bahawa batu tersebut adalah drogue-stones, di mana pada zaman dahulu biasanya digunakan pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan yang gunakan oleh para pengkaji menemui sesuatu yang tidak lazim pada level iron oxide atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahawa ia adalah daripada jenis vessel. Ia telah berumur lebih daripada 100.000 tahun, dan terbukti bahawa struktur itu dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan Bahtera Nuh. Beberapa sarjana berpendapat bahawa kemungkinan besar Bahtera Nuh ini dibangunkan disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah kawasan yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibangunkan di selatan Iraq dan akhirnya terdampar
91 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

di Utara Turkey, kemungkinan besar bahtera tersebut telah dibawa arus air sejauh lebih lebih 520 KM. Gunung Ararat itu sendiri bukanlah sembarangan gunung, ia adalah sebuah gunung yang unik. Di antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Gunung Ararat ialah salah sebuah gunung yang mempunyai puncak yang terluas di muka bumi ini. Statusnya juga merupakan puncak tertinggi di Turki iaitu setinggi 16,984 kaki dari permukaan air laut. Sedangkan puncak kecilnya setinggi 12,806 kaki. Jika kita berhasil menakluki puncak besarnya, kita dapat melihat 3 wilayah negara dari atasnya, iaitu Russia, Iran, dan Turkey. Sebuah batu nisan yang didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah mengirimkan sejumlah 150 orang pakar daripada pelbagai bidang yang terdiri daripada saintis, arkeologi dan tentera untuk melakukan penyelidikan terhadap Bahtera Nabi Nuh tersebut. Setelah sebulan perjalanan barulah pasukan ekspedisi itu sampai ke puncak Ararat. Segala kesukaran telah berjaya mereka harungi, dan akhirnya menemui Bahtera Nuh tersebut. Dalam keadaan kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang Bahtera Nuh dan didapati ukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya masih tenggelam di dalam salji. Hasil daripada perjalanan itu, segala maklumat dibawa pulang dan mahu diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan penemuan penyelidikan itu ke tangan kaisar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jenderal Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih belum diketahui, apakah laporan itu masih disimpan atau telah dimusnahkan.

92 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Replika Bahtera Nabi Nuh

Pembuatan Replika Bahtera Nabi Nuh

Pembuatan Replika Bahtera Nabi Nuh

93 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Replika Gambaran Bahtera Nabi Nuh

Replika Bahtera Nabi Nuh

94 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Replika Bahtera Nabi Nuh

Replika Bahtera Nabi Nuh

Replika Bahtera Nabi Nuh

95 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

BAHTERA NABI NUH A.S DITEMUI? [BAHAGIAN II]


Kisah Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam, suatu kisah yang sering kita dengar dari mulut ustaz dan ustazah kita semasa di bangku sekolah. Namun kita hanya dapat imaginasikan berdasarkan khayalan kanak-kanak kita pada masa itu.

Zaman berlalu, dengan teknologi yang ada, satu demi satu penemuan sejarah ditemui. Sekalipun penemuan tersebut bukan daripada kalangan kita (umat Islam), namun kita perlu bersyukur kerana ada hikmah di sebalik penemuan oleh pihak mereka. Siapa tahu akan jadi asbab hidayah buat mereka. Pada tahun 1960, sebuah majalah Life Magazine melaporkan penemuan kesan seperti sebuah kapal laut yang sangat besar di puncak gunung Ararat oleh Pesawat Tentera Nasional Turki. Panjangnya kira-kira 437 kaki. Pada tahun 1977 pula, sebuah Team Antropologi di bawah pimpinan Prof. Ron Wyatt telah menemui bukti kebenaran kisah ini.

Pergunungan Ararat. Lihat ketinggian gunung ini. Di mana lokasi bahtera tersebut?

96 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Gambar dari udara lokasi di kawasan pergunungan.

Bulatan menunjukkan lokasi dipercayai bahtera tersebut.

97 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Kelebaran bahtera tersebut dapat dibayangkan menerusi gambar berikut


Gambar Kerja-Kerja Pengukuran Sedang Dijalankan

98 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Berikut yang dibawah pula adalah gambaran bentuk bahtera Nabi Nuh AS menurut pandangan para pakar arkeologi tersebut. Terdapat pelbagai versi rekabentuk baik rekabentuk luaran mahupun dalaman. Namun Allah jua yang maha mengetahui bentuk sebenar bahtera ini. Di dalam bahtera inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT bersama ratusan binatang yang diambil secara berpasangan mengikut jenis. Mereka terselamat dari bencana banjir dahsyat dengan ombak setinggi gunung. Ilustrasi rekabentuk bahtera menurut pandangan para penyelidik

99 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawat Jumbo 747

Adakah benar ini sememangnya bahtera milik Nabi Nuh as? Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui kebenarannya. Apa yang dipaparkan semoga dapat menambahkan pengetahuan am kita dan menambahkan keimanan kita kepada keagungan dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala perkara. Sepelik-pelik perkara pada waras akal manusia, tidak pula mustahil disisi Allah. Jika Allah menghendaki sesuatu perkara, ia pasti berlaku dan terjadi. Setiap sesuatu yang diciptakanNya pula pasti ada hikmah yang tersembunyi.

100 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

KEWUJUDAN POHON YANG BERWARNA WARNI YANG DIBERI NAMA POHON PELANGI (RAINBOW EUCALYPTUS)

Pokok Pelangi (Rainbow Eucalyptus, Eucalyptus Deglupta, Gum Mindanao, atau Gum Rainbow) Pohon ini dinamakan Pokok Pelangi atau nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus dan ia juga umumnya dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta, Gum Mindanao, atau Gum Rainbow. Pokok ini boleh dijumpai tumbuh meliar di New Britain, New Guinea, Ceram, Sulawesi dan Mindanao. Rainbow Eucalyptus, adalah sejenis pohon kayu putih yang boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok ini sedang ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutamanya untuk digunakan dalam industri pembuatan kertas dan permbuatan produk kayu.

101 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Sedang menjalani proses penggantian kulit

Sedang menjalani proses penggantian kulit

Rahsia Pokok Pelangi Rainbow Eucalyptus ini yang kelihatan berwarna warni ini sebenarnya cukup mudah. Ia terjadi kerana melalui proses penggantian kulit pokok. Kulit pokok ini setiap tahun akan menjalani proses penggantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total sebaliknya secara berperingkat mengikut area tertentu.

102 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Sedang menjalani proses penggantian kulit

103 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Sebagai contohnya penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna kehijauan, lalu penggantian kulit kedua yang berwarna hijau akan berubah menjadi kebiruan kemudian oren, ungu dan merah. Proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian tertentu batang pokok inilah yang telah menciptakan efek pelangi yang membuatkan pohon-pohon ini kelihatan berwarna warni seperti pelangi sehingga ia dinamakan Pohon Pelangi di dalam Bahasa Melayunya. Di bawah adalah sebuah gambar hasil pembuatan daripada Pokok Pelangi:

Kotak Keras yang diperbuat daripada Pokok Pelangi

Sementara di bawah ini lagi adalah antara koleksi gambar Pokok Pelangi yang Admin berjaya kumpulkan. Nikmatilah keindahan penciptaan alam yang Allah anugerahkan =)

104 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

105 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

106 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

107 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

108 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

109 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

110 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

111 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

112 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

113 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Di bawah ini pula adalah dua buah rakaman video berkaitan dengan keindahan Pohon Pelangi (Rainbow Eucalyptus). Selamat menonton keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT ini =) : Video telah dialihkan kerana video tidak dapat dimuatkan ke dalam ebook ini.

TASIK RETBA, SENEGAL AIRNYA BERWARNA PINK!


Tasik Retba atau dikenali dengan Lac Rose adalah antara tasik paling pelik di dunia. Ini adalah kerana tasik yang terletak di Senegal ini mempunyai air berwarna merah jambu (pink). Saintis daripada seluruh dunia telah sepakat mengatakan tasik ini telah dicemari dengan sejenis bakteria iaituCyanobacteria. Cynobacteria juga dikenali dengan nama blue-green alga berdasarkan warna asal bakteria tersebut. Sesetengah bakteria ini boleh memudaratkan kerana berkemampuan mengeluarkan sejenis toksin yang dikenali dengan cynotoxin. Ia akan mengakibatkan kulit manusia mahupun haiwan mengelupas dengan teruk. Oleh sebab demikian, masyarakat di sekitar Tasik Retba melumurkan badan mereka denganminyak kacang Shea. Minyak kacang Shea mampu menangkis toksin yang dikeluarkan oleh Cyanobacteria. Tasik yang berwarna merah jambu ini mampu kelihatan jelas warna merah jambunya apabila menjelang musim kemarau. Sepertimana Laut Mati, ia boleh mengapungkan manusia kerana kandungan garamnya yang tinggi. Dianggarkan bahawa terdapat 380 gram garam untuk 1 liter air. Ia bersamaan 15 camca garam untuk segelas minuman.!

114 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Di bawah adalah gambar-gambar di sekitar Tasik Retba:

115 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

116 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

117 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

118 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

PENEMUAN PIRAMID DI CHINA

Siapa kata bangunan raksasa berbentuk kon yang biasa dipanggil sebagai piramid hanya terdapat di Mesir?? Selama puluhan tahun, terdapat sebuah legenda, yang beredar di dunia barat bahawa di sebuah lokasi terpencil di China, terdapat banyak piramid misteri yang ia bahkan lebih besar berbanding piramid yang terdapat di Mesir. Benarkah lagenda tersebut?? Selama puluhan tahun, kerajaan China dan para arkeologinya telah menafikan kewujudan piramid-piramid ini, dan penafian ini membuatkan dunia barat semakin tertarik untuk menyelidikinya. Apakah benar ada piramid di China? Apakah yang sesungguhnya tersimpan di dalam piramid-piramid ini? Mengapa kerajaan China menyangkal kewujudannya? Namun, pada masa kini, melalui space imaging dan google earth, kita mampu untuk mengetahui jikalau piramid-piramid di China ini benar-benar wujud, bahkan kuantitinya berjumlah sehingga 100 buah. Piramid-piramid ini terletak di daerah Xaanshi di kota kuno Xian. The Great White Pyramid

Pada tahun 1983, Bruce Cathie iaitu seorang penulis mengakui kerajaan China telahpun mendedahkan kepadanya bahawa piramid-piramid itu sebenarnya benarbenar wujud. Namun tidaklah ada kemisteriannya kerana piramid-piramid itu hanyalah kubur para maharaja mereka. Di dalam bukunya yang berjudul The Bridge to Infinity (1983), Cathie menceritakan asal usul piramid China ini mulai dikenali di dunia barat. Semuanya bermula daripada pengalaman seorang juruterbang tentera udara Amerika yang bernama James Gaussman. Ketika itu pada tahun 1945, Gaussman sedang terbang di antara India dan China dalam misi rutinnya. Namun ketika engin pesawatnya mengalami sedikit masalah, ia
119 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

harus merendahkan ketinggian kapal terbangnya. Pada saat itulah ia telah terlihat sebuah piramid raksasa China yang misteri. Dalam laporannya, ia mengatakan:

"Aku menerbangkan pesawat mengitari sebuah gunung dan kemudian aku masuk ke sebuah lembah. Tepat dibawah kami, terlihat sebuah piramid putih raksasa yang seakan-akan muncul dari negeri dongengan. Piramid itu putih gemerlapan. Mungkin diperbuat daripada logam atau bebatuan jenis tertentu. Seluruh sisinya berwarna putih. Namun yang paling menarik adalah terdapat sebuah batu di puncak piramid tersebut - sebuah material berharga seperti mutiara. Aku benar-benar takjub dengan kedashyatan bangunan itu." Pada ketika itu, boleh dikatakan bahawa simbol kewujudan piramid hanyalah identiti bagi negara Mesir. Jadi, seharusnya laporan Gausmann boleh menarik perhatian lebih banyak penyelidik di barat kerana penemuan Gausmann adalah piramid di China. Namun, Laporan Gaussman hanya berakhir di dalam arkib tentera Amerika tanpa diketahui sebabnya. Mungkin mereka menyangka itu hanyalah kekeliruan Gausmann akibat masalah kapal terbangnya. Dua tahun selepas laporan Gausmann, piramid China kembali heboh diperkatakan. Kolonel Maurice Sheahan, pengarah Trans World Airline mengakui bahawa beliau juga pernah melihat piramid raksasa China itu. Pengakuan Sheahan itu dimuatkan di dalam akhbar harian New York Times pada 28 Mac 1947 dengan judul artikel "Juruterbang Amerika melihat piramid raksasa China di pergunungan terpencil di barat daya Xian". Dalam artikel tersebut, Sheahan mengatakan bahawa piramid ini memiliki ketinggian 300 meter dengan lebar 450 meter. Jika anggaran ini tepat, maka piramid ini mengalahkan saiz piramid Mesir yang hanya sekadar memiliki ketinggian 135 meter. Sheahan juga mengatakan bahawa piramid ini terletak di lembah kaki Gunung Qin Ling sekitar 40 batu ke barat daya Xian. Di piramid raksasa tersebut, ia melaporkan adanya ratusan gundukan kecil yang juga serupa seperti piramid. Namun pengakuan Sheahan itu tidak menyebutkan adanya batu seperti mutiara di puncak piramid berkenaan. Dua hari selepas artikel itu dimuatkan dalam akhbar New York Times, Kisah ini dimuatkan kembali ke New York Sunday News. Kali ini mereka menampilkan sebuah foto piramid yang diketahui sebagai imej yang diambil oleh Gaussman pada tahun 1945. Sejak saat itu bangunan akhbar berkenaan menjadi objek perdebatan dan spekulasi. Siapakah yang membinanya? Untuk apakah bangunan itu dibina? Namun tiada seorangpun yang benar-benar tahu dengan pasti kerana ketika itu, Kerajaan China bertindak mengasingkan diri daripada dunia luar.

120 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Beberapa tahun kemudian, penulis Jerman bernama Hartwig Hausdorf telah menulis di dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1994 berjudul Die Weisse Pyramide (The white pyramid). Di dalam buku tersebut dipaparkan banyak foto piramid-piramid di China. Hausdorf mengaku bahawa ia telah dibenarkan oleh kerajaan China untuk melawat beberapa lokasi yang dahulunya terlarang untuk diambil gambar-gambar di wilayah tersebut. Dan pada masa sekarang, piramid-piramid di China sudah bukan bersifat rahsia lagi. Kita boleh melihat piramid-piramid ini dari google earth dan bahkan kita boleh melawat terus ke lokasi tersebut. Berbeza dengan piramid di Mesir yang diperbuat daripada batu-batu besar, piramid di China terbina daripada gundukan tanah yang dipadatkan yang dibina sebagai kubur para maharaja. Dua di antara piramid piramid yang terbesar dan paling terkenal adalah Qin Shi Huang Mausoleum dan Maoling Mausoleum. Qin Shi Huang Mausoleum Mausoleum ini adalah piramid China yang terbesar sekali di antara kesemua piramid yang ada di China. Ketinggian awalnya adalah sekitar 76 meter, namun seiring dengan perjalanannya waktu, piramid ini terhakis sehingga tinggal 47 meter sahaja. Dasarnya mempunyai saiz 357 meter X 354 meter. Tempat ini adalah tempat peristirahatan terakhir maharaja Qin Shi huang, raja pertama Dinasti Qin yang membina tembok china dan menyatukan seluruh China pada tahun 221 SM. Di piramid ini juga, pada tahun 1974, tiga orang petani yang ingin membuat telaga tanpa sengaja telah menemui parit-parit yang mengandungi patung-patung teracotta yang sekarang ini merupakan salah satu lokasi arkeologi paling termahsyur di dunia. Menurut buku "Records of the Historian: Biography of Qin Shi Huang", sejarawan Sima Qian (145-90 SM) menyebutkan bahawa mausoleum ini mempunyai bilik-bilik yang mengandungi miniatur-miniatur istana dan paviliun dengan kolam air raksa yang mengalir di bawah langit- langit bertakhtakan permata yang membentuk gambar matahari, bulan dan bintang. Dengan kata lain, isi mausoleum ini menunjukkan replika dari kerajaan sang maharaja lengkap dengan lima gunung suci di dalamnya. Para penyelidik Cina yang meneliti kandungan tanah di sekitar mausoleum sememangnya ada menemui kandungan raksa yang cukup tinggi. Ini mengesahkan kredibialiti tulisan Sima Qian. Menurut catatan Sima Qian, makam ini dibina ketika Qin Shi Huang masih berusia 13 tahun. Tenaga buruhnya adalah seramai 700,000 pekerja dan diselesaikan dalam masa 20 tahun. Para pekerja memindahkan tanah sehingga sama tinggi dengan paras air di dalam tanah, lalu lantainya dilapisi dengan gangsa cair yang kemudian ditimpa dengan batu sarkofagus. Setelah kerja pembinaannya selesai, semua pekerja yang
121 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

mengetahui jalan masuk ke makam ini dibunuh untuk menjaga kerahsiaannya piramid ini. Hingga ke hari ini, piramid ini masih menyimpan rahsianya kerana kerajaan China masih belum membongkarnya dengan alasan takut merosakkan beberapa bahagian berharga dari kubur itu. Maoling Mausoleum Mausoleum ini, yang juga dikenali sebagai piramid putih besar, memiliki ukuran dasar 222 meter X 217 meter. Ini menjadikannya sebagai piramid kedua terbesar di China. Piramid ini adalah piramid yang fotonya terpampang di surat khabar New York Sunday News pada tahun 1947. Dengan kata lain, piramid inilah yang telah dilihat oleh Sheahan, dan mungkin juga oleh Gaussman. Namun, sepertinya Sheahan telah keliru dalam membuat anggaran ketinggian piramid ini kerana piramid ini ternyata hanya memiliki ketinggian sekitar 45 meter. Mausoleum ini merupakan tempat peristirahatan terakhir Maharaja Wu yang bernama Liu Che (atau Wu Di) yang memerintah dari tahun 157-87 SM. Ini bermakna piramid tersebut telah berusia 2.000 tahun lebih. Sejarah telah mencatatkan bahawa diperlukan waktu sehingga 53 tahun untuk menyiapkan binaan ini dan di dalamnya tersimpan banyak objek berharga. Berbeza dengan mausoleum Qin Shi Huang, mausoleum ini telah diekskavasi dan sebahagian artifak berharganya disimpan di muzium dan dipamerkan. Walaupun telah diketahui bahawa piramid ini adalah sama dengan piramid di dalam foto yang muncul pada tahun 1947 itu, namun masih ramai lagi para penyelidik yang masih kebingungan dengan satu kemisteriannya. Menurut Gaussman, ia mengakui telah melihat terdapat sebuah material yang seperti mutiara di puncak piramid itu. Namun, didapati bahawa puncak piramid ini ternyata datar, seperti terpotong. Apakah Gausmann berbohong? Atau, apakah seseorang telah memindahkan puncak piramid tersebut? Atau mungkin, di suatu tempat di China masih ada lagi sebuah piramid putih raksasa setinggi 300 meter dengan puncak berkilau yang belum ditemui?

122 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

PERANG NUKLEAR ZAMAN KUNO??

Lakaran Shakuna Vimana

DUA epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan. Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri. Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan. Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan. Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu. Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear. Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja.

123 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem '300' yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM. Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu. Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu. Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu.

Lakaran Shakuna Vimana

Perang kali pertama dicatatkan seperti berikut (terjemahan) : "Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat. "Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah.

124 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

"Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati. "Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus." Gambaran pada perang kali kedua lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut: "Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah. "Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya." Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu. Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata. Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian. Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca. Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear. Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif.

125 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Contoh ledakan nuklear

INFO: Peperangan India kuno

Dikatakan membabitkan bom atom, nuklear, pesawat dan senjata laser. Gambaran teknologi yang wujud pada zaman India kuno itu hampir menyerupai gambaran kemajuan sains dan teknologi yang dicapai Atlantis, yang diceritakan ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam teks 'Timaeus and Critias'. Ada pihak percaya Kerajaan India kuno itu berperang dengan Atlantis. Di kota kuno India, Scotland, Perancis, Turki dan beberapa tempat lain, ditemui batu-bata dan batuan yang berubah bentuk dan ia hanya mungkin berlaku akibat suhu tinggi hasil ledakan bom atom atau nuklear. Selain India, kesan peperangan menggunakan senjata nuklear itu turut dijumpai di Babilon kuno, gurun Sahara di Afrika dan guru Gobi di Mongolia. Reaktor nuklear berusia dua juta tahun pernah dijumpai di Oklo, Afrika Selatan. Di kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan), ahli arkeologi pada akhir abad lalu pernah menemui kerangka yang bergelimpangan di jalan, ada yang berpegangan tangan seolah-olah mereka dilanda malapetaka yang amat dahsyat secara tiba-tiba. Pada kerangka itu ada kesan sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki. Ada kajian mendapati pesawat yang digunakan pada peperangan itu berbentuk piring terbang dan ia dikaitkan dengan penemuan UFO pada masa kini.

Menarik bukan? Selama ini kita menyangka bahawa zaman dulu adalah zaman yang belum mencapai apa2 perkembangan teknologi pun.. Tapi penemuan demi
126 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

penemuan telah berjaya diselongkar diseluruh dunia yang menjadi bukti akan teknologi pada zaman kuno contohnya penemuan sel bateri di Iraq ynag dianggarkan berusia 2000 ke 5000 tahun yang lalu, ukiran kenderaan yang ditemui salah satu piramid dimesir, Dropa Stone yang berbentuk seperti sebuah cakera, reaktor nuklear berusia lebih kurang 2juta tahun yang ditemui di Oklo, Republik Gabon, Afrika dan banyak lagi penemuan lain. Kalau kita lihat dalam Al-Quran sekali pun kita akan dapat lihat perkembangan sejarah manusia yang dibinasakan sama sekali atas kemungkaran2 yang mereka lakukan dan kemusnahan tu adalah bersifat menyeluruh. Secara kesimpulannya boleh kita nyatakan bahawa adalah benar tamadun2 kuno pada zaman dahulu adalah lebih maju daripada apa yang kita capai sekarang. Bukan hanya sekadar kata kosong, tapi banyak pembuktian telah berjaya dilakukan. Wallahu'alam

TAMAN TERGANTUNG BABYLON (HANGING GARDENS OF BABYLON)

Gambaran Pelukis

Taman Tergantung Babylon (Hanging Gardens Of Babylon) juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) adalah salah satu di antara Tujuh Keajaiban Dunia Kuno. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750BC). Taman ini diperkirakan hancur sekitar 2 abad sebelum masihi. Hinggalah kurun ke 20, ahli kaji purba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus dan amat sukar untuk dibuktikan dengan konkrit.

127 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Taman Tergantung Babylon terletak di Al-Hillah sekitar 50 kilometer ke selatan Baghdad, Iraq iaitu yang berada di sebelah tebing timur Sungai Euphrates. Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi (1792-750SM). Anaknya yang bernama Nebuchadnezzar II (604562 SM) yang merupakan raja yang dipercayai telah membina taman ini.

Karikatur Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC) Kewujudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Jika menurut legenda, taman ini dibina oleh Nebuchadnezzar II (604-562 SM) sebagai tanda menghargai isterinya. Namun adalah diperkatakan bahawa taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna yang menarik dan amat menakjubkan sehingga mempesonakan sesiapa sahaja yang melawatnya. Kerana ia merupakan antara bangunan-bangunan kota yang tinggi mencuat di permukaan tanah dan ditanami dengan pelbagai tanaman yang indah, sehingga dari kejauhan terlihat seperti taman yang tergantung. Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun demikian, reka bentuk taman ini tidak dapat diceritakan secara terperinci kerana para ahli kaji purba masih gagal menemui sebarang peninggalannya. Walau bagaimanapun, menurut satu sumber, taman ini lenyap adalah akibat kerana berlakunya satu malapetaka buruk yang besar. Para ahli kaji purba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian daripada dinding taman yang telah hilang berkenaan.

128 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

129 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti yang dicatatkan oleh oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak terdapat banyak bukti yang dapat menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian Istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih daripada sekadar hiasan yang menarik tentang Taman Tergantung Babylon ini. Sesetengah berpendapat, lokasi sebenarnya Taman Tergantung mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.

130 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Menurut sesetengah kajian, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar II, Amyitis yang rindukan kampung halamannya. Amyitis adalah anak kepada Raja dari Kerajaan Medes/Media yang terletak di pergunungan Persia (Iran) telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara atau disebut sebagai diplomatik. Negara dari mana Amyitis berasal dan dibesarkan adalah dari sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya beliau terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotami (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia berasa hiba dan selalu termenung. Oleh yang demikian, raja berhasrat untuk membina sebuah taman yang keadaannya seperti kampung halaman Permaisuri Amyitis. Maka diatas rasa kasih sayang, cinta dan keperihatinannya terhadap kedukaan permaisuri ratu hatinya, Raja Nebuchadnezzar II telah memerintahkan agar satu taman dibina di satu dataran yang tinggi dengan berbumbungkan kebun2 dan taman2. Taman Tergantung sebenarnya tidaklah benar-benar "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang daripada terjemahan kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah, di balkoni atau di suatu teres. Sejarawan Yunani, Diodorus Siculus menggambarkan taman ini:

Lebar taman 400 kaki Panjang tanam 400 kaki Tinggi taman 80 kaki Beralaskan batu bata yang ditutupi aspal dan seramik yang berfungsi menghalang kemasukan air ke dasar tanah yang akan memungkinkan kerosakan terhadap foundation taman tersebut Taman ini umpamnya dibina dipingir bukit dan sebahagian dari strukturnya dibina secara menaik. Di tanam dengan pelbagai pohon2 yang setipa jenisnya bersaiz besar dan menarik Air pula dinaikkan ke taman ini dengan banyaknya dari sungai .

Manakala sejarawan yang lain, Herodotus pula mengungkapkan taman ini:

131 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


Terletak di dalam istana yang berlapiskan emas Panjangnya mencapai 56 batu Taman ini sangat lebar sehingga memungkinkan kereta yang ditarik oleh 4 ekor kuda boleh berputar balik Terdapat kuil2 pemujaan yang dihuni oleh patung dewa yang diperbuat dari emas. Taman ini dibuat bertingkat2, lebih tinggi dari bangunan lain yang ada di kota Babylon sehingga menimbulkan ilusi "tergantung di udara"

Dan seaorang ahli geografi Yunani, Strabo memperihalkan taman ini seperti berikut:

Taman ini berbentuk segi empat sama "quadrangular" Setiap sisi adalah sepanjang 4 plethra Mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak Semuanya berongga dan diisikan dengan tanah dan ditanam dengan pokok2 besar Tiang2, ruang dan teres dibina dari bata yang dibakar dan tampalan simen Bukit buatan ini subur menghijau memberi satu kelainan berbanding keadaan persekitarannya yang tandus.

Gambaran Pelukis

132 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Gambaran Pelukis

Malangnya kewujudan Taman Tergantung Babylon ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Ini kerana tidak ada bukti pertemuan @ manuskrip yang konkrit ditemui bagi menyokong kewujudannya jika dibandingkan kewujudan bangunan lama yang lain yang berdekatan seperti Ziggurat dan Kuil Marduk. Untuk mencari kebenaran Taman ini, seorang ahli arkeologi Jerman, Robert Koldeway telah menggali lokasi yang dikatakan bertempatnya Taman Tergantung Babylon ini pada tahun 1899. Koldeway menggali selama 14 tahun dan berhasil menemukan: Dinding istana Menara Babel dan foundation istana Nebuchadnezzar (Menurut manuskrip hanya ada dua banguan di kota itu yang diperbuat dari batu iaitu dinding utara istana dan Taman Tergantung Babylon) Turut menemui dinding yang berketebalan 22 kaki dan dihiasi dengan lakaran singa serta lain2 haiwan . Koldeway juga turut menemui sebuah dinding yang mempunyai tulisan purba, Nebuchadnezzer, King of Babylon (yang juga diragui kesahihannya: dikatakan mungkin tulisan anak nakal) Koldeway berhasil menemukan 14 ruangan dari batu Juga menemui lubang aneh dilantai yang dikatakan terletaknya kincir air raksaksa bagi mengalirkan air ke taman tersebut

Walau bagaimanapun pertemuan ini menimbulkan keraguan dari para arkeology yang lain Dikatakan lokasi yang ditemui oleh Koldeway itu agak jauh dari Sungai Euphrates memandangkan mengikut perkiraan sejarah, Taman Tergantung Babylon terletak berdekatan dengan sungai tersebut. "Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian daripada struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat. Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan banyaknya dengan setiap jenis mempunyai saiznya yang besar dan menarik yang akan memberikan keindahan saujana mata memandang kepada pemiliknya. Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." Diodorus Siculus.

133 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


Raja Nebukadnezar II yang puncak kejayaannya sekitar 612 SM, kemudian menjadi sangat terkenal ke seluruh penjuru dunia dan dikagumi rancangannya hingga kini. Taman Tergantung Babylon ini kemudian menjadi satu monumen agung Kerajaan Babylon yang tiada duanya. Luas taman ini diperkirakan 4 are (1 acre = 4046.86 m). Sifat kewujudan arsitekuralnya sangat unik, kerana bertingkat-tingkat. Taman ini ditanami dengan pelbagai pepohonan indah dan dilengkapi dengan sistem pengairan sehingga ke ketinggian 100 meter di atas permukaan tanah. Dari puncak taman ini dapat disaksikan pemandangan di sekeliling Kerajaan Babylon yang kering dan tandus tetapi di satu sudut tinggi lain terdapat satu taman yang kelihatan tergantung yang mewah dengan keindahan flora dan faunanya.

Gambaran Pelukis

Gambaran Pelukis

134 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT KAJIAN SAINS!

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

135 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

136 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Wallahualam.

KEAJAIBAN AMALAN BERPUASA BAGI MANUSIA DAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA!

137 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

PENYELIDIK ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/ racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Pertama: Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, Puasa adalah seperti tongkat ajaib dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden. Kedua: Puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat menajamkan minda. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal berkesan.

Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi telah membuktikan bahawa puasa boleh mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan orang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang tidak berpuasa. Ketiga: Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan Kesihatan dan Ramadhan telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.
138 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Keputusan didapati, kongres itu telah menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas. Rupanya sama dengan 4 resolusi Pertubuhan Kesihatan SeDunia dalam mengenal pasti pelbagai punca penyakit masa kini disebabkan sindrom metabolik. Empat perkara yang sama itu ialah:1. 2. 3. 4. Menurunkan gula darah, Tekanan darah, Lipid darah dan: Berat badan atau obesiti.

Jadi, berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini. Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan, Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna. Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran menyatakan, dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu, perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

139 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------P/S: Tapi sayang kerana masih ramai lagi yang tidak mahu berpuasa dengan pelbagai alasan malah tanpa segan silu mereka makan, minum dan menghisap rokok di kawasan umum. Malah tidak pula menggantikannya selepas bulan Ramadhan. Selepas ini marilah sama2 kita menunaikan ibadah wajib dan sunat ini kerana ternyata bukti saintifik amalan berpuasa itu ditetapkan untuk kesihatan manusia bukan untuk sesiapa, betapa sayangnya Allah pada hambaNya sedangkan kita yang sering kali lalai, semoga dosa2 kita diampuniNya, amin. Namun tetapkanlah Nawaitu yang benar iaitu"Aku Berpuasa Kerana Allah" bukan kerana hal2 dunia yang lain.

HOMO FLORESIENSIS ~ MANUSIA ANEH ZAMAN PURBA

PARA PENYELIDIK dan saintis di Universiti New England, New South Wales, Australia, tergamam sebaik sahaja melihat beberapa tengkorak dan tulang aneh yang dijumpai tersembunyi di gua Liang Bua, Kepulauan Flores, pada 2003. Dengan penuh kehairanan, mereka meneliti tengkorak misteri yang ditemui bersama fosil tikus raksasa, komodo dan gajah kecil sepanjang kerja arkeologi di gua itu. Ini kerana bentuk tengkorak itu sama seperti tengkorak manusia moden tetapi saiznya lebih kecil. Kajian lanjut kemudiannya mendapati bahawa tengkorak dan tulang itu berasal daripada manusia purba yang digelar sebagai homo floresiensis yang wujud kira-kira 13,000 tahun lampau. Seterusnya penemuan itu telah mengundang pelbagai persoalan misteri mengenai kemungkinan wujudnya pelbagai spesies manusia aneh pada zaman dulu, yang bentuk fizikal mereka adalah berlainan sama sekali dengan anatomi manusia moden (digelar homo sapiens) pada hari ini. Sebenarnya, tengkorak dan tulang homo floresiensis yang turut digelar sebagai Hobbit itu bukanlah laporan penemuan pertama membabitkan tengkorak dan kerangka aneh yang dijumpai di seluruh dunia. Laporan mengenai penemuan tengkorak yang berbentuk pelik dan berlainan dengan tengkorak

140 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


manusia moden, sudah mula dilaporkan sejak ratusan tahun lalu sekali gus mencetuskan pelbagai misteri dan enigma yang tidak berkesudahan sehingga kini. Pelbagai teori dikemukakan menerusi penemuan kerangka dan tengkorak aneh berkenaan antaranya adalah tengkorak dan fosil yang dijumpai itu bukanlah milik manusia tetapi meruapakan tinggalan makhluk asing yang sudah mati. Teori lain pula menyokong dakwaan bahawa wujudnya pelbagai spesies manusia yang berlainan bentuk fizikal di dunia ini pada zaman purba tetapi akibat sebab tertentu spesies itu sudah pupus dan meninggalkan manusia daripada jenis homo sapiens saja pada masa kini. Kepercayaan mengenai wujudnya spesies manusia aneh pada zaman purba itu disokong pula dengan cerita legenda penduduk setempat, contohnya penduduk Pulau Flores percaya rangka homo floresiensis yang dijumpai pada 2003 adalah makhluk kerdil berbulu Ebu Gogo yang mendiami pulau itu pada zaman purba. Rekod penemuan paling aneh mungkin berlaku sekitar 1800an apabila sebuah rangka dan tengkorak misteri ditemui tersembunyi di sebuah makam kuno dekat kota Sayre, Bradford County, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS). Tidak seperti tulang belulang manusia homo sapiens pada hari ini, kerangka dan tengkorak yang ditanam pada kedalaman 1200 kaki itu bertubuh besar, tinggi malah paling mengejutkan adalah di bahagian kening tengkorak berkenaan terdapatnya sepasang tanduk!

Pada 1888 pula, tujuh kerangka dalam posisi duduk ditemui di sebuah kubur di Clearwater, Minnesota, AS. Tengkorak makhluk yang dijumpai itu memiliki dua baris deretan gigi pada rahang atas dan bawah. Selain itu, dahinya lebih pendek dan miring jika dibandingkan dengan tengkorak manusia yang lazim pada masa sekarang.

141 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


Meniti masa mendatang, sebuah lagi tengkorak aneh ditemui pada 1911 di Lovelock, Nevada, AS apabila pekerja yang sedang melakukan penggalian di kawasan itu secara tidak sengaja menemui mumia berbentuk menyerupai tubuh manusia. Bagaimanapun, mumia itu bertubuh gergasi malah masih terdapat sisa rambut berwarna merah di kepalanya. Di kalangan penduduk setempat, mumia itu dikaitkan dengan legenda kuno suku Indian Paiute yang menceritakan wujudnya manusia gergasi berambut merah iaitu Si-te-cahs dan gergasi itu menjadi musuh suku Indian di daerah berkenaan. Sebuah tengkorak aneh juga ditemui di Chihuahua, Mexico pada 1930, di mana bahagian belakang tengkorak itu melebar sedangkan rongga matanya besar. Akhir 1999, hasil pengujian DNA mendapati tengkorak itu adalah daripada jenis manusia. Dua belas tahun lalu, penyelidik, Robert Connolly tampil mengemukakan foto tengkorak aneh berbentuk lonjong yang ditemui di Nazca, Peru di mana kawasan gurun itu juga adalah salah satu lokasi misteri yang memiliki ratusan lukisan raksasa aneh di permukaan tanahnya. Tengkorak itu dirakamkan oleh Robert Connolly dikatakan sudah mencapai usia puluhan ribu tahun. Lelaki itu turut melaporkan penemuan kerangka aneh lain yang bentuknya sama dengan manusia moden kecuali tengkorak kepalanya besar pada bahagian cranium manakala rongga matanya lebih lebar. Ada pihak yang mempercayai bahawa bentuk aneh pada tengkorak itu dilakukan menerusi proses primitif mengikat tengkorak di mana seseorang itu menekup kepalanya dengan ketat menggunakan pakaian atau alat tertentu selama tempoh yang amat lama. Proses itu menyebabkan kepala akan membesar mengikut bentuk alat berkenaan, sama seperti amalan kaum Padaung di sempadan Myanmar dan Thailand yang memanjangkan leher mereka dengan melilit besi di leher masing-masing terus menerus.

142 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Tengkorak aneh juga dilaporkan banyak ditemui di gua-gua sekitar gunung kapur Filipina, antaranya di Bohol, Pergunungan Palaupau, Sumilio, Bukidnon dan pada beberapa tempat di Agusan.Tengkorak-tengkorak ini masing-masing hanya memiliki satu rongga mata di bahagian dahinya. Pihak berkuasa Filipina pada Februari 2002 menyatakan bahawa rongga mata tersebut terbentuk secara semulajadi tetapi kenyataannya adalah tidak ada lagi sepasang rongga mata sebagaimana lazimnya manusia biasa selain hanya terdapat satu sahaja di bahagian dahinya. (Wallahualam, belum dapat disahihkan) Sepanjang laporan penemuan pelbagai tengkorak dan kerangka aneh berkenaan, ada juga pihak tertentu yang sengaja mengada-adakan cerita kononnya tengkorak misteri sudah dijumpai di sesuatu tempat. Antaranya laporan penemuan gambar rangka manusia gergasi di Arab Saudi dan gambar berkenaan tersebar luas menerusi internet sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, siasatan mendapati gambar rangka dan tengkorak berkenaan adalah palsu dan dibuat menggunakan perisian komputer iaitu Photoshop. FAKTA Teori mengenai penemuan tengkorak aneh Wujud spesies manusia aneh yang berbeza keadaan fizikal dengan manusia homo sapiens, pada zaman purba. Tengkorak aneh itu dapat dibuat menggunakan proses primitif mengikat tengkorak. Ada gambar tengkorak adalah palsu dan dibuat menggunakan komputer dan ceritanya diperbesarkan.

143 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

"PINTU NERAKA" DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975

Terdapat 'Pintu Neraka' di Uzbekistan? Diibaratkan seperti itulah yang terjadi di negara yang terletak di Asia Tengah ini. Ada sebuah lubang api menganga yang disebut sebagai mirip pintu neraka "The Door To The Hell". Lubang api tersebut telah wujud di Uzbekistan sejak tahun 1975 dan ukuran keluasannya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya juga mencapai sehingga 30 meter dalam. 'Pintu Neraka' tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeboran gas semulajadi. Ketika itu, kesemua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut. Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Untuk mengelakkan gas beracun tersebut terlepas keluar ke langit, para ahli memutuskan untuk membakarnya agar ia tidak mencemarkan atmosfera dan membuatkan makhluk yang menggunakan oksigen mendapat penyakit yang serius akibat terhidu gas beracun berkenaan. Lokai lubang itu berada dekat dengan kota kecil bernama Davaz.

144 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Peristiwa itu terjadi semenjak tahun 1975 lagi dan lubang raksasa itu telah menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih lagi terus menyala sehingga kini walaupun sudah 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tiada yang berani mendekati kawasan 'Pintu Neraka' tersebut kerana akan merasai bahang kepanasan sehingga beberapa ratus meter jauhnya hinggakan lubang kebakaran itu digelar sebagai 'pintu neraka'. Sampai sekarang masih belum ada lagi penjelasan apakah 'pintu neraka' itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walaupun terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah terpadam. Malah ada beberapa pandangan mengatakan bahawa lubang api itu sebenarnya semakin membesar tahun demi tahun. Wallahualam. Lubang api raksasa itu juga mampu kelihatan dari kejauhan kerana berada di daratan tandus yang luas. Apabila malam menjelma, tampak lubang api tersebut semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari 'pintu neraka' tersebut.

145 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Peristiwa yang seakan mirip dengan bencana lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara penggerudian yang dinilaikan sebagai gagal dan kesilapan kerana penggerudian itu telah mengakibatkan semburan lumpur panas hingga ke permukaan bumi. Sehingga kini juga, bencana itu masih belum dapat lagi ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas Lapindo berkenaan. Yang boleh dilakukan hanyalah dengan menyekat salirannya agar tetap berlegar di dalam kawasan kesan lumpur panas itu supaya ia tidak terus melebar pula ke kawasan lain. Mungkin ini adalah antara kejadian yang terjadi akibat kecuaian manusia atau kesilapan para ahli geologi atau lebih tepat lagi adalah hasil kerosakan yang diperbuat oleh tangan manusia sendiri yang tiada jalan penyelesaiannya. Hakikatnya manusia tak akan mampu melawan kekuatan alam yang hebat ini.

146 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

PEMBINAAN "KUBAH KIAMAT" (DOOMSDAY VAULT) DI NORWAY/KUTUB UTARA

Masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun. Kesan kenaikan suhu dunia akan meningkatkan paras permukaan air laut antara 65 - 95 cm yang akan menenggelamkan negara-negara kepulauan Pacifik dan sebahagian besar pulau-pulau di Indonesia dan Polynesia. Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana alam musibah daripada perubahan suhu dunia. Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek 'ganjil' di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway. Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina 'Kubah Kiamat'-Svalbard Global
147 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.

Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai 'Bank benih' kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

148 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan 'mereka' mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.

149 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan 'Kubah Kiamat' Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 C (0 F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 C (27 F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas. Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center - Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya. Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakilwakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.

150 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Baru baru ini telah diadakan Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba). Anda bolehlah melihatnya menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 781423N, 152943E. Di bawah ada sedikit lagi gambar di dalam "KUBAH KIAMAT" (DOOMSDAY VAULT):

151 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

152 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

GUNUNG MAUNA KEA DI HAWAII ~ GUNUNG TERTINGGI DI MUKA BUMI


Dalam pelajaran Geografi di sekolah kita sering mendapat maklumat bahawa gunung tertinggi di dunia ini adalah Gunung Everest atau Mount Everest yang terletak di Nepal. Dan sepertimana yang telah diketahui ramai, puncak tertinggi Gunung Everest adalah berada pada paras ketinggian 8.848 meter di atas permukaan aras laut. Ketinggian daratan di puncak itu telah menjadikan Gunung Everest mendapat jolokan sebagai gunung yang tertinggi di muka bumi. Namun benarkah kata-kata jolokan itu layak dianugerahkan kepada gunung yang terletak di Banjaran Himalaya berkenaan?

Gunung Everest Meskipun demikian, Gunung Everest sebenarnya hanyalah layak untuk mendapat jolokkan tanah daratan tertinggi di muka bumi namun bukan gunung tertinggi di Bumi. Apakah alasannya sehingga ia seharusnya dilabelkan sebegitu? Jika benar, maka gunung manakah yang lebih tinggi berbanding Gunung Everest? Sebelum kita menjawab sama ada pernyataan itu benar atau salah, sebaiknya terlebih dahulu kita menelaah beberapa cara yang diguna pakai oleh para pengkaji untuk mengukur dan menentukan ketinggian sesebuah gunung. Cara-cara tersebut adalah seperti: 1. Pengukuran dilakukan dari atas permukaan aras laut (from above sea level). 2. Pengukuran dilakukan dari kaki gunung atau dasar laut (from its bottom / base).

153 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Mauna Kea

Ilustrasi Gunung Mauna Kea Mauna Kea ialah sebuah gunung berapi yang tidak aktif yang berada di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat. Ia mempunyai ketinggian 4.205 meter di atas permukaan aras laut. Kelihatan puncak gunung ini jauh lebih rendah daripada gunung Everest yang setinggi 8.848 meter di atas permukaan aras laut. Akan tetapi jika pengiraan ketinggian gunung ini dilakukan dari dasar laut atau kaki gunung, ketinggian sebenar Gunung Mouna Kea ini adalah sekitar 6000 meter lagi di dalam air di bawah paras Lautan Pasifik sehingga total ketinggiannya yang berada di atas permukaan laut dan dasar laut itu apabila dicampurkan adalah mencapai sehingga ke ketinggian 10,205 meter iaitu lebih tinggi daripada ketinggian Gunung Everest menurut laporan United States Geological Survey (USGS). Maka jika menuruti 2 cara pengiraan ketinggian gunung yang dinyatakan di atas, apabila cara pertama dilakukan, maka benarlah bahawa Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian dari paras laut adalah 8.848 meter, disusuli kemudian oleh gunung K2 di Kashmir/Xinjiang (8.611 meter) dan ke 3 tertinggi adalah Gunung Kangchenjunga di Nepal/India ( 8.586 meter).

154 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Namun apabila cara kedua dilakukan, maka Gunung Mauna Kea di Hawaii, USA adalah merupakan gunung yang tertinggi sekali di muka Bumi. Gunung ini menjulang naik dari dasar kedalaman Lautan Pasifik sepanjang 10,205 meter tetapi yang kelihatan hanyalah ketinggian 4.205 meter sahaja dari atas permukaan aras laut. Dengan kaedah pengukuran ke 2 ini, Gunung Everest hanyalah berada di posisi ke 3 tertinggi di dunia di bawah ketinggian Gunung Denali (Mount McKinley) yang berada di Alaska dengan ketinggiannya adalah antara 5,300-5,900 meter dari paras permukaan aras air laut. Gunung Denali juga sebenarnya adalah lebih tinggi daripada Gunung Everest kerana Gunung Everest itu berdiri di atas Dataran Tinggi Tibet dengan ketinggian dataran itu adalah 5.200 meter dari paras permukaan aras air laut. Maka jika pengiraan Gunung Everest dibuat dari paras tinggi Dataran Tinggi Tibet, maka ketinggian Gunung Everest itu hanyalah pada 3.650 meter sahaja.

155 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Ilustrasi Gunung Mauna Kea

Dalam bahasa Hawaii, Mauna Kea bererti Gunung Putih kerana puncaknya yang diliputi salji. Maka oleh kerana itu, puncak bersaljinya sentiasa menarik peminat dan penggemar jet ski untuk meluncur di sana. Lerengnya yang landai telah menjadikan ia sebuah kawasan yang popular bagi aktiviti memburu, mendaki, berkelah dan menikmati pemandangan haiwan dan alam. Dengan keadaan lokasinya yang berhampiran dengan iklim khatulistiwa, ia telah menjadikan Gunung Mauna Kea termasuk di dalam wilayah pemerhati bagi kajian astronomi yang baik. Tahap kelembapan yang rendah dan keadaan langitnya yang cerah telah menjadikan cuaca berhampiran puncak gunung tersebut merupakan titik terbaik untuk meneropong dan menganalisis angkasa. Jarak gunung daripada cahaya bandar yang bersinar dan peraturan sekatan lampu juga telah membantu menyediakan suatu pandangan yang sangat jelas dan baik bagi mengamati angkasa melalui teleskop.

156 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Balai Cerap di Gunung Mauna Kea Ketika ini, Mauna Kea telahpun menjadi tempat bagi 13 buah teleskop termasuk Infrared Telescope Facility NASA, Caltech Submillimeter Observatory, teleskop Subaru Jepun, dan teleskop Keck Interferometer, teleskop cermin-tunggal terbesar di dunia untuk membuat kajian angkasa dan cuaca mereka di gunung berkenaan. Kamera web Pusat Cuaca Mauna Kea juga memberikan keizinan pada peminat dan pencinta pemandangan keindahan alam untuk menjadi saksi dan melihat sendiri bagaimana sedikit proses pencerupan cuaca dan kajian angkasa dilakukan di sana.

Salah satu Balai Cerap di Gunung Mauna Kea

157 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

FENOMENA SINARAN AWAN (CLOUDRAY) DI PULAU MADEIRA, SEPANYOL


Madeira ialah segugusan kepulauan Portugal yang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ungu oleh orang Rom. Pulau ini terletak di bahagian utara Lautan Atlantik pada koordinat 3222.3N, 1616.5W dan 337.8N, 1716.65W. Pulau ini lebih hampir dengan daratan Maghribi/Moroccoberbanding dengan Portugal. Pulau Madeira berkedudukan 560 km di barat Morocco. Pulau ini terkenal dengan sistem pelancongan dan menjadi tempat pilihan utama penduduk di Eropahkerana kehebatan Wain Madeira, bunga-bungaannya, dan kesenian sulamannya, serta sambutan Tahun Baru yang menampilkan pertunjukan bunga api mengagumkan yang merupakan pertunjukan seumpamanya yang terbesar di dunia menurut Rekod Dunia Guinness. Keunikannya tentang pulau ini ialah fenomena cahaya yang menembusi celahan awan seringkali kelihatan seolah-olah bagai sebuah UFO sedang bersembunyi disebalik awan yang tebal. Lihat antara paparannya di bawah:

158 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

159 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

160 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

BENTUK AWAN LENTICULAR YANG UNIK

Lenticular Clouds adalah sejenis awan yang unik yang biasanya terbentuk di sekitar bukit-bukit dan gunung-ganang akibat daripada hasil pergerakkan udara di kawasan pergunungan itu. Awan ini terlihat cukup berbeza, seperti sebuah piring terbang raksasa atau sesuatu yang seperti tumpukan miring pancake. Banyak gunung terkenal di seluruh dunia sering kali difotokan dengan keindahan awan lenticular di langitnya, termasuk Gunung Shasta dan Gunung Fuji. Anda juga mungkin pernah mendengar awan ini disebut sebagai lenticularis altocumular. Awan ini terbentuk ketika arus udara lembab dipaksa naik ke atas ketika ia dihantar melalui pergerakkan angin ke sesebuah gunung, menyebabkan air memeluwap dan membentuk awan. Kadang-kadang hawa udara dipaksa menjadi pola gelombang, menghasilkan apa yang dikenali sebagai awan gelombang. Awan gelombang dapat dilihat seperti cakera yang menyebar keluar daripada sisi bawah angin gunung. Awan ini juga dapat membentuk gelombang miniatur yang kadang-kadang tampak persis seperti laut berombak. Satu perkara yang menarik tentang awan lenticular ini adalah bahawa ia kelihatan seperti tidak berpecah dan kelihatan seperti membeku. Namun hakikatnya adalah tidak sedemikian. Awan ini kelihatan statik kerana aliran udara lembap terus menerus memberikan wap udara yang termeluap dari sisi atas angin bahkan sebagai air yang mengeluap dan akan lenyap dari sisi bawah angin. Awan Lenticular dapat dilihat seperti sedang melayang-layang selama berjam-jam atau hari, sehingga perubahan angin atau cuaca dan awan menyebar lalu berpecah.

161 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Mengamati dan mengenal pasti awan lenticular umumnya cukup mudah, kerana bentuk awannya sangat jelas. Jika anda pernah melihat awan yang kelihatan seperti piring terbang, kanta, atau baret raksasa, bermakna ketika itu anda sedang melihat awan lenticular. Jika anda melihat disekeliling persekitaran awan, anda mungkin dapat melihat ciriciri geografi yang berbukit bukau yang mampu mencipta keadaan yang mengarahkan pada pembentukan awan lenticular. Jika anda tidak melihat gunung atau bukit, ada kemungkinan arus hawa udara bergerak pada arah yang berlawanan untuk mencipta awan gelombang. Ramai orang yang telah menikmati dan memotretkan awan lenticular kerana awan itu tidak dilihat di tempat kediaman mereka dan ia merupakan suatu pengalaman sangat menakjubkan. Jika anda kebetulan tinggal berdekatan gunung yang sering dibungkus dengan awan lenticular, anda mungkin dapat memotretkan awan tersebut setiap hari, melihat cara pergerakkan awan dan perubahan awan yang terjadi atas
162 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

faktor cuaca. Setelah beberapa tahun, anda mungkin mendapati diri anda mampu membuat ramalan cuaca berdasarkan kedudukan, kewujudan, dan bentuk awan. Malah awan lenticular bukan lagi sesuatu yang unik bagi diri anda sendiri selepas itu. Saksikanlah koleksi gambar bentuk awan lenticular yang menarik ini di bawah. Semoga kita bersyukur!

163 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

164 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

165 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

166 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

167 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

168 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

169 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

KUBUR PENCAKAR LANGIT ~ KUBUR METROPOLITAN


Pencakar Langit Mumbai Papar Konsep Pusara Menegak, Pelbagai Jenazah Agama Di Bawah Satu Bumbung Bangunan TANAH perkuburan Islam, Hindu dan Kristian ditempatkan disatu kawasan? Ia mungkin satu perkara yang tidak terjangkau dek akal fikiran tetapi dengan wujudnya Menara Moksha di tengah bandar raya Mumbai, India, membuktikan apa sahaja boleh dibuat atas nama keperluan semasa biarpun pasti pembinaan itu akan mengundang banyak kontroversi. Lebih aneh lagi, kawasan perkuburan yang lazimnya dibina secara melebar, sebaliknya dibina pula secara menegak atau vertikal menerusi idea pembinaan konsep Menara Moksha ini. Biarpun diulit dengan pelbagai kontroversi, rancangan mewujudkan Menara Moksha yang turut digelar sebagai Pusara Menegak ini dibina atas alasan masalah kesesakan penduduk yang amat ketara di bandar raya itu yang menyebabkan tiada lagi ruang untuk yang masih hidup mendiami, apatah lagi bagi yang sudah mati.

Ilustrasi Menara Moksha

Jika diamati, projek itu bukanlah yang pertama di dunia kerana bangunan setinggi 13 tingkat di atas bukit di Santos, Brazil, sudah pun mempunyai penghuni kakunya manakala seorang arkitek Korea Selatan turut melontarkan idea sama bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan berikutan harga tanah yang semakin tinggi di kawasan bandar utama Korea Selatan. Bagi kebanyakan kita, idea pembangunan seperti Menara Moksha itu mungkin tidak masuk akal, tetapi disifatkan praktikal bagi perancangnya. Alasannya - masalah kesesakan penduduk dan kekurangan tanah memaksa kerajaan India perlu memikirkan strategi baru bagi mengatasi masalah kronik kekurangan kawasan tanah perkuburan.

170 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


Di Mumbai, kota kewangan India adalah yang terpadat sekali di negara itu dengan jumlah penduduknya mencecah 20.5 juta orang. Malah, Mumbai atau sebelum ini dikenali sebagai Bombay, turut tersenarai antara 10 bandar raya paling padat di dunia. Semakin padat penduduk, kian ramai pula yang meninggal dunia. Tidak hairanlah, idea mewujudkan Menara Maut ini menarik perhatian ramai walaupun pembinaannya belum dapat dipastikan kerana ia membabitkan banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan.

Ilustrasi dari atas Menara Moksha

Namun bagaimanapun idea serta konsep kubur mega itu sudah mendapat perhatian rama orangi. Apatah lagi projek Menara Moksha itu dikemukakan oleh pihak Council on Tall Buildings and Urban Habitat - satu pertubuhan antarabangsa berpejabat di Amerika Syarikat yang juga pihak berkuasa bagi pembangunan bangunan tinggi, termasuk mengeluarkan senarai bangunan tertinggi dunia. Biarpun mengenengahkan konsep kubur metropolitan, ia tidak meminggirkan kaedah pengebumian tradisi empat agama utama di Mumbai iaitu Islam, Hindu, Buddha dan Parsi. Secara statistiknya, penganut agama Hindu adalah paling ramai di sini iaitu kira-kira 67 peratus, Islam (18 peratus), Buddha (5.2 peratus) dan Kristian (4.2 peratus). Bagi mereka yang beragama Islam, tingkat bawah diperuntukkan berikutan syarat pengkebumian umat islam adalah dengan menanam mayat ke dalam tanah. Bagi penganut agama Hindu dan Kristian pula diperuntukkan di tingkat atas berikutan pengurusan mayat mereka dibuat secara dibakar. Penganut Parsi yang membiarkan mayat untuk dijamah burung nasar, ditempatkan di atas bumbung. Tidak ketinggalan ruang ibadat, meditasi dan tempat letak kereta, turut disediakan. Konsep Menara Moksha dibangunkan dengan tema mesra alam oleh perekanya, Yalin Fu dan Ihsuan Lin bagi memastikan terdapat ruang hijau yang mencukupi merangkumi ketinggian menara itu. Selain kehijauan di seluruh bangunan, rekaannya juga dilengkapi dengan tumbuh-tumbuhan, lapisan tingkatnya juga mengandungi pelbagai lapisan luar seperti tumbuhan, material tenunan dan bingkai besi yang dilapikkan pada dinding bangunan berkenaan yang berfungsi sebagai menyerap haba dan pencemaran.

171 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Ia juga mensasarkan untuk mengguna pakai teknologi baru bagi mengelakkan pembakaran terbuka dalam usaha mengurangkan pencemaran yang semakin meruncing di bandar raya tersebut. Menara berkenaan digambarkan secara menegak bagi menjalankan proses pengurusan pengkebumian mayat yang menyediakan tempat pengkebumian untuk tempoh waktu lima hingga 10 tahun bagi memastikan kemampuan bangunan berkenaan digunakan untuk tempoh panjang. Walau bagaimanapun, perancangan untuk meletakkan tanah perkuburan pelbagai penganut agama mungkin relevan bagi sesetengah pihak tetapi masih ada baik buruknya pada sisi sesuatu agama itu sendiri. Mungkin bagi sesetengah golongan, ia melambangkan perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kepercayaan tetapi sesuatu agama itu sendiri sudah pun menetapkan sempadan sejauh mana untuk kita saling bercampur gaul antara setiap agama yang berbeza. Apa yang pasti menempatkan mayat pelbagai agama di satu tempat walaupun terasing dengan lingkungan tembok dan sebagainya bukanlah sesuatu yang boleh dikaitkan sebagai konsep toleransi bagi satu-satu pegangan. Buat masa sekarang, konsep pembinaan Menara Moksha masih lagi tinggal di atas kertas, tetapi tidak mustahil idea ini pasti akan diangkat kembali oleh mereka yang beranggapan ia adalah jalan penyelesaian terahir bagi masalah kekurangan tanah perkuburan di sesuatu kota metroplitan.

172 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.

Alternatif Cara Lain Pengebumian Mayat SELAIN cara mengebumikan dan membakar mayat, terdapat pelbagai lagi kaedah lain yang digunakan untuk menghantar si mati ke alam barzakh sama ada mengikut ajaran agama atau sekadar meneruskan tradisi warisan. Antara kaedah unik yang diamalkan termasuklah apa yang dikenali sebagai Sky Burial atau pusara langit di Tibet. Amalan yang sudah dilakukan sejak beribu tahun itu membabitkan upacara yang dilakukan oleh golongan tertentu Tibet. Mayat akan dipotong dan dibiarkan di kawasan pengebumian untuk santapan burung nasar, yang dipuja penduduk tempatan sebagai haiwan suci. Terdapat lebih daripada 1,100 kawasan Sky Burial dan yang terbesar terletak di Perkuburan Drigung Til yang menerima secara purata 10 mayat sehari. Sementara di Australia, kawasan perkuburan di Victoria memulakan cara inovatif mengebumikan mayat dengan kaedah mesra alam tetapi agak mahal, ia merupakan alternatif kepada kaedah pembakaran. Hanya terdapat bilik untuk berdiri bagi sesiapa yang memilih untuk dikebumikan di kawasan perkuburan unik itu. Mayat diletakkan ke dalam beg khas dan dikebumikan secara menegak di tanah yang pernah digunakan sebagai padang ragut. Menurut pengendali upacara pengebumian pelik itu, kaedah itu tidak menjejaskan alam sekitar. Di Korea Selatan pula, pembakaran sebagai alternatif kepada pengebumian semakin popular. Menurut akhbar JoongAng Daily, undang-undang lama di Korea mengenai kaedah pengebumian dipinda pada tahun 2001, mengehadkan tempoh 60 tahun untuk dikebumi, dan selepas itu mayat dibakar. Di Sweden, sebuah syarikat memperkenalkan teknik Promession yang menyaksikan mayat tidak diawet tetapi disejukkan sehingga di bawah paras -64 darjah Fahrenheit dengan peti sejuk biasa dan terus dibekukan sehingga -385 darjah Fahrenheit dengan meletakkan ia dalam cecair nitrogen. Mayat beku itu akan menjalani proses yang menyaksikannya menjadi serbuk organik yang bersih dan tidak

173 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Misteri dan Keajaiban Alam . Dibukukan oleh Amirul Imani.


berbau, yang kemudiannya akan dimasukkan ke dalam ruang sedutan yang menyedut semua cecair dalam badan mayat itu.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T buku ini dapat disiapkan setelah mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Untuk makluman semua , segala informasi dari buku ini bukanlah hasil tulisan saya tetapi adalah hasil tulisan bloggerblogger di luar sana. Terima kasih juga kepada fanpage Misteri dan Keajaiban Alam kerana membenarkan saya menerbitkan ebook ini sempena nama fanpagenya. Kebanyakan informasi di sini adalah hasil sumbangan fanpage
http://www.facebook.com/MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact

Insyaalah saya akan terbitkan ebook Misteri Dan Keajaiban Alam Volume 2 nanti. Tetapi mungkin saya akan menerbitkan ebook Konspirasi dan Illuminati terlebih dahulu. Terima kasih kerana download dan membaca. Sebar sebarkan kepada orang ramai ebook ini. Banyak informasi lagi yang saya tidak muatkan dalam ebook ini kerana saya sedang usahakan ebook Volume 2. Semoga informasi dan artikel ini dapat member manfaat kepada anda semua, Insyaalah. Jika ingin menghubungi saya , sila lihat info di bawah. Fb: Kodet Guide Website : Sukan Malaya emel : amirul@gomofm.org

::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari , rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ ::

174 | M i s t e r i d a n K e a j a i b a n A l a m ( V o l u m e 1 )

Anda mungkin juga menyukai