Anda di halaman 1dari 16

Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi Hidangan

makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan.

Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air).
Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.

PIRAMID MAKANAN

Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja. Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Bayi memerlukan lebih banyak protein untuk membesar.


Remaja memerlukan karbohidrat untuk tenaga

Orang bersaiz besar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding orang bersaiz kecil

Lelaki perlukan lebih banyak tenaga kerana kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding perempuan

Mereka yang kerjanya melakukan banyak aktiviti fizikal memerlukan banyak tenaga

Orang yang tinggal di iklim sejuk memerlukan banyak tenaga untuk memanaskan badan

Orang yang sakit jantung memerlukan banyak serat. Wanita hamil perlu banyak folat, fosforus, kalsium dan zat besi

Tenaga disukat dalam unit kalori.


1 kalori = 4.2 joule Nilai kalori makanan adalah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 1 gram makanan dibakar dengan lengkap.

1 kalori (cal) = 4.2 joule ( J ) 1 kilokalori (kcal) = 4.2 kilojoule ( kJ )

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai