Anda di halaman 1dari 23

PERSONALITI GURU

CEMERLANG 2
KOMUNIKASI BERKESAN
DEFINISI
Komunikasi terjemahan daripada perkataan

Inggeris communication yang berasal dari


perkataan Latin communicare yang bermaksud
mengujudkan persamaan
(Shamsudin 1993).

Komunikasi adalah proses penyampai maklumat


melalui satu perutusan yang pelbagai atau sedikit
makna melalui simbol yang dilahirkan dari satu
individu kepada individu lain
(International Encyclopedia of Social Science)
Dari perspektif Islam, komunikasi adalah proses
menyampaikan atau bertukar perutusan dan
maklumat dngan menggunakan prinsip dan
kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al Quran
dan hadis.
(M.Yusuf Husein 1990)

Konteks pendidikan
Suatu proses penyampaian atau pertukaran
maklumat antara dua individu, atau antara
individu dengan sekumpulan orang.
JENIS JENIS KOMUNIKASI
1. Komunikasi secara lisan guru sbg
penyampai maklumat & murid sbg
pendengar & penerima; hanya berkesan
jika maklumat diterima dgn jelas & mudah
difahami.

2. Komunikasi secara bukan lisan


penyampaian mesej melalui gerak isyarat,
spt isyarat tangan, gerak kepala,
ungkapan muka, dll.
FUNGSI KOMUNIKASI
Komunikasi adalah satu proses interaksi yang
membantu proses sosialisasi, melahirkan
institusi sosial dan berpengaruh keatas budaya
dan struktur sosial (Ahli sosiologi)

Komunikasi adalah cara untuk mendapat


pengaruh melalui kempen, memujuk
mempengaruhi, menyebar propaganda,
menggunakan media massa, dsb (Ahli Sains Politik)
Fungsi komunikasi untuk mengadakan
penemuan bersifat peribadi, proses
perbandingan sosial dan menemukan dunia
luar
(De
Vito 1994)

Kesimpulannya, komunikasi berfungsi untuk :


1. untuk berhubung membina hubungan yang
bermakna
2. untuk memujuk dengan tujuan untuk
memanipulasi, mengawal atau
mempengaruhi
3. untuk permainan bertujuan hiburan
Guru cemerlang mampu menggunakan
kemahiran berkomunikasi dan seterusnya
berjaya menghasilkan kreativiti dlm p&p.

Guru cemerlang mampu mengelakkan mslh yg


boleh menjejaskan komunikasi spt kekeliruan,
salahtafsir, bahasa yg kasar, suara yg tidak jelas,
bahasa badan yg tidak sesuai, memberi tekanan
emosi kpd murid, komunikasi tertutup, tidak
memberi perhatian terhadap p&p.

Kehebatan pengajaran guru bergantung kpd


kejelasan suara, gaya pengajaran yg menarik,
flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan,
inovasi, kreatif, dan penglibatan murid dalam
ELEMEN KEMAHIRAN
KOMUNIKASI YANG DIMILIKI
OLEH GURU CEMERLANG
Kemahiran Mendengar
Kemahiran menarik minat pendengar
Kemahiran lisan
Kemahiran bukan lisan
Laras bahasa
Kesantunan dalam komunikasi

(nilai yang ditetapkan oleh


masyarakat)
Kepentingan komunikasi berkesan
berdasarkan peranan guru
Komunikasi berkesan penting bagi seorang
guru cemerlang untuk memainkan
peranannya sebagai :
a.Pengajar -menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan baik dan dapat menarik perhatian
murid-murid utk mengikuti pengajarannya
b.Pendidik - membentuk manusia menjadi insan
yang sempurna dari segi JERIS
c.Agen perubahan -Mempengaruhi murid untuk
berubah ke arah yang lebih baik untuk
kepentingan masa depan mereka.
d. Pemimpin
-memimpin bilik darjah dengan menyediakan diri
sebagai role model yang sesuai
-berhubungan dengan ibu bapa murid

e. Agen Hubungan Sosial


-menggerakkan hubungan sosial melalui
aktiviti yang mendorong proses sosialisasi
-mewujudkan hubungan yang mesra secara peribadi
dan profesional dengan warga sekolah (rakan sejawat,
murid, para pentadbir, kumpulan sokongan dsb) serta
komuniti setempat.

f. Moderator
-menjadi moderator /perantara dalam
menyampaikansesuatu falsafah dan pemikiran
mengenai kehidupan
Sebagai kesimpulannya, Guru Cemerlang
memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi
secara inter dan intra-personal, serta
berkemampuan menyampaikan idea dan
mesej dengan berkesan dalam pelbagai
bentuk komunikasi.
POTENSI GURU
CEMERLANG
Guru Cemerlang adalah guru yang : -----
-berwawasan,
-perintis sesuatu usaha,
-sentiasa merancang, mengelola dan
melaksanakan program-program pendidikan, -
-mampu membuat analisis dan mengambil
tindakan terhadapnya,
-sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, - -
sentiasa terlibat dan menyumbang dalam
kursus, seminar dan bengkel, menjalankan
penyelididkan
-menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa
menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke
arah keupayaan sekolah.
Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang
didapati boleh mengesan masalah pembelajaran
pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat
dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P)
untuk pelajar pelbagai kebolehan

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang


cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi
pelajar dengan kemaskini dan segala strategi
pengajaran didokumentasikan .

Dalam proses pengajaran pula, guru yang


cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia
ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta
melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
Dalam proses pengajaran pula, guru yang
cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia
ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta
melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Mereka merupakan guru yang reflektif dan


sentiasa meneroka secara mendalam dan
berulang kali terhadap amalan dan tindakan
untuk meningkatkan keberkesanan hasil
pengajaran di dalam bilik darjah.

Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-


kata semangat dan perangsang yang adakalanya
dilekatkan di dinding kelas .
Guru cemerlang dapat membangunkan dan
menyumbang khidmat kepakaran subjek yang
diajar terhadap pembelajaran pelajar di mana
sahaja mereka berkhidmat.

Mereka boleh diteladani oleh rakan sejawat ,


boleh menjadi pembimbing kepada guru yang
lain serta penyumbang khidmat bimbingan di
sekolah sekitar daerah di mana mereka
bertugas seterusnya ke peringkat negara.

Semua kepakaran dan pengalaman mereka


dikongsi bersama bagi meningkatkan
pencapaian kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah
Guru cemerlang sentiasa berusaha untuk
menambah ilmu walaupun yang tidak
berkenaan dengan bidang kemahirannya
Ilmu boleh diperolehi secara formal dan

tidak formal.
Guru cemerlang juga akan berusaha

meningkatkan profesionalismenya melalui


pelbagai cara sama ada melalui
kursus/bengkel/seminar yang diadakan atau
dengan cara melanjutkan pelajaran dalam
bidang yang berkaitan
Guru cemerlang dapat memberi sumbangan
kepada kemajuan pendidikan negara:
berupaya menjana idea baru dan berkongsi
idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan negara serta berupaya memberi
buah fikiran yang boleh membantu
peningkatan kualiti pengajaran di institusi di
mana mereka ditempatkan.
KECEMERLANGAN HASIL
KERJA
Guru cemerlang adalah guru yang
berwawasan dan sentiasa berfikiran positif.
Mereka tidak bersikap pasif, malah proaktif
dalam melaksanakan hal-hal yang berkaitan
profesionnya.
Yang sering menjadi keutamaan mereka
ialah sumbangan yang dapat diberikan
kepada pelbagai pihak, warga sekolah
terutama anak didik mereka, komuniti dan
diri mereka sendiri.
Penglibatan guru cemerlang di sekolah
sentiasa membuahkan hasil yang positif
Sumbangan guru cemerlang dapat dilihat
antaranya dalam aspek berikut :
- kejayaan dalam pertandingan yang
disertai
baik bersifat akademik ataupun bukan
akademik
- kejayaan anak didik dalam ujian dan
peperiksaan sama ada di peringkat
sekolah, negeri atau kebangsaan
- - penglibatan aktif mereka dalam komuniti

setempat
berjaya menguruskan kelas yang dipimpin
dari sudut disiplin, keceriaan, akhlak,
keselamatan dan akademik

*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan


dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi
memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti,
tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan
mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada
murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan
penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
Guru Cemerlang berupaya :
meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcome)
membangunkan potensi pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
-menerusi peningkatan minat dan penglibatan
pelajar,
-melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan
dan keupayaan murid dalam membimbing pelajar
di
dalam dan di luar waktu pengajaran,
-menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau
tugasan
-menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
KehebatanGuru Cemerlang di bilik darjah,
mendapat perhatian warga sekolah bagi
mencetus dan menyebarkan usaha ke arah
kecemerlangan pendidikan.

Guru Cemerlang bertindak sebagai pakar


rujuk, role model, mentor serta jurulatih
kepada para guru dan pelajar.
Pendek kata guru cemerlang adalah guru

yang versatile, boleh membawa kemajuan


kepada dirinya sendiri dan warga sekolah
secara khususnya, serta kepada komuniti
dan sistem pendidikan secara umumnya.

Anda mungkin juga menyukai