Anda di halaman 1dari 8

AHLI KUMPULAN: NUR LIYANA BINTI AZMI

DELSIE ANAK DAWI


SOFIA NAJIHA BINTI MOHD SUPI
FATIN NABILAH BINTI JAINOL
ANIS NUR NAZURAH BINTI ZAMZURI
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Menyatakan cahaya bergerak lurus.
2. Memberi contoh aktiviti menunjukkan cahaya bergerak lurus.
3. Membuat inferens tentang pembentukan bayang-bayang.
4. Meramalkan faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.
5. Menguji faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.
6. Membuat kesimpulan tentang faktor yang mempengaruhi saiz
bayang-bayang.
KEMAHIRAN PROSES SAINS YANG TERLIBAT
1. Mengeksperimen
2. Memerhati
3. Membuat hipotesis
4. Mengawal pembolehubah
5. Membuat inferens
CAHAYA BERGERAK LURUS
- bergerak dalam satu garisan lurus sehingga terkena permukaan
sesuatu objek

Contoh :
sinaran matahari melalui tingkap
matahari terbit
lampu sorot
bayang-bayang
Aktiviti yang menunjukkan cahaya
bergerak lurus
Eksperimen : Cahaya bergerak lurus

Tujuan : Untuk menyiasat hubungan antara susunan kadbod dengan


kebolehan untuk melihat sumber cahaya

Hipotesis : Jika kadbod disusun dalam satu garisan lurus, maka sumber
cahaya dapat dilihat melalui lubang pada kadbod-kadbod itu.
Pembolehubah :
(a) dimanipulasi : susunan kadbod-kadbod
(b) bergerak balas : sama ada sumber cahaya boleh dilihat
(c) dimalarkan : saiz lubang pada kadbod

Inferens : Sumber cahaya hanya dapat dilihat melalui lubang kadbod yang disusun
dalam satu garisan lurus kerana cahaya bergerak secara lurus.
Aktiviti yang menunjukkan cahaya
bergerak lurus
Eksperimen : Pembentukan bayang-bayang

Tujuan: untuk menyiasat hubungan antara jarak objek dan sumber cahaya dengan
kesannya keatas saiz bayang-bayang yang terbentuk.

Hipotesis : apabila jarak antara objek dan sumber cahaya bertambah, saiz bayang-
bayang akan berkurangan.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasi : jarak objek dari sumber cahaya
(b) bergerak balas : saiz bayang-bayang
(c) dimalarkan : saiz objek

Inferens : ketinggian bayang-bayang bertambah apabila jarak antara objek dan


sumber cahaya berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai