Anda di halaman 1dari 9

APAKAH ETIKA?

Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya


beberapa ahli perniagaan, Apakah makna etika bagi anda?
Antara jawapan yang diberi ialah:
Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak
atau adat resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia.

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-
nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.
Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai
himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku
individu, organisasi dan profesion.

Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang


betul dan salah dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah
penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa
berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal.
Kod Etika Profesional
Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti
jurutera, doktor, arkitek, peguam, akauntan dan lain-lain amat
penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan
hidup sesuatu masyarakat. Setiap profesion mempunyai kod etika
yang tersendiri.
Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan
tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan
peraturan, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion.
Pedoman

Mengelakkan Fungsi Kod


Berlakunya Etika Pencegahan
Konflik Dan Disiplin
Profesional

Memelihara
Maruah
Profesion
Pedoman:
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi
dan diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak
yang terlibat.
Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh
dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.
Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut
dipamerkan apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
Secara tidak langsung, kod etika menentukan kerja ahli-ahli
dijalankan dengan lebih baik dan teratur.
Pencegahan Dan Disiplin:

Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu


(seperti Kerajaan) sebagai asas untuk menyiasat sebarang
penyelewengan ahli-ahlinya.
Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk
menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika.
Secara tidak langsung, kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya
berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.
Memelihara Maruah Profesion:
Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej
positif kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang
tinggi.
Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat
kod etika yang menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan
tidak boleh dilakukan.
Kod etika merupakan satu panduan kepada ahlinya
mempertahankan integriti profesion masing-masing yang
menjelaskan bahawa setiap ahli perlu menggunakan pengetahuan
yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dengan
memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai.
Mengelakkan Berlakunya Konflik:

Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa


tidak puas hati di kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain
yang berkaitan.
Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang
apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk
menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang terlibat bahawa
perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika.
Kod Etika Perguruan

Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya


tersendiri demi memartabatkan profesion.
Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru.
Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod
etika para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut
diamalkan oleh seorang guru.
Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat
guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus
dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai