Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

PENDEKATAN SPIRITUAL
-Mempercayai Tuhan mencipta manusia berbekalkan akal, roh (nafsu) dan jasad.
-Tingkah laku dipengaruhi oleh akal dan nafsu.

PENDEKATAN BEHAVIORIS
--Manusia dibekalkan dengan pancaindera untuk bertindak balas.
-Tingkah laku dipengaruhi oleh rangsangan dan gerak balas.

PENDEKATAN PSIKOANALITIK
-Melihat manusia mempunyai peristiwa lampau yang mempengaruhi tingkah laku
pada masa kini.

PENDEKATAN HUMANISTIK
-Manusia berpotensi untuk bertingkah laku baik.
- Interaksi dengan persekitaran menentukan potensi baik dalam tingkah laku.

PENDEKATAN KOGNITIF
-Tingkah laku manusia dikuasai oleh cara mereka berfikir.
-Menjadi gagasan sistem kepercayaan yang menentukan tingkah laku.
PENDEKATAN PSIKODINAMIK

PENDEKATAN PSIKODINAMIK : TEORI PSIKOANALISIS

Sigmund Freud merupakan pengasas kepada pendekatan ini,

Menurut beliau, pembentukan tingkah laku seseorang bermula pada zaman awal
kanak-kanak khususnya perkembangan lima tahun terawal.

Penekanan perasaan erotik dan konflik yang berlaku pada usia tersebut dipendam
dalam lapisan minda bawah sedar sehingga tidak menyedari tingkah laku pada masa
kini dipengaruhi oleh peristiwa tersebut.

Untuk mengubah tingkah laku seseorang, individu tersebut perlu meneroka dan
merungkai bahan-bahan yang tersimpan di bahagian minda bawah sedar tersebut.
PENDEKATAN PSIKODINAMIK

SIFAT SEMULA JADI MANUSIA

Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh
dengan desakan yang merosakkan dirinya dan gagal menentukan haluannya
tersendiri.

Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan dan desakan
biologikal.

Manusia terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang bertujuan untuk
mendapatkan kepuasan nasfu sendiri (self gratification).

Desakan jahat ini perlu dibendung dengan pengalaman sosialisasi yang memberi

kesan negatif jika sosialisasi tidak berlaku dengan baik.


PENDEKATAN PSIKODINAMIK

TAHAP KESEDARAN DAN PERSONALITI

Terdapat 3 tahap dalam pembahagian personaliti iaitu tahap sedar, prasedar dan

bawah sedar.

Tahap paling penting dalam pemikiran manusia ialah tahap bawah sedar.

Tahap ini fokus kepada teori psikoanalitik kerana ia sangat luas yang meliputi

sebahagian besar naluri manusia.


PENDEKATAN PSIKODINAMIK

PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU

Sains menunjukkan seseuatu hanya bergerak apabila peroleh tenaga.

Menurut Freud, tenaga seksual (libido) merupakan tenaga jiwa yang bantu manusia

untuk bertingkah laku.

Thanatos merupakan tenaga untuk bertingkah laku negatif dan Eros tenaga yang

positif.

Elemen personaliti id, ego dan superego yang terkandung dalam diri manusia

berinteraksi dalam menentukan agihan tenaga dalam tingkah laku.


PENDEKATAN PSIKODINAMIK

Id berfungsi berteraskan kenikmatan yang mendesak untuk peroleh kepuasan.

Ego elemen personaliti yang berfungsi sebagai penyelaras dalam membenarkan

atau tidak id bertindak menggunakan tenaga libido.

Superego berfungsi atas prinsip moral dan etika.

Permintaan id akan dipertimbangkan oleh peraturan superego, jika positif makan

ego akan membenarkan id menggunakan libido untuk bertindak.

Tindakan negatif berlaku jika ego gagal menahan desakan id kerana lemah dan

kedangkalan maklumat superego untuk memberi input yang sepatutnya.


PENDEKATAN PSIKODINAMIK

INTERVENSI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Menurut Teori Psikoanalitik, tingkah laku boleh diubah jika ia belum menjadi tabiat.

Jika ia telah menjadi tabiat, individu perlu mengetahui peristiwa lampau yang

menyebabkan gangguan semasa perkembangan psikoseksual melalu bantuan

kaunselor atau bantuan diri sendiri.

Yang penting, ego perlu diperkukuhkan untuk guna superego dalam menangani

desakan id.
PENDEKATAN PSIKODINAMIK

ANALISIS DIRI BERDASARKAN TEORI

Tingkah laku kita sama ada positif atau negatif adalah interaksi antara tiga komponen

iaitu ide, ego dan superego.

Interaksi dalaman dikenali sebagai dinamika psikologi yang digelar sebagai suara

hati oleh Freud.

Sekiranya desakan ke arah negatif, maka desakan id tidak rasional sifatnya. Jadi kita

perlu guna ego untuk membuat pertimbangan dan merujuk superego sama ada

tindakan itu betul atau salah.

Anda mungkin juga menyukai