Anda di halaman 1dari 90

BELAJAR CARA BELAJAR

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Julai 2001
KANDUNGAN
Pengenalan
Objektif Modul
Rasional Belajar Cara Belajar
Apakah Belajar Cara Belajar ?
Peranan Guru dan Murid
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran Maklumat
Strategi Metakognitif
Pengurusan Masa
Persediaan Peperiksaan
Contoh Rancangan Pelajaran
1. OBJEKTIF MODUL

Menjelaskan konsep BCB.

Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

Membantu guru melatih guru lain BCB

Menyediakan contoh rancangan p & p


2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

Melatih murid memperoleh maklumat tambahan


di luar waktu sekolah.

Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat


pendidikan untuk belajar seumur hidup.
3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

Murid menggunakan pengetahuan rakan dan


bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

Murid menilai tahap pembelajaran sendiri.


4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik


pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak
Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh


setiap murid untuk meraih kecemerlangan
dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa


kemahiran seperti:
Kemahiran Belajar

Kemahiran Mendengar
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Kemahiran Mengambil Nota
Kemahiran Mengingat
a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks
seperti:
Arahan Lakonan
Puisi Berita
Ucapan Syarahan
Lagu Taklimat
Pengumuman Penerangan
Mengapa perlu didengar....
untuk mendapatkan:
Maklumat
Fakta
Data
Pengetahuan
Penjelasan
Penghayatan muzik, puisi, bunyi
Siapa yang didengar .
Sesiapa sahaja yang
memberi maklumat
memberi penjelasan
membuat pertanyaan
memberi pendapat
b. Kemahiran Membaca

Skimming
Untuk maklumat ringkas dan pantas
Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

Scanning/ Imbasan
Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming
Baca pendahuluan, rumusan dan bab
Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data
Bacaan Intensif

Untuk Maklumat Terperinci


strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question tajuk jadi soalan jawab
Read baca perenggan untuk maklumat
Recite ringkaskan, refrasakan perenggan
Review lihat nota semula, pastikan ingat isi
Baca Laju
Boleh baca laju dan faham kandungan
Tumpuan sepenuhnya masa membaca
Kesan isi penting melalui tanda:
tulisan condong/ bergaris/tebal
graf/gambar rajah/peta minda
Membuat catatan nota
Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran
menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh
itu, menulis cepat memerlukan unsur:
Kelajuan menulis
Tulisan yang boleh dibaca
Mencatat Nota
Mencatat nota adalah aktiviti merekod
fakta,maklumat dan isi penting daripada
bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
Mencatat nota berlaku dalam semua situasi
belajar seperti semasa kuliah, ceramah,
penerangan, temuduga, membaca buku atau
bahan lain.
Mengingat
Mengingat ialah proses pembelajaran yang
berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria dengar
dan deria lihat yang baik.
Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk
mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah
berlaku selepas beberapa jam.
Bagaimana meningkatkan
kemahiran mendengar
Motivasikan diri untuk memberi
sepenuh tumpuan dan perhatian kepada
pembelajaran hari itu
Menumpukan perhatian pada apa
yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis
Memandang ke arah guru.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
KEMAHIRAN MAKLUMAT

Keupayaan mengumpul maklumat secara


berkesan ialah suatu aspek kemahiran
belajar cara belajar yang penting.
Definisi Maklumat

Maklumat ialah
pengetahuan,data,butiran,fakta,
keterangan, atau cerita tentang
sesuatu perkara atau seseorang
Definisi Kemahiran Maklumat

Keupayaan seseorang mengenal pasti


keperluan maklumat mencari dan
mengumpulkan, mengurus dan mengolah
maklumat dan membekalkan maklumat bagi
memenuhi keperluan tertentu.
Kemahiran maklumat terdiri daripada:

Kemahiran perpustakaan
Kemahiran belajar
Kemahiran penyelidikan
Kemahiran komunikasi dan penyampaian
SUMBER MAKLUMAT

Bahan audiovisual
Sumber berasaskan manusia
Contohnya filem, video, aset, cakera laser,
Contohnya ibu bapa, guru, mirofilem, mikrofis, pita magnetik
pakar bidang, tokoh dan
sebagainya.

SUMBER
MAKLUMAT

Sumber berasaskan komputer Bahan bercetak


Contohnya dalam talian dan luar Contohnya buku, majalah, monograf,surat
talian, cakera padat, dan internet. khabar, jurnal dan laporan.
JENIS SUMBER/BAHAN
1. Jurnal 17. Buku Tahunan
2. Laporan /Statistik 18. Monograf
3. Kertas Kerja 19. Buku log/diari
4. Paten 20. Kitab suci/Hadith
5. Standard/Piawaian 21. Almanak
6. Tesis/Disertasi 22. Indeks
7. Katalog Perdagangan 23. Abstrak
8. Ensiklopedia 24. Bibliografi
9. Kamus 25. Ulasan/Resensi
10. Tesaurus 26. Direktori
11. Atlas/Peta 27. Biografi
12. Gazetiar 28. Buku Panduan /Manual
13. Brosur/risalah 29. Pangkalan Data
14. Akhbar Dalam Talian
15. Majalah/Buletin 30. Internet
16. Buku teks/rujukan 31. CD-ROM
MENGENAL PASTI MASALAH DAN
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Memahami tugasan
Menggunakan pelbagai sumber rujukan
Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat
Membina soalan asas
Menentukan maklumat yang diperlukan
Mengenal pasti skop sumber
Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir
semula masalah
MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT

Gunakan teknik imbasan dan luncuran


Pilih bahan, baca, dengar dan tonton
Pastikan sumber sama ada sumber primer
atau sekunder
Mentafsir maklumat visual seperti graf,
peta dan carta.
Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang
dapat menyokong pandangan/hujah
Menilai sumber maklumat dan laman web
untuk mendapatkan yang tepat, boleh
dipercayai, diperakui, dan sesuai dan
pandangan.
Kemahiran Menemu Ramah

Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah


individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang
berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat
secara langsung dalam sesuatu peristiwa.
PERSEDIAAN MENEMU RAMAH
Tentukan maklumat yang diperlukan.
Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak
ditemu ramah.
Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan
maklumat yang dikehendaki (latar belakang
tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).
Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa
dan tempat).
Sediakan dan susun soalan untuk
mencungkil maklumat yang dikehendaki.
Sediakan alat perakam, kamera dan
sebagainya mengikut keperluan.
SEMASA MENEMU RAMAH
Tepati janji temu
Beradab dan gunakan bahasa yang santun
(memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan
ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan
mengucapkan terima kasih).
Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh
bercerita atau menyampaikan maklumat.
Adakan hubungan mata dan mendengar dengan
teliti.
Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai
soalan jika perlu.
Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku
catatan.
Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar
foto dan lain-lain).
KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak


maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu
mengetahui cara mengesan maklumat dengan
cekap tanpa perlu mengingat semuanya.
KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN
MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

menggunakan dengan
kad katalog pembaca
mikrofis

dengan
komputer
OPAC
MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG
Ada tiga jenis laci kad katalog :

Laci kad pengarang


Laci kad perkara
Laci kad judul

Anda boleh menggunakan satu daripada lacI


tersebut berdasarkan maklumat yang anda
ada seperti maklumat pengarang, perkara
dan / atau judul.
Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan
Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini,
terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

000-099 Karya Am
100-199 Falsafah
200-299 Agama
300-399 Sains Kemasyarakatan
400-499 Bahasa
500-599 Sains Tulen
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian dan Hiburan
800-899 Kesusasteraan
900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi
Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit


belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks,
bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan
maklumat yang tertentu .
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

Terdapat dua jilid ensiklopedia:


Jilid maklumat umum atau jilid makro
Jilid maklumat terperinci jilid mikro

Pilih jilid yang mengandungi perkataan


atau huruf yang pertama yang dicap
dengan huruf besar yang berkaitan
dengan maklumat yang hendak dikesan
seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT,
dan KEJADIAN.
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS

Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat


tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu
bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan,
sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa
yang disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus:

kamus umum
kamus khas atau kamus istilah.
MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS
1. Pecahan makna bagi entri dan subentri
(literal dan idiomatik)
2. Jenis kata
3. Maklumat etimologi
4. Label penggunaan
5. Rujuk silang
6. Varian
7. Ejaan
8. Sebutan
9. Istilah
10.Peribahasa
11.Contoh ayat
MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS

1. Perkataan atau kata masukan


disusun mengikut abjad.

2. Pada sudut atas kiri setiap halaman


dalam kamus tertulis kata pertama.

3. Pada sudut atas kanan tertulis kata


terakhir bagi halaman tersebut.
4. Buka terus halaman yang bermula dengan
huruf pertama kata yang ingin dicari
maknanya. Setelah dapat halaman, cari
perkataannya.

Fabulous

fabulous wonderful
entri a fabulous day
frasa It was a fabulous week.
Everything went well Keterangan
ayat makna
Senarai enjin pencarian:
Infoseek (http://www.go.com)
Alta Vista (http://www.altavista.com)
Yahoo (http://www.yahoo.com)
Google (http://www.google.com)
Lycos (http://www.lycos.com)
Cari (http://www.cari.com.my)
CONTOH ENJIN PENCARIAN
CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET
1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet
seperti Netschape, Internet Explorer dan
sebagainya yang tertera pada skrin utama.

2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada


ruang yang ditetapkan.

3. Taip kata carian (search word/search term)


yang berkait dengan perkara , topik atau
tugasan yang dicari.

4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat


tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin
carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa
Melayu atau taip dagger sekiranya tiada
pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian
ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman
web yang akan memberikan rangkaian yang
berkaitan dengan kata carian yang
dimasukkan.

4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan


untuk menentukan sama ada kandungannya
sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.

5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda


masih tidak memperoleh maklumat yang
sesuai atau kurang lengkap.

Selamat Mencuba!
STRATEGI METAKOGNISI

An intellect is someone whose mind watches itself.


- Albert Camus

Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita


ketahui dan yang tidak kita ketahui.
(Costa, A.L.:1981)
Pengertian Metakognisi
Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang
diketahui dan apa yang tidak diketahui.

Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran


merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi.
Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal
fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai
apa yang dipelajari .
STRATEGI METAKOGNISI

Pelajar mengawal pembelajarannya


dengan:

I. Merancang apa yang ingin


dipelajari.
Ii. Memantau kemajuan
pembelajaran diri.
Iii Menilai apa yang
dipelajari.
KEMAHIRAN MERANCANG

Meramal

Menyediakan diri

Membuat perancangan
KEMAHIRAN MEMANTAU

Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya


soalan seperti:

Adakah ini membawa makna kepada saya?


Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
Apakah soalan yang harus saya tanyakan?
KEMAHIRAN MENILAI
Murid perlu membuat refleksi:

Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat


dikuasai ?

Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ?

Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari


dengan strategi yang sesuai.
CARA MENGAJAR METAKOGNISI

Metakognisi tidak perlu diajar sebagai


satu mata pelajaran.
Metakognisi perlu disisipkan dalam
kaedah mengajar, perkembangan
staf dan proses penyeliaan.
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN
METAKOGNISI
MERANCANG
Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan,
guru mengajarkan peraturan yang patut
dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah
dan hala tuju yang harus diikuti.
Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu
memberi peluang kepada murid untuk
berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan
pandangan tingkah laku mereka.
Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu
meminta murid menilai sejauh mana
peraturan itu dipatuhi .
KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA
PERINGKAT METAKOGNISI

Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan


fikiran.

Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri


mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca,
mendengar, melihat dan menonton sesuatu.
PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA

Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari


segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat.

Ini akan membantu pelajar mengikuti proses


metakognisi .
MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA

Guru harus memberikan peluang kepada murid


untuk membuat refleksi dan mengkategorikan
tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria
penilaian sama ada

- membantu atau menghalang;

- yang disukai dan tidak disukai; atau

- baik dan buruk sesuatu aktiviti.


MENGAMBIL KREDIT

Guru harus meminta pelajar


mendapatkan maklum balas daripada
rakan dengan mengajukan soalan seperti:

Bagaimanakah Apakah tindakan


tindakan itu yang
harus diberikan membanggakn
pengiktirafan? diri anda?
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR
Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:

Apakah informasi yang diperlukan?


Apakah alatan yang diperlukan?
Apakah kemahiran yang diperlukan untuk
melakukan tingkah laku berkenaan?

Soalan ini akan memberikan kesedaran dan


pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang
diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru,
keyakinan murid dapat dipertingkatkan.
MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi


dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau
memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan
mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:

GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya


ialah

GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu


saya tentang
MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU
TINDAKAN
Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku
kognitif mereka dengan memberikan label bagi
tindakan itu dengan memuji dan memberi kan
pengiktirafan seperti:

Bagus, kamu sedang membuat satu rangka


tindakan yang baik bagi
Apa yang kamu semua buat adalah satu
eksperimen yang baik.
Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan
kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang
baik.
MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

Biasanya murid mengeluarkan perkataan


sepertitidak adil, tidak baik, sangat tegas.

Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah


yang dimaksudkan tidak adil, tidak baik,
atau sangat tegas kepada murid.
MAIN PERANAN DAN SIMULASI

Dengan kaedah main peranan murid dapat


membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan
membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku
dan sifat peranan tersebut.

Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan


bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi
berlainan.
MENULIS JURNAL
Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu
pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini
membantu murid:

- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan


mereka dalam bentuk simbolik / grafik.

- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan


persepsi asal dengan keputusan baru.

- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara


membuat keputusan.

- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan


mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.
MEMBERIKAN TELADAN

Contoh teladan oleh guru dan menjadi


ikutan oleh murid adalah proses sangat
berkesan.

Untuk tujuan ini, guru hendaklah


menunjukkan dengan jelas bagaimana guru
merancang, mengenal pasti dan menilai
sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat
mencontohinya.
PENGURUSAN MASA

Murid yang berjaya biasanya mempunyai:


1. Jadual waktu
2. Perancangan yang tersusun dan
sistematik.
Apakah jadual waktu dan
Perancangan ?
Jadual Waktu
Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci
dan merangkumi:
1. Sesi pembelajaran
2. Aktiviti-aktiviti lain.

Perancangan
Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran
dan aktiviti-aktiviti lain.
Bagaimana menghasilkan jadual
waktu persendirian?
Tentukan masa untuk sesuatu
mata pelajaran.
Pilih keutamaan.
Tumpuan kepada topik sukar.
Pembahagian sama rata hari ke
hari.
Pilih masa yang paling sesuai.
Peruntukan masa untuk aktiviti-
aktiviti lain.
Selain belajar, masa harus
diperuntukkan untuk :
Berehat.
Membuat kerja rumah.
Bersukan.
Membantu ibu bapa
Aktiviti yang diminati
Kelas tambahan
Apakah kelebihan mempunyai
jadual waktu?
Mengurangkan pembaziran waktu.
Fokus pada pelajaran.
Teratur.
Mengambil kira semua mata pelajaran.
Keutamaan.
Melatih diri supaya tidak menangguhkan
kerja.
GAYA PEMBELAJARAN
Mengapa perlu mengenal pasti gaya
pembelajaran?

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran


yang berbeza.
Fokus terhadap apa yang diperlajari
Memaksimumkan hasil pembelajaran.
Apakah Gaya Pembelajaran?
1. Gaya pembelajaran VAK
2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn
1. Gaya pembelaran VAK
VISUAL

AUDITORI

KINESTETIK
2. Gaya Dunn & Dunn
Berasaskan beberapa aspek :

Alam Sekitar
Emosi
Sosiologi
Fizikal
Psikologi
Alam Sekitar
Bunyi
Cahaya
Suhu
Pola
Emosi
Motivasi
Ketabahan
Tanggung jawab
Struktur
Sosiologi
Sendiri
Pasangan
Rakan Sebaya
Pasukan
Guru
Pelbagai cara
Fizikal
Persepsi
Makan
Waktu
Gerakan
Psikologi
Global atau Analitik
Otak Kiri atau Otak Kanan
Impulsive atau Refleksif
PERSEDIAAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
Peperiksaan
memberikan
pelbagai pengalaman
RISAU
SUKA
DUKA
KECEWA
dan sebagainya.
SEBELUM PEPERIKSAAN
Bersedia
Latihan
Tidur secukupnya
Yakin
Makan secukupnya
Awal
Tenang
Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir
SEMASA PEPERIKSAAN
Baca arahan dengan
teliti
Anggarkan masa
Teruskan kepada
soalan yang lebih
mudah
Jangan panik
releks
GURU PERLU:
Bantu murid tekun
belajar.
Tingkatkan minat
murid terhadap kerja
sekolah.
Bantu murid memberi
perhatian.
Ajar murid teknik
belajar yang betul
Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

Tingkatan : Empat
Masa : 80 minit
Tajuk : Berita / Laporan Sukan
Bidang : Maklumat dan Interpersonal

Hasil pembelajaran:

7.1 Mengenal pasti dan menyatakan


gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi
penting tentang pelbagai bahan yang
didengar, dibaca dan ditonton.
7.2 Memahami dan menyatakan maksud
Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks.
(ii) Mengenal pasti dan menyatakan gambaran
umum dan idea utama dalam pelbagai bahan.

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan


menggunakan soalan pelbagai aras.
Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi
idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan
yang sesuai dalam
perbualan secara bertatasusila.

Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis


Sistem bahasa: Kosa kata
Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan
menulis
Sistem bahasa: Kosa kata
Ilmu: Sukan
Peraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur
dan patriotisme
Kemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar
(merujuk kamus, membuat nota ringkas dan
metakognisi)
- Kajian Masa Depan
Langkah pengajaran dan pembelajaran:

1. Murid mendengar rakaman audio muzik


montaj rancangan sukan TV, dan
bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang
didengar. (set induksi)

2. Guru mengemukakan soalan sebelum


memperdengarkan rakaman audio
laporan sukan dan mencatat isi penting
kepada murid. (metakognisi)
3. Murid dan guru bersoal jawab untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan
kandungan dan format laporan sukan yang
didengar.
4. Murid mendengar rakaman audio temu bual
dengan seorang ahli sukan
terkenal dan menyenaraikan isi penting.
(kemahiran mencatat isi)
5. Murid menyenaraikan isi penting dan
membandingkan jawapan dengan
senarai isi yang disediakan oleh guru.
6. Guru mengedarkan teks temu bual dan
menerangkan cara mengesan isi
penting dalam teks tersebut. (kemahiran
mengenal isi penting)
7. Murid membaca teks yang diedarkan dan
mengesan perkataan sukar serta
merujuk kamus untuk mengetahui makna
perkataan mengikut konteks kemahiran
merujuk.
8. Murid menjalankan main peranan sebagai
pemain badminton negara dan wartawan.
Murid mengulas tentang teknik penyoalan
dan kata yang digunakan dalam temu bual.
Guru membuat ulasan dan rumusan.
9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti
dalam bentuk dialog

Anda mungkin juga menyukai