Anda di halaman 1dari 13

EMOTIKON SEBAGAI

PERUBAHAN BAHASA
DALAM KOMUNITI
SIBER
AHMAD KHAIRUL ASHRAAF BIN SAARI (A147627)
PENGENALAN

H. A. K. Halliday dalam bukunya Exploration Of The Function Of Language yang


menyatakan bahawa Bahasa berfungsi untuk membuat pernyataan, menyampaikan
fakta-fakta, pengetahuan, menjelaskan atau menggambarkan realiti yang sebenarnya.
Pada tahun 2016, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah
mengumumkan bahawa sebanyak 20,000,000 orang pengguna siber telah direkod
menggunakan media sosial dan nilai tersebut akan meningkat hari demi hari.
Perkomunikasian melalui media sosial kerap kali mengalami perubahan variasi bahasa
dalam aspek penggunaan bahasa semasa proses perkomunikasiaan. Hal ini kerana
perkembangan dan perubahan yang dialami dalam bidang teknologi sedikit sebanyak
telah menyebabkan perubahan dalam aspek perkomunikasiaan sesuatu pengguna
bahasa.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti fungsi penggunaan emotikon sebagai komunikasi visual.


2. Menghuraikan perubahan emotikon sebagai bahasa perantaraan dalam
komuniti siber.
BAHASA NONVERBAL

Komunikasi non-verbal merupakan suatu bentuk komunikasi yang


mempunayi perkaitan dengan rasa atau emosi
Selain itu menurut ZainuddinYusof (2015) menyatakan bahawa
komunikasi non-verbal adalah merupakan suatu komunikasi yang
menyampaikan maklumat atau informasi menerusi nonverbal (tanpa
sebarang kata-kata).
Anatara contoh komunikasi non-verbal yang wujud menerusi perinteraksi
seseorang adalah seperti cara berpakaian, potongan rambut, simbol-
simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualitas suara,
gaya emosi, gaya berbicara dan terutamanya emotikon.
EMOTIKON

Emotikon (emoticon) berasal daripada perkataan (emotion + icon)


yang bermaksud ikon yang membawa emosi pengguna.
Emotikon berfungsi sebagai simbol yang menggambarkan emosi
dalam komunikasi khususnya komunikasi siber yang tidak
membenarkan sebarang unsur bahasa badan digunakan.
penggunaan emotikon adalah bertujuan dalam melambangkan
sesuatu makna interaksi adalah berbeza mengikut bentuk dan
budaya sesuatu kawasan.
CONTOH PENGGUNAAN
KELEBHAN KOMUNIKASI VISUAL
(EMOTIKON)
1. Komunikasi visual berfungsi sebagai menterjemahkan yang tidak dapat
diperjelaskan oleh kata-kata, teks, naskah
2. Komunikasi visual sebagai representasi
3. Komunikasi visual dapat menggambarkan pernyataan secara realitinya
4. Komunikasi visual dapat menggambarkan kesan tertentu dan menimbulkan
perasaan tertentu
5. Komunikasi visual sebagai daya tarik dalam perinteraksian
6. Komunikasi visual sebagai pemberi instruksional
EMOTIKON SEBAGAI KOMUNIKASI
NONVERBAL
Seiring perkembangan teknologi zaman sekarang emotikon juga telah mengalami
perubahan bahasa iaitu berdasarkan karakter kartun tertentu dan juga tidak hanya
terdiri dari ekspresi mimik muka dan terdiri daripada gerakan tubuh sahaja.
Menurut Guntur Bayu (2016)
1. Ekspresi wajah
2. Gerakkan tubuh

Emblems
Ilustrator
Affect Display
Regulator
Adaptor
GRAPHICS INTERCHANGE FORMAT (GIF)

GIF merupakan suatu video pendek yang memaparkan atau merakamkan


reaksi atau gelagat yang berdurasi tidak melebihi 6 saat.
Walaupun ianya merupakan video pendek tanpa audio, namun GIF juga
boleh dianggap sebagai perkomunikasiaan baharu dalam menyampaikan
perasaan, perinteraksiaan yang lebih menarik.
BOLEHKAH EMOTIKON MENGGANTIKAN
BAHASA TULISAN DALAM KOMUNIKASI SIBER
untuk mengetahui kesan penggunaan emotikon terhadap penggunaan tulisan sebagai
medium penyampaian maklumat ini, kita seharusnya meneliti aspek ciri-ciri bahasa itu
sendiri.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Abdul Chaer (2007) menerusi bukunya Linguistik
Umum menyatakan bahawa terdapat 12 jenis ciri-ciri atau sifat hakiki sesuatu bahasa.

1. Bahasa itu adalah sebuah sistem 7. Bahasa itu bersifat unik


2. Bahasa itu berwujud lambang 8. Bahasa itu bersifat universal
3. Bahasa itu berupa bunyi 9. Bahasa itu bersifat produktif
4. Bahasa itu bersifat arbitrer 10. Bahasa itu bervariasi
5. Bahasa itu bermakna 11. Bahasa itu bersifat dinamik
6. Bahasa itu bersifat konvensional 12. Bahasa itu manusiawi
PENUTUP

Walaupun emotikon boleh dan dapat menyampaikan sesuatu informasi atau


maklumat yang diperlukan dengan baik, namun tidak kesemuanya begitu.
Hanyalah beberapa konteks ayat sahaja yang dapat disampaikan melalui emotikon
secara sepenuhnya. Hal ini kerana penggunaan emotikon adalah bersifat terhad
untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan terperinci jika dibandingkan
dengan bentuk tulisan. Justeru, emotikon haruslah digunakan bersama dengan
tulisan bagi menambahkan lagi tahap penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih baik dan agar maklumat atau informasi yang ingin disampaikan dapat
diproses dengan baik oleh lawan tuturnya.
RUJUKAN
Artha Arihta Sinuraya (2014) Studi Deskriptif Fungsi Komunikasi Non Verbal Emoticon Dalam Instant Messaging Pada Mahasiswa Departemen
Ilmu Komunikasi USU
Djuwita Utami . 2010 . Karakteristik Penggunaan Bahasa Pada Status Facebook . Uns-Fssr Jur. Sastra Indonesia-C.0205023-2010
Guntur Bayu (2016) Penggunaan Emoticons Pada Aplikasi Chatting BBM Siswa Siswi SMA Taman Siswa
H. A. K. Halliday . 1973 . Exploration Of The Function Of Language . Hodder Publisher
Kalthum Ibrahim . 2017 . Cerminan Jati Diri Penuturnya Dalam Dialek Negeri Sembilan . Jurnal Linguistik Vol. 21 (1) Jun.2017 (029-035)
Nik Safiah Karim, et al., 1995. Personal pronouns and forms of address in Malay. Journal of Asian Pacific Communication
Hasuria Che Omar et. al. 2009. Bahasa verbal dan bukan verbal. 2, Linguistik, sastera dan peradaban. Institut Terjemahan Negara Malaysia ;
[Pulau Pinang] : Universiti Sains Malaysia
Noriah Mohamed . 2003 . Bahasa Sebagai Ciri Jati Diri Membentuk Konsep Komuniti Bahasa . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Richard Hudson . 2000. I amn't . Linguistic Society of America
Saadiah Maalip . 2015 . Pemilihan Bahasa Dalam Komunikasi Di Laman Sosial . Penerbit Ukm Press.
Siti Rahimah Mustaffa; Raja Masittah Raja Ariffin; Normahdiah Sheikh Said . 2014 . Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk . Universiti
Putra Malaysia Press

Anda mungkin juga menyukai