Anda di halaman 1dari 13

Krisis kewangan negara Eropah

• berlaku sejak hujung 2009 hingga 2011 apabila


pelabur enggan melabur kerana enggan berdepan
dengan krisis hutang
• Keadaan ini dihadapi oleh ahli 'Zon Euro'
seperti Greece, Ireland ,Portugal dan Iceland.
• Keadaan ini hampir menyamai Krisis kewangan
2008
• Krisis ini turut menyebabkan Krisis hutang
Amerika Syarikat dan berjangkit ke negara-
negara Asia.
• Pada 9 Mei 2010, Menteri Kewangan Eropah
meluluskan pakej menyelamat bernilai satu trilion dolar
bagi memastikan kestabilan kewangan di seluruh
Eropah .
• Pada 2 Mei 2010, Negara Zon Euro dan Tabung
Kewangan Antarabangsa setuju memberi pinjaman €
110 bilion kepada Greece dengan jaminan ketat.
• Greece berjanji akan menaikkan cukai, memotong bajet
dan mengetatkan dasar fizikalnya.
• Bantuan ini diikuti dengan € 85 bilion pakej
menyelamat kewangan Ireland pada bulan November,
dan € 78 bilion untuk menyelamatkan Portugal pada
Mei 2011.
• Ini adalah krisis Zon Euro yang pertama sejak
ditubuhkan pada 1999.
• Pada Mei 2011, kebimbangan dan hilang
keyakinan ini timbul semula ekoran dari
pembiayaan semula hutang Greece.
• Sebab: rakyat Greece menolak langkah-langkah
penjimatan dan keluar ke jalanan untuk
menyatakan bantahan mereka sehingga
terjadinya rusuhan.
• Pada akhir Jun 2011, kerajaan Greece meluluskan
pakej penjimatan baru dan barulah Kesatuan
Eropah berjanji akan menyokong negara itu.
• Rakyat Greece membantah kerajaan Greece
menerima bantuan kewangan 30 bilion euro
(RM127 bilion) daripada Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) dan Kesatuan Eropah .
• Pada bulan Oktober 2011, pemimpin zon Euro
bersetuju menawarkan pinjaman kedua, €130
bilion bagi keperluan kewangan Greece bagi
tahun fiskal 2012 dan 2013.
• Selain langkah penjimatan, pinjaman ini
mensyaratkan semua pemiutang bersetuju
langkah penstrukturan semula hutang Greece.
Kesan krisis hutang
Amerika Syarikat
• Pasaran saham dunia termasuk Asia merosot.
• Wall Street juga kehilangan momentum.
Saham AS mulai kehilangan momentum.
• Kelembapan di Wall Street adalah tanda
bahawa pelabur masih terus bimbang
berhubung pertumbuhan perlahan global dan
krisis hutang Eropah.
• Harga minyak jatuh di bawah AS$99 setong .
Jepun
• Indeks Nikkei di Jepun turut susut.
• Syarikat Tokyo Electric Power Co memerlukan bantuan untuk
membayar hutangnya.
• Saham Mitsubishi UFJ Financial Group Inc, Mizuho Financial Group
dan Sumitomo Mitsui Financial Group Inc jatuh.
• Tokyo Electric Power Company, Incorporated (TEPCO) berhadapan
kerugian kewangan susulan bencana alam, gempa bumi dan
tsunami, pada 11 Mac 2011 yang merosakkan loji nuklearnya.
Syarikat utiliti itu berusaha mengawal kebocoran radioaktif di loji
Fukushima Dai-ichi. TEPCO cuba mendapatkan pinjaman 2 trilion
yen (AS$24.8 bilion).
• Prestasi pengeluaran kereta Jepun seperti Toyota mampu pulih.
Pengeluaran kenderaan Honda, Nissan dan Denso pembekal utama
Toyota pulih perlahan.
Malaysia
• Pada 6 Ogos 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop yakin ekonomi tidak terjejas dengan krisis
hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.
• Ini kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada perdagangan
dengan China dan India khususnya kelapa sawit dan petroleum.
• Kelembapan ekonomi AS disebabkan kadar pengangguran yang
cukup tinggi iaitu 17%. Kuasa beli rakyat AS akan berkurang dan
eksport Malaysia ke AS dan Eropah akan terjejas. Kemasukan
pelaburan langsung asing (FDI) akan terjejas.Permintaan domestik
dan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)
akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan
ekonomi global.
• Malaysia mampu berhadapan dengan Krisis Kewangan Asia
1997/1998 . Malaysia menolak bantuan IMF sedangkan Thailand
dan Singapura serta Indonesia menjemput IMF.
Greece(Georgios P. Kouretas. The Greek Debt Crisis:
Origins and Implications. Panoeconomicus, 2010,4, pp.
391-40. Received: 27 October 2010.
• Kouretas melihat krisis di Greece ini berpunca daripada ketidakmampanan fiskal dan
ketidakseimbangan luaran. Pertama, walaupun kadar pertumbuhan ekonomi Greece teguh dan
persekitaran makroekonomi yang mengalakkan, kerajaan Greece tidak berjaya dalam
mengurangkan belanjawan defisit di bawah 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) selaras dengan keperluan Pakatan Pertumbuhan dan Kestabilan. Kedua, dalam tempoh
keseluruhan dasar fiskal adalah prokitaran. Oleh itu, dasar fiskal utamanya didorong oleh
perbelanjaan yangmeningkat pada akhir tahun 2009 kepada lebih 50 peratus daripada KDNK.
Kekurangan daya saing ekonomi Greece juga menjadi satu permasalahan. Masalah ini sudah
bermula dari tahun1970-an lagi dan kehilangan daya saing dicerminkan dalam akaun besar defisit
semasa. Dari tempoh 2001 sehingga 2009, kenaikan gaji dan inflasi diselaraskan untuk perubahan
produktiviti melebihi purata kenaikan di seluruh kawasan Eropah.
• ketidakcekapan sektor awam dan gerakan keusahawanan yang rendah. Punca ini dibincangkan oleh
Kouretas kerana perkaitan dengan produktivi rendah dan penyelewengan yang wujud dalam sektor
swasta lebih daripada tiga dekad yang telah membawa kepada penurunan pengeluaran sektor
pembuatan dan sektor ekonomi.Banyak kes dalam sektor swasta berkait rapat dengan sektor awam
kerana kebanyakan kontrak perniagaan diberikan oleh kerajaan. Hal ini telah menyebabkan
merosotnya daya saing ekonomi Greece sejak sektor swasta belajar untuk bergantung kepada
projek-projek kerajaan dalam
apa jua bentuk dan kurang berusaha dalam penyelidikan dan pembangunan, inovasi produk dan
pengeksportan berorientasikan pengeluaran.
Greece
• Tahukah anda apakah punca utama masalah ekonomi Greece?
Jawapannya ialah hutang. Hutang kerajaan Greece telah menjadi
terlampau tinggi kerana semua bantuan kerajaan kepada rakyat
selama ini adalah dengan menggunakan dana yang dipinjam dari
bank German dan Perancis. Oleh kerana pihak pemiutang
merasakan jumlah hutang Greece akan sukar ditangani oleh
kerajaan, maka kadar bunga telah dinaikkan dan ini membuatkan
Greece tersepit. Untuk meyakinkan pihak pemiutang, kerajaan
Greece telah terpaksa mengurangkan perbelanjaan dan oleh itu
belasan ribu pekerja sektor awam telah dibuang kerja manakala
selebihnya dipotong gaji. Bahkan duit untuk pesara pun turut
dipotong. Akibatnya ramai rakyat menderita, terutamanya dari
kalangan yang miskin dan lemah, termasuk warga tua. Puluhan ribu
kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tidur di tepi-tepi jalan.
Sepanyol
• Negara kedua yang boleh diambil iktibar ialah Sepanyol, iaitu sebuah lagi negara maju dengan
pendapatan per kapita pada tahun 2011 sebanyak USD$32,900 (atau RM100,098). Sebelum 2008,
Sepanyol telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang cukup memberangsangkan.
Namun apa yang gagal diberi perhatian oleh kerajaan Sepanyol adalah penyumbang utama kepada
pertumbuhan ekonominya iaitu sektor hartanah yang telah berkembang pesat melalui pembiayaan
dengan hutang. Dan masalah menjadi lebih serius lagi dengan kewujudan elemen spekulasi dalam
pertumbuhan tersebut. Akibatnya harga hartanah melambung tinggi dan ramai rakyat Sepanyol
telah berhutang untuk melabur dalam sektor tersebut.
• Pada tahun 2008, susulan dari kemelesetan ekonomi dunia akibat dari krisis ekonomi `sub-prime’ di
Amerika Syarikat, ekonomi Sepanyol juga telah meleset dan harga hartanah jatuh menjunam. Ramai
pelabur yang berhutang menghadapi masalah dan ramai juga menjadi muflis. Dalam usaha untuk
melonjakkan balik ekonominya, kerajaan Sepanyol terpaksa berbelanja dengan banyak dan
akibatnya hutang kerajaan Sepanyol meningkat dengan mendadak. Nisbah hutang kerajaan
Sepanyol berbanding KNK adalah 55.2% pada tahun 2009. Tetapi ianya telah melonjak naik dengan
cepat dan dianggarkan menjadi 90.5% pada akhir tahun 2013.
Sekarang ini Sepanyol dilanda krisis ekonomi akibat dari krisis hutang tersebut. Akibatnya Sepanyol
menghadapi krisis pengangguran yang paling teruk di Eropah iaitu pada kadar 26.3%. Di kalangan
golongan muda (berumur 16-25 tahun), kadar pengangguran adalah 55.7%.
Ireland
• Negara terakhir yang sepatutnya menjadi iktibar kepada kita ialah Ireland. Negara
tersebut mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat di antara pertengahan
tahun 1990 ke tahun 2007. Tetapi di antara 2002 sehingga 2007, pertumbuhan
ekonominya banyak bergantung kepada pertambahan kredit, yakni hutang. Hutang
isi rumah meningkat dengan cepat akibat dari kenaikan harga dalam sektor
hartanah. Sektor pembinaan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan
ekonomi dan juga peluang pekerjaan.
Oleh kerana bank adalah sumber utama kepada pertumbuhan ekonomi Ireland,
maka saiz bank menjadi besar dan mereka juga mula berhutang daripada sumber-
sumber luar Eropah. Kerajaan Ireland juga mula berbelanja dengan banyak.
Apabila krisis ekonomi dunia melanda pada tahun 2008, seperti apa yang telah
berlaku di Sepanyol, harga hartanah di Ireland juga telah menjunam. Banyak bank
di Ireland dalam keadaan tenat dan mengalami kerugian akibat dari kegagalan
pembeli rumah membayar hutang mereka. Untuk menyelamatkan sektor
perbankan di Ireland, kerajaannya telah menyuntik modal ke dalam bank tersebut
dengan menggunakan dana awam. Akibatnya hutang kerajaan sendiri meningkat
naik dan kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan. Ini telah mengakibatkan
ramai rakyatnya sengsara.
Portugal

Anda mungkin juga menyukai