Anda di halaman 1dari 14

Nota GCI

BAB 3: ISU – ISU EKONOMI DUNIA SEMASA

3.0 Krisis Kewangan Global

- Konsep globalisasi boleh diaplikasikan kepada perkembangan semasa seperti krisis


mata wang, inflasi ,sistem kewangan dan imbangan perdagangan yang membawa
impak ke atas negara membangun .

- Impak pengaruh globalisasi yang negatif mula dirasai oleh negara- negara
membangun terutamanya ke atas perkembangan ekonomi

- Kegawatan ekonomi disebabkan kejatuhan nilai mata wang yang menimbulkan


masalah baru ke atas pembangunan di Asia dan Asia tenggara memberi kesan
yang besar ke atas pelaburan,pertumbuhan dan perkembangan ekonomi serta
kemakmuran Asia yang dilaung –laungkan selama ini.

- Krisis kewangan global yang juga dikenali sebagai Krisis Subprima telah memberi
impak yang mendalam dan berpanjangan kepada ekonomi global .

- Melibatkan isu kredit, inovasi kewangan dan tahap risiko yang berlebihan di
kalangan bank, institusi kewangan dan firma-firma pelaburan utama dunia yang
kebanyakkannya beribu –ribu pejabat dalam kalangan negara-negara maju di
Eropah.

KRISIS KEWANGAN 2008


• Krisis ekonomi sedunia terjadi sehingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh
dunia
• Harga minyak tinggi
• Hasil tanaman makanan seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada
petroleum
• Krisis kredit teruk
• Pengangguran makin meningkat
• Kemelesetan sejagat.

Laporan oleh OECD (Organization of Economic Cooperation Development)


3.1.0 Punca- punca krisis Ekonomi
• Lebihan penawaran kewangan dikebanyakkan negara
• Spekulasi ke atas komoditi
• Kegagalan pertanian
• Peningkatan kos import dari negara China
• Peningkatan permintaan ke atas makanan dan komoditi dari beberapa negara.

Prestasi Ekonomi Global 2008


• Keruntuhan beberapa bank utama di Amerika Syarikat
• Kerajaan Amerika Syarikat telah memperuntukkan US$700 bilion -> pemulihan ekonomi
dan usaha menyelamatkan bank utama .

3.1.1 Sebab Krisis Kewangan Berlaku di Amerika Syarikat

PBB
kekurangan
dana

Liberalisasi Lambakan
ekonomi hutang
yang tidak
terjejas berbayar

Sebab-
sebab
Kecairan Industri
mata wang hartanah
yang ketat merundum

Krisis harga
makanan
dunia
Penerangan untuk sebab –sebab krisis kewangan berlaku di Amerika syarikat

1. HUTANG TIDAK BERBAYAR


• Bank pelaburan keempat terbesar di Amerika muflis
• Banyak rumah terpaksa dilelong -> pembeli tidak mampu membayar
2. KRISIS HARGA MAKANAN
• Bahan makanan dunia diperdagangkan di bursa saham untuk mendapat keuntungan
yang besar
3. LIBERALISASI EKONOMI TERJEJAS
• Kuasa beli rakyat menurun
4. KECAIRAN MATA WANG YANG KETAT
• Bank mula takut untuk memberi pinjaman -> membeli hartanah dan perumahan
5. PBB KEKURANG DANA
• Tidak dapat membantu negara yang sedang membangun
• Negara yang bergantung kepada pakej kewangan Amerika terjejas.

3.1.2 Kesan-kesan krisis kewangan global kepada Malaysia

• Krisis yang terjadi di AS  memberi kesan yang secara terus kepada Malaysia
• Hanya sesetengah bank yang mempunyai bon dan sekuriti, di sana akan mengalami
sedikit gangguan
• Eropah dan Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kuasa beli yang
tinggi
• Apabila berlakunya krisis kewangan di AS, kuasa beli pengguna akan menurun

1. DARI SEGI PELABURAN


• Memerhati perkembangan ekonomi yang terjadi
• Tidak mahu mengambil risiko yang besar
• Pelaburan asing menjunam sebanyak 50%
• Hanya mampu menarik RM26 bilion pelabur pada 2009 berbanding RM51 bilion
pada 2008

2. SEKTOR HARTANAH
• Turut merudum dan perkara ini sangat menakutkan pengusaha, pemaju dan juga para
pelabur itu sendiri
3. SEKTOR PELANCONGAN NEGARA
• Industri yang berkaitan seperti perhotelan, industri kecil dan sederhana terjejas

4. PERDAGANGAN
- Perdagangan dan eksport antarabangsa turut merosot
- Kebanyakan akaun imbangan pembayaran negara di dunia mencatatkan angka
deficit

5. Bursa saham Malaysia


- Mengalami kejatuhan yang amat ketara ke paras 800 mata akibat kesan krisis
kewangan global

6. MATAWANG NEGARA
- Disebabkan krisis yang berlaku di Thai
- Di antara tempon 14 Julai 1997 hingga 7 Januari 1998, nilai ringgit telah jatuh dari
RM2.50 terhadap US$1 -> RM4.88 terhadap US$1.
- Ekonomi negara dalam kedudukan lemah .
3.2 Kemunculan Kuasa Baru Ekonomi Dunia ( BRIC)

 Brazil
 Russia
 India
 China

APA ITU BRIC?


BRIC adalah kesepakatan kumpulan yang merujuk kepada Brazil, Russia, India dan
China yang pada awalnya dikenali sebagai kuasa “Big Four”

3.2.1 China
 China kini muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia , yang sebelum ini
dipegang Jepun.
 Bank Dunia menjangkakan China bakal mendahului Amerika Syarikat sebagai kuasa
ekonomi nombor satu menjelang tahun 2025 .
 Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar memberi impak yang besar
kepada pemulihan ekonomi dunia dan ini melegakan negara - negara seperti Amerika
Syarikat , Jepun serta Eropah.
 Dari tahun 1978 sehingga kini , purata pertumbuhan ekonomi China adalah 9.5 % ,
antara yang tertinggi di dunia.
 Ramai yang menjangkakan China akan mengambil alih kedudukan AS sebagai kuasa
ekonomi terbesar dunia dalam tempoh 10-20 tahun akan datang.
 Jangkaan yang sama telah dibuat ke atas Jepun sejak 30 tahun yang lalu, namun
sehingga kini Jepun masih tidak dapat mengatasi ekonomi AS, bahkan berkemungkinan
besar terpaksa melepaskan kedudukannya sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di
dunia kepada China pada tahun ini.
 Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada China kerana di samping
mempunyai banyak kekuatan, China juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
 Keupayaan China menjadi kuasa baru ekonomi dan rakan dagangan utama dunia
disokong oleh pengukuhan dan juga populasi rakyatnya yang begitu ramai sekali.
 Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga kerjanya yang murah dan terlatih, di
samping potensi pasaran domestik yang besar.
 Kelebihan ini membolehkan mereka menghasilkan barangan pada skala besar dengan
harga yang murah dan berdaya saing.
 Faktor tunggal yang diambil kira oleh pelabur ialah Kestabilan politik, tenaga kerja
terlatih dan keamanan .
 Salah satu faktor yang telah menjadi asas kepada pembentukan kuasa China yakni
sikap rakyat China yang menyanjungi budayanya dan kemajuan penciptaan teknologi
yang juga menjadi asas penting semasa kemuncak pemerintahan Dinasti Han di China.
 Kekuatan ekonomi China yang sedang pesat berkembang itu dikukuhkan dengan
pengaruh politiknya semakin besar dan imejnya dalam bentuk-bentuk lain seperti
penerokaan angkasa lepas.
 Bilangan rakyat China yang semakin ramai,kecanggihan dalam bidang teknologi dan
kedudukan geografinya yang unik adalah merupakan faktor yang mampu membawa
China kearah sebuah kuasa hegemoni yang tunggal.
 Kuasa veto yang dimiliki oleh China menjadi satu kuasa yang mampu menstabilkan
kuasa hegemoni China dan segala tindakan China adalah berselaras dengan kuasa
veto yang dimiliki AS dan negara-negara kuasa besar yang lain
 Selain itu,China turut memiliki kuasa dan pengaruh dalam majlis keselamatan PBB
 Hal ini adalah berdasarkan kedudukan China sebagai ahli tetap badan tersebut.

3.2.2 India
 Pada tahun 2005 mula timbul tentang kemungkinan India boleh mengisi peranan penting
sebagai pengimbang kepada China.
 Apabila diambil kira paduan ekonomi antara China dan India, maka gabungan
kerjasama ini akan kelihatan lebih besar.
 Bagaimanapun, antara China dan India, para peserta forum Ekonomi Dunia masih
meletakkan China sebagai tenaga utama bagi masa depan dunia.
 Salah satu negara yang menjadi rakan perdagangan utama India adalah Amerika
Syarikat.
 Amerika Syarikat mengeksport peralatan kesihatan, peralatan pesawat ,mesin – mesin
canggih, besi tua, alat komputer, dan sebagainya.
 Sebaliknya, India banyak mengeksport berbagai macam hasil pertanian, logam mulia
dan permata, bahan kimia, dan lain sebagainya ke Amerika Syarikat.
 Pertumbuhan ekonomi India sejak tahun-tahun kebelakangan ini mengagumkan
walaupun tidak sehebat dan sepesat China.
 India adalah sebuah negara demokrasi, tidak seperti China.
 Sejak mencapai kemerdekaan, India mengamalkan sistem pasaran.
 kemungkinan kelebihan India untuk menyaingi China di rantau Asia dan menjadi negara
pengimbang untuk AS.
 Dari segi pentadbiran India seperti AS mewarisi sistem British kerana kedua-duanya
adalah bekas tanah jajahan Inggeris.
 Penguasaan bahasa Inggeris oleh rakyat India dan ini memudahkan negara itu
menerima pengaruh AS dan Barat secara terbuka.
 Ini juga mempercepatkan kemasukan India dalam industri teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
 Walaupun China mempunyai penduduk paling banyak di dunia sekali gus menjadikan
Mandarin sebagai bahasa paling banyak digunakan manusia, tetapi ia tidak mampu
mencabar kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa global.
 Pada masa ini, China sememangnya jauh di hadapan berbanding India dari segi
pertumbuhan ekonomi.
 Tetapi sebagai kuasa besar yang utama , India, negara yang mempunyai budaya lebih
terbuka, mempunyai peluang lebih besar dan mudah diterima dunia. India katanya,
mampu muncul sebagai kuasa ekonomi lebih mantap dan dapat diterima oleh
masyarakat dunia.

3.2.3 Brazil
 Brazil mempunyai pasaran bebas sederhana dan sebuah ekonomi berorientasikan ke
dalam. Ekonominya adalah yang terbesar dalam negara-negara Amerika Latin dan
terbesar kedua dalam hemisfera barat.
 Brazil adalah salah sebuah dari ekonomi utama berkembang terpantas di dunai dengan
purata kadar perkembangan KDNK 5 lebih peratus.
 Brazil memiliki sektor teknologi canggih. Brazil mengembangkan projek-projek yang
berkisar daripada kapal selam ke pesawat dan terlibat dalam kajian ruang angkasa.
 Brazil memiliki sebuah pusat pelancaran satelit dan satu-satunya negara di Hemisfera
Selatan untuk mengintegrasikan pasukan bertanggung jawab atas pembangunan
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
 Brazil juga merupakan pelopor dalam bidang penyelidikan minyak air yang dalam dari
mana 73 peratus daripada cadangan syarikat diekstrak.
 Menurut statistik, Brazil adalah negara kapitalis pertama yang membawa bersama-sama
sepuluh kereta terbesar syarikat perakitan dalam wilayah negaranya.
.
1. PERTANIAN
 Dalam masa lima puluh lima tahun (1950-2005), penduduk Brazil meningkat dari 51
juta menjadi sekitar 187 juta penduduk.
 Dalam rangka untuk memenuhi keperluan ini, maka perlu untuk memuat
pembangunan ternakan dan tanaman kegiatan peningkatan selangkah lebih maju.
 Sejak itu, sebuah revolusi hijau otentik telah terjadi, yang membolehkan negara
untuk mencipta dan memperluaskan agribisnis kompleks sektor.
 Namun, beberapa dari hal ini adalah dengan mengorbankan persekitaran, termasuk
Amazon.

2. INDUSTRI
 Brazil mempunyai sektor industri kedua terbesar di Amerika.
 Pelbagai industri Brazil berkisar dari kereta, baja dan petrokimia ke komputer,
pesawat, dan tahan lama penggunaan.
 Dengan kestabilan ekonomi yang meningkat , Brazil telah banyak melabur untuk
peralatan baru dan teknologi dan sebahagian besar yang telah dibeli daripada
syarikat AS.

3.2.3 RUSIA
 Rusia mengamalkan ekonomi pasaran dan amat kaya dengan sumber alam,
terutamanya petroleum dan gas asli.
 Ekonominya adalah yang ke-10 terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan ke-6
terbesar dari segi pariti kuasa beli.
 Semenjak awal abad ke-21, penggunaan domestik yang lebih tinggi serta kestabilan
politik yang meningkat telah memangkinkan pertumbuhan ekonomi di Rusia.
 Negara ini menutup tirai tahun 2008 dengan sembilan tahun pertumbuhan berturut-turut
dengan purata kadar 7% setahun.
 Pertumbuhan ekonomi ini banyak didorong oleh perkhidmatan dan barangan bukan
dagangan untuk pasaran tempatan, daripada penggalian minyak atau bahan galian dan
eksport.
 Purata gaji di Rusia adalah $640 sebulan pada awal tahun 2008, iaitu naik $80 pada
tahun 2000.
 Kira-kira 13.7% orang Rusia hidup di bawah ambang kemiskinan negara pada tahun
2010, kesusutan besar dari 40% sewaktu kemuncak kemelut ekonomi pasca-Soviet
pada tahun 1998.
 Kadar pengangguran di Rusia adalah 6% pada tahun 2007, iaitu turun 12.4% pada
tahun 1999.

3.3 Perubahan Harga Komoditi Utama Dunia.

3.3.1 Maksud Komoditi


Barang yang mempunyai permintaan yang
dibekalkan tanpa pembezaan kualitatif merentasi pasaran. Ia merupakan produk yang
sama tanpa mengira siapakah yang menghasilkannya. Harga pula berdasarkan
penawaran dan permintaan global.

Menurut David L. Scott :


Komoditi adalah sesuatu yang umumnya belum diolah, baik yang dapat
diproses mahupun dijual kembali. Komoditi umumnya diperdagangkan dalam
jumlah yang sangat besar.

Pengeksport Petroleum ( OPEC )


• OPEC(Organization of the Petroleum Exporting Countries)
• OPEC merupakan salah satu Organisasi International yang dibentuk akibat penurunan
harga minyak oleh perusahaan minyak gergasi, seperti: Shell, British Petroleum,
Texaco, Exxon, Mobil, Socal, dan Gulf.
• Perusahaan minyak gergasi menguasai pasaran dan memonopoli minyaknya dengan
memasarkannya ke negara-negara industri besar seperti AS.
• Sementara itu, negara-negara penghasil minyak lumpuh dan mengalami kerugian yang
sangat parah. Oleh itu telah tertubuhnya OPEC

• Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum


Exporting Countries) atau dikenali sebagai (OPEC) merupakan sebuah badan tetap dan
pertubuhan antara kerajaan.
• Ditubuhkan di Persidangan Baghdad pada 10-14 September 1960 oleh Iran, Iraq,
Kuwait, Arab Saudi dan Venezuela.
• Selepas ditubuhkan oleh lima negara tersebut, OPEC seterusnya disertai oleh sembilan
negara lain iaitu
o Qatar pada tahun 1961,

o Indonesia (1962) - namun memberhentikan keahliannya pada Januari 2009

o Libya (1962)

o Emiriah Arab Bersatu (1967)

o Algeria (1969)

o Ecuador (1973) - mengantung keahlian pada Disember 1992 hingga Oktober


2007,
o Angola (2007)

o Gabon (1975-1994).

 OPEC beroperasi di Geneva, Switzerland pada lima tahun awal penubuhannya,


dan berpindah ke Vienna, Austria pada 1 September 1965.OPEC mengandungi
11 negara, termasuk tujuh negara-negara Arab selain negara-negara
pengeksport minyak terbesar dan membangun seperti Iran dan Venezuela.

Tujuan OPEC
 Memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan.
 Memastikan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar.
 Memberi pemulangan modal yang adil terhadap sesiapa yang melabur di dalam
industri petroleum.

Faktor-Faktor Kenaikan Harga Minyak

Permintaan Keadaan yang


melebihi tidak stabil di
sumber yang beberapa
ada buah negara
OPEC

Faktor-
faktor

Penurunan
kadar nilai
mata wang Cuaca buruk di
Amerika negara
Kesan Krisis terhadap Institusi Kewangan dan Perbelanjaan Pendidikan Malaysia.

Kesan Terhadap Pendapatan Negara


 Harganya petroleum semakin meningkat.
 Berpotensi menaikkan kadar inflasi.
 Pertumbuhan ekonomi negara akan berkurang.
 Harga barangan di pasaran akan naik.
 Kos pengangkutan dan pemprosesan juga akan meningkat.
 Harga barangan yang naik akan menyebabkan kuasa pengguna berkurang.

Kesan Kenaikan Harga Petroleum Terhadap Perbelanjaan Pendidikan


• Kos pembinaaan sekolah semakin meningkat.
• Sukar membangunkan sekolah-sekolah pedalaman kerana memakan berjuta kos.
• Perbelanjaan pendidikan per satu anak semakin tinggi kerana harga buku, perbelanjaan
pengangkutan dan bahan pembelajaran juga tinggi.
• Banyak projek terbengkalai kerana tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi.
• Kemunduran dari segi ICT bagi sekolah pedalaman kemahiran ICT kurang berbanding
pelajar sekolah bandar.
• Ibu bapa tidak mendorong anak meneruskan pengajian hingga ke peringkat tertinggi
kerana kos yang mahal.

3.4 Kesan krisis terhadap institusi kewangan dan perbelanjaan pendidikan di


Malaysia
3.4.1 DEFINISI
KRISIS • Keadaan yg tegang dalam politik dan lain-lain yang disebabkan suatu masalah
yang serius; kekacauan (dalam persatuan dan lain-lain). ~ keadaan ekonomi yg tidak stabil .

 Krisis ekonomi dan kewangan global turut turut memberikan kesan terhadap
sistem kewangan negara. keadaan ini seolah-olah menguji kewibawaan untuk
menguruskan ekonomi selepas peristiwa pahit pada pada tahun 1997 dan 1998.

 Krisis Asia bermula pada pertengahan 1997 dan mempengaruhi mata wang, pasaran
saham dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara. Bermula dengan kejadian di
Amerika Selatan, pelabur Barat kehilangan kepercayaan terhadap keamanan di Asia
Timur dan mulai menarik kembali wang pelaburan mereka.

 Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1997 – 1998. • Ekonomi mencatatkan
pertumbuhan negatif sebanyak 7.4 peratus dalam tahun 1998. • Semua negara yang
dilanda krisis mengalami kejatuhan nilai matawang, nilai pasaran saham dan kejatuhan
nilai aset. • Serangan spekulatif ke atas matawang di beberapa negara Asia Timur
termasuklah Ringgit

 . Indeks KLSE(Kuala Lumpur Stock Exchange) menjunam dari 1,200 mata kepada
paras di bawah 600 mata, nilai ringgit merosot sebanyak 50% daripada RM2.50 kepada
RM4.10 bagi setiap dollar.

NILAI MATA WANG RINGGIT MALAYSIA SEMASA KRISIS EKONOMI BERLAKU PADA
TAHUN 1997 & 1998

 TIGA ISU UTAMA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN OLEH SISTEM


PENGURUSAN EKONOMI NEGARA.
•Keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan
daripada kemerosotan ekonomi global pada tahun 2009 • Usaha memantapkan
kedudukan kewangan awam atau public finance yang mengalami defisit sejak tahun
1998
• Hasrat untuk merombak beberapa dasar bagi meningkatkan daya saing negara serta
mencapai model pertumbuhan berasaskan pendapatan (nilai tambah) yang tinggi .

I SU PERTAMA

 Pada tahun 1986, negara telah terjejas oleh kejatuhan harga komoditi dan kedudukan
kewangan awam yang lemah
 Kerajaan telah mengambil tindakan liberalisasi dan deregulasi.
 Kerajaan juga telah mengurangkan cukai dan mengawal perbelanjaan awam bagi
memperbaik iklim pelaburan swasta.
• Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dikenali sebagai East Asian financial krisis .
Berpunca daripada aliran modal jangka pendek yang tidak terkawal di rantau ini, serangan ke
atas mata wang dan kegiatan hedge fund .

 Tindakan kerajaan mengawal modal (capital control) menerusi MTEN , menetapkan


matawang (pegging of Ringgit) serta meningkatkan permintaan agregat menerusi
perbelanjaan awam dan dasar kewangan (monetary) telah berjaya menstabilkan
ekonomi negara
 Dengan bantuan kedudukan pasaran eksport yang menggalakkan ketika itu, Malaysia
berjaya keluar daripada
  • Namun, usaha untuk mengatasi krisis ekonomi semasa pada tahun 2009 lebih
mencabar. China dan India juga termasuk dalam ketidaktentuan ekonomi Amerika
Syarikat , Kesatuan Eropah dan Jepun.
 Ketika itu, sektor eksport kurang memainkan peranan untuk memantapkan proses
pemulihan ekonomi negara. Oleh itu, kesan Pakej Rangsangan Ekonomi sepenuhnya
hanya berputar dalam sektor domestik.
 Pasaran domestik negara Malaysia tidak sebesar pasaran dalaman China, India dan
Indonesia. Oleh itu, pasaran domestik tidak mampu memacu pertumbuhan positif
negara bagi tahun 2009

ISU KEDUA

 Kerajaan akan berdepan dengan cabaran mengawal perbelanjaan dan meningkatkan


hasil (revenue).
• Pengawalan perbelanjaan adalah terhad kerana beberapa jenis perbelanjaan operasi
yang wajib disediakan seperti emolumen, gaji dan elaun geran kepada negeri-negeri dan
kerajaan tempatan, bayaran hutang awam serta beberapa subsidi yang sukar dirungkai
akibat penyediaan.

 Usaha mengurangkan subsidi-subsidi tersebut ini perlu dilakukan secara komprehensif


dan dilaksanakan berperingkat-berperingkat kerana penghapusannya akan
menimbulkan kerumitan • Untuk membantu masyarakat, kerajaan telah menyediakan
bantuan buku sekolah, biasiswa, kos perubatan di hospital dan klinik awam yang rendah
serta subsidi untuk bahan api seperti minyak dan petrol.
 Kerajaan juga telah memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bagi
menambahkan sumber pendapatan negara. • Salah satu cara mengurangkan
perbelanjaan negara ialah melalui Dasar Penswastaan yang dilakukan oleh kerajaan
ISU KETIGA
• Kerajaan perlu meningkatkan daya saing dan melaksanakan pembangunan berteraskan nilai
tambah (value added) yang tinggi.
• Perubahan dalam sistem subsidi, sistem kawalan harga, pembaikan sistem penyampaian
(delivery system), liberalisasi, peningkatan produktiviti dan kemahiran modal insan serta
memperkaya harta intelek negara adalah antara perkara pokok yang perlu dilaksanakan secara
terancang.
Negara juga perlu mencari model pertumbuhan baharu untuk mengimbangi antara
pertumbuhan pendapatan pada kadar tinggi dan aspek pengagihan perlu diteruskan kerana
dasar tersebut merupakan dasar jangka panjang negara yang termaktub dalam Rukun Negara 

Anda mungkin juga menyukai