Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PERNIAGAAN EKONOMI DAN PERAKAUNAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEMESTER 2(2017/2018)

BC 32203 EKONOMI INDUSTRI

MIDTERM

Nama Pensyarah:Madame Diana Nabila Chau Abdullah

Nama: Suwaif bin Alias

No. Matrik: :BB15160938


KRISIS EKONOMI 2008

Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi,perdagangan,


gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan
berlarutan pada tahun 2008. Keadaan ini dilihat sama dengan Krisis Kewangan Asia 1998 yang
melanda Thailand,Indonesia, Malaysia, dan lain-lain. Malahan akan berulang. Krisis ekonomi Commented [s1]:

global yang terjadi pada tahun 2008 sebenarnya bermula pada krisis ekonomi yang berlaku di
Amerika Syarikat yang Kemudiannya Merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia,
termasuklah negara kita sendiri iaitu Malaysia. Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada
September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam
masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan . Bursa Saham Wall Street terus jatuh dan
boleh menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi.
Krisis ekonomi di Amerika bermula apabila Terdapat Kecenderungan untuk
mengkonsumsi atau kecenderungan untuk memgguna (propincity to Consume). Rakyat
Amerika hidup dalam konsumerisme di luar batas kemampuan pendapatan yang diterimanya.
Mereka hidup dalam hutang, berbelanja dengan Kad kredit, dan kredit perumahan. Akibatnya
Institusi kewangan yang memberikan kredit tersebut gulung tikar ataupun muflis karena
kehilangan Kecairan tunai, lambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai
institusi kewangan di negara Amerika. Kerana piutang syarikat kepada para kreditor perumahan
telah digadaikan kepada Institusi pemberi pinjaman. Pada akhirnya syarikat-syarikat tersebut
terpaksa gulung tikar karena tidak dapat membayar seluruh hutang-hutangnya.

Nasib syarikat insurans terkemuka AS juga masih terumbang-ambing. Syarikat insurans


terbesar dunia American International Group (AIG) dan bank pinjaman dan simpanan terbesar
AS, Washington Mutual berada di ambang kemuflisan. Fenomena yang berlaku di AS dan
kesannya kepada ekonomi sejagat merupakan gejala atau petanda yang membawa ke arah
malapetaka ekonomi yang diharapkan tidak membawa pengulangan kepada kemelesetan besar
seperti yang berlaku pada 1930-an dahulu

Keruntuhan syarikat-syarikat Kewangan tersebut mengakibatkan bursa saham Wall Street


menjadi Tidak berdaya, Syarikat-syarikat besar seperti Lehman Brothers dan Goldman Sachs pun
tidak sanggup bertahan. Kebankrapan mendadak Lehman Brothers dan Merrill Lynch telah
menghilangkan sejumlah besar kecairan (wang tunai) daripada ekonomi. Ini kerana nilai wang
kertas itu telah jatuh berikutan spekulasi yang berlaku sepanjang sedekad yang lalu. Ia
seterusnya akan melemahkan imbangan kira-kira yang akhirnya menggoncangkan institusi bank
itu sendiri.

Krisis tersebut terus merambat ke sektor sebenar dan Sektor bukan kewangan di seluruh
dunia. Krisis kewangan di Amerika Syarikat pada awal dan pertengahan tahun 2008 telah
menyebabkan menurunnya Kuasa beli masyarakat Amerika Syarikat yang selama ini dikenal Commented [s2]:

sebagai konsumer atau pengguna terbesar bagi produk-produk dari berbagai negara di seluruh
dunia. Penurunan daya serap pasaran telah menyebabkan nisbah import menurun secara drastik
dan ini juga menyebabkan menurunnya eksport dari negara-negara pengeluar daripada berbagai
jenis produk yang selama ini dikonsumsi ataupun yang digunakan oleh industri Amerika Syarikat.
Oleh karena nisbah ekonomi Amerika Syarikat itu sangat besar, maka sudah tentu dampaknya
kepada semua negara pengeksport di seluruh dunia menjadi serius, terutama negara-negara
yang bergantung dengan pasaran Amerika syarikat dengan Mengeksport barangannya ke negara
tersebut.

Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran
bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan
Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa
syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700
bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup. Pada bulan februari tahun 2008, sebanyak 63000
telah dianggarkan di amerika syarikat hilang pekerjaan dalam kejadian pengangguran terbesar
sejak lima tahun. Manakala pada bulan september 2008 pula sebanyak 159000 orang lagi hilang
pekerjaan. Maka purata hilang kerja bulanan dari januari hingga september 2008 adalah
sebanyak 84000 orang sebulan. Ketiadaan modal yang diperlukan bagi membiayai operasi
perniagaan kewangan akan menggugat kegiatan ekonomi menyebabkan pengangguran dan
kemelesetan yang seterusnya menjejaskan harga rumah (isu subprima misalnya) dan
perbelanjaan pengguna.

Krisis ini sebenarnya bermula dengan beberapa faktor seperti peningkatan harga minyak
mentah yang memunjak kepada US$147 seton pada Julai 2008; kini susut kepada US$ 51 seton.
Kos bahan makan turut meningkat; berpunca dari bahan makanan sebagai sumber alternatif
kepada petroleum-biofuel; inflasi global, krisis kredit yang membawa kepada bankrapsi bank-
bank utama dunia, peningkatan pengganguran serta kemelesatan ekonomi global yang
berpanjangan. Pada Februari 2008, OECD Outlook (Organization of Economic Cooperation
Development) melapurkan bahawa, inflasi di peringkat global telah mencecah ke paras tertinggi
dalam sejarah. Lebihan penawaran kewangan di kebanyakkan negara, pertumbuhan yang
memberangsangkan yang di dorong oleh tahap kecairan yang tinggi di kalangan negara Asia,
spekulasi ke atas komoditi, kegagalan pertanian, peningkatan kos import dari negara China dan
peningkatan permintaan ke atas makanan dan komoditi dari beberapa negara

Krisis ekonomi Amerika tersebut yang semakin lama semakin merambat menjadi krisis
ekonomi global kerana sebenarnya perekonomian di dunia ini saling terhubung antara satu sama
lainnya, peristiwa yang terjadi di suatu tempat akan berpengaruh di tempat lainnya. Bahkan Ada
juga kes dimana apabila berlaku satu krisis terdapat sesebuah negara yang merasakan kesan
krisis ekonomi jauh lebih besar daripada yang terjadi di tempat asalnya. Oleh karena itu Malaysia
juga turut merasakan krisis ekonomi global ini.

Walaupun begitu, Malaysia tidak menerima kesan langsung kerana sejak dahulu Malaysia
tidak menerima pakej pinjaman kewangan perumahan dan subprima dari Amerika. Namun kesan
masih ada kerana import dan eksport antara kedua-dua negara. Malaysia cukup berhati-hati
dengan Perjanjian Perdangan Bebas yang dimeterai antara kedua-dua negara. Meskipun tidak
terkena secara langsung tetapi tempias keadaan di AS turut mempengaruhi harga saham di Bursa
Malaysia apabila Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam hampir 40 mata kepada
963.29 mata pada september 2008.

Anda mungkin juga menyukai