Anda di halaman 1dari 18

CATARACT

FATAINA LAILAA BINTI AHMAD SHAH


DEFINISI

 suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih


menjadi keruh/kabur.
 Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang
sebahagiannya diselaputi kotoran.
 Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan,
kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau
pengambilan sesetengah jenis ubat.
 Katarak adalah punca utama terjadi buta tetapi
boleh dipulihkan.
ETIOLOGI

 Mata terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa


yang panjang.
 Penyakit tertentu, seperti kencing manis atau keradangan di
bahagian tengah mata (uveitis) jangka panjang.
 Pengambilan dos ubat yang tinggi untuk masa yang lama
seperti ubat corticosteroid .
 Mengalami kecederaan mata seperti terkena benda tajam.
 Mempunyai sejarah keluarga katarak.
 Diet yang tidak sihat dan kekurangan vitamin.
 Pengambilan minuman keras dalam kuantiti yang banyak
secra tetap.
 Tabiat merokok.
MANIFESTASI KLINIKAL

 Mata sensitif apabila terdedah kepada cahaya yang


terang.
 Sukar untuk melihat apabila cahaya malap
(terutamanya pada waktu malam) atau sangat cerah.
 Semua kelihatan double version
 Semua kelihatan seperti mempunyai warna kuning
atau coklat.
 Saiz kanta cermin mata yang sering berubah.
 Warna kelihatan pudar atau tidak jelas.
INSIDEN

 Sering terjadi pada usia 40 tahun keatas


-usia 65-70 tahun =50%
-usia >75 tahun = 75%
 Peratus Perempuan lebih berpontesi mendapat
cataract berbanding lelaki
INVESTIGATION

 Ujian mata –snellen vision test


Tujuan:
- Mengenalpasti tahap penglihatan pesakit
- Barisan nombor –semakin mengecil
- Jarak 20 kaki atau 6 meter –menggunakan sebelah mata.
 Pemeriksaan oftalmoskopik - mengenalpasti lokasi dan tahap
penyebaran
 Contrast sensitivity –carta seperti carta snellen tetapi
mengandungi huruf sama saiz dan berlainan latar belakang
untuk menguji sensitiviti kontra pesakit.
 Glare sensitivity - pesakit membaca carta yang sama sebanyak
dua kali iaitu dengan tanpa cahaya.
 Tonometry - untuk mengukur tekanan intra ocular kerana
mature cataract boleh menyebabkan glaucoma
MANAGEMENT

 Sekiranya sedikit sahaja penglihatan terjejas,


pembedahan tidak perlu dilakukan.
 Hanya menukar preskripsi cermin mata dapat
membantu pesakit melihat dengan lebih baik untuk
sementara waktu.
 Tiada ubat-ubatan khasuntuk merawat,hanya
dengan ubat titis mata, senaman atau cermin mata
yang boleh mengubati katarak.
 Hanya pembedahan sahaja yang boleh merawat
katarak.
SURGIKAL

 Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang


berselaput dikeluarkan dari mata .
 Dalam kebanyakan kes, kanta yang asli ini akan
digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL)
yang kekal
 Jenis Pembedahan Katarak
 a) Phacoemulsification
 Ianya ialah pembedahan katarak luka kecil (lebih kurang 3mm). Isi kanta disedut keluar
melalui bukaan 3mm dengan bantuan tenaga Ultrasound. Implan kanta kekal dimasukkan ke
dalam bag kanta dalam mata.

 Alat khas digunakan untuk menyedut keluar katarak menerusi insisi kecil

 Implan kanta kekal dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mata

 Implan kanta kekal diantara bag kanta dalam mataPembuangan katarak melalui Pembedahan
Phacoemulsification
 b) Extra capsular cataract Extraction (ECCE)
 Memerlukan bukaan luka yang lebih besar, lebih kurang 7mm. Isi kanta
dikeluarkan, implan kanta dimasukkan ke dalam bag kanta melaui bukaan yang
lebih besar berbanding dengan teknik Phacoemulsification.
 Kanta di keluarkan secara manual melalui insisi 7mm.
 Implan kanta kekal dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mataInsisi di tutup dan
di jahitPembuangan katarak melalui Pembedahan Extracapsular Cataract
Extraction

 Pilihan Bius Pembedahan


 Bius menyeluruh
 Jarang digunakan
 Hanya untuk segelintir pesakit katarak

 Bius setempat
Terdapat beberapa cara / pilihan untuk bius setempat
 Ubat bius titis mata Topikal
 Suntikan Ubat bius sekitar mat
 Persediaan Sebelum Pembedahan
 Pemeriksaan spesifik mata pesakit
 Pemeriksaan menyeluruh fizikal pesakit bagi memastikan
pesakit selamat untuk menjalani pembedahan katarak
 Pengesahan pembedahan dan penetapan tarikh pembedahan
jika pesakit cukup sihat untuk menjalani pembedahan.
 Kaunseling dengan pesakit mengenai jenis pembedahan, jenis
bius pembedahan, jenis kanta yang sesuai serta kos
pembedahan dan risiko pembedahan.
 Pesakit juga akan diberikan kaunseling pra-bedah oleh
Paramedik terlatih mengenai penjagaan sebelum dan selepas
pembedahan
 Peringatan Selepas Pembedahan
 Gunakan ubat / ubat titis mata seperti yang diarahkan
 Jaga kebersihan
 Elak kecederaan
 Elakkan menggosok atau menekan mata dengan kuat
 Perlindungan : Seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Pesakit perlu menggunakan penutup pelindung mata
semasa tidur terutamanya pada minggu pertama selepas
pembedahan. Cermin mata gelap boleh digunakan
semasa siang hariterutamanya semasa berada di luar
rumah untuk mengelakkan rasa tidak selesa / silau yang
melampau dari cahaya yang kuat dan juga bagi
mengelakkan sebarang kecederaan.
 Mencuci muka : Pesakit perlu membersihkan muka dengan
lembut dan hati-hati terutamanya pada minggu pertama
selepas pembedahan. Jangan biarkan air / sabun / syampu /
minyak rambut atau sebagainya masuk terus ke dalam mata.
Gunakan tuala / kain bersih yang lembut untuk
membersihkan muka.
 Bercukur : Tiada halangan untuk bercuku (janggut/misai).
 Mandi : Pesakit boleh mandi seperti biasa. Walau
bagaimanapun, elak sebarang benda dari masuk ke dalam
mata (air / sabun / syampu / minyak rambut etc).
 Mencuci rambut : Pesakit boleh mencuci rambut tetapi,
pastikan syampu / air tidak masuk terus ke dalam mata.
 Bersukan : Pesakit boleh melakukan seperti biasa seperti berjalan,
membaca dan menonton televisyen. Walau bagaimanapun elakkan
aktiviti berat / lasak seperti berjoging, angkat berat, berenang,
berkebun, senamrobik, sebarang sukan / permainan lasak dan lain-
lain untuk 2 bulan pertama selepas pembedahan.
 Hubungan seks : Pesakit boleh kembali aktif 1 hingga 2 minggu
selepas pembedahan bergantung kepada nasihat doktor
 Pemakaian kosmetik muka / Bersolek : Pesakit dinasihatkan
agar tidak menggunakan sebarang kosmetik mata untuk 6 minggu
pertama selepas pembedahan seperti maskara, celak dan bulu mata
palsu.
 Pemakanan / Diet : Tiada pantang dalam pemakanan dan
pesakit boleh mengambil diet yang biasa diambil. Bagaimanapun
jenis pemakanan hendaklah seperti yang disyorkan mengikut
masalah kesihatan pesakit. Yang penting elakkan sembelit dan
minum banyak air.
 Memandu : Cuba elakkan dari memandu melainkan dengan
nasihat doktor.
 Bekerja : Pesakit boleh kembali bekerja dalam masa 1 hingga 4
munggu selepas pembedahan, bergantung kepada jenis perkerjaan
dan atas nasihat doktor.
 Gejala / Tanda-tanda yang normal selepas pembedahan
: Selepas pembedahan, pesakit mungkin akan mengalami beberapa
gejala / tanda ringan, yang akan beransur-ansur hilang sehingga 6-
8 minggu. Antara gejala / tanda tersebut seperti mata kelihatan
merah, mata berair, rasa tidak selesa pada mata, rasa silau terhadap
cahaya dan mata kelihatan kecil sedikit.
 Gejala / Tanda amaran : Sekiranya sebarang gejala yang
disebutkan dia atas semakin teruk, seperti : mata semakin sakit dan
kabur, mata semakin bengkak dan merah, ataupun mata telah
mengalami kecederaan; segeralah berjumpa dengan doktor.
KOMPLIKASI

 Pandangan mata semakin samar akibat lensa yang terus-


menerus kabur dan berwarna seperti susu.
 Sensitif terhadap cahaya matahari lebih tinggi dari waktu
ke waktu sehingga penderita benar-benar tidak nyaman
terhadap silau.
 Pada awalnya mungkin penglihatan terhadap suatu
benda masih jelas, namun lama-kelamaan penderita
akan merasa kurang selesa dan melihat sebuah objek
seakan menjadi dua.
 Mudah mendapat glaukoma atau radang mata yang
berlaku akibat katarak yang terlalu matang
 Keadaan ini boleh menyebabkan buta kekal (tidak boleh
dipulihkan).

Anda mungkin juga menyukai