Anda di halaman 1dari 20

Sahsiah Guru

Pendidikan
Islam
Profesionalisme
Kemahiran pedagogi
▧ Pedagogi merupakan satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang bersifat seni dan sains
dalam penyampaian isi kandungan.
▧ Pedagogi melibatkan kajian mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
bilik darjah, organisasi sekolah dan juga
interaksi guru dan pelajar.
▧ Menguasai Isi Kandungan: Berpengetahuan,
berkemahiran, dan berpengalaman mengintegrasikan serta
membina satu pengajaran yang mantap dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

▧ Mengesan Perkembangan Murid: Berkemahiran


merancang program bagi menyokong dan membantu
perkembangan murid melalui strategi sharply focused,
deep dive, analisis data, mempelbagaikan kaedah dan
aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah.

▧ Menguasai Kemahiran Psikologi Pembelajaran:


Berkemahiran memahami bertingkah laku setiap murid bagi
memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan murid-
murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi serta
menghubungkaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
▧ Kemahiran Pedagogi Abad 21 memerlukan siswa guru
menguasai pelbagai bidang, berpengetahuan terhadap dasar
dan isu pendidikan semasa, mahir dalam pedagogi
(pengajaran dan pembelajaran), mahir dalam menggunakan
teknologi terkini, serta berkeupayaan memupuk nilai-nilai
murni bagi tujuan pembentukan intelek, jasmani, emosi dan
sahsiah yang cemerlang dalam kalangan murid-murid.
▧ Hal ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang
produktif, mampu berkolaboratif dan berkomunikasi, bersifat
kreatif dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, serta
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi.
▧ Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan
generasi yang mempunyai kemahiran abad 21, medium
pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan berikut
merupakan medium yang selari dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran masa kini.
1. Literasi, Maklumat, Media dan Kemahiran
Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
▧ Konstruk ini memerlukan guru berupaya untuk
mengakses kepada informasi secara efisien
dan efektif.
▧ Guru juga mampu menilai maklumat yang
diperoleh secara kritikal dan kompeten di
samping menggunakan maklumat yang dicapai
secara berkesan bagi penyelesaian masalah
khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Pengajaran Kontekstual

▧ Konstruk ini memerlukan guru menjalankan


pengajaran dan pembelajaran
dengan menghubungkaitkan pengalaman
murid dalam proses pembelajaran.
▧ Guru perlu bijak dalam menjadikan aktiviti yang
pernah dilaksanakan oleh murid sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran.
3. Merentas Disiplin

▧ Konstruk ini memerlukan guru untuk


merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan pelbagai
bidang.
▧ Menggalakkan murid-murid berfikir merentas
disiplin agar mereka lebih kreatif dan kritis
dalam menghubungkait serta menangani
sesuatu isu.
4. Pembelajaran Secara Kolaboratif

▧ Konstruk ini memerlukan siswa guru


menerapkan elemen kerjasama dalam
kalangan murid bagi menangani sesuatu isu,
memberi maklum balas dan berkomunikasi
serta berinteraksi antara satu sama lain secara
berstruktur dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
5. Pembelajaran Berasaskan Projek

▧ Konstruk ini memerlukan guru membenarkan


murid membina kemahiran dan mendapatkan
ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan
teknik ‘hands on’. Di samping itu, siswa guru
juga perlu menggalakkan murid berfikir secara
mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu
dengan mengaplikasikan pengetahuan
saintifik.
6. Kemahiran Penyelesaian Masalah

▧ Konstruk ini memerlukan guru menyediakan


peluang untuk murid mengaplikasikan konsep,
prinsip dan teori yang telah dipelajari dan
melibatkan murid bergerak secara aktif dalam
kumpulan atau kumpulan kecil,
serta menyelesaikan masalah secara kritis,
analitis, logis dan rasional.
▧ Guru juga perlu merangsang minda murid secara
aktif agar dapat meningkatkan proses
pembelajaran di samping menggalakkan eksplorasi
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
7. Pentaksiran Telus

▧ Konstruk ini memerlukan guru menjelaskan


tujuan dan objektif pembelajaran kepada murid
di samping menggalakkan murid membuat
penilaian kendiri dan mampu membuat
penilaian rakan sebaya.
▧ Guru juga perlu memberikan maklum balas
yang sesuai dan tepat pada masanya dan
menggunakan keputusan pentaksiran untuk
menambah baik pengajaran dan pembelajaran.
8. Kemahiran Berfikir

▧ Konstruk ini memerlukan guru untuk


menyediakan aktiviti yang mencabar minda
murid dengan menggunakan soalan atau
stimulus yang beraras tinggi.
▧ Guru juga perlu menggalakkan murid membuat
penerokaan dan penyelidikan secara
terancang dan teratur ke arah mewujudkan
idea baharu yang bernas dalam kalangan
murid-murid.
Penampilan diri dan
perwatakan
▧ Menampilkan watak terpuji, berimej,
berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul
▧ Menunjukkan sikap positif
▧ Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
seharian dan ketika melaksanakan tugas
seorang guru
mesra
Kreatif
dan sabar
inovatif

Dedika Bertimban
si g rasa
Sifat
Sedia
untuk
Adil
mendenga
r
Sedia
untuk
rajin
menerima
kritikan
Rohani

Fizikal Akhlak
Penampilan
diri

Kejiwaan Mental
Sikap guru
terhadap tugas
Berhati-hati
- tidak bertindak Sabar
melulu

Disiplin

Anda mungkin juga menyukai