Anda di halaman 1dari 8

Oleh: Cikgu Suhaida

Arahan: BACA PETIKAN INI SEBUTAN DAN INTONASI YANG BETUL.

Tajuk: Petai Belalang

Nenek dan datuk telah berkunjung ke rumah Haikal. Mereka membawa buah tangan, iaitu petai belalang
atau nama saintifiknya, Leucaena leucocephala yang hidup semula jadi di hutan. Ibu memasak sambal petai
belalang yang dicampurkan dengan ikan bilis sebagai hidangan istimewa tengah hari itu.
Batang pokok petai belalang telah diusahakan sebagai bahan membuat pelbagai jenis kayu papan dan
menghasilkan tenaga wap. Buah serta daunnya pula dijadikan bahan makanan ternakan berasaskan biojisim.
Biojisim merujuk pohon-pohon yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio.
Kompleks Biopenapisan di Kertih, Terengganu, mula beroperasi pada tahun 2014. Kerajaan negeri telah
menanam pokok petai belalang sejak tahun 2012 untuk menampung keperluan kompleks yang terbesar di
Asia ini. Kompleks ini memerlukan pokok petai belalang sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk-
produk terbitan bio seperti karbohidrat, biokimia, biobaja, ramuan makanan haiwan dan sebagainya.
Kumpulan 1 dan 4
Di manakah kita memperoleh pokok petai belalang ini?

Kumpulan 3 dan 5
Bagaimanakah cara untuk mempopularkan buah petai belalang ini?
SOALAN:
Di manakah kita memperoleh pokok petai
belalang ini?

JAWAPAN:
Kita memperoleh pokok petai belalang ini di
dalam hutan yang hidup secara semula jadi.
Soalan:
Apakah kegunaan pokok petai belalang?

Jawapan:
Kegunaan pokok petai belalang ialah batangnya boleh
dijadikan bahan membuat pelbagai jenis kayu papan
dan menghasilkan tenaga wap manakala, buat serta
daunnya dijadikan bahan makanan ternakan berasaskan
biojisim.
Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mempopularkan buah petai ini?

Jawapan:
Cara untuk mempopularkan buah petai ini adalah melalui masakan dan
menjadikan buah petai ini sebagai bahan mentah untuk menghasilkan
produk-produk terbitan bio.

Anda mungkin juga menyukai