Anda di halaman 1dari 5

Kepentingan Sektor

Pertanian kepada Ekonomi


Mengurangkan kos import negara
• Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita adalah barangan
makanan seperti beras dan sayur-sayuran.
• Jika barangan makanan ini ditanam dalam kuantiti yang banyak,
negara dapat mengurangkan kos import sekaligus mengelakkan
pengaliran wang ke luar negara.
Menambah Pendapatan Negara
• Hasil pertanian yang banyak dihasilkan boleh juga dieksport ke luar
negara dan seterusnya menggalakkan pengaliran wang masuk melalui
hasil pengeksportan hasil pertanian.
• Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti
mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya.
Tumpuan pelancong
• Sektor pertanian juga boleh dijadikan sebagai satu tumpuan untuk
menarik kedatangan pelancong asing.
• Pelancong lazimnya suka melancong ke kawasan pertanian kerana
pemandangannya yang indah dan suasana yang nyaman.
• Di Malaysia terdapat beberapa kawasan pertanian yang menjadi
tumpuan pelancong seperti Cameron Highlands.
• Kedatangan pelancong asing secara tidak langsung dapat
menambahkan pendapatan petani atau pengusaha pertanian
tempatan.
Mengurangkan Kos Pengeluaran
• Sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada
sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan.
• Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga
bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah murah berbanding
dengan pasaran antarabangsa.
• Hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan
domestik rakyat sesebuah negara.
• Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia. Kita dapat
menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor ekonomi utama
negara kita.
• Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa
sawit berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran
tempatan

Anda mungkin juga menyukai