Kesenian
Kesenian
Xiangqi
- dimainkan oleh dua orang pemain.
- berada dalam keluarga yang sama dengan catur.
- berasal dari China, digelar sebagai Catur Cina.
Yo-yo cina
- mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan
oleh gandar yang panjang.
- sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang
kayu kecil.
- Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Tarian Tradisional Alat muzik Tradisional
Tarian Singa Erh hu
- dipersembahkan ketika perayaan hari - alatan bertali jenis lute dibuat dalam
Tahun Baru Cina. tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
- sebuah tarian bersemangat yang - digunakan sebagai alat solo untuk
sentiasa diiringi paluan gendang tagu hiburan, dan juga digunakan dalam
Cina, dan simbal, serta memerlukan orkestra untuk mengiringi opera Cina.
keberanian dan penataan gerak tarian Pipa
yang tepat di antara penari-penarinya. - alat bertali mempunyai 4 tali logam.
Tarian Naga - Badan dibuat dari kayu; dadanya
- Naga adalah sejenis haiwan dongeng bulat dan belakangnya cembong
yang melambangkan kuasa luar biasa, tetapi permukaan dadanya mendatar.
kebaikan, kesuburan, kewaspadaan - digunakan dalam orkestra untuk
serta kehormatan dalam budaya Cina. mengiringi opera Cina; juga sebagai
- dipersembahkan ketika sambutan alat solo atau mengiringi nyanyian.
Tahun Baru Cina, dan dipercayai Guzheng
membawa tuah dan kekayaan bagi - Alat muzik ini mempunyai sebuah
tahun yang baru. kotak resonans yang berbentuk segi
-Tarian ini memerlukan seramai 60 empat tepat yang leper. Di atas kotak
orang. resonans itu dipasang beberapa
utas tali yang diregang dengan
disokong oleh kayu penongkat
(tiang kayu kecil).
-Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng
ini padat dan jelas.
Kaum India
Kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia.
Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa
Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar
daripada sistem kasta yang diamalkan di India.
Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka
yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.
Pakaian tradisional
Sari
- Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
- Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi
- terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai
warnanya.
Kurta
- pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
- kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
daripada kain kapas atau linen.
Permainan tradisional
Kho-kho
- berasal dari Maharashtra, pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.
- merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di
mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.
- memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
mengelak peserta-peserta lain.
Kabadi
- Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura
Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India.
- Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
- Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang.
- Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah
untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.
- Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini
terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan
dua pembantu penjaring.
Charuranga
- Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga.
- Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan
tumbangnya sang raja.
- Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
- Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga.
Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Tarian tradisional
Tarian bhrata natyam
- berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India.
- mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam
dan Thillana.Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin
dan Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas.
Tarian Kathak
- berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Kathak dikenali sebagai Braj Raas.
- diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana).
- Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.
Tarian klasik india
- gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri
seseorang manusia.
- Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian
memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari.
- Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.
Alat muzik tradisional
Dholak
- dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainya.
- Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan
ke atas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
- digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Sitar
- Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali.
- Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan
ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan
dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan yang unik.
SABAH
Kadazan Dusun
Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.
Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun,mereka digabungkan bersama
kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.
Berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.
Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan.
Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam
penanaman padi.
Etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Topi anyaman wanita Kadazan-Dusun
Sumazau
Sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-
acara keagamaan dan kemasyarakatan.
Dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak,
untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini
dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung
yang sedang terbang.
Tarian Buluh
Tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang
buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali.
Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang
pantas.
Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang
buluh tersebut tanpa tersepit.
Sarawak
Iban
Terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak dan pelbagai
perhiasan tradisional.
Tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkan
antara 20 hingga 100 buah keluarga yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di
tepi jalan raya.
Ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara
satu sama lain.
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut kerana dikategorikan secara salah
sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun,
mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah Kalimantan
Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan
‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan.
Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung,
Tuhan burung peperangan.
Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai
pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-
ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang,
tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara
satu sama lain.
Ngajat
Sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai
Kenyalang.
Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang
dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan
dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di
sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional
yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
Sape
Sejenis gitar tradisional masyarakat Iban di Sarawak.
Alat muzik ini dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang
berwarna-warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk.
Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai
hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial.
Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi
mengiringi tarian seperti Ngajat.
Disediakan oleh: