Anda di halaman 1dari 14

ETIKA

ETIKA
 “Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai
pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu
peraturan yang menjadi panduan hidup manusia.
Contoh: ‘etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud
suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat
mengatur dan memberikan panduan tingkah laku
kepada para doktor dalam perubatan antara mereka
dan juga dengan para pesakit. ‘Etika perniagaan’
(bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur
tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan,
pekerja dan rakan-rakan seperniagaan mereka”.

( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy:


hal 249-251)
“Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan
juga mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka
moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang akan
dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang
dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu;
sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan
mengkritik sistem moral tersebut”.
( Peter Baelz: hal 2 )

“Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral


pula bersifat praktikal – etika adalah penyelidik atau
pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di
selidik atau dikaji oleh etika”.
( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple:
hal 1-2 )
 Contoh:

Seseorang yang percaya membunuh adalah


salah dalam masa yang sama ia wajib
mempertahankan tanah air jika dicerobohi.
Apakah yang perlu dilakukan jika negara
diancam? Jika enggan berjuang untuk negara
bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada
negara, jika sebaliknya dia akan melakukan
pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini
kemampuan sesuatu teori etika akan teruji
keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia
dapat menolong menyelesaikan situasi
berkenaan.
Peter Baelz:

Etika terbahagi kepada 2 bahagian:

Etika Deskriptif
Etika Normatif
Etika Deskriptif:

 Satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral.


Ia menyatakan kepada kita apakah sistem moral yang
dianuti oleh seseorang individu atau oleh segolongan
tertentu.
 Menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai
sistem moral yang relatif. Seperti sistem moral kepada
orang-orang Kristian, Buddha, Yahudi, Islam; moral pada
abad pertengahan, moden dsb; apa yang dianggap tidak
bermoral oleh golongan yang lain; dan kadang-kadang
pula penilaian moral berbeza mengikut perbezaan
individu, masa, tempat dan keadaan.
 Menyatakan apakah bentuk atau karekteristik
sebenarnya satu-satu sistem moral yang ada. Ia tidak
akan membuat penilaian, pengadilan, atau keputusan
terhadap sistem–sistem moral tersebut.

( Peter Baelz: hal 3)


Etika Normatif:

 Menilai, mengkritik dan membuat keputusan


terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan
mencadangkan suatu undang-undang moral
yang dianggap terbaik atau sepatutnya, bukan
undang-undang moral yang telah sedia ada
dan sedia diterima. Ia akan mengemukakan
suatu sistem yang standard dengan
berpandukan sistem yang sedia ada, seperti
membentuk ‘etika perubatan’ yang berfungsi
bagi menentukan suatu bentuk perlakuan yang
sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat
dengan profesyen perubatan.
(Peter Baelz: hal 3)
Adanya nilai-nilai mutlak (ethical
absolutism) yang sesuai mengikut
perubahan, yang dihubungkan dengan
ajaran-ajaran agama dan bukannya
bersifat relatif ( ikut perubahan budaya ).
Contoh;
Berjudi, arak, zina, pembunuhan,
penipuan adalah dianggap buruk oleh
manusia sejagat dan sesuai dengan
perubahan budaya, masa, tempat dan
keadaan.
TEORI ETIKA

3 jenis ( menurut ahli falsafah ):

Metaetika:

 Meta  "di sebalik apa yang dilihat secara kasar"


 Mengkaji asal-usul serta maksud konsep etika
( ciptaan @ luahan emosi manusia )
  Persoalan isu kebenaran ( sejagat, kuasa Tuhan,
peranan akal )
  Melibatkan isu-isu metafizik, psikologi, linguistik
( abstrak )
Etika Normatif ( Normative Ethics ):

 Membuat kritikan dan penilaian ke atas sistem moral


 Cadang sistem yang standard ( ukuran unggul ) 
tentu kelakuan bauk buruk
Contoh :
 Jika saya mahu orang lain menghulurkan makanan
ketika saya kebuluran, maka saya patut ( baik )
menghulurkan makanan kepada orang lain
 Jika saya tidak mahu jiran mencuri kereta saya, maka
saya tidak boleh ( salah ) mencuri kereta
 Adakah boleh ( betul ) saya " meminjam " daripada
rakan tanpa memberitahunya terlebih dahulu?
Persoalan:
 Adakah nilai moral itu hakiki atau ciptaan
manusia?
 Nilai  berbentuk metafizik

 Apakah sebab manusia perlu bermoral?

 Sebab psikologikal

 Apakah maksud baik?

 Baik  linguistik
Etika Gunaan ( Applied Ethics ):

 Analisis ke atas isu-isu dalam pelbagai


bidang  khusus, kontroversi
Contoh  etika sosial:
  etika alam sekitar
  etika perubatan
  etika perguruan
  etika perniagaan
Etika moden
 Boleh ditentukan secara teori tindakan itu
betul atau salah melalui tindakan;
Pendekatan
 Teori teologikal  berdasarkan kesan
tindakan
 Teori deontologikal  berdasarkan
tindakan
Etika dalam konteks Moral / Akhlak

 Tatacara perlakuan:
 betul - salah
 baik -buruk
 benar - palsu
 boleh - tidak mudarat

Menurut kamus Cambridge


 Etika  kajian baik buruk perlakuan

 Sistem kepercayaan  diterima mengawal t/laku


manusia ( khusus moral )
 Ilmu etika  kajian tentang betul - salah dari sudut
moral

Anda mungkin juga menyukai