Anda di halaman 1dari 8

Konsep Moral, Akhlak,

dan Etika
ETIKA
O “Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai
pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu
peraturan yang menjadi panduan hidup manusia.
Contoh: ‘etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud
suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat
mengatur dan memberikan panduan tingkah laku
kepada para doktor dalam perubatan antara mereka
dan juga dengan para pesakit. ‘Etika perniagaan’
(bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur
tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap
pelanggan, pekerja dan rakan-rakan seperniagaan
mereka”.

( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy:


hal 249-251)
“Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan juga
mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka moral
boleh diertikan sebagai satu disiplin yang akan dapat
memberitahu kita apakah sistem moral yang dihayati oleh
sesuatu kelompok manusia tertentu; sementara etika pula
mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral
tersebut”.
( Peter Baelz: hal 2 )

“Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula


bersifat praktikal – etika adalah penyelidik atau pengkaji,
sementara moral merupakan bahan yang di selidik atau dikaji
oleh etika”.
( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple: hal 1-2
)
O Contoh:

Seseorang yang percaya membunuh adalah salah


dalam masa yang sama ia wajib mempertahankan
tanah air jika dicerobohi. Apakah yang perlu
dilakukan jika negara diancam? Jika enggan
berjuang untuk negara bermakna tidak menjalankan
kewajipan kepada negara, jika sebaliknya dia akan
melakukan pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini
kemampuan sesuatu teori etika akan teruji
keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia dapat
menolong menyelesaikan situasi berkenaan.
Peter Baelz:

Etika terbahagi kepada 2 bahagian:

Etika Deskriptif
Etika Normatif
Etika Deskriptif:
O Satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral. Ia
menyatakan kepada kita apakah sistem moral yang dianuti
oleh seseorang individu atau oleh segolongan tertentu.
O Menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai
sistem moral yang relatif. Seperti sistem moral kepada
orang-orang Kristian, Buddha, Yahudi, Islam; moral pada
abad pertengahan, moden dsb; apa yang dianggap tidak
bermoral oleh golongan yang lain; dan kadang-kadang pula
penilaian moral berbeza mengikut perbezaan individu,
masa, tempat dan keadaan.
O Menyatakan apakah bentuk atau karekteristik sebenarnya
satu-satu sistem moral yang ada. Ia tidak akan membuat
penilaian, pengadilan, atau keputusan terhadap sistem–
sistem moral tersebut.

( Peter Baelz: hal 3)


Etika Normatif:

O Menilai, mengkritik dan membuat keputusan


terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan
mencadangkan suatu undang-undang moral yang
dianggap terbaik atau sepatutnya, bukan undang-
undang moral yang telah sedia ada dan sedia
diterima. Ia akan mengemukakan suatu sistem
yang standard dengan berpandukan sistem yang
sedia ada, seperti membentuk ‘etika perubatan’
yang berfungsi bagi menentukan suatu bentuk
perlakuan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang
terlibat dengan profesyen perubatan.
(Peter Baelz: hal 3)
O Adanya nilai-nilai mutlak (ethical absolutism) yang
sesuai mengikut perubahan, yang dihubungkan dengan
ajaran-ajaran agama dan bukannya bersifat relatif ( ikut
perubahan budaya ).
Contoh;
Berjudi, arak, zina, pembunuhan, penipuan adalah
dianggap buruk oleh manusia sejagat dan sesuai
dengan perubahan budaya, masa, tempat dan keadaan.

Anda mungkin juga menyukai