Anda di halaman 1dari 24

HKN 210 – KESUSASTERAAN

TRADISIONAL NUSANTARA
SIDANG AKADEMIK 19/20
BERDASARKAN HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI. HURAIKAN
PEKARA-PERKARA BERIKUT DENGAN MENDALAM:
1. SINOPSSIS
2. CONTOH PERISTIWA SALAH GUNAKUASA ATAU TADBIR URUS PEMERINTAHAN YANG ZALIM
3. APAKAH KESAN DARIPADA SALAH GUNA KUASA TERSEBUT
4. SIAPAKAH WATAK-WATAK BAIK YANGMENJALANKANAMANAH DENGAH SEMPURNA?
CONTOH PERISTIWA?

Disediakan oleh:
1. NUUR SHAZLYNN BINTI AB MALIK
2. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUHAMAD
NADZMI
Berdasarkan hikayat raja pasai
huraikan perkara-perkara berikut
dengan mendalam
• SINOPSIS
• CONTOH PERISTIWA SALAH GUNAKUASA ATAU
TADBIR URUS PEMERINTAH YANG ZALIM
• APAKAH KESAN DARIPADA SALAH GUNA
KUASA TERSEBUT?
• SIAPAKAH WATAK-WATAK BAIK YANG
MENJALANKAN AMANAH DENGAN
SEMPURNA? CONTOH PERISTIWA?
• RAJA AHMAD RAJA MUHAMMAD
• + +
• KAHWIN KAHWIN

• II II
• MERAH GAJAH + PUTERI BENTUNG
• (KAHWIN)





• MERAH HASUM MERAH SILAU + PUTERI GANGGANG
• (SULTAN MALIKUL SALEH)


• SULTAN MALIKUL TAHIR

• SULTAN MALIKUL MAHMUD SULTAN MALIKUL MANSUR

• 2P SULTAN AHMAD PERUMUDAL PERUMA


• TUN BERAIM BAPA TUN ABDUL JALIL TUN ABDUL FADIL TUN MEDAM PERJA TAKIAH DARA
1. SINOPSIS
a. BAB 1
• Menceritakan jalur keturunan raja. Dimulakan dengan dua raja yang bersaudara iaitu Raja Ahmad (Sulong) dan Raja
Muhamad(bongsu)
• Raja Muhamad keluar mencari tempat pemerintahan, lalu berkahwin. Hendak menjadi cerita raja Muahamad menemui bayi
perempuan di dalam sebuah bentung lalu dibawa balik dan dipersembahkan kepada puteri iaitu isterinya
• Lalu diambil anak angkat dan diberi nama Puteri Bentung
• Manakala Raja Ahmad mengambil anak angkat yang bernama Merah gajah kerana Raja Ahmad mendapat budak ini ketika
menaiki seekor gajah yang bernama Bujang Sekalis.
• Ceritanya Raja Ahmad berburu lalu menjumpai sebuah surau di tengah rimba belantara dan menjumpai seorang tuha di dalam
surau lalu ia mengatakan hasratnya untuk mengambil anak angkat lalu tuha itu memberi satu petunjuk tentang bagaimana
seekor gajah yang mempunyai budak diatas kepala lalu dimandikan budak itu.
• Lalu Raja Ahmad memelihara kanak-kanak itu dan diberi nama Merah Gajah.
• Setelah kedua-dua anak ini membesar lalu dikahwinkan.
• Sekian lama berkahwin dianugerahkan zuriat yang diberi nama Merah Hasum (sulong) dan Merah Silau (bongsu)
• Klimaks bab 1 apabila Merah Gajah mencabut sehelai rambut Emas kepunyaan Puteri Bentung lalu Puteri menghilangkan
diri.
• Berita ini didengari oleh Raja Muhamad akan Puterinya lalu membunuh Merah Gajah.
• Kematian Merah Gajah didengari pula oleh Raja Ahmad lalu membunuh Raja Muahamd. Maka mereka bergaduhlah sampai
mati atau menyebabkan huru hara di Samarlanga.
• Lalu Merah Hasum dan Merah Silau berpakat untuk keluar dari kawasan itu lari daripada huru hara.
• Mereka berada di negeri Biruan. Ketika berada disana Merah Silau banyak melakukan perbuatan yang memalukan Merah
Hashim seperti bermain dengan seekor kerbau menyebabkan Merah Hasum menghalau keluar Merah Silau dari negeri itu.
• Lallu Merah Silau pun membawa segala harta termasuk kerbaunya keluar dari negeri itu dan berjumpa di kawasan Buluh
Telang.
• Disitulah Merah Silau berjumpa dengan Megat Sekandar.
• Megat Sekandar dan Megat Kedah merupakan kanda kepada Sultan Malikul Nasir Rimba Jerana (adik beradik).
• Disebabkan permainan sambung ayam Merah Silau mendapat hasil kekayaan yang banyak menyebabkan Megat Sekandar
ingin merajakan Merah Silau tetapi tidak dipersetujui oleh Tun Haria Benung.
• Maka berperanglah dalam perang Merah Silau. Kejadian ini berterusan sehingga Sultan Malikul Nasir Di Rimba Jerana
berpecah dan melarikan diri
• Peristiwa nama negeri Samudera yang mana Merah Silau memakan semut sebesar kucing di atas tanah tinggi setelah
angjinnya yang bernama Si Pasai menyalak di atas tanah tinggi itu. Samudera membawa maksud semut yang besar
• Kemasukan Merah Silau dalam agama islam melalui mimpi dan diganti nama Sultan Malikul Saleh.
• Perkahwinan Merah Silau dengan Puteri Perlak yang bernama Tuan Puteri Ganggang hasil daripada Raja Perlak dengan
Gundik.
• Merah Silau dianugerahkan seorang putera yang bernama Sultan Malikul Tahir dan ditempatkan di Pasai sempena kematian
anjing Sultan Malikul Saleh.
• Sultan Malikul Tahir dianugerahkan dua orang anak laki-laki yang pertama Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul
Mansur
• Sultan Malikul Tahir mangkat dulu sebelum ayahnya.
• Anaknya dijaga oleh Sayid Ghiatuddin dan Seri Semayamuddin.
• Sultan Malikul Mahmud diletakkan di Pasai, manakala adiknya raja di Samudera Darulsalam.
• Sultan Malikul Mahmud di anugerahkan tiga orang anak iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki yang bernama Sultan Ahmad
Perumudal Peruma.
• Klimaks nya apabila Abanya iaitu Mahmud mendengar khabar bahawa adiknya telah berkahwin dengan perempuan keluar
dari istana dan mendapat 3 cahaya mata dipenjarakan adiknya lalu menghantar jauh ke negeri Temiang dan memanggalkan
kepala Sayid Semayuddin.
• Lalu Sultan Malikul Mansur mati di Padang Maya di mana badan Sayid Semayuddin di semadikan atau dikebumikan.
b. BAB 2
• Sultan Ahmad Perumuda Peruma merupakan keturunan Sultan Malikul Mahmud.
• Mempunyai tiga puluh anak, tetapi satu bapak satu ibu ada lima orang anak iaitu tiga laki-laki
Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abdul Fadil dan dua orang perempuan iaitu Tun
Medam Peria dan Tun Takiah Dara.
• Tun Beraim Bapa adalah seorang gagah, kuat yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain
• Tun Abdul Jalil merupakan seorang kacak, bermuka seri dan sangat digilai oleh Puteri
Gemerencang aanak Ratu Majapahit.
• Tun Abdul Fadhil merupakan seorang yang alim, tahu tentang segala ilmu pendeta, dan
seorang bijak
• Sifat pentingkan diri sendiri Sulta Ahmad ini menybabkan beliau membunuh semua kelima-
lima anaknya termasuk Tun Abdul Jalil menyebakan raja Majapahit marah akan sultan ini.
• Tun Beraim Bapa susah untuk dibunuh kerana perkasanya. Banyak kali cubaan Sultan Ahmad
hemdak membunuh anaknya ini. Lalu diletakkan racun dalam air, adik perempuan Tun
Beraim Bapa Mati kerana sanggup minum air racun itu dari tanga Tun Beraim Bapa.
• Setelah itu, pembunuhan Tun Jalil kerana akan mengkahwinkan puteri Majapahit.
c. BAB 3
• Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit yang diberi nama Radin Galuh Gemerencang.
• Ayahnya bernama Sang Nata Majapahit.
• Tun Pepatih Jena ditugaskan oleh Tuan Puteri untuk menuliskan rupa segala anak raja-raja.
• Terdapat 99 rupa anak raja yang ditolak oleh Puteri tetapai rupa paras Tun Abdul Jalil tertarik hati tuan Puteri.
• Ttuan puteri mula jatuh hati dengan Tun Abdul Jalil, banyak kerja yang dilakukan tidak jelas menyebabkan ayannya
menanyakan keadaan itu lalu menghantar tuan Puteri ke kapal untuk pergi negeri Pasai di mana Tun Abdul Jalil meneruskan
pemerintahan Tun Beraim Bapa yang telah mati.
• Tetapi Tun Abdul Jalil dibunuh oleh bapanya dan dibuang ke laut ke Jambu Air.
• Khabar tentang kematian Tun Abdul Jalil menyebabkan Radin Galuh Gemerencang turut mengikut Tun Abdul Jalil mati di
Jambu Air
• Kedengaran Sang Nata Majapahit lalu menyerang Sultan Ahmad.
• Selama berbulan-bulan berlaku peperangan.
• Akhirnya sultan melarikan diri
• Kemenangan ini membawa banyak harta rampasan yang diperolehi raja Majapahit.
• Disebabkan ini ekspidisi menjajah di kawasan lain ditawan oleh Sang Nata Majapahit dan mengutip ufti seperti Tambelan,
Siatan, Jemaja, Bunguran, Serasan, Subidan Pulau Laut, Tiuman, Pulau Tinggi, Pemanggilan, Karimata, Belitung, Bngka,
Lingga, Riau, Bintan dan bulan di bawah takluk Majapahit.
• Semua negeri ditakluk kecuali Pulau Perca, lalu Sang Nata Majapahit menghantar Patih Gajah Mada untuk bertanding kebau
di Pulau Perca.
• Jika menang ia meneruskan naungannya, jika kalah balik ke tempat asal.
• Kekalahan ini menyebabkan orang Patih Gajah Mada mati dan pemberita ini diketahui oleh Majapahit.
• Demikianlah ceritanya.
CONTOH PERISTIWA SALAH GUNAKUASA ATAU
TADBIR URUS PEMERINTAH YANG ZALIM
1. Kesalahan membunuh nenek (menteri) adiknya sendiri iaitu Sayid
Semayamuddin.
• ‘’maka disuruh Sultan lengkapi perahu barang empat empat lima
buah perahu akan menghantarkan Sultan Malikul Mansur ke negeri
Tiamanh akan memeliharakannya Tun Jaya Pangliran. Setelah itu,
Maka Sultan Malikul Mansur pun dibawa oranglah baginda ke
perahu dengan segala hartanya dan segala hamba sahayanya.
Maka, lalu berlayar. Syahadan maka menteri Semayamuddin pun
disuruh Sultan keluarkan dari dalam penjara; maka dibawa oranglah
ke hadapan Sultan. Maka, sabda Sultan ‘Hai Semayamuddin,
mahukah engkau diam disni bersama-sama dengan aku atau
tidakkah? Maka,, a datang sembah, ya’’ tuanku Syah Alam, jika
patik diceraikan dengan tua patik baiklah Syah Alam ceraikan badan
patik dengan kepala patik ‘’. Maka dipenggal oranglah lehernya.
Maka disuruh oleh Sultan kepalanya dibuangkan ke laut dan
badannya disuruh sulaka di Kuala Pasai’’.
• Ms 30
2. Kesalahan cepat menghukum tanpa soal selidik.
• ‘’Hatta maka beberapa lamanya kedengaranlah
wartanya itu kepada Sultan Malikul Mahmud akan hal
Sultan Malikul Mansur mengambil perempuan yang
keluar dari istana itu. Maka, demi Sultan Malikul
Mahmud menengar warta itu, maka baginda pun
terlalu amarah akan Sultan Malikul Mansur dengan
Sayid Semayamuddin itu, ‘’karna ia perdana menteri
yang tuha, mengapa maka ia tiada mahu menegahkan
dia segala pekerjaan kelakuannya itu? Kerana itulah
jikalau tiada Semayuddin itu ku bunuh tiada ku puas
hatiku.’’ maka, berdam-damlah dalam hatinya akan
Sayid Semayamuddin.’’
• Ms 28/29
3. Kesalahan dalam kepentingan
peribadi seorang bapa.
• ‘’maka, dipersembahkan oranglah kepada Sultan pun bersabda
kepada bermamat Pantai dan Medana Pantai, ;;pergilah kamu kedua
panggilkan aku Orang Seri!’’ Maka, pergilah kedua mereka itu
memanggil orang Seri, maka ia pun datang. Maka, sabda Sultan
kepada mereka itu, ‘’Hai kamu orang Seri perbuatkan aku ubat
hangat karna anakku Si Beraim Bapa bekas ia menyelam kalau-kalau
ia dingin.’’ Maka, orang Seri pun berbuat peniaram. Maka
dibubuhnya dalam peniaram itu racun. Setelah sudah diperbuatnya,
maka dipersembahkannya kepada Sultan. Maka, disuruh Sultan bawa
kepada Bermamat Pantai dan MedanaPantai. Meaka sabda baginda,
‘’pergilah kamu hantarkan ubat hangat itu. Apabila sampailah kedua
mereka itu kepada Tun Beraim Bapa serta katanya, ‘’ inilah ayapan
daripada paduka ayahanda ubat hangat kerana tuanku dingin bekas
menyelam’’.
• Ms 53.
• ‘’Maka tatkala terdengarlah warta angkatan Radin Galuh
Gemerencang anak ratu Majapahit datang dari Jawa itu
hendak ke benua Pasai, daripada sebab berahi akan Tun
Abdul Jalil itu, setelah didengar Sultan Ahmad, maka Sultan
puntiadalah lagi karar hatinya daripada hendak
membicaraakan daya upaya membunuh Tun Abdul Jalil itu
jua pada siang dan malam. Maka, pada suatu hari Sultan
Ahmad bersabda kepada Dara Zulaikha Tingkap, ‘’Ayuh
Dara Zulaikha Tingkap amanatku padamu hubaya-hubaya
jangan engkau katakan pada seorang jua pun. Jikalau Si
Abdul Jalil tiada kubunuh kerajaanku jangan kekal dan Tuan
Puteri Gemerencang pun jangan ku peroleh,’’. Setelah itu,
maka dicarinya daya upaya hendak membunuh Tun Abdul
Jalil. Pada suatu ketika, maka Tun Abdul Jalil disuruhnya
bunuh. Maka, dibunuh oranglah ia. Maka, Tun Abdul Jalil
pun Pulanglah ke rahmatullah SWT, maka disuruh Sultan
buangkan mayat baginda itu ke laut ke Jambu Air’’.
• Ms 60/61
APAKAH KESAN DARIPADA SALAH
GUNA KUASA TERSEBUT?
1. Kesannya sultan tersebut menyesal atas perbuatan
itu. Sebagai contoh:
‘’ maka katanya, ‘’wah terlalu sekali ahmak budiku! Karna
perempuan seorang, saudaraku kuturunkan dari atas
kerajaannya dan menterinya pun kubunuh’’. Maka,
baginda pun menyesallah, lalu ia menangis, maka
baginda pun bertitah pada hulubalangnya, ‘’pergilah
kamu segera mengambil saudaraku itu, karna aku terlalu
sekali rindu dendam akan saudaraku’’. Setelah sudah
baginda betitah, maka pergilah Tun Perpatih Tulus Agung
Tukang Sukara dengan beberapa buah perahu.’’
2. Kesan terhadap kematian saudaranya sendiri.
Sebagai contoh:

‘’setelah sudah didengar oleh baginda khabar adind itu, maka


baginda pun menghempas-hempaskan dirinya ke bumi dan
membelah-belah bajunya, lalu ia pengsan, tiada ia khabarkan
dirinya sekira-kira sejam lamanya. Maka, takala siumanlah
baginda itu daripada pengsannya, maka disuruh baginda ambil
mayat saudaranya itu, makalalu pergilah orang mengambil mayat
itu. Hatta beberapa lamanya maka datanglah mayat baginda itu
ke Pasai, maka dikuburkan kakanda baginda seperti adat segala
raja-raja yang kembali ke rahmatullah hampir dengan kubur
ayahanda baginda.
Maka, Sultan Malikul Mahmud pun sangatlah berdukacitanya lagi
dengan percintaanya dan sesalnya puan tiada kesudahan’’.
3.Kematian seorang puteri . Sebagai contoh

‘’ maka, Tuan Puteri pun minta doalah ia kepada ALLah SWT


demikian berbunyinya, ‘’ya Illahi, ya rabbi, matikanlah kiranya
hamba-Mu dan tenggelamkan ghurab hamba-Mudalam laut
Jambu Air ini dan kau pertemukan kiranya hamba-mu dengan
Tun Abdul Jalil itu’’. Hatta maka dengan takdir Allah SWT maka
ghurab itu pun tenggelamlah dalam laut itu dan segala
angkatan itu pun kembalilah ke benua Jawa.
4. kesannya, berlaku peperangan antara kerajaan
Pasai dengan Majapahit. Sebagai contoh:

‘’maka, sabda baginda Tun Bijaya Pangliran akan


panglimanya membawa rakyat yang amat banyak. Maka,
pada keesokan harinya, maka berbunyilah genderang
perang daripada kedua pihak dan segala lasykar pun
berdirilah di medan, maka kedua pihak pun sama
menempuh.’’
5. Penyesalan seorang Sultan yang membunuh
anaknya untuk kepentingan peribadi. Sebagai
contoh:

• ‘’maka, dipersembahkan orang kepada Sultan,


‘’Ya tuanku Syah Alam, bahawa segala
hulubalang dan segala pahlawan dari segala
rakyat kita banyaklah mati tiada terhisabkan lagi
banyaknya.’’ maka sabda Sultan, ‘’Wahai anakku
Beraim Bapa, jikalau ada ia, Jika Jawa se Jawanya
melawan Si Beraim Bapa.’’
SIAPAKAH WATAK-WATAK BAIK
YANG MENJALANKAN AMANAH
DENGAN SEMPURNA? CONTOH
PERISTIWA?
Syeikh Ismail
• Berjaya menjalankan tanggungjawabnya
sebagai khalifah dalam menyebarkan agama
Islam di Pasai.
• Beliau telah Berjaya mengislamkan Merah
Silau.
• Selepas itu, Syeikh Ismail telah mengumpul
segala hulubalang, dan segala rakyat besar
kecil, dan tuha muda untuk mengislamkan
mereka.
SULTAN MALIKUL SALEH
• Sering berpesan supaya melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran setelah memeluk agama
Islam dan dapat dilihat sehingga ke akhir
hayatnya.
• Baginda telah meninggalkan pesanan kepada
kedua cucundanya sebelum baginda mangkat.
• “Adapun peninggalku ini baik-baik kamu kedua
memeliharakan pekerjaan amar bil-maaruf
wannahi’ anil-mungkar. Sebermula jangan kamu
banyak tamak akan harta dunia, karna dunia ini
tempat segala yang maghrur dan jangan sangat
kamu ingin akan segala yang tiada memberi
manfaat akan kamu di akhirat...”
Sayid Semayamuddin dan Sayid Ali
Ghiatuddin
• Merupakan Menteri yang taat dan menjalankan
amanah yang diberikan oleh Sultan dengan baik.
• Mereka telah diamanahkan oleh Sultan Malikul Saleh
untuk menjaga dan mendidik kedua-dua cucu sultan
dengan baik.
• “Hai Perdana Menteri kedua, baik-baik kamu kedua ini
memeliharakan cucuku kedua ini insya-Allah SWT
jangan kamu beri bersalahan ia dua bersaudara serta
kamu kedua ajari, hendaklah jangan kamu kedua
mengubahkan setia kamu akan cucuku kedua dan
jangan kamu menyembah segala raja-raja yang lain
daripada cucuku, hubaya-hubaya jangan kamu beri
teranianya daripada segala hamba Allah...”
Sayid Semayamuddin
• Sangat setia terhadap tuannya iaitu Sultan
Malikul Mansur.
• Setelah Sultan Malikul Mansur dibuang ke
negeri Temiang kerana tindakannya terhadap
dayang Sultan Malikul Mahmud.
• Beliau telah diberi dua pilihan sama ada mahu
mengikut tuannya sekali ataupun tidak.
• Beliau lebih memilih untuk hilang nyawa
daripada berpisah daripada tuannya.
Tun Perpatih Tulus Agung Tukang
Sukara
• Seorang yang sangat amanah.
• Dapat dilihat melalui tindakannya menyelamatkan
kedua-dua puteri daripada menjadi mangsa nafsu
Sultan.
• Beliau telah mengarahkan seorang perempuan untuk
memberitahu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara
akan percakapan Sultan.
• “Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus
dahulu makan dia?”.
• Tindakan tersebut telah menyelamatkan kedua-dua
puteri ini daripada menjadi nafsu Sultan kerana Berjaya
dibawa keluar daripada Pasai oleh Tun Beraim Bapa .
Tun Beraim Bapa
• Seorang yang berhati mulia dan Berjaya
menjalankan tanggungjawabnya sebagai abang
dengan baik.
• Beliau berjaya menyelamatkan kedua-dua
adindanya daripada menjadi mangsa nafsu
ayahandanya sendiri.
• Seorang yang setia dan takut untuk menderhaka
ayahandanya.
• Tun Beraim Bapa sanggup memilih untuk makan
makanan yang telah diracunkan kerana tidak
mahu menderhaka dengan ayahandanya.
Kesimpulan
• Terbukti bahawa Hikayat Raja Pasai ini merupakan
karya sastera sejarah kerana memaparkan jurai
keturunan raja, pembukaan negeri dan turut
menceritakan tentang kedatangan Islam.
• Hikayat ini masih lagi mempunyai fakta-fakta yang
benar walaupun mengandungi mitos dan lagenda.
• Hikayat ini dapat dijadikan sebagai teladan kepada
pembaca, kerana pembaca boleh mengambil iktibar
daripada watak-watak sama ada baik ataupun buruk.

Anda mungkin juga menyukai